Pages

Thursday, 4 July 2013

spaghetti carbonara


Salam manis dan salam sayang semua..

Masa di office suami tiba-tiba call ..tanya zila ada masak apa-apa kew dirumah untuk makan malam..kebetulan sebelum pergi kerja memang zila tak masak ..suami pun ajak makan di pizza hut..tempat kegemaran beliau..
selama 3 tahun berada di qatar pizza hut merupakan tempat yang wajib dikunjunginya setiap minggu..tapi bila dia datang di malaysia pizza disini dia cakap sangat la berbeza..rasanya pun kurang sedap..walaupun kurang sedap tapi tetap dikunjungi juga ..dah tak ada pilihan lain katanya..

zila pulak bukanlah pengemar pizza..kalau disuruh buat pilihan lebih rela pergi ke fastfood lain..he hhe 


setelah memilih menu anak zila order spaghetti..alahai..bagi tekak zila tak sedap mana pun, tapi anak kata dia teringin nak makan..keesokannya bila ikut zila berbelanja di kedai terus dia mencari carbonara prego..dan spaghetti..  nak buat sendiri dirumah katanya...layankan jew la kan..



bila beberapa hari carbonara tue tak berusik..terfikir pulak zila nak masakkan untuk dia..pagi tu malas nak buat sarapan lain..so zila buat la spaghetti nie..di hidangkan bersama mushroom soup..yang dah siap tu..cuma tambahkan air  dan masak atas api..siap...

zila buat garlic bread sikit..tapi tak guna roti prancis..guna roti biasa jew..tak payah nak membazir.sapu butter...taburkan bawang putih panggang dan daun parsley kering..dan bakar di oven..makan panas-panas dengan soup..errmmm puas ati..he h heee



spaghetti carbonara

Bahan-Bahan 
1/2 bungkus Spagethi -  letak sedikit minyak rebus & toskan
5 ulas bawang putih
2 sudu lada hitam tumbuk kasar
1 tin sos Prego carbonara cendawan
1 1/2 cawan susu segar
jejari  ketam - ikut suka
1/2 paket daging kisar
Garam secukup rasa
3 keping chesdale

Cara-cara 
1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih 
2. Masukkan  lada hitam , kacau sebentar
3. Masukkan daging kisar,masak hingga bertukar warna dan daging empuk
4. Masukkan jejari ketam, sos prego carbonara cendawan, kacau sebentar..masukkan chesdale
5. Masukkan susu segar di ikuti garam dan gaul sebati sehingga kuah mendidih.Matikan api dan siap untuk di hidang.



24 comments:

inazamri said...

buat sendiri mmg puas makan.lama juga tak buat garlic bread mkn ngan mushroom soup camtu

Kakzakie said...

Sedaplah zila.. sekarang ni dah senang sebab yg dah ready macam campbell dan prego depan mata kan...

Sidratul Muntaha said...

2 benda yg mudah nak msk..
akan tetapikan..
bila kami beria2 msk..
boleh plak org umah dgn ank2 takmo jamah..
hadoi..
sedangkan 2 - 3 ari sebelum tu ye ye oo je request..
ke aku yg masak tak sedap?!
ekekkee

Rina Audie said...

sedapnya spagheti tu, nyam nyam....

ady said...

salam
wow!!!sedapnye spaghetti..

Sury Abil said...

Nyumnyum sedappp...yg berkuah putih ni jarang buat..

JaSSNaNi said...

wow.. serius terliur.. lagi2 nampak crab stick tergolek2 tu.. waduhhhhhh sedapnya... nak buat jugak lah nanti..

Mori Said said...

Salam zila.... Tengok menu tu sedap sungguh...

Liza said...

perghhh, menyelerakan betul...yummy

Umie Jazz said...

Assalamualaikum zila...wah sedap ni kena masuk list nnti nak buat kena carik bahan dulu....

mimie said...

nampak sedap kak zila.... :)
kat rumah jarang sangat masak spagety ni... :)

Qashmere said...

Sedapnyaaaaaaaaaaaaa kak zilaa

Qashmere said...

Sedapnyaaaaaaaaaaaaa kak zilaa

Aida78 said...

sedapnya kak zilaa yumeee balik ni nak cuba la...

Asyifa Mustaffa said...

ala...teringin nak rasa...klau buat takut x bermkn kat umh ni...yg bebudak ni tau mkn..spageti biasa tu je...

mama sara nur said...

assalam Zila
pizza kalu ank bujang akak suka sgtlah, memang habis dia makn he hee
tp spaghetti cabonara akak pulak suka he hee cuma nak buat sendii malas

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Zila, saya kalau masak spaghetti pun mesti ada tmbh mushroom soup ngan roti garlic, baru pizza hut... tapi memanglah, sy byk dgr org kata pizza kat negara kita tak sedap mcm pizza kat negara luar sana... urmmm..

fazianbatrisyia said...

Sy order jek SR. Nak buat pun sy sorang yg makan...sedap tu...kegemaran

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu Zila

kalau mushroom sup mmg favorit anak.baru buat mushroom soup...mkn dg roti biasa juga. tp spaghetti carbonara belum pernah buat....

Wani said...

salam kak zila .. jarang sungguh wani nak masak guna spagheetii ni walau nampak senang je..

kasihredha said...

suka bangetttt
pasta mmg pujaan hati ku

Qasey Honey said...

suka jugak..tp tang buat tu xbape..hihi..

Miss Zahirah said...

sedapnyer spageti carbonara tu...
siap ade garlic bread ngn mushroom soup plk.. lapar ni.. huhuhu

khalisya sulaiman said...

Saya nak try hari ni jugak.. tq zila atas prkongsian ilmu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...