Pages

Wednesday, 7 October 2020

Nasi Lemak Royale

Test Nasi Lemak Royale Kedah..macamna rasa dia? sedap ke tak?..
First time sebenarnya masuk ke ke sini,walaupun lalu depan kedai ni tiap minggu tapi belum tergerak lagi nak mencuba,so hari Ahad haritu kita kasi jadi lah..Mirip nasi kandar jugak..nasi lemak yang berwarna kuning...oo patutlah di panggil Royale,sebab nasi tu berwarna kuning keemasan.

Suasana masih sama,cek suhu scan ..entah bila akan berakhir..


Suasana dalam kedai,bersih ..mungkin tempat masih baru lagi.jadi semuanya nampak bersih jew..sedap mata memandang.
Kudapan ringan pun ada.Buat kunyah depan tv memang elok ni,selain itu kuih muih pun banyak anika talam.Maaflah sebab tak amik pulak gambar,sebab amik video ..so kelam kabut nak setting..hihii
Ni dia ..
tuan tanah punya,saya try ikan..tak banyak pilihan ikan hanya kepala ikan Bawal je yang ada.Selebihnya banyak kepada ayam dan daging...dan peria goreng,tapi tak krukkk krukk peria ni..rasa sedap tapi kalau dapat yang rangup lagi sedap.
Iqbal ambik sayur kobis goreng style mamak dan telur ikan.Dia ingatkan sotong goreng..hihii memang susah nak cam rupa lebih kurang je .
Dua lagi tu Muhammad dan En suami yang punya,satu berlaukkan Ayam goreng dan satu lagi ayam goreng dan kobis goreng.
Order air fresh orange dan teh ais dua.
Nasi lemak Royale ni bukan macam nasi lemak kita orang melayu tu,yang nie macam lemak dia sedang jew..light-light macamtulah.
Lepastu dia akan ceduk beberapa jenis kuah campur atas nasi.yang saya punya tu hanya 2 kuah jew..
En suami tambah roti telur sekeping,saja dia nak test roti canai dia sedap ke tak.
Harga seperti tertera diatas.selain Nasi Lemak royale ada bermacam stall disini,banyak pilihan kalau teringin nak makan lontong pun ada.


 

7 comments:

Darling Pya said...

Lama tak makan Nasi Lemak Royale

Amie said...

First time tengok nasi lemak royale. Tak sama macam nasi lemak biasa ye.

Syaz Rahim said...

lamanya tak makan nasi lemak royale ni! sedap nampak tu ha

zila norazila said...

cik pya
org kedah mesti fav kan nasi ni ..kami org joho baru nak try ha haa

zila norazila said...

amie
tak sama kak amie,rasa dia macam nasi kandar pun ada jugak..beranika kuih dia bagi ..tp sedaplah..warna nasi pun royale lagi..hihii menarik

zila norazila said...

syaz rahim
kami org joho baru nak try..kt kl byk jgk kn branch dia.

Azhafizah MN said...

Pernah cuba rasa nasi lemak royale di Alor Setar dulu. Okaylah rasa dia. Orang yang suka nasi kandar ni suka lebih kot nasi lemak royale ni agaknya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang