Pages

Monday, 14 November 2022

Onde-onde pati pandan...


 

 

Aritu  balik kampung..tengok tepi rumah emak pokok daun pandan hidup subur..membiak banyak..tolong mak tebas sikit pokok daun pandan tu..kalau dah membiak sangat risau termasuk sempadan tanah jiran sebelah pulak..
dari dibuang macamtu je sayang pulak..lagipun daun dia segar,hijau cantik jew..kalau nak buat kuih lain kerajinan tu macam menjunam sikit..jadinya buatlah onde onde..kuih senang..kata orang pejam mata pun dah jadi..
Nak buat pati pandan tu bukanlah susah mana..blender jew daun pandan dengan air..pastu simpan dalam peti ais..tengok kalau dah mendap..dalam 3 hari macamtu..buang air dia..ambik mendapan pati pandan tu jew.gunalah buat kuih muih..


Onde - onde 
Bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Pati daun pandan
1 ketul gula melaka - racik/dadu

kelapa parut secukupnya - guna bahagian putih
sedikit garam
Daun pandan

Caranya
1.Campurkan semua bahan,uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
2.Rebuskan air dalam periuk.. jika suka boleh tambah daun pandan.pada air rebusan.
3.Racik atau potong kecil gula melaka.
4.Ambil sedikit doh leperkan dan masukkan sedikit gula melaka.
5.Tutup doh dan bulatkan.
6.Masukkan kedalam air yg mendidih.Biarkan onde-onde hingga timbul dipermukaan baru boleh angkat. 
7.Lumur dengan kelapa yg dah dicampur dengan sedikit garam.
Sedia dihidang

Wednesday, 2 November 2022

Kek Minyak red velvet ..gebu sangat..






Pagi..
Lama rasanya meyepi..hihii..
tup tup..dah bulan sebelas..dah nak hujung tahun..cepatnya rasa..
entah apa yang disibukkan..
cuaca nampak cerah sikit harini..semalam walaupun tak hujan tapi matahari malu nak kluar..sekejap lagi nak pergi kedai mencari lauk..entah nak masak apa untuk diorang nanti..rasa buntu pulak bila fikir bab masak ni..

Ok rini nak share kek minyak gebu kat sini..
suka buat kek yang guna minyak macamni..senang tak payah guna butter  bagai..godeh-godeh dah siap..lepas keluar dari oven terus potong .makan masih panas memang sedap..kalau dah sejuk macam kurang sikit minat nak makan..
Malas nak guna loyang bulat..sebab loyang dah simpan dalam store...nak membongkar mencari memang malas..guna jew loyang roti macamtu..ikutkan adunan ni guna loyang 8 inci bulat..baru cantik..tapi bila guna loyang ni jadi elok jugak..

Kek ni memang gebu ..lembut jew..kalau nak buat time buat gathering family atau friend memang ngam sangat..sebab senang..
ok yang nak cuba resepi kat bawah ea..



 'KEK MINYAK' Red Velvet
5 biji telur 
1/2 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder 
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
1 sudu teh esen vanila 
1 sdt red velvet emulco

Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan

Dalam mesin pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.

Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati

Masukkan minyak masak  sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 

Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak..Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata.Bahagikan adunan kepada 2 bekas.

Letakkan red velvet emulco pada satu bahagian.Gaul rata,Sediakan loyang bersesuaian.

Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.'Tuangkan adunan berselang seli secara lingkaran hingga habis

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal.Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing.Bakar selama 45 minit ~ 60 minit

Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna

Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai.Potong kek setelah sejuk sepenuhnya

Thursday, 8 September 2022

Teluk Nipah Pulau Pangkor

Pantai Teluk Nipah..
sampai disini dalam pukul 2 lebih tak silap..ada pantai yang cantik jugak di pulau pangkor ni  rupanya..tapi kami taklah merayap hingga kegigi air...disebabkan panas sangat cuaca ketika tu..jadinya kami hanya pusing di deretan kedai yang menjual pelbagai makanan dan cenderahati ..

Sesiap yang berminat dengan permainan laut ada juga disediakan disini..snockling pun ada..rasanya bertahun tak pergi snockling..terakhir bersnockling di pualu tioman ..



Tak banyak gambar makanan tersnap disini..sebab sibuk buat video..agak lupa nak ambik gambar makanan..



Ada buaian jugak disini..boleh rehat sambil mengadap laut...disebabkan saya membesar berhampiran dengan laut..rasa bila tengok laut ni macam biasa jew..tak berapa xcited sangat..

Inilah deretan kedai jualan di tepi pantai teluk nipah..tak ada apa yang kami beli..cuma lalu dan cuci mata jew..barang cenderahati lebih kurang sama je di setiap kedai..baju dan permainan untuk menarik minat kanak-kanak memang banyak disini..




Nasi Ayam disini warna dia pinky ..
sebab dah lapar masing-masing memesan nasi ayam..yang lambat sangat baru dapat..ermm

Jalan berdua dengan Muhammad..ada jew mainan yang dia nak..













 Menarik jugak Teluk Nipah ni..kalau stay semalam dua disini memang seronok..boleh budak2 nie main pantai..

Tuesday, 2 August 2022

Raya Kami 2019



Jumpa lagi..
dah nak sebulan ditinggalkan blog nie.almaklumlah bulan puasa sibuk uruskan mana yang penting dulu...menu berbuka main cilup baa jew post ..
oklah kita cerita syawal pulak..hari raya pertama kami anak beranak..tahun ni iqbal dah choose colour purple..dia dari awal puasa dah beli baju melayu online dari butik mana pun taktaulah..bila dia call cakap ibu iqbal dah beli baju colour purple..jadi kami pun ikut jewlah colour purple ..katanya raya ikut tema..
Biasanya en suami memang tak suka ikut tema..tahun ni dia cakap tak nak beli baju melayu..ermm ,,saya nie jenis tak berapa nak kesah sangat kalau bab tema warna ..ikutkan dah beberapa tahun baju raya kami memang tak sedondon pun.

Gambar hari raya pertama..
suami pakai kemeja purple baju hadiah harijadi dari emak aritu..kebetulan colour purple gelap..saya suruh je dia pakai.
Iqbal yang dah tinggi..emak dah kena caras nampaknya..
dan muhammad yang sibuk asik nak bukak baju jew..panas katanya..tak menyempat nak ambik gambar banyak sikit..ada jew masalah ..

Pagi raya masih dirumah sendiri..
lepas sembahyang raya baru gerak ..pergi kerumah akak dulu di kulai..lepas zuhor baru gerak balik ke kampung.



Raya rumah jiran sekeliling rumah emak.
masa kecik puas ronda jalan ni.kenangan terindah sangat..bila usia dah meningakat semua tu jadi kenangan jewlah..bila tengok jiran emak yang semakin dimamah usia terfikir jugaklah esok kita akan jadi macamtu jugak..oklah sampai disini dulu.
Sempena syawal yang mulia ini saya dan keluarga ingin memohon maaf zahir dan batin..jika ada salah dan silap serta terlanjur kata dan bicara..
dan selamat hari raya semua.

Sesi persekolan bersemuka 2021

Yang ini pic hari kedua,hari selasa kalau dinegeri johor kena pakai baju karektor Johor ,semua murid hari selasa dari cikgu hingga ke pelajar sek rendah dan menengah semua baju sama.

Bermulanya sesi persekolahan bersemuka untuk tahun 2021.
Bermakna PdPR dah berakhir untuk sesi kali ini,lembaran kerja semasa PdPR kedua 28 feb baru Muhammad siapkan sepenuhnya dan 1 mac saya selitkan lembaran kerja tu dalam beg muhammad,kalau cikgu nak kutip suruh dia bagi je.ikutkan tarikh pemulangan pada pertengahan mac nanti,dan bila semua dirombak balik jadi semuanya bertukar.

Bergambar depan pagar sekolah,dua kamera diorang nak kena fokus..ha haa emak masing-masing nak snap gambar .

Kenangan hari pertama persekolahan,Guru besar dan guru bertugas bersedia di hadapan pintu gate untuk menyambut murid tahun 1 dan tahun 2,kalau tahun lepas murid yang pertama hadir kesekolah dapat hamper,tapi tahun ni tak diumumkan lagi.
Persekolahan untuk hari pertama Muhammad kena pakai baju PJ,jadual dah diedarkan siap pada hari sabtu so senang ,cikgu suruh ikut jew pakai baju PJ.Selamat emak tak payah gosok baju uniform sekolah.
Seperti biasa bekal Muhammad hanya biskut,itu jew yang dia suka,cikgu kelas ada jugak open order untuk seminggu menu untuk pelajar tapi semua Muhammad tak nak..ermm memang dari tadika sampai darjah dua biskut,roti ..kadang donut tu jewlah isi bekal dia.
1 mac sebelah pagi kena pergi ke sek agama jugak untuk sesi pembayan yuran dan ambil kitab darjah dua ,tahun ini untuk darjah dua semua kitab baru.
    Ada 10 kitab baru  termasuk kitab kesultanan islam Johor.Dalam dia menceritakan sejarah awal pentadbiran negeri Johor.
Gambar hari pertama bersiap nak pergi sekolah,
untuk tahun 2 dan tahun satu sesi persekolahan pukul 1:00 hingga 5:50 maka pukul 12.30 dah nak kena keluar,kena meredah jem depan sekolah..
Seperti biasa sebelum masuk cek dulu suhu dan sanitiz tangan.
 
Ini suasana masa nak balik.Tahun satu masih lagi dalam proses pengenalan dan prosedur masa balik.jadi masih tak tahu arah mana nak nak pergi mencari bus atau family yang datang menjemput.maka bersesaklah di depan pagar sekolah ditambah lagi dengan hujan yang tak berapa lebat.
Masih ramai yang menunggu ibu bapa datang menjemput.
Hari ke tiga sesi persekolahan.Bag Muhammad berat betul,bising dia suruh belikan bag yang ada roda..ermm 
Last gambar hari ketiga pakai baju 1 murid 1 sukan,ok habis dah cerita buat kenangan sesi persekolan di tahun 2021.



Thursday, 21 July 2022

Meyusuri Masjid Cina Pulau Pangkor - Masjid Al Khairiah


Jika bercuti ke Pulau Pangkor jangan lupa singgah kesini..rasai sendiri keunikan masjid yang tersergam indah ni.
"Masjid Al-Khairiah merupakan sebuah masjid yang terletak di Sungai Pinang Kecil, 32300 Pulau Pangkor, Perak .
Kariah masjid ini termasuk penduduk dari kampung-kampung berdekatan seperti Sungai Pinang Besar, Sungai Pinang Kecil, Teluk Dalam dan Teluk Nipah.

Kedudukan masjid yang dikelilingi oleh majoriti masyarakat berbangsa Cina membuatkan idea reka bentuk dan hiasan dalamannya menjurus kepada motif oriental.

Pintu dia juga penuh berseni..mata akan terpukau bila melangkah masuk kedalam masjd ini..

Hamparan permaidani dia juga begitu megagumkan..warna terang merah simbul utama masyarakat cina.

Deretan tabung masjid dia..juga mengekalkan warna merah..tabung besar atas tu terletak di tengah penjuru masjid,.manakala yang kotak kecil tu tabung bergerak bila hari jumaat.



Keunikan masjid ini diserlahkan lagi pola motif tumbuhan, geometri daripada Negeri Perak Darul Ridzuan serta seni khat Nasakh, Thuluth, Kufi Fatimi dan Kufi Mushafi.

Keseluruhan kaligrafi di masjid ini berkisarkan himpunan doa yang diperoleh daripada ayat Al-Quran, hadith Nabi Muhammad SAW dan juga doa yang dikumpulkan daripada Ulama' Muktabar.

Sempat lagi Muhammad baring hilangkan penat meronda

Lampu dan mimbar masjid ni pun unik ..patutlah masjid ini menjadi salah satu tarikan buat pelancong kerana keunikannya dalamannya dan ia menjadi tempat yang wajib untuk dilawati



Dibelakang masjid ini terdapat sebuah perigi..kata penjaga masjid tu perigi ni dah lebih dari 100 tahun..dalam perigi ni..tapi diorang dah pasang pam..so kalau nak guna tinggal bukak jew paip tu.



Airnya sejuk ..jernih dan bersih..sempat jugaklah basuh muka dan ambik wuduk guna air perigi ni..last bergambar kenangan di perigi ni..



Pemandangan disebelar luar masjid ni,kalau nak menuju ke balik ke jeti masjid ni berada di sebelah kiri tak silap.tempat dia agak sibuk sikit..dari pagar luar tu dah deretan kedai ..tak sama macam masjid cina di Melaka..tempatnya jauh kedalam sikit..dan kiri kanan pun masih banyak tumbuhan hijau.



















 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang