Pages

Tuesday 2 August 2016

Jom melancung ke kashmir bersama - scout kashmir travel and tour part2



Bersua lagi dalam siri kashmir.Buat masa ini bumi kashmir sedang bergolak.hampir lebih 25 hari pemberontakan dari penduduk tempatan dan askar india berlaku,mungkin bagi rakyat kashmir perkara sebegini sudah biasa kerana bukan sekali dua ianya berlaku.selepas itu keadaan akan kembali tenang semula dan aktiviti akan berjalan lancar seperti biasa.
sebenarnya penyebab utama pemberontakan berlaku kerana penduduk kashmir inginkan kebebasan,membina negara sendiri.buat masa sekarang bumi kasmir masih dibawah pemerintahan india.



Apabila semua kemudahan dihentikan buat sementara waktu seperti line telefon,internet dan kegiatan harian semuanya dihentikan,makanan hanya boleh dibeli pada waktu malam sahaja itupun ada masa yang dihadkan lebih kurang 1 jam lebih sahaja.errmmm kalau ianya berlaku di negara kita dan berlaku pada diri zila tak dapat nak dibayangkan.terasa insaf sangat dengan cerita diorang terasa berharganya keamanan yang sedang kecapi di malaysia.sungguh bertuahnya kita.


Kegiatan ekonomi utama penduduk kashmir berasaskan  pertanian.tanaman utama adalah padi kerana beras merupakan makanan ruji penduduk kashmir.sejak zaman silam kashmir terkenal sebagai pengeluar bulu kambing cashmere untuk dieksport di seluruh dunia.
selain menjana ekonomi dari hasil pertanian pada abad ke 19 pendapatan penduduk turut diperolehi dari aktiviti pelancungan.kerana keindahannya yang tiada tolok bandigannya sehinggakan ada yang menggelarkannya bumbung dunia.baru saya sedar patutlah masing-masing berebut nak menguasai kashmir.



Oleh kerana blog zila merupakan blog masakkan so kalau tak ada cerita tentang makanan memang tak lengkaplah kan.so zila mintaklah mr malik emailkan  beberapa gambar masakkan tradisi rakyat kashmir.kebetulan bulan lepas sahabat beliau kawin dapatlah beberapa gambar hidangan utama beliau.



Bak kata orang kalau nak mengenali sesuatu kaum kita kenalah terokai makanannya.ini merupakan wazwan.hidagan wajip ada pada hari perkahwinan dihidangkan bersama nasi.hidangan nasi mereka dimakan tak kurang dari 20 lebih jenis lauk seperti dalam gambar diatas tu.banyakkan kan? 

memang kena lebih dari 20 menurut beliau.memang penat rasanya nak meyediakan hidangan yang begitu banyak.mungkin chef yang mengetui bahagian dapur memang sangat pro,rasa teringin pulak nak tengok depan mata sendiri cara diorang ni memasak.

menurut beliau biasanya hidangan ini berasaskan kambing daging lembu diorang tak pakai almaklumlah kebanggaan orang sebelah sana kan kambing.selain kambing ada sayuran dan kuah cheese .tak silap zila macam nasi ambeng jugaklah kalau dimalaysia.tapi nasi ambeng tu lauknya sikit ..senang cerita ambeng versi mewah ni ha haa.


daging kambing seperti gambar dibawah tu mengugat iman betullah..nampak tak kegaringannya.ermmm puas tenung gambar ini ha haaa..sabar..sabar
rasanya wazwan pun ada dijual di restoran diorang.lepas keadaan disana kembali tenang bolehlah plan melancung kesana dan carilah hidangan wazwan ini.kawan zila cakap ianya memang sedap..


sesiapa yang berminat untuk kesana hubungilah beliau untuk booking.

Team Scout Kashmir 

Sajad Rafeeq 
Manager Operations 

Malik Mehrooz 
Co-founder  

Abdul Qayoom 
Co-founder

4 comments:

Unknown said...

salam zila
wah dah jadi ejen pelancongan ke ni zila hehe
banyak nye lauk kan kalau sampai 20 jenis utk dimakan dengan nasi tu
teringin nak merasa lah

zila norazila said...

Ha haaa kak nor ..gitulh gamaknye..kita pun mcm nk rasa jgk lh kak..menarik btul kn..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok melancong tempat sejuk macam ni.

kakrose said...

kalau terhidang depan mata..pasti tak menolak. bagaimana lah mereka menyediakan 20 jenis hidangan dlm satu masa..tentu banyak guna tenaga pekerja. kambing bakar memang nmpk sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang