Pages

Saturday, 30 May 2020

Onde - onde labu sedapnya

Masih dalam mood raya..
walaupun hakikatnya raya tak pergi mana-mana pun.tapi bila duduk rumah masih ada lagi berbaki sedikit kuih raya tu yang syawal masih terasa.


Tak habis lagi puasa enam,rasa terhegeh-hegeh pulak nak sambung puasa enam tahun ini.baru dapat beberapa hari je.
Bila anak-anak full duduk rumah rasa banyak benda pulak nak kena buat,siap memasak pergi membasuh kain pulak..lipat baju..ada kalanya mengemas bilik tengah,macam kerja rumah tak ada endingnya.


Nak cerita onde-onde labu pulaklah.
pic lama biasalah slow-slow masuk kesini,asal blog dilupa jangan.Walaupun orang dah jarang nak menulis blog tapi kita tetap suka berceloteh disini.
Muhammad suka sangat makan onde-onde,mungkin bila digigit tu keluar air gula tu yang dia rasa seronok sangat.so mama dia pun suka jugaklah buat onde-onde,kali ni buatlah yang labu pulak,sedap yang labu ni,rasa dia macam lebih sedap dari yang biasa tu.
lagi bila dapat labu yang elok,kadang tak semua labu tu elok kan..nampak jew menarik tapi bila dikukus isi dia banyak kandungan air dan kurang lemak.
okey simpan resepi onde-onde labu disini.




Bahan
1 cawan labu - (kukus kemudian dilecek halus jadikan 1 cawan)
1 1/2 cawan tepung pulut
1 sdb tepung gandum
sedikit garam
sedikit air -agak agak boleh jadi doh yang tak lekat ditangan.
(tak perlu pewarna kuning ya)

Inti
Gula melaka secukupnya
Kelapa parut campur dengan sedikit garam gaul rata

Caranya
1.Satukan tepung pulut ,labu lecek tepung gandum dan sedikit garam.tambah sedikit air.uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan.
2 Bulat bulatkan doh dan letak inti.tutup kemas dan bulatkan.
3.Didihkan air dan boleh tambah daun pandan pada air rebusan jika suka.
dah menggelegak kuat masukkan doh tadi .biar sampai doh timbul baru angkat.
4.lepas angkat celupkan sekejap kedalam air biasa .kemudian bolehlah terus golek dengan kelapa parut.siap.
.

4 comments:

Warisan Petani said...

Sedapnye

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
http://acuyuhan.blogspot.com/

zila norazila said...

warisan petani
lagi sedap dari yg biasa tu wak.

zila norazila said...

acuyuhan
tq2 slamt hr ray jgk .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang