Pages

Thursday, 24 December 2015

Nasi ayam hainan lagi..



Salam MAULIDUR RASUL bagi umat islam.
Bersempena dengan cuti umum hari ini dapatlah meluangkan masa menulis blog petang-petang macamni..sebenarnya dari awal pagi kami sekeluarga dah keluar rumah..bersarapan bersama diluar..kemudian pergi servis kereta..sambung pulak ambil rodtx ins kereta suami yang habis tempohnya semalam..lepastu terus beli barang-barang keperluan dapur dan kelengkapan sekolah Iqbal..gitu gini ..sampai rumah dah nak pukul satu tengahari..ermmm cepat betul masa berlalu..kain baju tak berbasuh lagi..menimbun ..yang tak berlipat adalah setengah bakul..


Bila Muhammad dah tido  baru boleh bukak lappy edit sikit gambar masakan yang lama terperap..kadang-kadang berhajat sangat nak update blog sekerap yang mungkin..tapi tulah..lumrah ada anak kecik yang tengah ligat..he hee kena dulukan mana yang penting kan..
Nasi ayam hainan lagii..ermm tulah..bila hari-hari mengadap dapur fikiran pun buntu nak masak apa..pusing-pusing nampak ayam..kih kihh..so masak nasi ayam jewlah senang dan mudah..anak-anak pun suka..
tapi kali ini zila cuba resepi dari dapur FHA..nasi ayam hainan terlajak sedap...teruja nak cuba sebab ayat terlajak sedap tu yang memanggil-manggil kita nak buat..


Kebiasaannya ayam yang telah direbus kemudian dimasukkan kedalam air ais tak perlu lagi digoreng..tapi resepi kali ini kita goreng sekejap  secara touch n go..jadi ayam kelihatan lebih menarik dan lebih selera untuk dimakan..untuk nasi pulak kita tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk kelihatan sedikit kekuningan..untuk versi nasi ayam hainan yang biasa zila pernah buat disini
Alhamdulillah habis seperiuk kami anak beranak kerjakan nasi ayam ni..he hee..memang sedap ..jimat duit tak payah makan diluar..boleh makan bertambah-tambah lagi..


Nasi Ayam Hainan 
sumber :Intai-intai Dapur FHA

Bahan A (Sup)
Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)
1/2 periuk air ('rice cooker standard size') yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Bahan B
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Cara-Cara Memasak Sup
1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia 'mendidih membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali  (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi 'ketulan ais + air sejuk'. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu 'moist' sekali.
4 Dalam periuk berisi rebusan ayam,  masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B


Bahan C (Perapan ayam)
Kicap masin 'Kipas Udang'
2 sudu besar Sos Tiram
Cara-Cara Memasak Ayam
1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C. 
2. Perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara 'Touch and Go' ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak dan untuk memastikan ia kekal 'moist'.
4. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya 

Bahan D-1(Nasi)
* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
Bahan D-2
6 pot beras (anggaran 800 gram)
10 pot air
1/2 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Cara Memasak Nasi
1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
2. Dalam 'rice cooker', masukkan minyak ayam dan tumis bahan  D-1 sehingga bawang putih 'betul-betul garing'.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.


Bahan E (Sambal Cili)
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar gula putih
jus air limau kasturi dari 3 biji
sedikit garam
Cara Menyediakan Sambal Cili
1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Bahan F (Kicap)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Kicap manis 'Kipas Udang'
lebihan dari bahan perapan ayam (C)
sedikit minyak dari gorengan ayam
Cara Menyediakan Kicap
1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih

Bahan G
Timun
Tomato biji
Daun Salat

Tuesday, 15 December 2015

Cheese Naan


Cheese Naan
Rata-rata orang kita dah senonim dengan masakan mamak atau india muslim,restoran Syed,Habib,Osman dan macam-macam nama lagilah memang famous di sekitar johor baharu..biasa kalau nak bersembang dengan kawan..atau dah lama tak jumpa kawan-kawan tempat lepak yang paling popular mesti restoran mamak kan..


Tapi bukan semua orang minat makan di restoran mamak..ada sesetengahnya lebih gemar di fastfood atau sekarang ni yang paling famous di johor bahru Kilang Bateri..sesiapa yang tak pernah sampai terutamanya orang jb pergilah ronda-ronda..



Hari ini zila nak kongsikan resepi naan cheese..biasanya beli yang frozen dikedai jew kalau teringin roti naan..tapi kali ini rajin sikit nak buat sendiri..lagipun kalau roti-roti macamni memang kegemaran suami..cuma zila agak malas sikit nak buat dirumah..
bila cuti sekolah buat makanan apa jew mesti habis..laju jew.
Resepi Naan zila ambil dari rakan fb tahrunnisa,nampak sedap betul pic yang dikongsikannya rasa tak sabar nak buat.
Nak letak cheese banyak-banyak pun boleh ikutlah suairasa masing-masing..zila letak tak berapa banyak..sebab takut muak makan cheese banyak-banyak..kalau nak buat naan kosong pun boleh,naan butter atau garlic naan..ikutlah selera masing-masing ye....sedap sangat makan panas-panas..


Resepi Roti Naan Cheese
Tahrunnisa Jali

Bahan-bahan
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt - natural
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
cheese mozarella yang diparut

Caranya membuatnya

  • Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi diatas bakinya nanti masukkan dalam tepung, dan sedikit saja air suam.kacau biarkan selama 5 minit. *jika yis aktif campuran tersebut akan mengembang.
  • Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung,aduk sebati,kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan.uli sehingga adunan licin 10-15 minit.
  • Biarkan adunan naik sekali ganda - tutup adunan dengan kain lembap dalam 45minit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c atau kawasan yang agak2 panas untuk mempercepatkan proses kenaikan doh)
  • Bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung..Bulatkan sehingga habis.rehatkan adunan seketika dalam 10 minit tutup dengan kain.
  • Ambil sebiji adunan guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan cheese mozarella parut ditengah-tengah doh dan tutup semula (mcm buat pau)
  • Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan-lahan  supaya cheese tak terkeluar.
  • Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak, Api jgn kuat sederhana sahaja atau perlahan.
  • Letak roti tadi atas non stick pan,tutup sekejap ngan penutup dan balik-balikkan roti tadi,bila ia menggelembung leperkan ia.
  • Siap angkat..boleh dihidang dengan kari pekat, atau keema daging, chicken tandoori dan timun yogurt.


** Jika yogurt takde tak mengapa abaikan...tak isi takpe takdosa...cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye..
** susu segar tu jgn curah sampai habis nanti terlembik pula..masukkan sedikit demi sedikit ..adunan ni tak keras dan tak lembik ..ertikata lain tak lekat ditangan.



Saturday, 12 December 2015

Pandan gula melaka cupcake


Minggu ini zila agak kurang sihat sikit..dah seminggu selsema macam tak baik-baik pulak..asik sok sekkk sok sekk ..ketat rasa lubang hidung nak bernafas..


nak berjalan kemana pun agak malas..tunggu sihat betul baru plan nak bawak budak-budak berjalan dekat sini-sini jewlah..lagipun barang sekolah belum berbeli lagi..kena jimat sikit duit..




Bila first time buat kek pandan guna resepi ni..alahai memang sedap..tapi sukatan gula dari resepi asal memang sangat manis bagi citarasa zilalah..tapi kalau yang suka manis boleh lebihkan.
bila bakar cupcake nie harum satu rumah bau pandan..ermmm..zila tak tambahkan pewarna dalam adunan kek nie..mengekalkan warna asal pati pandan..cantik hijau-hijau kuning..

Resepi ini hanya dapat beberapa biji kek sahaja..kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak kena gandakan sukatan resepi dibawah.bagi zila yang menjadikan kek nie lagi sedap sebab adanya gula melaka diatas tu..buttercream zila ikut resepi kak ita,guna italian buttercream..rasanya sedap dan kurang manis..dan senang diolah.
Resepi kek pulak zila guna resepi bitter sweet spicy...


Untuk gula melaka renjisan atas kek zila gantikan dengan gula melaka pekat segera,stock dirumah banyak..sebab zila selalu guna gula melaka ni untuk buat 3 layer tea..lagipun gulanya pekat tak cair.


Pandan Cup Cake
Resepi Oleh : Bitter Sweet Spicy

200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan

Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
Setelah masak, sejukkan atas redai


Gula Melaka Italian Meringue Buttercream

50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )

  1. Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
  2. Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat.
  3. Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarklan sekejap ia pekat.
  4. Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
  5. Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali ( ingat !! bukan mesin pemutar ya, hanya mangkuk dan alat pemutar sahaja )
  6. Bila dah betul-  betul sejuk ( sejukkan 1 ~ 2 jam ) keluarkan
  7. Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan  butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
  8. Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi.

Wednesday, 2 December 2015

Tq-Saji dec 2015







Hello december...
Kali ini mood rajin dah sampai untuk update blog  laju sikit..dah berderet gambar masakan difolder yang terperap..uisshh 

Masakkan dulu-dulu..tajuk Saji bulan desember kali ini..alhamdulillah zila diberi peluang untuk serta mengisi  ruangan dalam keluaran kali ini..terima kasih Saji mag banyak kali memberi peluang masakan zila mewarnai terbitan beliau.
zila lampirkan disini juga sebagai tanda kenang-kenangan untuk blog zila..jom dapatkan saji dic sekarang simpan sebagai koleksi..dan terokai masakkan orang dulu-dulu yang menyelerakan.


Monday, 30 November 2015

Gai Hor Bai Toey



Bersua lagi..
mood cuti sekolah..bila anak-anak duduk dirumah tak pergi kemana-mana kita sebagai ibu memang tak kering tangan..lagi-lagi anak lelaki yang sedang meningkat remaja..kuantiti makanannya pun bertambah seiring dengan perkembagannya.

Bila kita masak sesuatu hidangan lepastu diorang makan dengan berselera..memang seronok rasanya kita nak menghidangkan makanan yang berbeza stiap hari kan.tapi kita sendiri pun dah pening apa hidangan yang kita nak sajikan setiap hari..asik ayam jew kan..bosan..tapi biasalah budak-budak memang suka ayam..suami zila pun suka ayam dari ikan..tapi zila lebih suka ikan dari ayam..ialah selera masing-masing..


Biasanya bila cuti sekolah destinasi pertama mesti balik kampung..jumpa nenek,atok dan sepupu-sepupu..kalau tak balik kampung rasa tak lengkap..start cuti sekolah haritu zila bawa anak-anak balik kampung rumah emak.
biasanya kalau sampai kampung  suka merayap tepi-tepi rumah ..mencari daun pisang,serai,daun kunyit,buah pisang dan daun pandan..biasanya keliling rumah mak mesti ada.tengok daun pandan hidup subur kat kampung so zila ambil lebih sikit ..cadang nak buat kek pandan gula melaka dan ayam pandan ni..


Gai hor bai toey - atau ayam bungkus daun pandan memang terkenal di thailand..dan dah menular kenegara kita dari dulu lagi ..sesuai dihidangkan bersama sos cili thai.tak payah makan dengan nasi..makan ayam macamtu pun dah sedap.
Banyak resepi masakkan thai yang zila dah cuba..semuanya memang kena dengan tekak kami sekeluarga.dari resepi asal kita boleh olah bahan-bahan mengikut selera masing-masing.kalau ikutkan rasa sebenar kepedasan ayam pandan thai ni hanya menggunakan serbuk lada hitam..tapi bagi tekak kita orang melayu yang lebih sukakan pedas boleh tambah serbuk cili atau cili flakes.kalau nak buat ayam stail berempah pun boleh letak jintan ketumbar,serai kunyit,halia..terpulanglah pada selera kita.


gambar dari google


Gai Hor Bai Toey
Deep Fried Chicken Wrapped in Pandanus Leaves

150 grams skinless chicken fillet cut into 8 to 9 pieces
¼ teaspoon pepper
1 teaspoon coriander roots, cleaned and chopped
1 teaspoon garlic clove, finely chopped
1 teaspoon dark sweet soy sauce
1 teaspoon oyster sauce
1 teaspoon sesame oil
1 teaspoon honey
1 teaspoon chili flakes
8 to 9 pandanus leaves, cleaned (for wrapping)
Vegetable oil for deep-fry

  1. Pound pepper, coriander roots and garlic clove in motar
  2. In a bowl, marinate all ingredients with chicken and leave for 20 minutes
  3. Wrap marinated chicken in the pandanus leaves
  4. Deep fry wrapped chicken in hot oil with medium heat until the chicken is fully cooked. Remove and drain
  5. Serve 

Wednesday, 18 November 2015

Brownies Kedut


Minggu ini masing-masing masih sebuk bercerita tentang serangan di paris..ialah benda kalau nak berlaku memang secara tiba-tiba,dalam kita berjaga-jaga pun kadangkala terlepas pandang.
macam cerita hendphone zila jugaklah ..he hee selalu memang jaga kalau muhammad buat main..biasanya dia akan angkat dan tekan-tekan jew..tapi kali ini jatuh dan habis retak skrin..ermmm memang kena beli baru..he hee..kalau fikir balik bagus jugaklah jatuh ada alasan kukuh nak beli yang baru..



oklah cerita brownies pulak.
bila sana sini masing-masing buat brownies kedut tak best kiranya kita pun tak ikut serta kan..lagipun kalau brownies anak zila memang suka.Biasanya zila suka tambah snickers,coklat chip atau kit kat.lagilah laju anak sulung tu makan.Dah dua kali buat sebenarnya dari bulan ogos haritu dan sekali lagi buat padan bulan oktober buat makan-makan dalam kereta semasa perjalanan kami ke kedah tempohari.

sebenarnya ada dua resepi brownese kedut yang zila dah cuba,setelah membuat perbandingan zila lebih suka resepi yang dikongsi oleh rakan fb tahrunnisah.kena dengan citarasa zila.Kedutnya pun alhamdulillah menjadi.zila panjangkan lagi resepinya disini.

Dari pembacaan zila mengenai brownies ni jangan dipukul terlalu lama.setakat kacau asal sebati sahaja.kalau nak brownies yang sedap kenalah menggunakan coklat yang berkualiti baru hasilnya sedap.selamat mencuba.


Brownies kedut 
olahan : zila

Bahan-bahan
250 gram dark coklat - beryls dark compound
120 gram butter
140 gram tepung gandum/all purpose flour
30 gram coco powder
1 tsp baking powder
3 biji telur A saiz
230 gram brown sugar 
1 tsp esen vanilla
secubit garam
1 sudu kecil cofee emilco - jika suka

Cara membuatnya

  1. Panaskan oven 170c selama 15 minit,gliss permukaan loyang 10x10 dengan sedikit butter serta letakkan baking paper.Ketepikan.
  2. Cincang kecil dark coklat dengah kaedah double boiler,setelah cair masukkan butter kacau sehingga larut,matikan api.Sejukkan
  3. Ayak tepung dan baking powder,dalam bekas lain pecahkan telur dan masukkan beown sugar,essen vanilla dan coffee emulco,kacau sebati guna whisk dalam 2 hingga 3 minit.
  4. Tuang adunan coklat kedalam adunan telur kacau rata.Masukkan tepung sedikit demi sedikit kaub balik sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang ratakan permukaan adunan.Bakar pada suhi 170c selama 40 minit api atas dan bawah.Hingga masak jangan terlalu lama nanti brownies akan kering.
  6. Setelah masak buka pintu oven sedikit biarkan brownies dalam 10 hingga 15 minit dalam oven.potong brownies ketika masih panas.

Wednesday, 11 November 2015

Baked potato with cheese


Hai bersua lagi..
Mood cuti sekolah dah nak tiba..anak-anakpun dah mula pulangkan buku sekolah kan dah dapat pun buku baru untuk persekolahan tahun hadapan.
Minggu ini anak zila tak sekolah..cuti sempena pelajar SPM menduduki peperiksaan besar.Jadinya seminggu dapat rehat dari ulang alik menghatar dia kesekolah.



Hari ini nak kongsi resepi baked potatoes yang simple,resepi yang mudah sangat masing-masing pun boleh buat sendiri dirumah,biasanya bila pening nak buat sarapan buat jewlah kentang macamni..makan setengah biji pun dan kenyang anak-anak pun suka..

Untuk telur seeloknya guna telur yang bersaiz kecil gred c baru nampak cantik telur tu dipermukaan kentang,sebab haritu zila tak ada stok telur kecil zila guna yang gred A ..jadinya tak berapa cantiklah..tapi rasanya tetap sama je.. bagi yang gemar telur separuh masak bakar sekejap jew..kalau yang tak suka boleh panjangkan sedikit waktu pembakaran..oklah resepi dibawah pada sesiapa yang nak mencuba ye.sampai disini dulu untuk hari ini..




Baked potato with cheese

2 biji kentang besar - cuci bersih dan cucuk sedikit di sekeliling dengan garpu,kemudian bakar sehingga kentang masak dan lembut - 200c selama 40 minit atau sehingga lembut.
1 biji bawang holland - didadu halus
3 ulas bawang putih - didadu halus
100 gram cheese mozzarella - diparut
Daun ketumbar -secukupnya
4 biji telur gred c
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
Garam - secukupnya

Cara membuatnya

  1. Keluarkan kentang dari oven dan keluarkan isinya ditengahnya,kemudian lenyekkan- tinggalkan sedikit isi di bahagian tepi kentang untuk dijadikan bekas kentang.
  2. Panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan kentang lenyek dan cheese mpzzarella,kacau rata.tambahkan serbuk lada hitam,serbuk lada putih dan garam.matikan api.
  4. Susunkan bekas kentang di dulang pembakar alas kertas minyak.masukkan isi kentang kedalam bekas kentang semula.lekukkan sedikit dibahagian tengah  taburkan daun ketumbar dan pecahkan telur diatas permukaan kentang,buat sehingga habis.
  5. Bakar dalam 10 minit atau sehingga telur masak.angkat dan hidangkan.


Tuesday, 3 November 2015

Roasted Chicken


Buat semua calon SPM 2015 dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.
Pesanan untuk anda 
1 Jaga kesihatan anda
2 Jaga makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
3 Jangan mudah putus asa
4 Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan  sebagainya.
5 Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
6 Mohon maaf  dan  restu daripada kedua ibu bapa dan guru  sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan
7 Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan  semasa di dewan peperiksaan
8 Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang.
9 Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik. Amin


 
Bersua lagi..
Thyme dan Rosemarry dua herba popular dalam masakan.. timur tengah spanyol,portugis prancis, syria ..Turki dan juga negara lain.ianya merupakan bahan asas dalam masakan.
dimalaysia pun ramai yang mengemarinya..ada dijual kering dan segar.kalau nak cari yang segar banyak dipasaraya besar..



Variasi ayam bakar yang zila buat ..banyak kali kan..he heee tulah gambar banyak terperap dalam folder dah lupa kadang-kadang nak update..tapi yang pastinya kami sekeluarga memang peminat tegar ayam roasted.
Banyak versi sebernarnya roasted zila ni..kadang-kadang zila tambahkan paprika,kadang-kadang tambahkan jintan.tapi resepi asasnya seperti dibawah.resepi sama yang zila pernah kongsikan di blog ini pada 2012 tak silap disini


Selain dari carrot dan kentang tambahkan jagung pun boleh..ikutlah kesusaian masing-masing.kadang-kadang selera orang berbeza-beza kan.biasanya zila masak nasi berperisa tambahkan kismis banyak-banyak.. salad timun dan tomato serta sambal sikit.baru best nak makan.


Roasted Chicken

1/2 ekor ayam 
5 ulas bawang putih - digoreng dengan minyak olive kemudian ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 1/2 sudu besar rosemary kering 
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar madu 
3 sudu besar gula perang 
1 kiub ayam 
1 biji lemon - hiris bulat
1 biji orange - hiris bulat
4 sudu besar olive oil 
Daun rosemarry segar dan daun thyme segar- secukupnya
Baby carrot dan kentang - direbus separuh masak

Cara membuatnya

  1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 
  2. Campurkan semua bahan,kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
  3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada kentang dan karot dan kemudian susun bersama ayam.Susun lemon dan daun rosemary dan thyme..Perap dalam 1 atau dua jam.
  4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau hingga masak. 





Thursday, 8 October 2015

Jagung bakar


Jagung merupakan salah satu sumber karbohidrat yang boleh menjadi makanan alternatif pengganti beras. Jagung termasuk salah satu jenis makanan yang mudah dikenali dari bentuk fizikalnya iaitu biji yang bewarna kuning dan berderet memanjang mengelilingi tongkolnya. Jagung bakar dan jagung rebus merupakan dua cara menjadikan jagung sangat nikmat untuk dimakan. Namun, disamping rasanya yang enak dan nikmat, jagung menyimpan pelbagai manfaat tersembunyi bagi kesihatan tubuh anda. 



Berikut ini 7 manfaat jagung bagi kesihatan tubuh anda:

Meningkatkan Kesihatan Organ pencernaan. 
Kandungan serat yang cukup tinggi dalam jagung dapat membantu proses pencernaan makanan lebih lancar. Oleh kerana itulah, pelbagai masalah atau gangguan pencernaan seperti susah buang air besar tidak akan menyiksa anda lagi.

Mengukuhkan Tulang Pada Tubuh Anda. 
Jagung ternyata mengandungi nutrisi seperti magnesium, besi, tembaga serta fosforus. Pelbagai nutrisi itulah yang dapat menutrisi tulang agar lebih kuat dan tidak mudah rapuh.

Menjadikan Kulit Lebih Awet Muda.
Antioksida yang melimpah dalam jagung dapat membantu menutrisi seluruh jaringan kulit di tubuh anda. Jadi, bagi siapapun yang berniat tampil fresh dan kelihatan lebih muda dari usia yang sebenarnya, jagung boleh menjadi salah satu kuncinya.

Menangkis Gejala Kurang Darah Atau Anemia.
Kepala pusing merupakan salah satu petunjuk bahawa seseorang terkena anemia. Jagung mempunyai kandungan vitamin B serta asam folat yang berfungsi mencegah anemia yang cukup berkesan.

Meningkatkan Kesihatan Organ Jantung anda. 
Jagung menyimpan nutrisi seperti vitamin C, karotenoid serta bioflavonoid yang berperanan dalam mengawal kadar kolesterol didalam darah serta meningkatkan peredaran darah dalam tubuh anda.

Menyihatkan Organ Penglihatan anda. 
Jagung mengandungi sumber beta karotena yang mana merupakan pembentuk vitamin A didalam tubuh anda. Jadi, konsumsilah jagung dengan batas yang normal untuk membantu mencukupi nutrisi yang diperlukan oleh organ mata anda.

Pencegah Diabetes Yang Cukup Berkesan. 
Kandungan fitokimia yang terdapat dalam biji jagung akan mengatur penyerapan serta pelepasan hormon insulin didalam tubuh anda. Inilah yang menobatkan jagung sebagai salah satu makananan yang berkhasiat tinggi untuk mencukupi keperluan nutrisi pada tubuh semua orang.



Bila berjalan dideretan pasar malam ..tak sah rasanya kalau tak membeli jagung bakar atau jagung rebus..menusuk lubang hidung bau mentega yang disapukan pada jagung bakar..ermm sedap..
salah satu makanan kegemaran zila,dulu masa zaman kanak-kanak suka teman emak pungut jagung.kami bukanlah ada kebun berekar-ekar cuma tanah belakang rumah emak tanam beberapa batas jagung,bendi,keledek dan kacang tanah.

seronok dapat memetik sayuran segar,jika ada lebih sayuran tu mak jual keliling rumah..semua tu tinggal kenangan sekarang terasa nak makan apa semuanya mudah,sedikan duit semuanya ada depan mata..

Bila membeli barangan dapur haritu terpandang jagung yang cantik giginya..rapat-rapat..beli beberapa ketul sebab teragak sangat nak makan jagung bakar.resepinya mudah sahaja,celurkan jagung seketika didalam air panas,angkat dan toskan,kemudian bakar jagung sehingga masak..zila suka makan yang kurang masak..rasa ranggup sikit.
sapu jagung dengan mentega,sapu dikeseluruhan jagung,taburkan serbuk cili dan sedikit garam,tabur rata..kemudian taburkan daun ketumbar yang telah dihiris halus.sedia dinikmati..
makan panas-panas baru sedap..


Monday, 28 September 2015

Granola bar


Dah sarapan?
Granola merupakan hidangan sarapan yang mudah disediakan.boleh dipanggil juga sebagai snack food bila-bila masa nak makan pun boleh,sebab ianya mengenyangkan.

Hidangan popular di barat merupakan campuran oat,buah-buahan kering,kekacang,coklat chip,badam dan madu,biasanya dihidangkan dalam bentuk bar atau lerai.


Lebihan dari oat buat biskut raya masih banyak sayang pulak dari terbiar macamtu,rajinkan diri sikit buat kudapan untuk anak dan suami.
proses penyediaan yang amat mudah.apa-apa kekacang yang ada di rumah tambahkan jew lah..zila tambahkan biji kuaci dan watermelon seed sebab masih banyak berbaki dirumah.


Bila adunan dah siap kalau malas nak bakar masuk dalam peti ais selama dua jam.tutup dengan aluminum foil.lepas dua jam keluarkan dan potong menjadi bar.bagi bukan pengemar oat boleh kurangkan kuantiti dan tambahkan dengan bubble rice atau pun corn flakes,tapi letak badam banyak banyak lagi sedap..



GRANOLA BAR

Bahan -bahan
1/2 cawan badam - dicincang kasar
2 1/2 cawan oat kasar
1/3 cawan madu
35 gram mentega
1/4 cawan gula perang
1/2 cawan cranberry kering
1/4 cawan coklat chip
sedikit esen vanilla
sedikit garam

Cara-caranya

  1. Sediakan loyang 4 segi  alas dengan aluminium foil dan sapukan majerin disekelilingnya.
  2. Satukan badam cincang dan oat kasar,bakar dalam lima minit suhu 180c.Angkat dan kacau,kemudian bakar lagi sehingga badam dan oat sedikit garing.
  3. Dalam bekas lain satukan butter dan madu,panaskan dan kacau sehingga cair dan likat.Masukkan gula perang dan kacau lagi sehingga likat.
  4. Campurkan adunan gula kedalam campuran oat dan badam,kacau rata.Tambahkan cranberries kering dan coklat chip.boleh tukar kepada biji kuaci atau buah-buahan kering yang digemari.
  5. Tuang kedalam loyang dan ratakan,basahkan tangan dengan sedikit air dan tekan supaya mampat.
  6. Tutup loyang dengan aluminum foil dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  7. Jika suka boleh bakar dalam 10 minit.
  8. Keluarkan dan potong bentuk bar.


Wednesday, 23 September 2015

vietnamese spring roll


'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang'  atau rice paper iaitu hidangan tradisional rakyat vietnam,yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari.

Pada 2011 vietnam spring roll menduduki tangga ke 30 dari 50 jenis masakkan paling sedap didunia.ia juga merupakan hidangan appetizer yang paling popular di restoran vietnam.


Biasanya ia dihidangkan bersama vietnam dipping sauce atau sos cair,tapi zila lebih suka makan bersama sos cili thai.. tambah kan sedikit air suam biar sedikit cair.

Isian dalamnya terpulanglah pada citarasa masing-masing..kadang-kadang zila tambahkan mangga  kacang tanah kasar dan carrot..bolehlah cuba sedap jugak .cara nak gulung pun mudah  cuma celupkan seketika dalam air ratakan semua permukaan rice paper biar semua terkena air..susun sayuran dan gulung.jangan risau sebab rice paper ni senang diolah.



Ada yang bertanya dimana zila dapatkan rice paper ni..biasanya ada dijual di tesco atau giant.mana-mana pasaraya pun ada sebenarnya sebab dah ramai yang suka buat spring roll nie..kalau yang duduk area jb kat pasaraya maslee pun ada ..cari dibahagian mee kering..pasti jumpa.

Dah beberapa hari pos pic vietnamese spring roll di instagram tapi malas betul nak menaip resepi disini..hari ini baru sempat share disni..semoga bermunafaat untuk semua..


Vietnamese spring roll

Bahan-bahan
Beberapa keping kulit rice paper
Udang segar - dicelur dan dibelah dua
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina - secukupnya
Timun - dihiris memanjang
Daun Ketumbar - secukupnya
Daun Bawang - secukupnya
Suh hoon - dicelur dan toskan

Caranya
  1. Ambil sekeping rice paper celupkan seketika didalam air,balik balikkan supaya semua permukaan lembut.
  2. Kemudian angkat susun sayur-sayuran,lipat kiri dan kanan dan gulung sedikit,susunkan udang dan gulung sedikit lagi ,letak daun bawang biarkan sedikit terkeluar dan terus gulung sehingga habis.
  3. Sedia dihidang bersama sos pilihan.

Vietnamese Dipping sauce 'nuoc cham'
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau
2 sudu makan cuka 
lada cili kecil merah - secukupnya 1 atau 2 batang
daun bawang - hiris halus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang