Pages

Monday, 10 November 2014

kluang rail coffee


Assalammualaikum..
hi jumpa lagi hari ini..kalau orang johor sebut je kluang rata-rata diorang tau..mungkin kalau orang luar dari johor masih tertanya tanya kat mana kluang tu..

Kluang (Jawi:كلواڠ) merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. 


Kluang merupakan bandar ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru dan Batu Pahat.
orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupun Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejenis kelawar yang terbesar di dunia.

 Terdapat juga cerita yang mengisahkan begitu banyak sekali jumlah binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukun bagi menghalau mereka, tetapi cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang-orang lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kampung Kluang telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah Johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.


dua minggu lepas zila dan family pergi ke kluang,tak ada agenda apa pun.. cuma sekadar ingin mencuba roti dan nasi lemak di kluang rail coffee.sambil menikmati keindahan warisan bangunan lama sejak 1938.sebelum ini pernah jugak pergi kat branch kluang rail coffee di kotaraya,tapi sekarang tak pasti masih ada lagi ke tak setelah plaza kotaraya berwajah baru. 


setelah membaca dari blog kak zakie mengenai kluang rail coffee nie terus teringin nak kesana,,seawal pagi bersiap nak pergi..tapi biasalah kalau dah bawak baby pusing-pusing pukul 11 pagi kami sampai.. pukul 12 tengahari dah nak tutup..

masa kami sampai bahagian depan meja dah penuh..errmmm tak dapat nak duduk dalam ..duduk sebelah luar jew lah..tapi pelanggan memang sentiasa penuh..suasana kedai masih sepeti dulu-dulu..bangunan lama..



roti bakar merupakan daya penarik utama untuk kesini,disamping coffeenya yang dikatakan paling popular.tapi zila tak rasa pun..sebab bukan penggemar kopi..kalau minum takut pening pulak..tu ambil keputusan tak nak mimum..anak bujang jew yang oder coffee zila dan suami teh tarik.




selain tu kami oder beberapa biji telur separuh masak.sedap jugak tambah lada sulah dan kicap cair..


roti bakar nie berbentuk bulat,meja kami menggadap pekerja yang sedang membakar roti meggunakan arang.aroma arang nilah yang menjadikan roti bakar nie berbeza..ditambah dengan kaya homemade dan kepingan butter menambahkan lagi rasa istimewa roti ini.


selain menu utama roti bakar..nasi lemak bungkus pun ada disediakan..nasi lemak sebungkus berharga rm 0.80.. kalau sebut 80 sen mesti dah tau kan tak banyak mana..he hee.. memang tak kenyang kalau makan satu bungkus,kena ambil empat atau 5 bungkus baru puas hati..



nasi lemak sempoi bagi zila..cuma ada sambal dan ikan bilis sedikit kacang tanah..bagi tekak zila sambalnya ok sedap ..



mee pun berharga 0.80 sen..mee goreng biasa..zila biasa kalau makan mee memang nak kena ada ayam goreng..ataupun lauk-lauk lain..baru berselera nak makan..sebab tu badan nie tak boleh kurus ..selera tinggi jew..ha ha haaa tapi dah tak ada ayam goreng makan macamtu jew lah..kalau tak habis sayang pulak..nasib sikit.



ini bahagian depan kedai..tengok dah penuh..close lagi sebab dah nak pukul 12..diorang dah nak mengemas..sambung balik perniagaan pukul 2.30 petang

time nak bayar ..jemm jugak beratur nak bayar


oleh kerana kluang rail coffee ni terletak di stesen keretapi kluang,zila tak melepaskan peluang ..lepas makan zila ke tempat tunggu keretaapi..masih ramai lagi yang menggunakan khidmat keretapi nie..secara jujurnya zila memang tak pernah naik keretapi..tak tau rasa naik kertaapi tu macamana..mungkin seronok kan..memang nak kena cuba jugak nanti ..



beberapa keping gambar sempat diambil suasana sekitar stesen keretapi kluang.


gambar terakhir sebelum balik ke johor bahru..snap bangunan lama..suka pulak tengok bangunan lama-lama..macam zaman p.ramlee dulu.
ok sampai disi dulu untuk hari ini ..see next entry bye..

Saturday, 1 November 2014

jeruk mangga asam boi


Assalammualaikum
berjumpa lagi hari ini..somoga semua sahabat zila diberi kesihatan yang baik..aminn

ok tak payah cerita banyak pasal mangga asam boi ini .masing-masing dah expert buat kan..resepi simple tak payah pikir banyak..tapi hasilnya sangat sedap..

zila pun sempat buat juga..tapi makan dengan suami jew anak tak minat jeruk-jeruk..kalau dia makan pun mangga macamtu jew tak payah letak gula garam dan asam bagai..lain orang lain citarasakan..



selalunya kalau pergi pasar malam memang zila suka beli mangga muda..buat kerabu atau kopek kulit makan dengan gula dan garam,tak payah peram ..makan masa fresh..memang sedap..sebab suka dengar bunyi krukk krukk bila kunyah..

sebenarnya kalau asam-asam zila memang kurang makan..makan pun sebiji dua buat hilang mengatuk bila buat kerja.tapi bila dah dicampur dengan mangga sedap pulak..rasa masam-masam manis..tambah pulak dengan cili merah dan limau nipis..isshhh tak boleh cerita..memang harus buat kalau tak pernah makan..


Bila tengok mangga muda teringat zaman kecik-kecik,time tu suka sangat main baling selipar..kadang-kadang sampai maghrib tak ingat nak balik rumah.punyalah seronok sangat bermain.depan rumah mak ada tanam pokok mempelam..tapi selagi tak masak mempelam tu mak memang tak kasi petik..tapi kami asik tengok jew mempelam muda kat pokok tu berhari-hari,rasa lambat sangat nak masak..

tiba-tiba ada idea cerdik kami datang..he hee bila main baling selipar kami pura-pura terbaling buah mangga yang bergayut dipokok tu..tapi sambil baling tu kena perati sekeliling takutlah emak atau ayah nampak..he heee..

bila buah mangga tu gugur ..pura-pura beritahu emak yang mangga jatuh..dengan harapan mak suruh kopek dan makan dengan gula..tapi ramalan meleset..mak cakap.."peram dulu nanti masak la dia" kih kihhh memang hampa sangat rasa..memang kena tunggu..

oklah sampai disini dulu ye..jumpa lagi nanti..bye semua.

Monday, 27 October 2014

terima kasih SAJI nov14


Assalammualaikum

hi.. jumpa lagi hari ini.banyak sebenarnya resepi  yang zila nak kongsikan disini..tapi kengkagan masa ..almaklumlah ada baby kecik..kita nak menaip dia pun sama naik juga .. he hee..nak kena pandai bagi masa baru boleh selit kat sini kan..apa pun terima kasih buat pengunjung setia blog zila ..selalu singgah disini.

entry kali ini..
mengenai SAJI.. nak ucap ribuan terima kasih buat majalah saji dan wartawan exclusive ezanawaty salem yang sudi mempelawa zila mengisi ruang di majalah saji edisi nov14.
dah tiga kali zila bekerjasama dengan SAJI .alhamdulillah semuanya ok..tentang bayaran pun puas hati..

segala resepi yang zila kongsikan merupakan antara beberapa resepi kek yang zila pernah cuba.terima kasih juga buat penyumbang resepi asal..lima jenis kek yang zila sempat kongsikan di SAJI.untuk mendapatkan resepinya bolehlah beli majalah SAJI dikeluaran nov14.kali ini SAJI ada membuat sedikit kelainan..ada step by step cara nak buat kek dan pastry..memang bagus untuk mereka yang baru nak berjinak dalam pembuatan kek dan pastry.
lima gambar kek zila kongsikan disini.insya allah bila ada kelapangan masa zila sharekan juga resepi disini ..sampai disini dulu untuk hari ini..bye semua..

 victoria sandwich cake

 kek lapis biskut marie

 toffie cheesecake

 kek kacang tanah

kek kelapa pandan

laman seni 7 - lorong belakang


LAMAN SENI 7
​Lokasi
Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam.



​Tarikan
Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat. 



Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam.

Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept.



Laman Seni 7 dilakukan di kawasan seluas 206 meter membabitkan 56 pemilik premis perniagaan di pusat komersial terbabit. Setakat ini, ramai pengunjung yang datang ke Laman Seni 7 ini memberikan reaksi positif kerana hasil inisiatif MBSA yang berjaya menjadikan lorong yang suram menjadi daya tumpuan pelancong terutamanya masyarakat tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar di setiap mural yang dihasilkan.


sementara menunggu suami habis meeting di klcc kami bertiga berjalan jalan sambil ambil gambar memang seronok,tak terasa masa berlalu terlalu pantas.


bagi pencinta seni tempat nie umpama syurga setiap hasil lukisan semuanya amat indah.. 


 diantara pengunjung yang tak melepaskan peluang untuk bergambar
pemandagan di lorong bahagian depan
 pengantin pun turut  mengabdikan foto disini,,sebagai kenangan ..

selepas ini moga lebih banyak lagi lorong belakang yang terjaga seperti disini..
sesiapa yg nak berkunjung kemari senang jew..berpandukan jakel dan gedung shawl fareeda..penat brjalan bole shooping tudung pulak ye..cuci mata..oklah jumpa lagi next entry..bye semua..

Wednesday, 24 September 2014

kuih bahulu / ji dan gao


"Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.

Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu."


Asal usul nama BAHULU
Mengikut sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau BAULU adalah datang dari frasa "buah tangan dari hulu". 
Ini kerana orang-orang dahulu menggunakan pengangkutan air sebagai jalan utama.
Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu, mereka sangat menghormati jiran tetangga dan saudara mara.
Kuih bahulu dijadikan buah tangan dan menjadi medium pengerat hubungan sesama mereka.


Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak.


Assalammualaikum
jumpa lagi,lama benar blog ditinggalkan tanpa berita..dah jemu kan tengok menu berbuka..sampai dah lepas raya menu tu yang ada..he he heee..terima kasih pada sahabat-sahabat yang mesej zila bertanya khabar..alhamdulillah zila sihat macam biasa,cuma sedikit sibuk menguruskan anak dan menyiapkan tempahan custmer..ada yang suruh zila cepat-cepat update sebab dah bersawang katanya..he hee aah kan..

Dah lama tak buat bahulu.dua tahun lepas ada jugak zila cuba buat kuih bahulu tapi time tu guna mould lebih kecil sedikit..maka kejadiannya memang la comel-comel.tahun lepas beli lagi mould baru besar sikit ada 12 lubang..sekali bakar dapat la 12 biji tapi lambat la..kalau ada dua mould lagi senang kan..cepat siap..

kuih bahulu orang dulu-dulu tak guna pun baking powder dan ovallate..tepung gandum dijemur dulu..biar bahulu tu nanti ringan..dan gula pun dijemur jugak untuk ketahanan bahulu tu biar berbulan bulan tahan..
masa zila kecik-kecik rajin jugak tolang emak buat kuih bahulu..pukul telur dalam pasu besar..pemukul telur tu pun besar jugak..sekali tepuk memang puas hati..kena pukul lama..sampai putih..adoiii time tu macam nak tercabut tangan rasanya..
lepastu bakar dalam acuan tembaga ..guna arang..bau wangi sangat..tak sabar nak tunggu masak..


ok kali ini zila cuba resepi sonia-nasi lemak lover.thanks alot dear sonia ..tak ada penggunaan ovellate dalam resepi ni..cuma penambahan dari tepung naik sendiri dan dicampur cake flour.kemanisannya pun seimbang,bahulu tak terlalu padat.memang sedap..
lepas nie memang nak buat lagi .satu adunan ini dapat dalam 50 biji.husband dan anak makan tak boleh berhenti..ditambah pulak cicah dengan kopi panas..ermmm 

bagi sesiapa yang nak panaskan gula dan tepung di oven dulu pun bole..tapi zila tak buat..sebab sekali adap dah habis..tak sempat masuk dalam bekas..gelojoh he hee oklah sampai disini dulu kali ini ..jumpa lagi..bye.


KUIH BAHULU/JI DAN GAO
3 eggs (A size) 56g-57g per egg
120g caster sugar
35g cake flour
70g self-raising flour
Corn oil- for greasing 



Method

  • Pre-heat oven to 200C, grease the Bahulu mould with oil, pre-heat for 5mins.
  • Sift cake flour and self-raising flour together, set aside.
  • Remove eggs from the fridge, add into the mixing bowl, add in caster sugar, immediately beat it till pale, thick and fluffy (I use hand electric mixer, 4mins at high speed 4, 11mins at speed 2, 1min at speed 1, total time 13mins ).
  • At the slowest speed, add in flour in 3 batches, add in pandan paste ,roughly combine. Then gently fold with a spatula till well combined.
  • Remove Bahulu mould from the oven, spoon mixture into mould and fill 100% full (so you can have nice bump on top).
  • Bake for 12mins (no fan) at middle rack or until golden brown.
  • Remove mould from oven and put on wire rack, use a toothpick or bamboo skewer, prick cake with skewer and lift out. Cool on wire rack or bamboo basket. Store in air-tight container once cooled.
  • Grease warm mould again before use and put into oven to re-heat for 5mins. Continue to bake until all mixture finished.
  • Store cool kuih Bahulu in air-tight container, consume within 2 days, otherwise store in the fridge for later consume.



Tuesday, 8 July 2014

menu berbuka kami



" The blessed month of the year has come. It’s the season of Ramadan. Fasting, praying, repenting from sins. Hoping that Allah shower you and your beloved with loads of blessings. "


Assalammualaikum
salam ramadan..salam sayang untuk semua sahabat zila diluar saya..bersua lagi hari ini..puasa hari ke sembilan..

sebenarnya dari awal ramadan lagi nak berkongsi menu berbuka  disini..tapi tulah kita mampu merancang ..tuhan yang menentukannya..
kedatangan ramadan kali ini mengigatkan zila pada ramadan yang lepas..dimana sepanjang bulan puasa zila warded di hospital..isshh kalau kenang balik memang tak sanggup rasanya..berbuka hari-hari dihospital tak terasa nikmat langsung suasana ramadan..ermmm tapi demi baby yang dikandung waktu itu..kami redha atas ketentuannya..

lama rasanya tak berkongi menu masak-masak..bulan puasa nie kalau show gambar makanan bukannya apa..kadang-kadang nak bagi idea kepada kawan kawan yang tengah tercari-cari menu untuk memasak waktu berbuka..semoga perkongsian ini dapat memberi idea buat semua ..

suhun goreng kucai

Ini merupakan hidangan berbuka kami hari ke 7.macam rajin sikit melayan tekak tu yang masak macam-macam..kalau hari biasa memang tak masak..beli jewlah di bazar..jom semak resepi.

SUHUN GORENG KUCAI
2 Pack suhun sedang
2 ekor sotong bersaiz besar - potong bulat
8 ekor udang 
taugeh - secukupnya
daun kucai - secukupnya

Bahan kisar
2 batang lada merah
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sos tiram - 1 sudu besar
1/2 kiub ayam

Caranya
  1. rendam suhun hingga lembut.
  2. bersihkan udang dan sotong,cuci bersih tabur tepung gandum,serbuk kunyit garam dan lada sulah,goreng hingga masak angkat dan ketepikan.

  3. tumis bahan kisar hingga wangi dan garing,masuk sos tiram..tambah kiub ayam..agak karing masukkan suhun.kacau rata dan sebati.

  4. masuk sayur kucai dan taugeh.kacau lagi hingga sebati ,masuk udang dan sotong gaul rata.
  5. sedia dihidang.


 tepung pelita
TEPUNG PELITA
sumber dapur kak jee

Lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan
sedikit pewarna hijau

cara
Larutkan bahan2 atas hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat
Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas atau sampan daun pisang.Tepikan.

Lapisan Putih (Santan)
¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung
7 cawan santan
½ sudu kecik garam

cara
Larutkan bahan dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

selepas keluar dari peti ais..sedappp 

 kurma susu
Air kurma susu

beberapa biji buah kurma 
2 cawan susu segar
2 sudu besar gula pasir

cara
masukkan kesemua bahan dalam blander..kisar hingga sebati
sedia dihidang 

siakap tiga rasa

Bahan
1 ekor ikan siakap
Tepung jagung 
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit lada hitam

Untuk Kuah
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
Kiub nanas
daun limau purut -beberapa helai
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Garam -secukup rasa
Gula -secukup rasa

caranya

  1. bersihkan ikan,lumur dengan serbuk kunyit,garam lada hitam dan tpung jagung.goreng hingga garing.angkat dan toskan.
  2. tumis bawang merah,bawang putih,cili padi dan serai,tumis hingga layu dan wangi
  3. masuk tomato dan kiub nenas,kacau rata.
  4. masuk bahan sos dan sebatikan.
  5. masukkan daun limau purut.
  6. masak hingga pekat..perasakan garam dan gula.
  7. siap curahkan diatas ikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang