Pages

Friday, 16 October 2020

Tikka Chicken..menu pakistan



Jumpa lagi ..

Dah dua pagi mata tak mengantuk lagi..takut esok ni ada yang bangun lambat,nasib esok anak tak sekolah,boleh rehat sikit luruskan kaki.

PKPB di Kl,Selangor dan putrajaya,makanya en suami tak dapatlah balik merentas negeri.nasib Iqbal ada lagi dirumah masih sambung study online,adalah kawan sembang dan merangkap kawan gaduh..ha haa.

Nak cerita tikka ayam,menu orang pakistan.kerap jugaklah buat tikka ni dirumah..nak buat dia bukanlah susah sangat.Barang rempah dia senang nak cari..kalau malas nak adun rempah tu beli tikka chicken rempah yang dah siap pun ada jual.

senang tinggal tuang je..campurlah dengan yogurt.




Diatas tu antara bahan yang digunakan untuk perap ayam tu,,Garam masala,serbuk kunyit,serbuk cili,yogurt dan bawang putih berserta halia tumbuk.
Ayam tu potonglah dadu,masuk semua bahan kemudian perap..biasanya saya perap sehari ..baru rasa dia meresap.garam letak ye jangan lupa.

Bahan yang kita guna untuk cucuk dengan ayam tu..saya guna bawang besar ..kalau ada bawang holland pun boleh..dan lada benggala..nak merah ..kuning ..hijau pun ok je.

Lepastu cucuklah macamni,selang seli.buat sampai habis..
Dah boleh bakar..letak minyak zaitun sikit atas dia,terbalikkan biar masak sekata..kalau guna dapur arang tu lagi best bara dia sekata.


Ok dah siap ..kalau korang nak bakar lagi garing pun boleh ikut suka lah ya..biasanya orang pakistan makan ni dengan roti naan dan raita..macam tak sesuai kalau makan dengan nasi putih..tapi saya lebih suka ratah jew..kira macam makan sate gitu..hihii..oklah jumpa lagi next yer..
 

4 comments:

Darling Pya said...

Menyelerakan

Syaz Rahim said...

sedapnya! kalau saya tak cukup sebatang tu hehehe

Nasa Mulia said...

Pernah makan di tempat kerja dulu diorang buat, ini dah tak kerja boleh lah cuba gun resepi Zila ni.

Azhafizah MN said...

Sedap ni. nak buat pun mudah tu kak. Kena buat lebih tu takut tak cukup. Tq kak share resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang