Pages

Friday, 16 December 2022

Perjalanan ke utara


Cerita perjalanan kami ke utara..
Jumaat lepas hari pertama bermula cuti sekolah ..9 nov pukul 8 lebih dari rumah kami bertolak ke utara..cuaca elok je jew pagi tu..perjalanan pada awalnya tak ada jem..scan TnG dah start kenderaan slow..rupanya ada bas kilang rosak..tu yang pergerakkan tak lancar..mujur tak jem lama sangat..

Ambik gambar keadaan anak-anak masa dalam kereta..Muhammad macam biasa duduk belakang seorang..penuh seat belakang dengan selimut dan dua biji bantal..kalau boleh masuk tilam..tilam pun nak di masuk sama dalam kereta..ha haa..

Tugas memandu haritu iqbal yang handle,dia nak drive katanya..tapi saya dah stnbay untuk memandu haritu..tido malam pun dah cukup..kira dah rehat sepenuhnya..tapi bila dia offer nak drive bagus jugaklah..simpan sikit tenaga ..


Bila dah semua kenderaan jalan merangkak jadi bosan dah dalam kereta..saya pulak jenis yang tak suka tengok handphone masa dalam kereta..maka snap jewlah gambar depan ..belakang..kiri kanan..tu gambar masa jem..


Lepas je dari jem,Muhammad cakap lapar..yerlah memang lapar semua sebab dah 10 lebih tak ada lagi makanan masuk dalam perut..bekalan air ..makanan ringan tak beli pulak masa nak pergi..plan memang nak beli jew di RnR..
so suruh Iqbal berenti di perhentian Machap..dia cakap tak nak berenti kat Pagoh ke bu..pikir balik nak sampaikan ke paguh mau Muhammad mesti bising cakap lapar..


Suka kalau pergi kat perhentian sebelah johor ni..banyak kerepek dan bahulu..tapi biasanya kerepek jarang kami beli..memasing tak suka makan kerepek..tengok bahulu tu teringat pulak satu tipuware bahulu masih ada kat rumah..masatu beli kat angsana..maka beli jew jagung 2 cawan..tapau makan dalam kereta.
Iqbal makan mee hoon soup..Muhammad pulak nak makan meggi jew ..suruh diorang buh air panas..emak dia pulak lebih suka ambik nasi terus..lauk ikan siakap asam pedas..dan sayur taugeh goreng..senang makan nasi tahan perut tak lapar sampai ke petang..


Penuh tempat duduk kat RnR Machap,mungkin lepas jew dari merempuh jem memasing terus masuk RnR mencari makanan..dah siap makan sambung lagi drive..
Dah agak lama memandu berhenti lagi dekat perhentian kecil..lupa pulak tempat ni..tak silap macam pedas linggi..ada jual buah dan makanan ringan..berhenti sebab Muhammad nak terkencing..kalau tak malas jugak nak berhenti..
Kat sini beli jugaklah roti sosej 2 biji..bili hotdog panjang..dalam 5 cucuk..buah potong..dengan air dan chips untuk diorang..

Sambung lagi drive terus ke Selangor,kami nak kena singgah ke Putrajaya Sentral dulu nak ambil En suami.Hari jumaat tu suami kata kerja half day..tapi kerja from home..jadinya pukul satu lebih baru dia siap kerja dan naik train dari Petaling Jaya ke Putrajaya..

Kami anak beranak sampai di Putrajaya Sentral dalam pukul 1 lebih,menunggu En suami yang tak kunjung tibe..lambat sangat dalam pukul 2 baru muncul..anak memasing buat muka geram..sebab letih menunggu..ha haaa.
Muhammad pulak asik called baba dia..tanya bila nak sampai..bila nak sampai..

Dah lengkap semua kami terus drive naik ke utara..plan nak makan nasi arab di Cyberjaya tak jadi..sebab macam dah lewat..takut lagi petang jem lagi teruk nak ke utara..maka jalan jewlah terus..


Alkisah bila bagi kat anak yang drive tak di jengah pulak minyak kereta..tengok jew dia kata dah warning..tinggal beberapa kilometer jew boleh drive..eremmm nak marah pun tak guna..tengok dekat waze pam minyak di highway masih jauh..kalau yang dekat kena keluar dari highway..maka kami keluar dari highway..mencari pam minyak..jauh jugak rupanya kedalam..area mana lupa pulak..tapi kawasan nak ke kuala selangor tak silap..dalam perjalan mencari pam minyak hujan lebat pulak dikawasan tu..terdetik jugak kat hati jangan banjir kilat sudah dekat sini..

Dah isi minyak penuh..
lega dah..boleh sampai ke utara dengan tenang..
En suami ajak berhenti di RnR Tapah..dia nak makan roti bakar Pak Tam..Muhammad pulak nampak stall ayam gunting ..dia nak sosej dengan ayam gunting je,tak nak nasi katanya..


Iqbal dengan saya order mee goreng mamak dengan nasi ayam kat sini..
Tanya dulu mee goreng mamak tu lambat ke nak dapat..takutlah orang time nie tengah ramai..memasing berhenti solat maghrib kat sini..dia cakap tak lambat sangat ..so bolehlah tunggu 

Nilah nasi ayam yang kami order,colour kunig..ayam dia ok lembut..tapi nasi jew bermasalah sikit..keras,,rasa belum masak lagi..agak mengecewakan jugaklah bila tergigit nasi yang masih keras..tambah telur mata satu..En suami makan set nasi lemak dengan paru goreng ..tak tersnap pulak gambar makanan dia malam tu..





Dah siap solat semua..pergi ronda lagi gerai yang ada jual makanan ringan..beli beberapa biji roti dan air..tapau nak makan dalam hotel nanti bila dah sampai...









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang