Pages

Monday, 4 July 2016

Biskut tembikai biji coklat



Jumpa lagi  
Dah banyak ke buat biskut?
ke dah start buat kek atau bahulu..insyaallah kalau zila rajin adalah dua tiga jenis kek atau bahulu dan ada satu lagi cookies yang nak zila buat walaupun esok mungkin last berpuasa time raya pun boleh jugak buat kuih kan.lagi fresh.

Hari ini nak share biskut tembikai yang baru siap tadi,rasa zila tak dapat nak bagitau lagi sebab belum rasa tunggu lepas buka nanti zila merasa.tapi muhammad dah hampir 20 keping dia makan.lapar atau sedap itu zila tak pasti pulak..budak kecik kalau kita tanya sedap ke tak main angguk jewlahkan..ha haaa 

untuk resepi ini zila copy dari utube.suka tengok diorang buat cookies lawa-lawa.tapi zila punya tu tak berapa kemas dan cantik sangat.rupa macam kurang.kalau sesiapa yang nak cuba buatlah kemas lagi.sekejap lagi zila nak keluar sambung shooping.baju anak yang sulung tak beli lagi.zila punya tudung pun belum dapat lagi.
sesiapa yang nak cuba semak resepi dibawah.


Bahan
100 gram tepung gandum
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar butter
1  1/2 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya

  1. Pukul gula halus,butter dan susu pekat hingga sebati.kemudian masukkan tepung jagung dan tepun gandum uli sehingga boleh dibentuk.
  2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian,letak pewarna merah dan hijau.
  3. Bahagian hijau di gelek leper dan sedikit nipis.Bahagian merah di bentukkan bulat memanjang seperti tabung.kemudian balutkan bahagian merah dengan bahagian hijau.bungkus hingga menutupi semua bahagian.
  4. Kemudian hiris nipis-nipis dan bentukkan diatas dulang pembakar.bakar sehingga masak dan hiaskan dengan coklat masakkan sebagai bijinya.




Sunday, 3 July 2016

Biskut kelapa badam


Biskut kelapa merupakan salah satu biskut kegemaran,sebenarnya lagi sedap kalau menggunakan kelapa parut yang disangai sendiri kemudian di blander.nampak urat-urat dan sedikit keperangan dalam serbuk kelapa itu..ermm memang menyelerakan.
Tapi sekarang dah ada serbuk kelapa segera.kerana tuntutan masa semuanya kena cepat jugaklah kan..tapi kalau masih ada yang suka guna cara lama memang rasanya lain.

resepi asal biskut kelapa ini zila ambil dari majalah rasa.suka beli majalah rasa banyak resepi yang hebat dikongsikan disitu.kebanyakkan yang zila cuba pun menjadi alhamdulillah.bezanya biskut kelapa kali ini ada campuran badam didalamnya.lagi rasa lemak-lemak manis.untuk menambahkan sedikit seri pada kuih zila letak pewarna merah jambu biar membangkitkan sedikit selera.

Resepi biskut kelap ini zila ada kongsikan juga di majalh saji keluar bulan jun 16.oklah sampai disini dulu hari ini.


Biskut kelapa badam

Bahan
225 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum - ayak
1/2 sudu kecil serbuk penaik - ayak
125 gram gula aising
75 gram kelapa kering - kisar halus
25 gram serbuk badam
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanilla
155 gram mentega

Bahan hiasan
Kelapa kering - letak sedikit pewarna kegemaran
1 biji kuning telur

Caranya
Gaul serbuk badamdan kelapa yang dikisar bersama tepung gandum,tepung jagung dan serbuk penaik.ketepikan.
Masukkan telur,gula aising dan esen vanilla dalam mixer diputar hingga berkrim.masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habisperingkat ini adunan menjadi seakan akan serbuk roti.
Perlahankan mixer dan masukkan mentega sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.
Terap doh ikut acuan kegemaran dan susun didulang pembakar.sapaukan kuning telur dan tabur sedikit kuning telur di permukaan dan bakar dangan suhu 150' seelama 10 hingga 12 minute
Angkat dan alihkan biskut keatas jaringan.dan simpan kedalam bekas kedap udara setelah sejuk.





Tart jagung


Assalammualaikum
jumpa lagi..maaf beberapa hari tak bersiaran dan update resepi disini.sebabnya beberapa hari ini zila sibuk sedikit meyiapkan beberapa tempahan biskut.alahai bukan banyak mana pun ambil oder cuma ambil oder dari kawan terdekat dan adik beradik.tahun ini memang malas nak buat biskut yang sebenarnya.memang saja nak freekan masa pada bulan ramadan ni untuk lebih menghayati bulan yang mulia ini.


Oleh kerana kelmarin zila menerima beberapa tempahan kuih tart so zila cuba jugak buat tart bentuk jagung.tart bentuk ini amat popular di negara seberang indonesia mereka panggil nastar jagung.dari segi rasa tak berbeza dari tart nenas kita yang biasa tu cuma dibentuk seperti jagung,memang nampak cantik sangat kecil dan comel .lepas dah bakar rasa sayang pulak nak makan.cara membuatnya agak cerewet sikitlah sebab nak kena lonjongkan supaya mirip macam jagung.garisan bahagian atas gunalah lidi untuk menekannya.zila punya tu pakai pisau tajam terover menekan tu yang sampai terbelah..ha haaa.kalau nak cuba gunalah lidi ok.tekan lembut-lembut sure lawa.
bahagian intinya zila letak inti nenas.kalau nak tukar inti apa-apa pun boleh.oklah siapa yang nak mencuba silakan ye.pada yang suka buat cookies lawa-lawa boleh try.


Tart Jagung

Bahan
250 gram butter - pilih butter yang berkualiti 
50 gram gula halus
1 biji kuning telur
50 gram tepung jagung
50 gram tepung susu
250 gram tepung gandum

Bahan inti
400 gram nenas parut
100 gram gula pasir - tambah jika suka manis
1/8 sudu teh garam
sedikit kayu manis/cengkih  - jika suka

cara membuat inti

  • masak nenas sehingga airnya kering
  • kemudian masukkan gula pasir,garam dan kayu manis masak sehingga airnya kering.masuk sedikit butter untuk mengilatkan inti.
  • sejukkan.


Cara membuat kulit tart

  • Pukul butter dan gula halus sampai kembang.kemudian masukkan kuning telur mix sebentar asal bersatu.
  • Kemudian masukkan semua campuran tepung dan tepung susu.ratakan dengan spatula sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Ambil sekepal adunan dan letakkan sedikit pewarna hijau.
  • Ambil sedikit doh,nipiskan dan isi inti nenas kedalamnya,bulatkan dengan tangan dan lonjongkan sedikit bahagian hujungnya.
  • bentukkan permukaan atasnya dengan lidi dan tambahkan bentuk daun dibahagian atasnya.sapukan kuning telur diatasnya.
  • Susun di dulang pembakar dan bakar sehingga masak lebih kurang 30 minit suhu 160'




Tuesday, 28 June 2016

Kepingan jagung mentega kacang


Dah terbau-bau kuih raya sana sini kan..amboi dah berjenis-jenis nampaknya.zila tak buat banyak mana pun buat ikut apa yang diorang mintak dan apa yang diorang suka makan.Budak-budak biasanya minat diaorang berasaskan coklat.apa pun kalau ada coklat laju masing-masing.

zila lebih suka buat biskut atau kuih yang simple,senang cerita tak nak duduk berlama di dapur kalau boleh cepat siap tu yang penting.selain dari buat dua tiga jenis ada jugaklah yang zila beli.sambil membantu peniaga kuih mencari rezeki.resepi biskut ini zila pernah kongsikan di majalah SAJI pada ramadan 2014 dah masuk dua tahun nampaknya kan.zila pun dah lupa sumber dari mana sebab zila kopi terus dari majalah saji yang zila simpan.ok siapa berminat boleh buat dirumah.pasti jatuh cinta dengan rasanya.ok sampai jumpa lagi esok in sya allah.


Kepingan jagung mentega kacang
Bahan A
240 gram empingan jagung - diramas-ramas
150 gram badam cincang - dipanggang sekejap

Bahan B
300 gram coklat masakan - dicairkan
300 gram mentega kacang
cawan kertas - secukupnya
manik hiasan - secukupnya

Cara menyediakan
Campurkan bahan A dan ketepikan.Cairkan coklat masakan secara double boiler
Apabila coklat sudah cair masukkan mentega kacang,kacau sehingga rata.
Kemudian masukkan campuran bahan B kedalam bekas campuran bahan A.Gaul rata.
Sudukan adunan kedalam cawan kertas kemudian taburkan manik hiasan.
Sejukkan kedalam peti sejuk selama 2 jam,apabila sudah keras boleh simpan kedalam bekas kedap udara.







Monday, 27 June 2016

Jom melancung ke kashmir bersama - Scout Kashmir tour and travels - part 1


Assalammualaikum
Bersua lagi hari ini tapi tajuk agak lari jauh dari menu masakkan.Beberapa bulan yang lepas zila dapat tawaran dari group scout kashmir untuk mempromosikan tour and travels diorang.ini merupakan projek blog zila4ever.blogspot.com dengan scout kashmir tour and travel.dalam beberapa siri akan datang zila akan menceritakan tentang tempat pelancungan yang ditawarkan oleh beliau.walaupun blog tak 'segah' mana tapi bila ada pehak yang sudi meminta untuk berkerjasama saya amatlah  rasa terharu.mulanya rasa agak keberatan juga menerima pelawaan mereka,ditambah zila belum lagi berkesempatan untuk kesana dan kekangan masa untuk menulis disini amatlah terhad. tapi setelah diminta beberapa kali zila cuba menulis sebanyak mana info dan  berkongsi gambar yang mereka berikan .Insyaallah rasanya ianya amat membantu jika ada sesiapa yang berkeinginan melancong kesana.

zila akan menulis beberapa part dan megupas lebih lanjut tempat2 lawatan yang ditawarkan kelak.Bermula kita kenali dulu syarikat yang diterajui oleh 3 anak muda yang masih bujang dan sangat berpegalaman dalam selok belok kasmir kiranya kalau kita nak kesana tak perlulah rasa risau sangat mereka akan uruskan semuanya dari A sampai Z.zila sertakan kata-kata aluan dan senarai lawatan yang ditawarkan daripada mereka.


Team Scout Kashmir 

Sajad Rafeeq 
Manager Operations 

Malik Mehrooz 
Co-founder  

Abdul Qayoom 
Co-founder

Inilah bos  scout kashmir muka macam serious tapi orangnya frendly sangat

Hi,
Greetings from Scout Kashmir,

We are pleased to present   to you Scout Kashmir, the one of its kind travel and adventure portal run by three passionate travelers. Based in Srinagar Kashmir, Scout Kashmir is a one stop portal where you can explore every part of beautiful Kashmir Valley. From the lofty snow peaks to the breathtaking valleys, from the local rice fields to the high altitude lakes, our team is highly professional and skilled to ensure safety and satisfaction of our clients. We have distinguished ourselves from the rest of competitors in the market by offering some unknown and off-tourist locations with breathtaking landscapes along with the known places as well. From accommodation and travel to adventure sports, Scout Kashmir takes pleasure in providing the best service to its clients.
We offer a wide range of packages completely based on the choice and budget of our clients. Ranging from budget packages to high end packages, we cater to all types of clients.
Apart from providing the hospitality services, we customize the stay as per the demand of our customer. We conduct Photography specific tour packages along with our special photography mentor who makes sure that our client gets the right shot at the right place.
For adventure Lovers, we conduct skiing, mountaineering, hiking, cycling and rafting tours with our experienced and highly skilled trainers who have over 10 years of experience in the field to ensure the safety of our clients.
Our honeymoon package is the best deal out of all. The package includes stay in the best hotels and travel to some beautiful and exquisite places where you can enjoy the best moments with your loved ones. Apart from that, there is an optional post wedding shoot of the couple in some of the best locations of Kashmir by our well known Kashmiri Photographer, Sajad Rafeeq, who has worked with National Geographic.
We welcome to one of the beautiful places on earth and allow us to help you in making your stay the best time of your life.

Thank You ­­­­
Team
Scout  Kashmir 

Trip Itinerary
Day         Destination

1. Arrival at Srinagar International Airport and straight to Gulmarg and Night stay at 
     Gulmarg.

2. Local Sightseeing around Gulmarg and then off to Srinagar for night stay.

3. Srinagar to Pahalgam and night stay at Pahalgam

4. Local Sightseeing around Pahalgam and back to Srinagar for night Stay

5. Srinagar to Sonmarg to Srinagar (Day Trip )

6. Srinagar Local Sightseeing/Shopping

7. Departure



Anda ingin mengembara ke seluruh dunia tetapi tidak bersedia membelanjakan wang yang banyak? Anda ingin bermain ski hari ini, kemudian keesokan hari mengembara di padang pasir, dan seterusnya mendaki gunung hijau tetapi tidak bersedia terbang ke negara berlainan?Anda hanya perlu ke India.



Anda tidak perlu ke Switzerland untuk melihat pergunungan Alps. India menawarkan pergunungan Himalaya yang indah di Kashmir. Anda tidak perlu ke Dubai untuk desert safari, padang pasir di Rajasthan juga tidak kurang hebatnya. Niagara Falls di Canada atau USA? Chitrakote Waterfalls di Chhattisgarh sudah cukup memukau mata.Persediaan pertama untuk mengelilingi dunia adalah dengan melawat India.



Kashmir yang terletak di Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panja di bahagian utara benua kecil India, bersempadan dengan Pakistan di sebelah barat, China di se­belah timur dan India di selatan.
Wilayah Kashmir terpisah kepada tiga negara, Pakistan menguasai bahagian barat laut, India di bahagian tengah dan selatan (Jammu dan Kashmir), dan China menguasai bahagian timur laut yang dikenali sebagai Aksai Chin.
Apa yang terfikir difikiran saya apabila diminta menulis tentang kashmir ialah gambaran pemandagan yang indah seperti dalam cerita-cerita hindustan lama,khususnya cerita nostalgia booby,kashmir ki kali,phantom,jap jap pool khile dan lain-lain lagi.


Amat beruntungnya penduduk kashmir yang dianugerah oleh Allah ciptaan yang tak ternilai..mempunyai musim yang pelbagai setiap tahun.Boleh merasai salji yang tak dapat kita rasa disini.sebenarnya anda boleh melawat kashmir sepanjang tahun.tapi kalau nak merasa salji kenalah pergi pada bulan Mac.Tentang bahasa tak perlu dirisaukan sangat sebab 90 peratus mereka boleh berbahasa inggeris dengan baik,tahap pendidikan mereka pun tinggi cuma peluang pekerjaan amat terhad disana.walaupun belajar dan mempunyai keputusan yang baik namun mencari kerja agak sukar.



Bagaimana cara hendak kesana?
dengan mengambil penerbagan dari KLIA ke New Delhi lebih kurang 5 jam,kemudian dari new delhi ambil penerbagan domestik ke srinagar selama 1 jam 45 minit .apabila sampai di srinagar agent scout kashmir akan menanti anda disana.begitu mudah kan?
Bagi yang kurang gemar melancung secara berkumpulan atau lebih suka melancung sendiri secara bebas inilah masanya.boleh create group 4 atau enam orang untuk pergi kesana.




Tentang keselamatan jangan lah risau sebab ramai sebenarnya rakyat malaysia yang dah pergi kesana secara berkumpulan dan tak kurang juga yang travel sendiri so jangan risau ok.walaupun sebelum ini banyak pergolakan di kashmir dan terdapat banyak tentera india berjaga di beberapa kawasan tapi ianya tidaklah menganggu.


Musim salji di kashmir

sampai disini dulu untuk part 1,tunggu zila update untuk part ke dua yer.moga perkongsian bermunafaat.

Sunday, 26 June 2016

Menu berbuka 16 ramadan


Berkesempatan lagi pagi ini disini,menu 16 ramadan yang lepas.Bukan kami tak buat makanan lain tapi cuma gambar ini yang sempat zila ambil almaklumlah nak menghampiri raya agak sibuk sedikit dengan urusan lain.baju dan persiapan raya anak-anak tak terbeli lagi agak malas nak pergi mencari sebenarnya dengan keadaan yang bersesak dan  cuaca yang panas rasanya lebih elok duduk rumah diam-diam ha haaa.

Bulan puasa kalau tak makan kuih muih atau bubur yang agak sedikit manis memang tak best kan.selain dari menu utama dessert mudah macam ini biasanya orang akan cari.tak kira dimakan pada awal buka atau lepas solat terawih.tapi zila kalau lepas terawih memang tak makan apa-apa lagi,last makan berbuka terus solat dan bersiap untuk tidur.mungkin sebab perut masih penuh tu yang tak nak lagi  kedapur mencari makanan,kalau anak sulung zila lain pulak lepas terawih mesti nak cari makanan sampingan tak kesahlah apa yang ada diatas meja makan disapunya bersih.bagus juga sebenarnya tak payah nak simpan makanan lebih.oklah sampai disi dulu hari ini.

resepi seperti dibawah pada sesiapa yang nak mencuba,zila copy resepi dari cha cha laici yang zila pernah kongsikan di blog dulu.untuk gula merah zila skip.guna gula pasir sepenuhnya.sampai jumpa lagi ye .


Bubur Cha Cha Logan

Bahan
100 gm cha cha
100 gm longan dalam tin
50 gm gula Melaka
25 gm gula pasir
350 ml santan
50 ml air longan
1 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa

Caranya
Rebus cha cha bersama air hingga sedikit lembut
Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula pasir, gula Melaka, dan garam 
Kacau sentiasa sehingga gula larut, pastikan menggunakan api sederhana.
Seterusnya masukkan longan dan air longan
Kacau dan biarkan mendidih seketika

Akhir sekali, tutupkan api dan sedia dihidangkan samaada ketika panas atau dingin.

Thursday, 23 June 2016

menu berbuka 15 ramadan


Disini lagi..
hari ini agak awal sikit bersiaran nampaknya..sebenarnya dari pukul 1 lebih mata ni dah mula terjaga,tido ala-ala orang tua macamnilah kejap sedar kejap nanti ngantok balik.ini merupakan salah satu menu ramadan 15 kami.kalau time buka mesti nak makan yang lembut-lembut dulu baru makan yang heavy sikit.zila sempat sediakan puding roti simple ni tak banyak sebenarnya zila buat 1 bekas tu jew makan kongsi dengan anak.lebihan susu tu zila simpan untuk buat lagi keesokkanya.kalau boleh bulan puasa ni memang nak elakkan sangat membuang makanan sayang kan.
untuk air zila buat air cincau logan.sebenarnya nak menghabiskan longan haritu..sayang pulak terbiar.oklah sampai disini dulu..kejaap lagi dah nak sahur kan..jom sahur  jumpa lagi esok ye.bye.

Chocolate bread pudding

Bahan-bahan
5 keping roti tawar - dipotong empat segi
350 ml susu cair
2 biji kuning telur
1 biji telur
80 gram gula pasir
2 sudu besar butter cair
1 sudu teh essen vanilla
choclate button - secukupnya
cheedar cheese - secukupnya
pecan atau kekacang kegemaran

Caranya

  1. Campurkan susu,gula telur,essen vanilla dan butter cair kacau rata.
  2. sediakan acuan,sapu majerin pada keliling acuan dan susunkan roti,tuangkan campuran susu,biarkan seketika sehingga semua adunan susu meresap pada roti,taburkan coklat.
  3. Susunkan lagi roti tawar,tuangkan adunan susu dan biarkan seketika kemudian taburkan keju parut keatasnya.
  4. Susun kembali roti sehingga memenuhi acuan,tuangkan lagi campuran susu,keju parut dan choclate button.
  5. Bakar dengan cara steam bake pada suhu 170'c sehingga masak.Sedia dihidangkan panas atau sejuk.

 Air cincau longan

Wednesday, 22 June 2016

Menu berbuka 14 Ramadan

Uittss
lambat sikit hari ini masuk sini..walaupun lambat tapi masih lagi berkesempatan disini seperti biasa..dah start buat kuih raya ke? biasalah kita orang melayu kalau tak buat kuih dalam satu atau dua jenis memang tak sah,senang cerita macam tak ada aura raya pulak.
Bagi zila kalau buat kuih raya sebenarnya sebagai satu pengalaman bagi anak-anak.dulu masa zila kecil emak rajin buat kuih bahulu dan kuih-kuih lama,rasa seronok dapat menolong emak,itu merupakan memori indah atau kenangan istimewa yang kita akan ingat sehingga kita tua.
zila terapkan juga kaedah menolong emak memasak dan membuat kuih raya pada anak-anak zila biar dia ada kenangan sendiri bila dewasa kelak.

Stop sambung cerita menu berbuka hari yang ke 14.semakin simple menu kami air tak sempat nak ambil gambar sebab cuaca mendung sangat.zila sempat sediakan mee hoon goreng tomyam dan ayam goreng.kalau yang tak pernah cuba boleh buat mee style macamni memang sedap.Tambahkanlah ayam atau udang,zila goreng bodoh je sebab udang atau sotong tak ada stock dirumah.

Untuk menu sampigan zila sediakan croissant pudding,pudding yang mudah dan ringkas sedap sebab rasa susu,nestum dan kekacang.ini merupakan dessert orang timur tengah.bagi sesiapa yang berminat nak buat silakan.ok sampai sini dulu tau in sya allah jumpa esok ye.


Pudding croissant
Bahan
4 keping croissant - dibelah dua dan bakar seketika
2cawan susu segar
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar nestum
1/2 cawan badam
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang pistachio

Caranya
Susun croissant didalam bekas.
Panaskan susu,gula dan essen vanilla.masak sehingga susu mendidih.
Tuangkan susu diatas roti croissant,taburkan nestum,kismis,badam dan kacang pistachio.sedia dihidangkan sejuk atau panas.


Mee hoon goreng tomyam


Bahan
1/2 bungkus mee hoon - rendam hingga lembut dan toskan
4 biji bawang merah - dikisar  
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
3 susu besar lada kering kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 kiub tom yam
2 batang serai - diketuk
4 helai daun limau purut - dicarik
Garam dan sedikit gula
sayuran ikut citarasa masing-masing ye

Caranya

Panaskan sedikit minyak,tumis bahan kisar dan juga serai hingga naik bau.tambahkan sos cili,kiub tomyam dan sos tiram.
Masukkan sayuran dan daun limau purut. Kacau rata.
Masukkan  sedikit air, garam dan gula dan gaul rata. Kemudian masukkan mee hoon dan gaul sebati.Tutup api dan hidang.

Tuesday, 21 June 2016

Menu berbuka 13 Ramadan

Slamat pagi..semalam nak menulis seperti biasa tapi mata mengantuk sangat..siang hari macam busy sikit kita..menguruskan apa yang patut.malam tadi bila terjaga macam biasa nak menaip macam bercinta sikit..
ok cerita menu ramadan 13..zila sempat meyediakan ikan bakar talapia merah untuk family,cicah dengan air asam dan sambal kicap..lama rasanya tak buat ikan bakar style macam ni..masa berbuka dikampung awal ramadan aritu buat jugak ikan bakar tapi style bakar lumur dengan sambal sekali..
beberapa hari ni nak masak yang simple2 dan ringkas,memandangkan banyak kerja yang nak kena buat ,selain ikan bakar zila sediakan pakoora..pakoora merupakan makanan masyarat india pakistan dan area-area sana tulah,memandangkan en suami ada dirumah zila suruh dia yang buat.Biasanya kalau dia dirumah banyaklah menu pakistan yang dimasak,kebiasaanya manisan yang manis-manis untuk berbuka seperti peerni dan masakkan yang menggunakan yogurt dan tepung suji.

Pakoora ini kurang lebih macam jemput-jemput orang melayulah..yang membezakannya diorang menggunakan tepung kacang kuda..rempah-rempah dan serbuk lada cili..dibancuh dengan sedikit minyak dan sedikit air..tak seperti jemput-jemput kita yang dibancuh dengan air yang banyak.kalau berminat nak mencuba boleh semak resepi dibawah.



Air asam ikan bakar

10 biji cili padi ( boleh tambah atau kurang ikut suka ) - dihiris/didadu kecil
1 biji buah tomato - didadu
1 bawang merah (besar) - didadu
2 ulas bawang putih - diketuk dan didadu
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan - dibakar
Garam
Gula
Perisa- jika suka

Caranya
Asam jawa diperah dengan anggaran 1 cawan air suam.ketepikan,masukkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan gula..

Sambal kicap
lada cili-dihiris
bawang besar - dihiris
bawang putih  - diketuk
kicap - secukupnya
limau kasturi - secukupnya

mixkan kesemuanya dan  tambahkan air limau kasturi.


Pakoora - Mix pakoora

1 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji kentang - dihiris halus/kasar ikut suka
segengam daun bayam - dihiris halus
1/2 biji terung - didadu
1 pokok daun ketumbar - dihiris
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar - tumbuk kasar
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk kasar
1 sudu kecil jintan kasar - tumbuk kasar
Tepung kacang kuda - secukupnya
1 sudu minyak dicampur dalam adunan tepung

Caranya
mixkan kesemua bahan tambahkan sedikit sahaja air,agak-agaklah yer asal boleh melekat kesemuanya.goreng dengan minyak yang panas.goreng sehingga kekuningan angkat dan toskan.sedia dihidang bersama sos pilihan.




Sunday, 19 June 2016

Menu berbuka 12 Ramadan


Dah bangun sahur ke..
zila dah siap dah makan sahur..dari pukul 12 lebih tadi dah terjaga nak lelap balik memang susahlah sikit pergi dapur godeh-godeh apa yang patut..tgok kuih raya siang tadi beli dua balang..jamahlah sikit..kot-kot esok siang dok teringat..he he heee

ok sambung balik menu ramadan 12 kami..zila sediakan ikan masak steam cara rebus..sebenarnya tak tau nak bagi nama apa..sebab ramuan macam ikan masak steam tapi caranya zila tak stemkan pun,zila rebus ikan siakap dengan air..anggaran banyak mana kuah yang dikehendaki ya..agak-agak ikan dah nak masak masukkan bahan-bahan lainnya..rasanya sama macam ikan masak steam.keadah ini rasanya lagi senang tak payah kluarkan pengukus bagai.

lauk sampigan zila masak terung berlada.dan tart portugese..huh siap buat tart bagai macam rajin betul kan..semuanya zila buat dalam kuantiti yang sedikit je..tart pun sama agak-agak lepas keinginan  jadilah..tart portugis zila ambil resepi dari blog bicara kak nor kak nor guna pastry puff ready made tu jadi kerja lebih mudah. ok stop disini dulu ..jumpa kagi esok ye.

Ikan steam cendawan ala rebus

1 ekor ikan siakap - dibersihkan 
1 labu bawang besar di hiris 8 memanjang
3 ulas bawang putih diketuk
4 biji lada cili hijau  - diketuk
1 cm halia  - dihiris 
2 batang serai diketuk
1 sudu besar perahan air lemon
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 pokok daun ketumbar - di potong 3 bahagian
4 helai daun limau purut - disiat sedikit
3 biji cendawan shitakee - di hiris nipis

caranya

  1. Masukkan ayam kedalam periuk dan isikan sedikit air..anggaran banyak mana kuah yang dikehendaki.
  2. Apabila ikan hampir separuh masak masukkan kesemua bahan diatas,tutup periuk dan masak lagi seketika.
  3. Tambahkan daun ketumbar dan daun limau purut.perasakan rasa masinnya,matikan api dan sedia dihidangkan.



Sambal Lado Minang
4 biji terung - Potong  terung dan goreng sehingga agak lembut- angkat ketepikan.

Bahan-bahan
14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah
4 biji bawang besar - dikisar
1 biji tomato segar - di dadu
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara
1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan bawang besar dan sedikit air dalam 3/4 cawan blender agak kasar.
2. Panaskan minyak dalam kuali masukkan lada,dikacau hingga agak mengaring ladanya dan naik minyak apinya biar kecil sahaja. ( pastikan lada dimasak sehingga garing)
3. Masukkan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun sedap jugak.  Selamat mencuba.


Portugese Egg Tart
50g kuning telur (anggaran 3 biji)
25g gula castor kaknoor tambah 1 sudu lagi gula
60g full cream milk
100g dairy whipping cream
1/4 sdt vanilla essence
Puff pastry

Caranya
Satukan semua bahan-bahan dan tapis
Gulung puff pastry seperti menggulung swiss roll dan potong kepada beberapa bahagian.
Letakkan potongan puff pastry dan tekan perlahan dan kemas kedlm acuan muffin..
Tuang adunan telur hingga hampir penuh .
Bakar dlm oven 180C selama 30minit api atas bawah
Kemudian tukarkan kepada api atas dan bakar lagi sehingga kekuningan

Saturday, 18 June 2016

Butterscotch cookies



Salam sabtu yang mendung..
Macam malu-malu pulak matahari nak keluar hari ini..begitulah juga mood yang agak lemau..planning nak kesana nak kemari banyak hari ini..mission pertama nak service kereta yang dan over tu..hari-hari bawak nak antar service malas..
Semalam bukan tak masak tapi tak sempat nak load gambar masakan hari ini..tunggu petang sikit baru load sini..hari ini cuci mata dengan biskut raya dululah.Biskut ini dah dari sebelum raya zila buat,zila kongsikan resepinya di majalah saji keluaran Jun bulan ini.

Tahun ini zila cuti sepenuhnya dari mengambil tempahan biskut.Agak rumit jugak sebenarnya nak uruskan muhammad yang tengah lasak,suami pulak sekarang dah permenant dikuala lumpur.. dengan tempahan lagi jadinya ambil keputusan off teruslah.Buat untuk makan sendiri adalah ..anak dan adik bradik pun dah request nak makan biskut .
Resepi asal biskut butterscotch zila ambil dari majalah Rasa.sebab ada kelainan tu yang zila cuba.sesiapa yang nak mencuba silakan ye..ok mohon berundur dulu..hari ini macam pack sikit..bye.


Biskut butterscotch chip
Bahan-bahan
250 gram mentega
200 gram tepung gandum
150 gram tepung ubi kentang
30 gram tepung jagung
85 gram gula kastor
50 gram butterscotch chip
1 sudukecil esen vanilla
Butterscotch chip sebagai hiasan - secukupnya

Caranya
  • Pukul mentega bersama gula dan esen vanilla sehingga kembang.Masukkan  tepung gandum,tepung ubi kentang dan tepung jagung.kacau rata.
  • Masukkan butterscotch chip.Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Canai dan terap mengikut citarasa.Hiaskan permukaan biskut dengan butterscotch chip.
  • Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’c selama 20 minit sehingga biskut keperangan.Angkat dan sejukkan..simpan didalam bekas kedap udara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang