Pages

Wednesday, 4 March 2020

Makan di Restoran Kuu Van Cha

Cerita jalan jalan cari makan pulak.
kita try ke restoran Kuu Van Cha di taman kota masai.kira lebih kurang 45 minit jugaklah dari rumah kami nak kesini.
Kebetulan memang nak ambik encik suami yang dua minggu ni kena kerja di MMHE Pasir gudang,so kiranya sekali arunglah ronda tempat makan area sini.

Macambiasa jom kita layan gambar restoran ni diselah dalam,melangkah kaki disini memang rasa selesa sangat ruang makan yang besar dan kemas,dekorasi dia pulak ala-ala cina lama rasa menarik,ramai jugak anak muda yang menyambut birthday disini.









Kita semak menu yang dihidangkan disni,ada banyak pilihan dan pelbagai hidangan.Harga pun macam biasa je lah tak mahal mana kiranya berpatutan.







Apa yang kami order disini,saya nak merasa mee hoon goreng dia yang kata diorang sedap..
mee hoon goreng dan ada ayam seketul nampak menyelerakan lelagi makan time perut lapar.


 Nampak rojak dekat menu tadi menyelerakan sangat,so kita try order ..sedap boleh tahun kuah dia.

 En suami order nasi goreng cina.dan ada sedikit keropok disertakan.

 Muhammad pulak balik sekolah dah terlalu lapr tak menyempat nak sampai ke restoran singgah tapau mcd.so dia meratah ayam mcd pedas biasa tu.

 Muhammad nak air ice lemon tea..en suami try cekong sejuk 

 Dan saya try air soya 

Dan last hidangan yang kami order sampai..dumpling chicken..nak habiskan 5 ketul tu bercinta rasanya..sebab perut dah full ha haa tulah tamk sangat nak order macam-macam.
Penutup..suruh en suami ambikkan gambar depan restoran tu camni jadinya..ermm sabar jewlah.


Thursday, 27 February 2020

Shaksuka sedap

Panas..
dengan cuaca sekarang ni yang memang tengah panas,dan ditambah lagi dengan pergolakkan politik di negara kita,dah beberapa hari tak senang rakyat malaysia menunggu news dari kerajaan..semalam dah berakhir sesi temubual Sultan dan wakil rayat dari seluruh negara..dan kini kita masih menunggu lagi jawapan dari pengunduran parti Bersatu dari Pakatan Harapan.dan yang pastinya siapakah Perdana Menteri yang ke 8 nanti..
Apa yang dapat saya simpulkan rakyat malaysia semakin matang menghadapi setuasi ini dengan aman.tapi politik malaysia yang masih kurang matang nak menguruskan negara.

Shaksuka
semestinya saya suka,selalu jugak sebenarnya kami buat cuma bila masakkan yang berulang-ulang dah jarang nak snap gambar.so guna jew koleksi gambar-gambar yang ada.
saya suka buat shaksuka ni sebab utamanya mengenyangkan,kalau ratah macamtu jew pun dah sedap.


Shaksuka
Daging kisar
Bawang holland
Lada benggala merah
Bawang putih
Tomato
Telur
Tomato paste
Serbuk ketumbar
Paprika powder
Jintan
Garam
mix herbs
Daun pasley /daun ketumbar



Wednesday, 26 February 2020

Jom buat 'Sup Mamak'

Bersua lagi..
tuan rumah kebelakangan ini memang agak sibuk,sejak Muhammad masuk darjah 1 memang agak susah sikit nak selit time nak menulis disini.
hari ini bangun awal sikit,dari malam tadi plan nak menulis disini,masuk bilik kejap temankan Muhammad tido ..dah sudahnya dengan emak dia tido awal sekali.Pukul 3 lebih dah tersedar,mata terkebil-kebil tak boleh tido balik lepas solat.

Nak cerita sup mamak yang entah berapa lama buat,nasib gambar masih ada tersimpan rapi..memang menu kegemaran saya yang berasaskan sup macamni.tapi cuma saya dan Iqbal je yang suka makan sup,Muhammad dan suami memang kurang minat,bukan tak makan langsung..makan tetap makan cuma diaorang macam kurang minat sangat.
Sup mamak ni saya gengkan dengan roti perancis..roti ni bukan yang jenis keras..tapi yang jenis lembut..saya kurang gemar makan roti yang agak keras..memang suka cari yang lembut macamni baru kena dengan selera.
Bila suruh suami pergi beli roti memang 2 tiga bungkus dia bawak balik..ermmm sudahnya tak terabis..terpaksalah mencari idea nak perabih roti perancis tu.


SUP MAMAK

Bahan
1 ekor ayam/daging
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
Kiub pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
Cili padi – diketuk
2 sudu makan ( atau lebih) tepung gandum – bancuh dengan sedikit air yang ni akak skip
1 batang lobak merah- potong
3 biji ubi kentang – potong
2 liter air

Bahan kisar
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) – jangan ambil yang halus-halus.

Bahan pelengkap
Daun ketumbar/daun sup/ daun bawangBawang goreng

Cara Memasak
1.Kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian panaskan minyak dan tumis bersama buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
2.Masukkan daging diikuti ubi kentang, lobak merah, cili padi, air dan perasakan dengan garam serta kiub pati ayam.
3.Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum mengikut kepekatan yang dihendaki.
4.Angkat dan tabur bahan pelengkap sebelum dinikmati
.

Sunday, 16 February 2020

Chapli Kebab - Pakistani food street

Bersua lagi..
Agak sibuk sikit kebelakangan ini..nak mengadap blog dan nak menulis sesuatu disini agak terbatas pulak.
Dah habis cuti sem iqbal anak yang sulung..malam tadi hantar dia kat bus station sedih pulak tengok dia balik ..dah tak ada geng makan-makan dirumah ni..tengok bilik dia sunyi je..tunggulah seminggu sebelum puasa nanti baru dia balik lagi.
Si Muhammad pun sekarang dah banyak homework,lepas maghrib bergegas mengajar dia..larut sampai ke pukul 9 lebih..lepastu suruh dia tidur..esoknya kena ke sekolah agama pulak masuk pukul tujuh suku.Petang ke sekolah keb pulak.

Ok cerita makanan pakistan lagi kali ini.chapli kebab sebab diberi nama chapli kata suami sebab bentuknya macam capal ..ikutkan chapli ni diorang buat lebih besar dan lebar.Saya tukar buat bentuk yang lebih kecil sedikit sebab bagi senang anak nak makan.
Kalau berkesempatan pergi ke negara Pakistan rata-rata kita akan jumpa diorang jual chapli kebab nie,ianya dihidangkan juga bersama telur mata,bawang hiris dan ada ulam timun.disamping tu disediakan jugak Raita sebagai bahan pencicah.
Lebih kurang kalau orang kita panggil macam daging burgerlah.tapi rasa chapli kebab ni memang sangat sedap..rasa rempah ratus dia dalam tu.saya sertakan resepi disini sebagai rujukkan diri sendiri dan kalau sesiapa yang nak mencuba silakan.


Chapli Kebab

Daging kisar secukupnya
Tomato - didadu
Bawang besar - didadu
Biji ketumbar - di tumbuk kasar
Jintan manis - ditumbuk kasar
Garam masala
Cili padi - secukupnya
serbuk lada -sedikit
Daun ketumbar -hiris halus
1 biji telur
sedikit tepung jagung

Caranya
Campurkan semua mix rata..simpan sekejap dalam peti sejuk ..dalam setengah jam..kemudian keluarkan dan letak sedikit garam.
Bentukkan bulat..ikut suka nk besar mana..kalau yang ori paki diorang buat besar ..akak buat versi tekak sendiri ..sedang2 jewlah..
sediakan pan..letak minyak ..nk goreng minyak banyak sikiit pun boleh..masak hingga daging masak sepenuhnya.

Tuesday, 4 February 2020

Donut Dendan ..

Morning.
Selamat pulang dah warga Malaysia yang terkandas di Wuhan.mereka selamat tiba pada 5.57 minit pagi tadi,Seramai 107 orang dibawa pulang melalui penerbangan khas yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.
Penerbangan itu turut membawa 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing, menjadikan 133 orang jumlah keseluruhan yang menaiki pesawat dari Wuhan.

Pesawat turut membawa 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China untuk membantu menangani penularan koronavirus di negara itu.
Tapi mereka ni masih lagi di kuarntin hingga 14 hari hanya boleh menghubungi saudara mara melalui telifon sahaja.ya lah saringan khas wajip dilakukan sehingga sahih diorang ni bersih dan bebas dari Coronavirus yang menggegarkan dunia diketika ini.

Dah ..
cerita donut dendan atau pintal pulak.donut senang dan tabur gula jew..laris sebenarnya kalau donut versi macamni dekat rumah.budak2 suka makan lagi-lagi  kalau tabur gula pasir lebih sikit..baik abang atau adik berebut makan.

Saya try resepi dari fb yang mendapat like ribu-ribu nie..terkesima jugak nakk mencuba seronok bila dapat resepi macam-macam bila ada masa boleh try kan.segala ilmu yang orang share tu sebenarnya banyak menufaat pada diri kita kan.


Donut
sumber FB

1 peket yis kering
1/2 kilo tepung gandum
2 sudu besar gula (dibancuh dengan yis)
1 biji telor
1 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat manis
Secubit garam

Menurut kata tuan punya resepi, donut gebu ini terletak pada cara penggunaan atau kaedah penyediaan yis.

1 peket yis dibancuh dengan 200ml air suam, kemudian masukkan 2 sudu besar gula.
Kacau sehingga sebati dan tutup jug. Biarkan selama 10 minit.

Dalam bekas lain satukan tepung gandum,marjerin,telor,susu pekat manis dan secubit garam.
Gaul kesemua bahan tersebut dengan yis yang kembang tadi sampai jadi doh. Boleh tambah sedikit air jika anda rasa adunan tadi tak cukup menjadi doh. Gaul sehingga doh tidak melekat di tangan dan jangan terlalu lembik.
Proses seterusnya anda perlu tutup doh lebih kurang 15 minit dah kembang, kena tumbuk untuk keluarkan angin.
Kemudian uli semula.
Nak bentuk bulat ke apa pun boleh terpulang kepada kreativiti anda.spray dengan air dipermukaan roti sebelum dibakar. 

Sunday, 2 February 2020

Fried Wontons guys - жареный вонтон

Good Morning.
sebelum arrange Muhammad nak ke sekolah agama sempat lagi menulis sekejap disini.Sekolah masuk pukul 7.15 dan balik nanti pukul 8.45 sekejap je,satu jam setengah.
dari malam tadi sibuk membalut buku teks sekolah agama,agak lewat sedikit kitab sekolah agama diedarkan pada anak-anak tahun 1.
Sebabnya tahun ini semua buku tahun satu digantikan dengan buku baru,ada 9 buah semuanya,tapi sempat sampul 3 buah dulu yang  dia belajar hari ni je,yang lain siang nantilah baru sambung.

Wonton goreng.
Semalam petang mengeteh anak beranak ke Kluang station orderlah wonton,dan pagi ni sibuk pulak mencari gambar wonton yang dah lama terperap dalam folder,korek sana sini nasib jumpa hihii bolehlah simpan resepi disini sebagai rujukkan kan.lagipun penat snap gambar lepastu dibiarkan terperap.
Kadang bila buat inti dia ni saya skip halia tu,kadang masuk jugak..Muhammad tu tak minat kalau ada rasa halia.ok semak resepi kalau korang nak cuba.


Bahan inti

1 ketul dada ayam bahagian isi - didadu halus
1/4 bawang besar holland - didadu
1 pokok daun bawang-dihiris halus
Carrot - disagat halus
1 cawan kobis - dihiris halus
2 biji bawang putih-diparut halus
1/2 inci halia - diparut halus
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam jika perlu

Cara membuatnya

1.Campurkan kesemua bahan inti kecuali daun bawang,kobis dan tepung jagung.
2.Gaul rata kesemuanya,masuk kobis,carrot dan daun bawang.sebatikanKemudian masukkan tepung jagung gaul rata.
3.Simpan didalam peti ais selama setengah jam.tutup mangkuk dengan plastik wrap ye.
4.Sediakan kulit wonton secukupnya,masukkan inti ditengah tengah kulit sapu sedikit air pada keliling bahagian atas kulit kemudian lipat seperti membuat lisu/sketting meja makan.kemaskan.
5.Siap dah boleh goreng.

Saturday, 1 February 2020

Wadai Kiping وادا كيڤيڠ resepi warisan orang 'Banjar'

Wadai kiping/kipeng atau bubur gayam memang senonim dengan masyarakat Banjar.biasanya diidangkan pada musim perkahwinan atau ada keraian.
wadai yang bermaksud kuih dan kipeng tu pulak bermaksud keping.bagi kami bubur ni dah senonim sebab jiran kami di kampung ada yang berketurunan banjar..dan walaupun emak saya bukan orang Banjar tapi dia boleh menguasai bahasa banjar dengan begitu baik.

Iras dengan Putri mandi jugak wadai kiping ni kan.ok nak buat dia bukanlah susah mana bahan yang digunakan pun mudah dan murah,cuma nak menggentel satu-satu tu kalau buat banyak memang lenguh tangan jugaklah.sebab tu hidangan ni diorang buat pada musim perkahwinan jiran tetangga akan datang bergotong royong dan buat kuih ni bersama-sama,meriah suasana macamtu.tapi kini nak buat majlis kawin dah senang.acara gotong royong macamtu dah pupus rasanya kan.

Wadai kiping saya ni nampak cerah sedikit sebabnya saya letak gula merah/gula melaka tak berapa banyak sangat,kadang ada yang buat colour  kuah dia lebih kecoklatan,terpulang pada kita nak adjust gula tu macamana ye.

WADAI KIPENG (kalau nak banyak gandakan sukatan)
Bahan
800ml santan pekat
250gm tepung pulut
Sedikit air kapur
200gm gula pasir
100gm gula merah
Secubit garam
2 helai daun pandan |disiat & simpul
Air secukupnya

Caranya
1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk beserta secubit garam serta sedikit air kapur Tuang air sedikit demi sedikit lalu uli hingga menjadi doh yang lembut . Pastikan air tidak terlalu banyak.
2. Bulat-bulatkan doh menjadi sebesar ibu jari, kemudian leperkan di tengah-tengah.
3. Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk. Masukkan doh tadi ke dalam air mendidih dan masak hingga ia terapung. Toskan.
4. Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, gula merah, daun pandan dan secubit garam lalu didihkan dengan api yang kecil hingga semua bahan sebati dan agak likat.
5. Masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam periuk berisi kuah dan kacau sebati.
6.Angkat dan hidangkan.

Thursday, 30 January 2020

Ikan Bakar tersedap....ايكن بكر ترسداڤ


Dah malam..
esok cuti..bagi orang Joho memang cuti lah kan setiap jumaat..bagi kl esok ganti federal day yang jatuh padi hari sabtu.esok bolehlah keluar sekejap beli barangan dapur,tapi taklah nak berlama sangat pergi ke Mall.almaklumlah waktu sekarang ni memang orang tengak rancak bercerita tentang koronavirus dan influenza A.
Memandangkan Johor Bahru ni memang pintu laluan darat warganegara china dari Singapore masuk kesini..so memang tak boleh nak pergi ke tempat orang yang ramai,terutamanya Mall.

Jom malam ni kita layan ikan bakar,ikan bakar salah satu lauk kegemaran kami,tapi tang sambal tu biasa kami agak cerewet sikitlah.Bukannya apa biasa sangat terkena sambal yang tak berapa sedap,maksudnya sambal tu masih mentah..adoii memang mengecewakan sangat..biasa sambal ikan bakar ni memang kami simpan buat stock..bila rasa teragak nak makan tinggal panaskan jew dan curah atas ikan bakar.


Resepi sambal
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 batang serai
bilis atau udang kering segengam
5 tangkai lada kering
15 tangkai cili padi hijau
2 batang lada merah
(kisar semua bahan diatas)
serbuk kari 1 sudu kecil
5 helai daun limau purut

Panaskan minyak ..tumiskan kesemua bahan hingga garing ..masukkan daun limau purut .siap

Wednesday, 29 January 2020

Agar-agar santan gula merah - penyejuk tekak

Bersua lagi.
seronok cuti raya cina sampai mood malas nak kedapur dan masak seperti biasa,tapi rutin hidup kena diteruskan jugak..dalam mood malas kena rajin jugak buat  makanan untuk anak-anak kan.kalau anak dah besar tak berapa kisah sangat pasal makan,tapi bila ada anak kecik yang sedang membesar makan dia memang kena sedia jewlah,lagi-lagi kalau dapat anak yang agak cerewet sikit bab makan letih sikitlah emak nak mikir nak kasi makan apa hari-hari.

Musim panas macam sekarang nie sesuai sangatlah kita buat agar-agar kan.Dulu masa saya kecik bila makan agar-agar santan saya makan yang sebelah atas tu jew,yang lapisan bawah tu saya kurang suka nak makan.
Dan perangai tu terbawa-bawalah sampai keusia sekarang..suka gigit bahagian santan je..hihii perangai tak berubah.

Nak menghasikan agar-agar santan ni kadang tak mudah jugak,ada yang tak berjaya membuat dua layer tu..ada yang nampak santan semata je semua..rupanya nak buat agar-agar pun ada teknik jugak..walaupun boleh dikategerikan sebagi kuih mudah. 
Saya simpan disini resepi yang biasa saya guna bila buat agar-agar gula merah.yang nak cuba silakan.saya gunapakai resepi ni jewlah sebab memang menjadi dan cornfrmm anti gagai..dan yang penting agar-agar menjadi dua layer dengan elok je.


Agar-agar santan gula merah

Agar-agar 10 gram
4 cawan air
200 gram gula merah
1/4 cawan gula pasir
250 ml santan pekat
1 biji telur - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul dan koyakkan sedikit.

Caranya
1.Masak gula merah dan gula putih masuk daun pandan dan 1 cawan air .
2.Masak hingga mendidih dan sentiasa di kacau.tutup api dan sukat jadikan 2 cawan.
3.Dalam bekas lain masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar-agar..masak hingga mendidih.
4.Masukkan air gula melaka dan kacau hingga mendidih.
5.Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.
6.Sediakan loyang bersesuaian..basahkan acuan dan tuang agar-agar..biarkan hingga sejuk..baru dipotong.
.

Thursday, 23 January 2020

Ikan Goreng Halia - lauk famous bila ketandusan idea nak masak apa


Sibuk sangat rasanya minggu ni,dari sehari ke sehari nak menulis disini macam asik tertangguh jew,minggu ni tak berapa sihat sebenarnya..sok sekk hidung kena selsema..almaklumlahkan sekarang panas hujan tak menentu.tu badan rasa tak berapa nak sihat.

Meh la kita update pic makanan pulak,lauk  kiranya kerap terhidang didapur ..hihii lauk orang malas katanya..tapi bila dah makan memang menambah nasi.

Kita kalau dah hari-hari masak memang akan ketandusan idea nak masak apa untuk esoknya..next esok..dan esoknya lagi..dalam minggu ni memang kerap makan nasi bungkus jew ..sebab mood nak kedapur memang lemau sikit.

Ikan siakap goreng halia memang mudah je nak buat,pejam..pejam mata dah jadi hihii..kalau ada yang tak makan ikan siakap korang boleh ganti dengan ikan lain,ikut sukalah kan ..kita yang nak makan..kenalah pilih apa yang kita suka...ye dak..

Bahan dia
Ikan siakap dilumur garam kunyit dan sedikit tepung jagung,goreng sampai garing.
Bawang putih dihiris,halia muda dihiris dn lada cili padi hijau dan mix sikit cili padi merah.ok yang ni semua gorenglah asing asing.

Bila ikan dah siap goreng letak atas pinggan dan taburkanlah bawang putih,halia dan cili padi yang telah digoreng tadi.lepastu pancitkan kicap sedikit dan sedikit minyak bijan.ok dah siap makanlah dengan nasi panas dan ulam..uhh memang terangkat.


Wednesday, 15 January 2020

Menyusuri Pasar malam Bukit Canggang Banting

Sambung lagi cerita jalan-jalan di area Selangor.
Berkesempatan kami menyusuri pasar malam di kawasan Kg Bukit Canggang daerah Banting..seronok sebab pasar malam dia ni panjang betul,sampai lenguh kaki nak habiskan.kiranya dah lama saya tak pergi ke pasar malam..bila anak saudara cakap pasar malam area sini best nak jugaklah tengok apa yang menarik tu kan.

Bagi diorang yang masih budak-budak memanglah best,sebab banyak sangat makanan yang dijual dan kesemuanya memang fav diorang ni...lagi-lagi ayam goreng..pantang diorang nampak pasti nak jugak membeli walaupun perut diorang masih lagi kenyang.

 Pucuk paku terbayang dikepala kalau masak lemak alahai memang sedap ni.

 Macam-macam ada..




 Anika Mochi ..Sushi semuanya nampak menarik sangat,tak tau nak pilih yang mana rasa semuanya nak dirasa.


 Kopi kampung kisar pun ada disini,try jugaklah beli bau wangi sangat sampai tergoda nak mencuba.


 Anak-anak ikan pun ada,sibuk sungguh Muhammad nak membeli anak ikan ni.

 Petai 

 Ayam bakar madu




 Putu Buluh..Putu Piring..yang ni fav emak..beli jugaklah dalam 2 bungkus.

Disebabkan parking nak menuju ke pasar malam ni susah,ramai orang parking di kawasan laman rumah orang kg disini.pokok kelapa diorang ni tinggi2..nak paark kereta memang kena tengok ..tengok..takut kelapa kering jatuh atas kereta pulak nanti kan.

Thursday, 9 January 2020

Kuih Cara Manis sedap dan kompom jadi

Kuih Cara Manis.
semak folder banyak sangat gambar masakkan yang masih tertangguh nak di transfer ke blog.Update slow-slow kadang mood nak menulis hilang..kadang rasa bersemangat.itulah kan manusia biasa..mood selalu on off.
Dikutkan tahun 2020 ni jadual harian dah bertukar sedikit,so masa nak menulis kadang lebih terhad.ada tak ada kadang tengah malam nak menuju ke pagi kalau terjaga rajin jugak godeh blog..tapi kadang tido lena sampai kepagi

Salah satu kuih lama yang masih ada penggemarnya,dan masih banyak lagi yang menjual kuih cara disekitar rumah kami ni.kuih cara kalau inti daging memang kegemaran saya,tapi kalau yang berintikan gula agak slow sikit nak makan,tapi anak yang sulung dengan Muhammad suka,mungkin sebab bila gigit tu keluar lelehan air gula tu yang diorang rasa seronok sangat nak makan.

Mould kuih cara baru beli,orang cakap macam nak rasmikan gitulah kan..hihii..ok yang nak cuba resepi dibawah tu yang saya gunakan,ramai dah shara gambar kuih cara saya ni..alhamdulillah diorang suka dan ramai yang bagi reward dan repost serta mention saya sebagai tuan punya gambar dan video.alhamdulillah thank you.


Kuih cara manis

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna hijau / guna daun pandan asli

Caranya
1.Masukkan semua bahan dalam blander.kemudian kisar guna blander dan tapis.
2.Panaskan acuan guna dapur gas,sapu sedikit minyak pada acuan tuang adunan,biarkan sekejap.
3.Masukkan gula kastor sedikit kemudian tutup permukaan biarkan hingga garing bahagian bawah,cungkil dan keluarkan dari acuan.
4.Ulang hingga habis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang