Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..
jumaat yang indah..hari ini cuaca ok tak berapa panas..kalau nak mengemas bunga diluar rumah memang sesuai sangat..h ehhee ..tapi bunga yang ada dirumah nie hanya dua pasu jew..tak perlu la sangat nak dikemaskan..
hari ini hari terakhir sekolah..esok masing-masing dah mula bercuti..bukan anak-anak jew yang seronak tapi ibu-ibu pun seronak...dapat la berehat seminggu dari tugas-tugas mengambil dan menghantar anak..memang pengorbanan seorang ibu susah nak dibalas kan..sanggup susah payah demi anak..harap anak-anak sentiasa menghargainya kan..
bercerita mengenai kek nie pulak..kek nie zila dah sharekan di majalah MIDI sebenarnya memang dah lama simpan niat nak buat..dan bila puan mariam mintak 3 jenis kek..so zila rasa nak cuba buat kek nie..alhamdulillah menjadi dan seriously memang sedap sangat..
sesiapa yang tak pernah buat memang harus kena cuba..anak dan hubby zila sangat suka..rasanya sepotong jew zila dapat rasa..selebihnya habis diorang kerjakan..he hhee..tunggu raya baru boleh buat lagi..dengan keadaan sekarang nie memang tersangatlah malas..
buat pemilik resepi asal Sherry mz@MyR terima kasih banyak-banyak zila ucapkan ..juga buat hasue zila buat topping krim tue ikut hasue..guna whip cream rasanya memang tak muak..memang sedap..
ok lah zila panjangkan lagi resepi disini..zila ubah mengikut citarasa zila dengan menambah buah markisa disetiap lapisan..rasanya ada sedikit masam-masam manis..kena dengan tekak kami sekeluarga..
smoga perkongsian ini mendapat menufaat untuk semua..sampai disini dulu untuk semua..berjumpa lagi nanti bye..^___^
Markisa snow cheese cake
6 biji telur ayam - buang 2 putihnya
100 gram gula halus
100 gram naik sendiri
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk dari peti ais
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega - dicairkan
sedikit essen vanilla
beberapa biji buah markisa
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi
sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah
disapu sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim di atas separuh kek tadi,letakkan buah markisa segar secukupnya,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheedar cheese yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
9. Masukkan didalam peti ais selama 1-2 jam,keluarkan kek dan potong.
letakkan markisa segar dipermukaan kek.
untuk krim
1 kotak cream cheese
250ml whipping cream-pukul hingga agak kental
3 sudu susu pekat manis
caranya
pukul cream cheese dan susu pekat seketika,dalam bekas lain
putar whipping cream sehingga kental.
campurkan kedua-dua adunan gaul rata.sapukan pada luar dan
lapisan kek.
Topping
1/2 kotak cheddar cheese - parutkan
tips berguna
Pastikan diparut halus cheedar cheese supaya tidak terasa
muak bila dimakan.
26 comments:
Waaaa.. Dasyatlaa gambar dia.. Cake tu pun nampak sedap laa cayang..
hmmm... menawan sungguh kek tu zila..
kalau versi mcm ni maybe tekak akak boleh terima... ada masam2 buah markisa tu.. & toppingnya pun nampak best..
assalam zila..tengok gambar memang menggoda..kalau nak buat rasanya acik tak sanggup ..beli je terus acik sanggup
2 pasu pun oklh tu ada gak penyeri hihi mas suka tanam pokok tp asyik mati..mn xnya tuan umh asyik xde so pokok pun kering jadinya huhuu..
Sedaplh snow cheese cake..dh try sekali n resepinya pun lbh kurang sama.. cuma whipping cream pukul sampi kental tu akk guna none dry whipping cream ke?
Nah terasa masam masam buah markissa kat lidah akak ni...
mas sani
yupp mas akk guna non dry whipp crem..mmg x muak..akk suka ..:)
masyaAllah kak zila.... tampak2 sangat sangat sedaappp...
Mengancam...pics pun cantekk :-)
Confirm sodapp.
Susah nak jumpa buah markisan kat sini..
mengancammnya...
terliur tengok...
as-salam
this cake looks really fabulous
selamat petang Zila....
singgah sini petang2 macam nie...tengok pula kek tu...alahai lapar lah pula....mmmm sedapnya...
Oh tidaaaaakk....
Serasi banget markisa tu dengan cheddar cheese konfirm meletop-let kan...hehehe...nice pic.
oh no, nampak sedapnya, hantar satu sekarang, hehehe..
Mmg matop la cayang....
Match combination between them....masam2 manis....pic pun meletops u ;)
Assalam zila
wah sedapnya ni, nampk pun dah terliur
cuma markisa ni akak x penah mkn
salam kak,,susah juga nak buka ruang komen di blog akak ni.kebetulan boleh pulak kali ni..
tergoda kak..nampak sedapppp sangat!!
salam zila... Sedap tgok kek.. mmg maveles...
Salam Zila Sayang,
Rindunya... zila sihat? Rajinnya zila ni..nampak sedap sgt kek tu..cuma umi belum pernah beli buah markisa...takut nak cube..hehe
woww!! mavellous la beb...ingatkan jus markisa je ada, buat kek pun jadi gak ye...:)
Assalamualaikum kak Zila..Belum pernah lagi makan buah ni..Setakat ni Sue masih belum jumpa dipasaran, tak taulah klu memang ada tapi Sue yang tak jumpa..Pasti kek ni lagi sedappppp ngan buah markisa ni.. ^___^
Sungguh menggoda kek Kak Zila.. nyummm nyummm..
nmpk sgt sedap kek tu kak..bleh la try yg ni nti..
Waduhhh..termiss sudaaaa..aduhai!! mmg kempunan sehh!!
peeeerrgh! merembes2 air liur bila tengok markisar tu. Gabungan yg serasi, masam masin & manis :p
bestnya, tina tak terbuat2 lg snow cheese cake ni, mesti tak muak kan sebab ada buat markisa tu
Post a Comment