Bersua kembali..
Aroma daun limau purut dalam masakan boleh membangkitkan selera makan..
ianya begitu terkenal dalam masakan melayu..kalau buat rendang letak daun limau purut memang sedap kan..
begitu juga kalau buat tomyam ..kalau tak ada daun limau purut macam tak kena gaya pulak rasa tomyam tu kan.
untuk nak kasi juga dia rasa..zila pun buatkan ..kebetulan sempena hari bapa ..dah elok la tu kan masak sedap-sedap sikit..mintak kawan zila resepi nie..kebetulan resepinya sama seperti yang kak ita pernah cuba buat..dan ramai rakan blogger lain yang dah pernah buat juga..
bagaimana rasanya?..memang sedap..satu rumah bau aroma daun limau purut..he hhee..pagi-pagi lagi zila dah masak..sebab pukul 10 plan dah nak makan nasi..zila ganding bersama daging black paper dan acar darat..letak lada hitam banyak-banyak..kasi berapi sikit telinga..errmmm baru puas hati..
mula-mula zila nak gandingkan nasi ini bersama ayam,tapi terfikir pulak asik makan ayam jew..dah jemu pulak..jadi tukar kepada daging..lagipun lama tak masak daging..terasa-rasa pulak nak makan...diorang kata sedap..bertambah-tambah nasi kat pinggan..berbaloi penat lelah memasak bila org kata sedap..he hehee..
buat sahabat zila mia..terima kasih tau..i love u..dan pada sesiapa yang teringin juga nak mencuba zila salin resepinya disini dan zila olah sedikit untuk kami makan sekeluarga..bye semua .
NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan & kak ita masam manis
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
Garam secukup rasa
1 sudu besar stock ayam
4 titik pewarna hijau
Panaskan minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, susu, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.
25 comments:
wah ku lihat hijauuu....terbau2 pulak aroma limau purut...semerbak harum mesti sedap. ada kelapangan mesti nak cuba 1 hari nanti...tak tau bila...
Huh... memang mantops!! kakak macam terbau aroma daun limau purut zila masak:)
salam zila
wahhh!!pagi2 tayang2 nasi limau purut ya..mesti sedap nasi limau purut ni kan zila..harus di cuba..
salam..
cantiknya kaler nasi tu..mesti sedap dengan aroma limau purut.
Adoi terjejes air liur tgk hehe, satu ketika dulu jadi fenomena kan nasi ni, wangi je naknya klu lawankan lauk yg best
belum pernah makan nasi limau purut. Pasti sedap ni pake susu dan kaldu ayam...
sama macam mbak rina.
first time tau nasi limau purut.
pasti sedap kan kak ???
pic kak zila selalu ohsem... sukaa sangat
Wow! tergoda k.gee dibuatnya... harumnya bau limau purut tu kan...
wahh.. 1st time tgk nasi limau purut lah.. kompom sedap nih! tun mmg suka masak letak limau purut.
wow... sure wangi kan.. daun limau purut pun banyak khasiat.. kan kan..
nice pic la kak...:-)
wangi sluruh rumah ni time masaknya ni...
assalam zila..acik suka tengok warna nasi tu..
Assalam zila,
Dh terbyg2 keenakan ns limau purut,mesti harum satu rumah ngan aroma daun limau purut hehe,kompom anak2 tak sbr nk makan.kena try gak ni
sedap kan zila, kak ruby dah buat dah mmang sdp........
salam zila...apa khabar.... nasi limau tu nampak sedap.... kena ngan black pepper daging tu.... Insya Allah nnt boleh di cuba nie...
Zila..salam sayang...huhuhu terliurnya mieza nengok nasi limau purut ni...teringin nak buat juga sbb nampak lauk daging tu betul2 menggiurkan! Tapi stok daging tak der huhuhuu
Menarik tau kak Zila. tentu wangi kan. :)
Hai Zila sayangggg...
aroma daun limau purut memang mampu membangkitkan selera!
kompem sedap nih... boleh dicuba nnt... ;)
ehh sedap nye nak try la t..mesti wangi dan menggoda seisi rumah..membuka selera ni kak..
As salam Zila...eemm nampak kelainan...!! Mesti sedap..!! Izinkan chek kongsi resepi!
Assalam. .
Pepagi I dah terliuq.mcm sedap je.the color tu yg buat so tempting..boleh cuba as recipe iftar ni..tq
salam Zila...
wow...mesti bau harum satu rumah nie kan...nampak sedap sangat...
Hi Zila, wow! First time I see this dish. Ta'pernah tengok or makan. And I love that hijau colour.
I think dua pinggan boleh lichin kan, no problemos, ha ha.
Have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.
mesti semerbak bau nasi ni kan..tgkkn pd kalernya tu dh cukuo mnarik..pasti sedap jugak..leh la try jugak nti
Post a Comment