Pages

Sunday, 31 May 2020

Kek Coklat moist kegemaran anak-anak

Penghujung Mei,
kejap jew kan kalau duduk rumah masa berlalu,kedepan..kebelakang ..gitu gini dah petang,semalam kami 3 beranak pergi ke Mydin Mall..budak-budak tu ikut jew tapi duduk dalam kereta.
nak tinggal diorang berdua ni kat rumah macam tak yakin pulak,lagipun nak pergi bungkus sarapan sekali,sebab dah keluar awal pagi masing-masing tak sarapan lagi.

Bungkus sarapan berat terus di restoran yang biasa memang kami langgani setiap minggu ,cuma time PKP start terus kami tak dapat duduk makan disitu.Anak-anak makan bersungguh dalam kereta sementara menunggu ibu dia belanja barangan dapur.
Nak berlama di dalam mall macam kesian pulak kat diaorang yang menunggu,sudahnya belanja macam terkejar-kejar...sampai rumah banyak barang yang tak terbeli pulak..ermm

Ok cerita kek coklatlah pulak.
Yang ni saya buat time first PKP aritu,time duduk dikampung.Yang seronoknya duduk kampung ni buat makanan apa jew semua habis..masing-masing memang suka makan,kalau buat satu adunan memang ada yang tak dapat.so kena buat dua adunan baru masin-masing dapat seorang semangkuk tahu panas tu.
Yang dah agak berusia diorag req tak nak simbah coklat,tapi yang budak-budak dn remaja memang nilah yang di req dulu..ha haa biasalah kan.ok semak resepi sumbernya saya dapat dari FB masak-masak.katanya kek ni jadi sumber pendapatan sampingan dia.tu yang agak teruja nak try walaupun sebenarnya saya ada lebih 10 koleksi resepi kek coklat moist ada dalam simpanan.tak salah kita cuba resepi yang orang share kan.


Kek Coklat Moist
Source FB
By : zila-norazila

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat
Campur kesemua bahan masak diatas api sehingga gula larut,ketepikan biarkan suam.

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
(Ayak kesemua bahan)

Bahan C
3 biji telur
sedikit esen vanilla
(pukul telur dengan mixer hingga putih masuk esen vanilla)

Caranya
Masukkan bahan A kedalam bahan C kacau rata,kemudian masukkan bahan B gaul rata.tuang adunan kedalam loyang atau bekas kecil.
Sediakan pengukus.kukus kek hingga masak sempurna dengan api sederhana besar.
dah siap angkat dan sejukkan baru letak topping.

Topping
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1/2 cawan susu cair
(satukan kesemua bahan dan masak dengan cara double boiler sehingga pekat dan tidak berketul.biarkan sedikit suam dan boleh curah atas kek tadi)

3 comments:

Aina Ina said...

Selamat hari raya , zila. Sedapnya kek coklat tuu,, nak try ikut resepi zila la,,

zila norazila said...

aina
silakan ..nanti buat eh

Cik TK said...

wahh nampak sedap!!! boleh try ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang