Pages

Friday, 12 July 2019

Naan ..Lauki Gosht dan Lassi yogurt


Naan
Hadirnya dirumah ni sebagai pengganti nasi..dan semestinya makanan utama en suami,,ni kalau saya tak sempat buat memang dialah yang uli tepung sendiri..sememangnya saya kalau bab buat roti nie agak malas sikit,,tapi nampaknya hari ni kerajinan tu berpehak pada saya..gigih meroti .
selain meroti nasi pun kena masak jugak ..sebab iqbal tak boleh tak ada nasi..selera orang dalam rumah ni macam-macam.
Susah ke nak buat Naan?..ikutkan memang tak susah manapun ..cuma bab perap doh tunggu sampai kembang sekali ganda lagi tu yang kadang membantutkan keinginan nak buat..kalau buat capati lagi senang rasanya. uli dan boleh terus bakar..kann senang kerja..


Jom semak resepi naan yang biasa kami buat dirumah.
Biasanya kami uli pakai mixer tak pakai tangan atau bread maker ye..pakai mixer lagi senang.

Naan
2 cawan tepung gandum
3 tbs susu tepung
1 tbs butter
1 tbs yogurt
1/3 tsp baking soda
1 tsp yeast
1/2 tsp garam
susu segar/air - yang ni letak sikit-sikit uli sampai doh sempurna

Bahan sapuan atas naan
Bijan
susu segar 2tbs
Butter

Caranya
1.Dengan menggunakan mixer satukan kesemua bahan.. kemudian masukkan sedikit demi sedikit susu segar/air..sehingga doh menjadi sedikit melekit..lepastu masukkan butter uli lagi dalam 10 minit biar doh menjadi elastik dan mudah dibentuk.
2.Bahagi doh kepada 3 atau 4 bahagian bulatkan..rehatkan biar sehingga doh mengembang 2x ganda.
3.Dah kembang kita uli skali lagi buang angin.canaikan bulat dan sedikit tebal..tekan permukaan doh dengan jari..so nampak kan naan tu macam lubang2 sikit..
4.Dah bulat elok kita sapu dengan susu ..sapu penuh menutupi permukaan sapu pakai tangan je pun boleh...pastu tabur bijan nak banyak bijan pun boleh.
5.Ambil pan leper kita bakar atas dapur gas dengan api slow sampai bawah tu kekuningan dan naan kembang sikit.
6.Jangan terbalikkan..angkat dan letak kat dulang pembakar bakar pulak dalam oven supaya bahagian atas garing ..ok dah siap angkat dan sapu butter time panas2.


Yang ni baru lepas keluar dari oven dan tak sapu butter lagi

Resepi lauki gosht ni saya pernah kongsi disini tapi tak apa kali ni saya copykan lagi disini untuk memudahkan korang rujuk.

Bahan untuk masak lauki gosht
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 batang lada hijau besar atau lada cili..semua bahan diatas dihiris.
masukkan daging dalam presser cooker kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihirs tadi..masak sehingga daging empuk.

Apabila daging dah lembut.masukkan minyak sedikit..labu air yang telah dipotong,.kemudian masukkan
1 biji tomato didadu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar halia dan bawang putih (halia dan bawang putih ditumbuk jadikan paste)
Masak lagi sehingga air daging kering dan labu air lembut dan lembik..
tambahkan sedikit butter untuk rasa lemak-lemak sikit..masuk daun ketumbar.masak sekejap lagi dan tutup api.

Sebab arini kekonon makan ala pakistan dirumah so kami pun buatlah yougrt lassi..
nak buat yogurt lassi ni senang sangat ..susu segar dan yogurt tu diblander bersama.kuantiti dia biar susu tu banyak sikit dari yogurt..lepastu tambahkan sedikit garam..atau yang suka manis boleh letak gula.dah siap..guna susu sejuk ye..tak payah pakai ais .

3 comments:

Amie said...

Banyak keistimewwan kahwin campur ni. Boleh tambah pengetahuan tentang budaya hidup kaum lain. Menarik!

zila norazila said...

Betul kak amie..budaya ..makanan dan cara masak memang beza betul..

عبده العمراوى said...



شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تنظيف شقق بصفوى

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang