Pages

Tuesday, 21 June 2016

Menu berbuka 13 Ramadan

Slamat pagi..semalam nak menulis seperti biasa tapi mata mengantuk sangat..siang hari macam busy sikit kita..menguruskan apa yang patut.malam tadi bila terjaga macam biasa nak menaip macam bercinta sikit..
ok cerita menu ramadan 13..zila sempat meyediakan ikan bakar talapia merah untuk family,cicah dengan air asam dan sambal kicap..lama rasanya tak buat ikan bakar style macam ni..masa berbuka dikampung awal ramadan aritu buat jugak ikan bakar tapi style bakar lumur dengan sambal sekali..
beberapa hari ni nak masak yang simple2 dan ringkas,memandangkan banyak kerja yang nak kena buat ,selain ikan bakar zila sediakan pakoora..pakoora merupakan makanan masyarat india pakistan dan area-area sana tulah,memandangkan en suami ada dirumah zila suruh dia yang buat.Biasanya kalau dia dirumah banyaklah menu pakistan yang dimasak,kebiasaanya manisan yang manis-manis untuk berbuka seperti peerni dan masakkan yang menggunakan yogurt dan tepung suji.

Pakoora ini kurang lebih macam jemput-jemput orang melayulah..yang membezakannya diorang menggunakan tepung kacang kuda..rempah-rempah dan serbuk lada cili..dibancuh dengan sedikit minyak dan sedikit air..tak seperti jemput-jemput kita yang dibancuh dengan air yang banyak.kalau berminat nak mencuba boleh semak resepi dibawah.



Air asam ikan bakar

10 biji cili padi ( boleh tambah atau kurang ikut suka ) - dihiris/didadu kecil
1 biji buah tomato - didadu
1 bawang merah (besar) - didadu
2 ulas bawang putih - diketuk dan didadu
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan - dibakar
Garam
Gula
Perisa- jika suka

Caranya
Asam jawa diperah dengan anggaran 1 cawan air suam.ketepikan,masukkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan gula..

Sambal kicap
lada cili-dihiris
bawang besar - dihiris
bawang putih  - diketuk
kicap - secukupnya
limau kasturi - secukupnya

mixkan kesemuanya dan  tambahkan air limau kasturi.


Pakoora - Mix pakoora

1 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji kentang - dihiris halus/kasar ikut suka
segengam daun bayam - dihiris halus
1/2 biji terung - didadu
1 pokok daun ketumbar - dihiris
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar - tumbuk kasar
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk kasar
1 sudu kecil jintan kasar - tumbuk kasar
Tepung kacang kuda - secukupnya
1 sudu minyak dicampur dalam adunan tepung

Caranya
mixkan kesemua bahan tambahkan sedikit sahaja air,agak-agaklah yer asal boleh melekat kesemuanya.goreng dengan minyak yang panas.goreng sehingga kekuningan angkat dan toskan.sedia dihidang bersama sos pilihan.




Sunday, 19 June 2016

Menu berbuka 12 Ramadan


Dah bangun sahur ke..
zila dah siap dah makan sahur..dari pukul 12 lebih tadi dah terjaga nak lelap balik memang susahlah sikit pergi dapur godeh-godeh apa yang patut..tgok kuih raya siang tadi beli dua balang..jamahlah sikit..kot-kot esok siang dok teringat..he he heee

ok sambung balik menu ramadan 12 kami..zila sediakan ikan masak steam cara rebus..sebenarnya tak tau nak bagi nama apa..sebab ramuan macam ikan masak steam tapi caranya zila tak stemkan pun,zila rebus ikan siakap dengan air..anggaran banyak mana kuah yang dikehendaki ya..agak-agak ikan dah nak masak masukkan bahan-bahan lainnya..rasanya sama macam ikan masak steam.keadah ini rasanya lagi senang tak payah kluarkan pengukus bagai.

lauk sampigan zila masak terung berlada.dan tart portugese..huh siap buat tart bagai macam rajin betul kan..semuanya zila buat dalam kuantiti yang sedikit je..tart pun sama agak-agak lepas keinginan  jadilah..tart portugis zila ambil resepi dari blog bicara kak nor kak nor guna pastry puff ready made tu jadi kerja lebih mudah. ok stop disini dulu ..jumpa kagi esok ye.

Ikan steam cendawan ala rebus

1 ekor ikan siakap - dibersihkan 
1 labu bawang besar di hiris 8 memanjang
3 ulas bawang putih diketuk
4 biji lada cili hijau  - diketuk
1 cm halia  - dihiris 
2 batang serai diketuk
1 sudu besar perahan air lemon
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 pokok daun ketumbar - di potong 3 bahagian
4 helai daun limau purut - disiat sedikit
3 biji cendawan shitakee - di hiris nipis

caranya

  1. Masukkan ayam kedalam periuk dan isikan sedikit air..anggaran banyak mana kuah yang dikehendaki.
  2. Apabila ikan hampir separuh masak masukkan kesemua bahan diatas,tutup periuk dan masak lagi seketika.
  3. Tambahkan daun ketumbar dan daun limau purut.perasakan rasa masinnya,matikan api dan sedia dihidangkan.



Sambal Lado Minang
4 biji terung - Potong  terung dan goreng sehingga agak lembut- angkat ketepikan.

Bahan-bahan
14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah
4 biji bawang besar - dikisar
1 biji tomato segar - di dadu
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara
1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan bawang besar dan sedikit air dalam 3/4 cawan blender agak kasar.
2. Panaskan minyak dalam kuali masukkan lada,dikacau hingga agak mengaring ladanya dan naik minyak apinya biar kecil sahaja. ( pastikan lada dimasak sehingga garing)
3. Masukkan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun sedap jugak.  Selamat mencuba.


Portugese Egg Tart
50g kuning telur (anggaran 3 biji)
25g gula castor kaknoor tambah 1 sudu lagi gula
60g full cream milk
100g dairy whipping cream
1/4 sdt vanilla essence
Puff pastry

Caranya
Satukan semua bahan-bahan dan tapis
Gulung puff pastry seperti menggulung swiss roll dan potong kepada beberapa bahagian.
Letakkan potongan puff pastry dan tekan perlahan dan kemas kedlm acuan muffin..
Tuang adunan telur hingga hampir penuh .
Bakar dlm oven 180C selama 30minit api atas bawah
Kemudian tukarkan kepada api atas dan bakar lagi sehingga kekuningan

Saturday, 18 June 2016

Butterscotch cookies



Salam sabtu yang mendung..
Macam malu-malu pulak matahari nak keluar hari ini..begitulah juga mood yang agak lemau..planning nak kesana nak kemari banyak hari ini..mission pertama nak service kereta yang dan over tu..hari-hari bawak nak antar service malas..
Semalam bukan tak masak tapi tak sempat nak load gambar masakan hari ini..tunggu petang sikit baru load sini..hari ini cuci mata dengan biskut raya dululah.Biskut ini dah dari sebelum raya zila buat,zila kongsikan resepinya di majalah saji keluaran Jun bulan ini.

Tahun ini zila cuti sepenuhnya dari mengambil tempahan biskut.Agak rumit jugak sebenarnya nak uruskan muhammad yang tengah lasak,suami pulak sekarang dah permenant dikuala lumpur.. dengan tempahan lagi jadinya ambil keputusan off teruslah.Buat untuk makan sendiri adalah ..anak dan adik bradik pun dah request nak makan biskut .
Resepi asal biskut butterscotch zila ambil dari majalah Rasa.sebab ada kelainan tu yang zila cuba.sesiapa yang nak mencuba silakan ye..ok mohon berundur dulu..hari ini macam pack sikit..bye.


Biskut butterscotch chip
Bahan-bahan
250 gram mentega
200 gram tepung gandum
150 gram tepung ubi kentang
30 gram tepung jagung
85 gram gula kastor
50 gram butterscotch chip
1 sudukecil esen vanilla
Butterscotch chip sebagai hiasan - secukupnya

Caranya
  • Pukul mentega bersama gula dan esen vanilla sehingga kembang.Masukkan  tepung gandum,tepung ubi kentang dan tepung jagung.kacau rata.
  • Masukkan butterscotch chip.Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Canai dan terap mengikut citarasa.Hiaskan permukaan biskut dengan butterscotch chip.
  • Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’c selama 20 minit sehingga biskut keperangan.Angkat dan sejukkan..simpan didalam bekas kedap udara.



Friday, 17 June 2016

Menu berbuka 11 ramadan

Salam jumaat dibulan ramadan.alahmadulillah bersua lagi hari ini..dari sebelum sahur lagi sebenarnya menulis blog..sampai lepas sahur tak siap-siap kan..
Dah mula peningkan nak masak untuk berbuka..masing-masing mengeluh tak tau nak masak lauk apa..manisan apa..untuk menambat selera anak-anak.biasanya kalau anak yang request kita ikutkan jewlah kesian sebenarnya tengok diorang letih berpuasa..

Sebenarnya menu nasi mandy memang senonim dengan family zila.suami kurang suka makan nasi biasa dan ikan..budaya berbeza kan..so kalau zila masak macamni memang laju lah dia..anak zila pun suka jugak.nasi mandy ni banyak jenis sebenarnya..ikut negara kalau yang iran punya macam ada lain sikit..turkey pun lain jugak..
pengunaan beras pun memainkan peranan..kalau boleh pergi kedai arab ada dijual beras untuk nasi mandy atau maglubah.kalau duduk area jb banyak kedai arab disini.
untuk nasi mandy versi ayam rebus zila ambil resepi dari kak azie,dah banyak kali zila guna resepi ini memang sedap.kalau tak nak susah payah belilah pack nasi mandy yang dah siap.ada dijual di giant keluaran chef ammar..balik tinggal ikut resepi blkg kotak tu jew.

zila gandingkan nasi mandy dengan ayam tikka..ayam kena sedikan awal kena perap semalaman baru rasanya sedap.untuk dessert atau air zila buat falooda.falooda ni kalau sebelah india ..pakistan memang popular..macam kalau dimalaysia ABC lah..ataupun cendol..he he heee..dalam falooda tu ada biji selasih ..jelly ,sirap gula,susu dan topping ice cream vanilla..huhh gitulah ceritanya..macam panjang pulak membebel hari ni..ha haaa..oklah korang semaklah resepi ye kalau nak cuba...kalau malas baca jewlah ea..ok bye..


Nasi Mandhi
Bahan A
4 cawan beras basmathi 
1/2 cawan minyak zaitun  
2 labu bawang besar - potong dadu 
5 ulas bawang putih - mayang 
1/2 cm kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
5 tangkai bunga cengkih 
1 helai daun bay
3 helai daun pandan - tak letak
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara 

Bahan B 
1 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia 
1 sudu teh serbuk ketumbar 
1 sudu teh serbuk jintan manis 
1 sudu teh serbuk jintan putih 
1 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
1 helai daun salam 
1 sudu makan minyak masak 
1 liter air (agak2 ayam tenggelam) 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara cara


  • Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau. 
  • Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.
  • Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi.  Masukkan  minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk
  • Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.


Salsa
Bahan bahan 
4 biji buah tomato - potong dadu 
1 batang timun dibuang biji - potong dadu 
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 tangkai cili merah - dimayang halus 
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus 
1 biji lemon diperah ambil jusnya 
1 sudu makan minyak zaitun 
Garam  
Gula 

Caranya 

Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Untuk Sambal (Salata Hara): 2 biji buah tomato 3 biji cili api Blend tanpa air...masukkan sesudu kecil garam dan hirisan daun ketumbar..siap 



Chicken Tikka
Bahan-bahan
2 ketul dada ayam – dipotong kecil
1 sudu besar  cili serbuk
1 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu besar serbuk ketumbar
¾ cawan yogurt
1 sudu besar halia –ditumbuk
1 sudu besar bawang putih – ditumbuk
1 sudu besar jus limau
Garam – secukupnya
1 biji bawang besar – dipotong kotak
1 biji lada benggala merah – dipotong kotak
Lidi - secukupnya

Cara membuatnya
  1. Bersihkan ayam lap dengan kertas tisu,masukkan ayam kedalam mangkuk.Masukkan serbuk cili,serbuk garam masala,serbuk ketumbar,jus limau,paste halia dan bawang putih,gaul rata.
  2. Kemudian masukkan yogurt gaul lagi.
  3. Masukkan bawang besar dan lada benggala.Gaulkan kesemuanya.
  4. Ambil lidi dan cucukkan ayam berselang seli dengan bawang besar dan lada,buat sehingga habis.
  5. Kemudian perap semalaman di dalam peti Ais,selepas semalaman bakar didalam oven suhu 200c sehingga ayam garing dan masak sepenuhnya.sedia dihidang
Falooda
1 scoop aiskrim vanilla
Agar-agar/jelly - secukupnya -zila guna sumi
Vermicelli - bee hoon/suh hoon- celur -skip kalau tak suka
biji selasih - direndam dengan air panas
sirap gula - secukupnya
susu segar - secukupnya
badam - secukupnya
roses - kering atau segar jika suka

Caranya
Masukkkan sirap gula kedalam gelas,tambahkan biji selasih kemudian sumi.
lapiskan lagi dengan vermicelli sirap gula dan susu segar.
tambahkan 1 scoop aiskrim vanilla,taburkan badam dan roses.sedia dihidangkan.



Thursday, 16 June 2016

Menu berbuka 10 Ramadan

Biasanya lepas solat isyak zila akan tidur dulu sambil tidurkan anak,lepastu mesti bagun semula pada pukul 1 lebih.lepas buat solat sunat tahajjud sambung pulak load gambar untuk blog..seronok pulak sekarang ini nak menulis blog ha haa haa.mungkin bulan puasa kot sebab banyak resepi masakkan yang nak dikongsikan..
Dah masuk ramadan yang kesepuluh moga amalan-amalan yang kita lakukan sepanjang bulan ramadan ini diterima Allah.Beberapa hari lepas hari ulangtahun perkahwinan zila dan suami doakan yang terbaik untuk zila dan suami yer moga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat disamping mendapat zuriat yang soleh ameen.

Sambung cerita menu hari yang kesepuluh pulak,hari ini zila tak masak nasi tukar hidangan goreng kway teow pulak.digandingkan bersama ayam goreng boxing..zila pernah kongsikan resepi ayam goreng boxing disini dulu..seketika dulu ayam boxing sangat famous ramai blogger yang telah mencubanya..kalau dikenangkan zaman berblog dulu memang seronok..he heee
ok untuk set hidagan tambahan zila buat tahu sumbat..ini diantara kes teringin tengok tahu sumbat rakan ig azie yusof dari semalam dah beli tahu tu tapi semalam tak menyempat nak merialisasikan..alhamdulillah hari ini settle selamat dan masuk mulut..ameen rezeki yang Allah beri tak pernah putus-putus.
last untuk air pulak zila buat ais lemon tea yang sesuai diminum setelah makan makanan yang bergoreng ni.tambahkan sedikit daun pudina..ermmm sedap.ok sampai disini dulu untuk hari ini,in sya Allah jumpa lagi esok bye.


Tahu Sumbat
5 keping tauhu -dipotong tiga segi atau menegak kemudian digoreng dalam minyak yang panas,goreng sehingga garing dan kekuningan angkat dan toskan.
Carrot - disagat halus
taugeh - secukupnya
Timun - disagat halus
Potong tengah permukaan tauhu.korek sedikit isi dalamnya kemudian masukkan taugeh,caroot dan timun kedalamnya susun dipiring.

Untuk kuah kacang
segengam kacang tanah - digoreng
3 ulas bawang merah kecil - digoreng
2 ulas bawang putih - digoreng
4 batang cili padi hijau atau merah - digoreng
air asam - secukupnya
kicap - secukupnya

Tumbuk kasar kesemua bahan diatas.Kemudian masukkan air asam sedikit gula jika suka dan kicap.sedia dihidang.


Ayam boxing

  • 5 ketul  peha ayam - nersihkan dibuang kulit potong keliling bahagian tulang atas kemudian tarik isi ayam kebawah. 
  • Taburkan sedikit garam dan lada hitam,masukkan setengah cawan tepung goreng bestari dan daun kari..gaul rata.kemudian pecahkan sebiji telur perap sekejap dalam setengah jam.
  • Ambil tepung goreng Bestari dan golek-golekkan ayam sehingga menutupi keseluruhan ayam,
  • Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.angkat dan toskan seketika.sedia dihidangkan.



Kway teow goreng
1 paket kway teow
2 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang kecil - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 kiub ayam
2 atau 3 sudu besar lada kering kisar
2 sudu besar udang kering - dikisar
1/2 cawan kicap 
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
taugeh - secukupnya
sawi - secukupnya
daun bawang/daun kucai - secukupnya
3 keping fish cake - dihiris nipis
3 biji telur - digoreng hancur
Bawang goreng

Caranya
Panaskan sedikit minyak,panaskan bahan kisar sehingga kering dan pecah minyak.tambahkan sos cili,sos tiram dan kicap.masak seketika..tambahkan fish cake.
Kemudian masukkan kway teow kacau rata,masukkan sayuran dan telur hancur gaul rata.taburkan bawang goreng ..matikan api dan sedia dihidang.

Ais Lemon Tea
Rendamkan serbuk teh kedalam sedikit air panas sehingga kembang tapis dan tambahkan air masak biasa secukupnya.
Tambahkan perahan jus lemon kedalamnya..masukkan daun pudina dan ketulan ais..sedia dihidangkan panas ataupun sejuk.

Wednesday, 15 June 2016

Menu berbuka 9 Ramadan

Assalammualaikum
bersua lagi malam ini..alhamdulillah diberi kesihatan yang baik ..untuk menjalani ibadah puasa kali ini..dan dapat memasak makanan utuk anak-anak.kalau mood malas dah datang kami pakat beli jew lah ye..he heee doakan zila gigih masak dan update disini yer.

ok untuk menu hari ini zila sediakan udang goreng nestum,lepas hantar anak kesekolah terus singgah kepasar..tengok lauk apa yang menarik..belilah udang dan ikan untuk esok..udang goreng nestum ni sangatlah sedap..kena makan ratah macamtu jew baru sedap..kalau dengan nasi memang tak jadi lauk.mood hari ini zila tak nak makan nasi..so buat udang nestum untuk gandingkan dengan mee.

Untuk kuih zila,hari ini rajin sangat nak buat kuih..ala bukan banyak pun 5 ketul je..sebenarnya buat cuma nak makan seorang..kuih puteri dua sebilik atau tepung bungkus..namanya cukup hebat kan..he he hee zila ambil resepi asal dari bila chah kedapur.disebabkan malas nak membungkus dengan daun pisang zila masukkan kedalam acuan kecil ..kemudian kukus..rupa macam tak lawa kan..tapi rasanya memang sedap.

Menu lain air tembikai kuning dan Paratha tuna cheese yang zila pernah kongsikan menunya disini dulu.alhamdulillah lengkap dah juadah kami puasa ke 9.sampai disini dulu jumpa lagi esok ye..bye



Udang Nestum
Bahan
20 ekor udang yang agak besar
10 helai daun kari-lebihkan jika suka
5 ulas bawang putih - dipecah-pecahkan atau tumbuk kasar/didadu
3 biji cili padi merah dihiris kasar.
3 sudu besar butter
1/2 cawan nestum - lebihkan pun boleh suaikan dengan kuantiti udang

Cara

  • Udang digaul dengan garam,panaskan minyak dan goreng udang,jangan sanpai garing angkat dan ketepikan.
  • panaskan butter,masukkan bawang puttih,lada cili dan lada yang telah dihiris.
  • masak sehingga kekuningan.tambahkan daun kari dan masak sehingga berbau wangi
  • kemudian masukkan nestum dan sedikit serbuk ayam.apabila nestum nampak sedikit garing masukkan udang.
  • Gaul rata udang dan tutup api.sedia dihidang.


Tepung puteri dua sebilik 
Bahan- inti
1 biji kelapa inti - diparut
2 keping gula Melaka
Sedikit gula merah India (jika gula Melaka agak pudar warnanya)
Daun pandan
Gula putih secukupnya
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam

Caranya
Masak air dengan gula. Masukkan daun pandan.
Jika menggunakan gula merah India, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.
Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
Tambah gula putih jika masih kurang manis. Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit. Perasakan dengan secubit garam.
*Inti kuih  memang agak manis, sebab itu ia agak melekit dan mudah digentel. Jika kurang manis, inti akan sedikit berderai.  Begitu juga jika kelapa yang agak tua, menyebabkan inti sedikit berderai walaupun telah dicampur dengan tepung.
Sejukkan sebentar dan gentelkan anggaran sebesar duit sepuluh sen. 

Bahan pembalut inti 
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung pulut hitam *jika gunakan pulut putih sahajapun tak jadi masalah
Air secukupnya

Caranya
Bancuh tepung dengan air hingga adunan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperkan  dan balut inti. Buatkan seperti bebola. Ketepikan.

Bahan-bahan badan kuih
½ cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Daun pandan
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya (untuk membungkus kuih)

Caranya
Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.
Masukkan garam dan daun pandan.
Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental. Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit  berketul-ketul, jangan khuatir. Kacau cepat-cepat dan bintilan/ketulan tersebut akan hilang.

Cara untuk assemble kuih 
Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih.  
Cedokkan ke atas daun pisang yang telah dilayur.  
Buat dua biji untuk menepati panggilan kuih puteri dua sebilik.  Jika kuih puteri satu asrama, letaklah berbiji-biji lagi. LOL.
Bungkus dengan kemas.
Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus,  biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.


Paratha Tuna Cheese

Roti Paratha jenama kawan/karts - secukupnya
Cheese mozarella /Slice cheese - secukupnya
Daun bawang - hiris halus- zila tambah

Bahan inti
1 tin sardin tin sederhana
2 ulas bawang putih - didadu halus
1 biji bawang Holland - didadu halus
2 biji cili merah - hiris halus
2 sudu besar lada kering kisar 
sedikit perahan lemon
Garam secukupnya

Cara membuatnya
Sadin di buang tulang dan hancurkan,tumis bawang putih,cili kisar dan cili merah hiris.
Masukkan sardin dan perahan lemon.kemudian masukkan bawang holland.Ketepikan.

Penyediaan
Tekap bulat roti paratha kemudian masukkan kedalam acuan muffin.
Masukkan inti tuna secukupnya.
Parutkan cheese mozarella/slice cheese keatasnya.Taburkan daun bawang secukupnya.
Bakar pada suhu 170c selama 20 -30 minit. atau hingga kekuningan.

Tuesday, 14 June 2016

Menu berbuka 8 Ramadan

Masak apa korang masa berbuka tadi?..
mesti masing-masing dah start buntu memikirkan menu apa yang sesuai untuk keluarga kan..lagi-lagi nak kena masak untuk sahur..sebelum masuk bulan ramadan kali ini zila dah siapkan senarai menu untuk 30 hari ramadan..tulis jew menu yang dirasakan bersesuaian kemudian listkan mengikut hari..air sayuran dan hidagan utama..sampai ke ramadan yang ke8 ada jugak yang zila skip..ikut pada lauk yang ada dipeti ais jugaklah..

Untuk menu hari ini zila masak nasi putih,anak sulung ni agak susah nak makan mee atau makanan lain..mesti dia nak cari nasi juga..lauk untuk nasi zila masak siakap tiga rasa..biasanya zila goreng seekor terus tapi kali ini potong dua senang kalau tak habis separuh lagi boleh buat sahur.
Untuk muhammad zila gorengkan isi ayam.biasanya bahagian isi ayam memang susah sikit nak laku..kalau potong kecil-kecil dan digoreng barulah habis dimakan.muhammad tak suka makan ikan.tu yang kena buat lauk lain untuk dia..zila goreng ayam dengan tepung bestari,sedap betul tepung ni tak payah tambahkan perencah lain pun dah sedap sangat rasanya.
Menu sampingan lain zila goreng sayur kubis bunga,buah tembikai dan air nenas.lama tak minum air nenas pudina.hari ini teragak pulak nak buat..oklah sampai disini dulu hari ini..in sya Allah jumpa lagi esok ye..bye.


Air Nenas
2 keping nenas-hiris kecil atau potong kiub 
Gula pasir secukupnya
Air secukupnya.
Masukkan kiub nenas didalam bekas, tambahkan air dan gula.
Rebus sehingga mendidih.perasakan gula,sedia dihidang sejuk atau suam..tambahkan daun pudina untuk kesegaran.



Ikan Tiga Rasa
1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan dilumur kunyit,garam,lada hitam dan sedikit tepung.Kemudian digoreng garing,angkat dan susun dipinggan.

Bahan Sos
1 Biji bawang besar hollang- didadu
3 ulas bawang putih - diketuk dan didadu halus
2-3 sudu besar cili kisar
6 batang lada cili - dihiris halus
1 inci halia- dihiris
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil air perahan lemon
4 helai daun limau 
2 batang serai diketuk
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato segar-didadu
2 keping nenas -didadu
1 batang timun jepun - didadu

Caranya
Panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang putih,merah ,lada cili dan halia..kemudian masukkan cili kisar,masak sehingga lada cili garing dan naik minyak.
Kemudian masukkan sos cili thai,sos tiram,sos ikan dan air perahan lemon.kacau rata.sebatikan raasanya.
Masukkan tomato,nenas dan timun yang telah didadu.masak seketika tambahkan sedikit air,ikut kesesuaian kuahyang diingini.
Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.siramkan kuah yang telah siap diatas ikan.sedia dihidang.

  Buah tembikai
Ayam Goreng tepung bestari
Sediakan isi ayam,potong kecil memanjang.taburkan tepung bestari dan sebiji telur.perap sekejap.sediakn tepung bestari ..golek-golekkan ayam diatas tepung dan goreng dengan minyak yang betul-betul panas.masak sehingga kekuningan.

Monday, 13 June 2016

Menu berbuka 7 Ramadan


Disini lagi untuk hari ini..
sekejap lagi masing-masing mesti sibuk meyediakan juadah bersahur kan..zila sebenarnya baru balik dari hantar suami ke larkin..naik bus pukul 12malam untuk ke kl..tulah sebabnya lambat sikit nak update blog..
menu ramadan 7 kami sekeluarga..hari ini zila sedikan menu yang ringkas..sebab pagi tadi lepas sahur kepala macam pening sikit..tu yang mood masak-masak macam kurang..lagipun hari ini budak-budak dah naik sekolah..sebagai ibu dah mula sibuk kan..

hari ini tercapai jugaklah nak buat puding lumut..setelah sekian lama tertangguh..ke malas 
ha haaa..resepi yang berlegar -legar di ruangan masak-masak ..sungguh top betul lah..rakan ig kak haslina dah banyak kali tayang..kita jew yang tak menyempat...
Resepi tomyam pekat zila ambil di kongsi resepi..sedaplah resepi ni..pekat dan berasa.biasanya paste tomyam yang dalam tin atau botol tu yang paling kick kan..kalau yang peket tu macam kureng sikit.

menu sampingan zila buat salad campuran buah-buahan dan sayuran..ditambah dengan sos cili thai..memang sedap..pedas-pedas manis macamtu.untuk air zila sedikan air bunga kekwa..beli kekwa kering di kedai ubat rendam dan tambah gula dan limau..segar sangat.
ok sampai disini dulu untuk hari ini..insyaallah jumpa dengan menu esok ye. moga memberi idea untuk semua ..bye



 Puding Lumut
1 bungkus agar-agar serbuk
1 biji telur - dipukul sedikit
6 helai daun pandan -200 ml air di blander bersama daun pandan dan di tapis
5 sudu makan gula pasir - tambahkan jika suka manis
125 ml santan kara
450 ml air 
1/2 sudu teh garam

Caranya
Masukkan semua bahan kacau rata sehingga tercampur
masak sambil dikacau sehingga meletup,kecilkan api biarkan mendidih tak perlu dikacau lagi biar sehingga muncul lumutnya dan tak pecah.
Matikan api tunggu wap hilang sebentar tuangkan dalam acuan yang digemari..basahkan acuan sebelum  digunakan.

Air Bunga limau
kuntuman bunga kekwa kering.rendam dengan air panas sehingga menggembang,campurkan air gula dan air masak.perasakan gula dan tambahkan hirisan limau.sedia dihidang.


Resepi Tomyam Thai Pekat

Bahan
1 paket perencah tomyam - guna yang botol lagi sedap
1 kiub pati tomyam maggi
1 kiub pati ayam maggi
4 biji tomato
6-7 cili padi
3 batang serai
4 daun limau purut
2 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
lengkuas atau halia
ayam / udang / sotong
bunga kubis/carrot
Cendawan innoki-secukupnya
Daun ketumbar - secukupnya

Cara

  1. Kisar 2 ulas bawang merah, 1 batang serai, 1 1/2 tomato, dan 3 cili padi.
  2. Masukkan air untuk buat kuah.
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 paket perencah tomyam.
  4. Masukkan carrot sampai setengah empuk.
  5. Bila sudah, masukkan lebihan cili, serai yang di titik, halia yang di hiris, bawang besar, gula, garam, pati ayam, pati tomyam dan perencah secukup rasa.
  6. Tambahkan 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram. Kacau sehingga mendidih.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.
  8. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  9. Itulah resepi tomyam ayam pekat yang boleh anda try di rumah lagi mudah dan sedap. Anda boleh mengganti ayam dengan udang atau sotong, atau boleh juga di tambah semua. Sesuaikan dengan selera anda sahaja. Anda juga boleh menambah 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram untuk membuat rasa lebih sedap. Selamat mencuba.

Mix salad


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang