Pages

Tuesday 30 April 2013

tofee cheese cake


Bertemu lagi hari ini.cheese cake simple yang zila buat sempena birthday suami yang jatuh pada hari rabu 24.04 yang lalu..oleh kerana hari itu hari bekerja zila tak sempat nak buat apa-apa pun.kebetulan kami berdua mengambil cuti untuk menyelesaikan urusan di imigresen so nak masak-masak dirumah memang tak sempat.


 
Oleh kerana hari biasa tue tak sempat zila gantikan acara masak-masak dan buat kek pada hari sabtu.cuma anak jew yang kena pergi kesekolah..sebab ada sekolah ganti.
untuk kek birthday kali ini zila memang dah plan tak nak buat kek yang ada icing..bukannya apa rasa macam malas pulak nak godeh-godeh..he hhee..mood kelaut nie.zila ambil resepi ini dari dapur kak ita nampak sangat-sangat sedap,dan seri kandi pun dah cuba juga..bila seri kata memang urrmmm..zila menjadi bertambah yakin kesedapannya..



untuk base kek ini zila gantikan dengan biskut marie,pakai mana yang ada stock dirumah.untuk caramel zila buat 2 versi satu lagi zila campurkan perasa oren sunquick rasa masam-masam sikit dan satu lagi sama macam resepi kak ita.

caramel tue zila tak curahkan sepenuhnya atas kek,sebab dirumah nie ada yang tak suka manis-manis..so bila nak menghidang jew zila curahkan caramel.
zila tak sempat nak masukkan dalam peti ais,siap caramel terus potong kek dan curah..h ehhee sebab suami tak sabar nak potong dan rasa.

Pada sesiapa yang tak pernah buat memang kena cuba jugak.rasanya memang sangat-sangat sedap..dah makan sekali memang nak makan lagi..suami kata next time buat lagi ..anak pun puji kata sedap..



TOFEE CHEESE CAKE
by :
Epicurious dan kak ita

Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan

Biskut di hancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut, antara biskut Oreo dan biskut Marie atau sebaliknya.
Satukan biskut dan mentega
Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak
Padatkan biskut dalam loyang
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja, atau pada sekeliling loyang juga

Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang. Biarkan ia sejuk dalam loyang
 

 

Cheese Cake
250 gm krim cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata

Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit
Bakar guna api atas dan bawah

 
 


 

Caramel
1 1/2 cawan gula ~ kurangkan
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega

Masak gula, air dan lemon hingga keperangan
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat

Biarkan ia suam
Tuangkan atas cheese cake tadi
Simpan dalam peti ais hingga dingin
Hiaskan dengan coklat Tofee


25 comments:

hazila said...

Akak dah agak lama tak buat cheese cake. Rasa macam nak buat juga sehari dua ni.

Unknown said...

uh uh kak norazila kaya dengan keju....meleleh nengok

LiNa_Pg said...

Yum...yum...sungguh kutergoda...sedapnya zila..nak lak tengok tang meleleh tu ho..ho..

Gee® said...

Yummy..! yummy..! yummy..!!!

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Zila..

Boleh masuk list ni utk bday anak sulung mggu dpn. Dia dh request nk cheese cake...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dahlah sedap, senang pulak tu nak buatnya, kannnn...

fazianbatrisyia said...

betul tu...kek ni mmg sedap. tak rugi cuba...

BiNtaNg HaTi said...

wahhh...untung la suami ko isteri masak kek special utk birthday..hehehe...hepy besday utk wasim, jeles tau org ada kek besday aku xde...waaaa!!

Rohah said...

wow kak,ini menu tangkap leleh...tunggu next,next dan next utk dicuba...

umi's cup cake said...

Salam zila sayang,
sedapnya nampak kek ni cuma belum sempat buat lagi..tunggu cuti la...

Kakzakie Purvit said...

Walau nampak senang buat kakak tetap kena abmbil masa kalau nak buat Zila. Memang nampak sedap. Kakak pun suka kek yg tak ada cream..

tun_telani said...

nyum!! dh lama xmakan cheese cake. nmpk hersyes kises ingatkan ada masuk dlm kek jugak. hihi

Chah said...

Oh....great combo caramel dgn cis tu....tetiba rasa nk cari sampai jumpa mana eh saya letak spring form....hegege

Mori Said said...

Sedap betul tengok cheese.... Yummy nyer

Amie said...

Happy belated birthday untuk hubby dia... moga bahagian menjadi milik bersama hingga ke syurga!
Tumpang sepotong ye tofee cheese cakenya yang sangat sedap tu!

Sweet red cherry said...

salam zila,

kek ni nampak sedaap..

Melly Octaviana said...

Happy Belated Bday buat hubby nya Zilla. Wishing him all the best.. ;)
ngecess lah tengok cheese cake nya, sememang nya nampak sedap, never go wrong with cheese cake..hehe

Wani Sukarno said...

Salam kak zila lama x singgah dapur kak zila ni sihat ke ... sedap nya toffe cheesee cake ni memang mudah buatnya... ..

ummiakid-lily said...

Memang mengoda dan nampak sedap sangat. kalau dekat dah lama mintak sepotong...:)

JaSSNaNi said...

sedap nampak.. menggoda sangat.. dan sangat2 menggoda teknik shoot tu.. wahhhhh.. sonok layan berkali2 ni.. cantek sangat shoot pics ni..

Mamasya said...

Aslmkum Zila
moga sihat ceria.
nengok toffee cheese cake itu...yummynya..kalau dpt sepotong...tak 2 potong rasa...bestnya...
happy belated bday buat husben Zila.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak mengancam sgtlah kek tu zila... lama juga akak tak buat something menggunakan cream cheese...

Rina Audie said...

lelehan topingnya sungguh bikin air liur menetes zila. bisa dibayangkan betapa sedapnya, slruuuph...

Hafizah Mohamad said...

Salam Zila...sedapnya...bak 4 potong...sedapnyaaa....

Qasey Honey said...

nmpk sedap kek tu..QH pon lom penah try buat ape jenis cheese cake

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang