Pages

Wednesday, 28 April 2021

Strudel Strawberry


Bersua lagi,

Dah 15 hari kita berpuasa,rasa sekejap betul..rasa macam baru jew awal Ramadhan ..pejam celik dah setengah bulan berpuasa.

Ada yang dah start buat kuih raya nampaknya kan,tahun ni agak lemau nak buat kuih sendiri..tengoklah nanti paling tidak sejenis dua memang buat jugak tiap tahun..Tak beria sangat nak buat cuma saja melayan anak-anak ..biar diorang rasa seronok tolong buat kuih raya.


Ok nak cerita fruttose filling ni pulak,

Aritu dapat kiriman filling strawberry dari fruttose Malaysia..Aritu dah merasa 2 filling dari fruttose raspberry dan blueberry,kalini nak rasa yang strwberry pulak.

Bila bukak jew nampak sebiji-sebiji filling strawberry dalam dia..wahh puasati ada strawberry gemuk-gemuk.




 
Memandangkan bulan puasa,saya buat strudel strawberry ni untuk berbuka,gembira Muhammad bila terhidang strudel atas meja..

Sedap filling strawberry ni bila digabungkan dengan fresh krim.cara nak buat strudel ni senang sangat.

Hanya guna puff pastri..potong dua pastry puff yang segi empat keciktu,lepastu cucuk sikit permukaan dia dengan garpu..bakarlah sampai garing.,ok lepastu dah sejuk paipkan fresh cream..letaklah filling strawberry tu sikit..dan letak starwberry fresh atas dia..tabur sikit snow powder..siap..

Filling dari fruttose ni boleh buat macam-macam,kalau nak buat ice cream pun boleh..memang lain filling ni dari yang kedai bakery tu jual..lelagi untuk filling cheese tart memang sesuai sangat guna ni.boleh ke laman wab fruttose Malaysia ye jika nak tau lebih lanjut mengenai produk ni.dan disertakan jugak resepi dan contoh masakkan yang mengunakan filling fruttose ni.


2 comments:

mama sara nur said...

kan, cepatnya dah 2 minggu kita berpuasa
woww mengoda betul strawbery ni sedappppp

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

geramnya tengok strawberry seketol2 tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang