Pages

Friday, 12 February 2021

'Pizza Tuna' - resepi dough gebu dan senang/A keeper recipe pizza base/view jalan di Forest city/

 


Happy Chinese New Year 
Selamat Tahun Baru Cina 
Buat blogger yang menyambutnya..
Walaupun dengan suasana baru.raya tetap raya kan..jiran Cina depan rumah baru lepas bakar mercun..jiran hujung pun dan tukar colour cat rumah dia,masing-masing sibuk mengemas.

Jiran depan rumah mengemas jugak semalam,nampak menantu lelaki dia cabut pokok keledek..borak lah kejap walaupun dari jarak jauh..saja tanya keledek dia dah berbuah kew..sebab kami pun sama menanam ..agak kalau dia punya dah berbuah banyak bolehlah cabut yang saya punya ni jugak.

Dengar orang kata dalam 3 bulan setengah dah boleh menuai hasil..Ikut perkiraan dari tempoh menanam sampai sekarang dah lebih sikit dari 3 bulan setengah tu.tak pe kita tunggu lah sikit lagi bagi buah gemuk hihii.

Ok 
macambiasa cerita masak ..makan..pulak..Pizza tuna ..entah kalau nak dikira dengan jari rasanya dah lebih 10 kali buat pizza dirumah,Muhammad jarang sikit nak makan nasi..dalam seminggu adalah 3 kali jew..yang lebihnya roti ..pizza..roti canai..kadang jemput kentang..gitulah..ikut sungguh perangai ayah dia.
Kalini buat pizza rajin jugaklah snap gambar..selalunya malas ..ok yang ni memang rajin rasanya siap buat video bagai.tepi tu sumbat sosej dalam dia.banyak request anak-anak ni.ada yang suka sosej ada yang nak pizza nipis..so macam-macamlah kejadian pizza tu ada yang nipis dan yang gemuk.

PIZZA BASE - A KEEPER RECIPE
Souce : Mamafami
Rebake : zila norazila

Bahan-bahan
250 gram tepung  roti 
30 gram gula pasir
1 biji telur 
90ml air sejuk dari peti sejuk
50 gram marjerin
4 gram yis kering 
Sedikit garam

Untuk Topping

Sos spagetti
Keju Mozarella
Tuna dalam tin
Bawang holland - dihiris nipis
Capicum hijau yang dihiris - julienned
Isi ketam - potong kecil
Hotdot - potong kecil
Nenas dalam tin
Cendawan dalam tin

Kaedah: Menggunakan pengadun
1. Ke dalam mangkuk pengadun, masukkan tepung protein tinggi,yis kering telur dan air, gaul rata dengan spatula.
2.Kemudian guna mixer,Mix dengan kelajuan sederhana.
3.Masukkan  garam dan majerin,uli lagi hingga elastik.
4. Keluarkan doh dari pengadun dan bahagikan kepada dua.
5. Gelek doh setebal 1/2 cm dan letakkan di atas dulang pembakar. Cucuk permukaan doh menggunakan garpu.
6.Sapu sos spagetti dan susun topping mengikut kegemaran.
7.Tutup dulang pembakar dengan plastik bersih biar sehingga doh naik.
8.Bila doh dah naik sempurna,parutkan cheese mozarella pada permukaan pizza,tabur pasley kering.
9.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 hingga 25 minit. Ketuhar yang berbeza mungkin mempunyai tetapan yang berbeza.

PIZZA BASE - A KEEPER RECIPE
Ingredients
250g high protein flour / bread flour
30g sugar
a little bit of salt
1 whole egg
90ml of cold water from the refrigerator
50g margarine
4g instant dry yeast (Instant Saf)

For toppings
Spaghetti sauce
Mozarella Cheese
Canned tuna
Holland onion - thinly sliced
Sliced ​​green Capicum - julienned
Fill the crab - cut into small pieces
Hotdot - cut into small pieces
Canned pineapple
Canned mushrooms

Method: Using a mixer
1. In a mixing bowl, add high protein flour, egg yeast and water, mix well with a spatula.
2. Then use a mixer, Mix at medium speed.
3. Add salt and margarine, knead again until elastic.
4. Remove the dough from the mixer and divide into two.
5. Roll the dough 1/2 cm thick and place on a baking tray. Prick the surface of the dough with a fork.
6. Apply spaghetti sauce and arrange toppings according to favorites.
7. Cover the baking tray with clean plastic until the dough rises.
8. When the dough has risen perfectly, grate the mozzarella cheese on the surface of the pizza, sprinkle with dry pasley.
9. Bake in a preheated oven at 180C for 20 to 25 minutes. Different ovens may have different settings.

2 comments:

Amie said...

Wah! Genuk gebu gebas kejadian roti pizzanya tu. sedap ni makan panas-panas. Kalau saya memang tak sabar nak terkam!

Adinda Baizura Mazlan said...

Geramnya tengok pizza tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang