Pages

Tuesday 3 November 2015

Roasted Chicken


Buat semua calon SPM 2015 dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.
Pesanan untuk anda 
1 Jaga kesihatan anda
2 Jaga makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
3 Jangan mudah putus asa
4 Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan  sebagainya.
5 Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
6 Mohon maaf  dan  restu daripada kedua ibu bapa dan guru  sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan
7 Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan  semasa di dewan peperiksaan
8 Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang.
9 Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik. Amin


 
Bersua lagi..
Thyme dan Rosemarry dua herba popular dalam masakan.. timur tengah spanyol,portugis prancis, syria ..Turki dan juga negara lain.ianya merupakan bahan asas dalam masakan.
dimalaysia pun ramai yang mengemarinya..ada dijual kering dan segar.kalau nak cari yang segar banyak dipasaraya besar..



Variasi ayam bakar yang zila buat ..banyak kali kan..he heee tulah gambar banyak terperap dalam folder dah lupa kadang-kadang nak update..tapi yang pastinya kami sekeluarga memang peminat tegar ayam roasted.
Banyak versi sebernarnya roasted zila ni..kadang-kadang zila tambahkan paprika,kadang-kadang tambahkan jintan.tapi resepi asasnya seperti dibawah.resepi sama yang zila pernah kongsikan di blog ini pada 2012 tak silap disini


Selain dari carrot dan kentang tambahkan jagung pun boleh..ikutlah kesusaian masing-masing.kadang-kadang selera orang berbeza-beza kan.biasanya zila masak nasi berperisa tambahkan kismis banyak-banyak.. salad timun dan tomato serta sambal sikit.baru best nak makan.


Roasted Chicken

1/2 ekor ayam 
5 ulas bawang putih - digoreng dengan minyak olive kemudian ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 1/2 sudu besar rosemary kering 
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar madu 
3 sudu besar gula perang 
1 kiub ayam 
1 biji lemon - hiris bulat
1 biji orange - hiris bulat
4 sudu besar olive oil 
Daun rosemarry segar dan daun thyme segar- secukupnya
Baby carrot dan kentang - direbus separuh masak

Cara membuatnya

  1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 
  2. Campurkan semua bahan,kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
  3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada kentang dan karot dan kemudian susun bersama ayam.Susun lemon dan daun rosemary dan thyme..Perap dalam 1 atau dua jam.
  4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau hingga masak. 





15 comments:

cheq da said...

Sedapnya...sy pun suka kak zila ayam bakar dgn rosemarry...biasa rosemarry sy mtk dgn student jea...

Unknown said...

assalamualaikum zila
aduh lama nya tk nampak zila kat sini
ada projek apa agak nya ya
mesti big projek ni kann
btw sedapnya rosted chicken tu mesti nak try ni

kakrose said...

sedapnya ayam panggang tu..
akak bab masak memasak ni tak pandai. kalau tiru resepi pun tak berapa menjadi.teringin mkn ayam panggang beli jer kat ayammas..huhu

fazianbatrisyia said...

Nampak sgt sedap.
yg atas tu nasi berperisa...nasi apa ye tu?
anak sy tak suka letak kismis byk..nanti diasingkan sy jugak yg kena makan.
dia mkn yg tak dimasak je.

Ruzita Idias Ismail said...

sedapnya Zila.. nape lama tak update blog Zila.. selalu gak jenguk blog zila tapi nape zila jarang update ya.. sibuk dengan anak2 kecil ke..

Amie said...

wOW! Banyaknya.... nampak sangat sedap! Boleh tumpang semulut di sini kan Zila he he heee.

MISSNICK said...

Hummm berselera sangat masak gini....suka tengok orang masak macam2 tapi kita sendiri nak buat termenung dulu fikir rajin ke tak haha...

zila norazila said...

Cheq da
Wahh snnglh kn..akk try tanam x nk idup plk..pnas tgn akk ni..tnam apa smua x jdlh..he hee

zila norazila said...

nooriah abdullah
wsalam kak nor,aah kak kekadang muncul kkdg tggelam..x ada projek special pun kak..ikut angin ..he hee bila mood ada adalah disini kak..lappy kena caras jew dgn ank..tu yg slow nk update..

zila norazila said...

kak yon
ayam panggang mmg fav org umh ni kak..x yah lauk lain dah ok dah nie..ayammas pun sedap jgk ayamnye..kita pun rajin jgk pergi ..

zila norazila said...

fazian batrisya
Nasi pilaf tu yan,akk letak kismis banyak sbab memasing suka kismis..he hee budak2 mmg macam tukan..last-last kita juga kena perabih..tu yg kekadang maknye bole gemuk kn.

zila norazila said...

Ruzita Idris
tq ita sudi kemari..tulah anak tengah lasak ita..tapi kkdang free dah penat..insyaallah lpas nie bolehlah update laju2 he hee

zila norazila said...

Amie
akk meh lah join makan bersama..tengok masakkan kak amie..mabless smuanya..

zila norazila said...

Nik Azidah
kita pun kekadang gitu..tak de idea nak masak..tgok masakkan org kkdg tringin ..nak buat kkdg malas btul..he hee

Unknown said...

kaknoir bgi main hp tokwan dia, dia tengok video kanak2 dlm utube tklah kacau maktok haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang