Pages

Monday, 23 June 2014

Tempahan kuih-kuih raya kini dibuka

Tart Nenas -jualan paling laris..sangat diminati..harus dicuba

Assalammualaikum..
Alhamdulillah bersua lagi di blog kesayangan..
setelah beberapa minggu tertangguh nak show gambar-gambar biskut raya ..akhirnya kesampaian juga pagi ini..jam 4.30 pagi menaip blog..baru lepas siapkan tempahan dari seorang sahabat di kuala lumpur..esok pagi nak pergi pos..



ok bercerita mengenai cookies raya pulak..
untuk tahun ini zila sempat menghadiri kelas cookis raya bersama chef Amir dan Puan Zaidah Ibrahim..
Dua biskut diatas hasil dari resepi chef amir..yang setiap tahun terjual dengan banyaknya..sampai tak boleh sebut berapa banyak sebab dah banyak sangat.. yang paling popular crispy mocha cookies..dan Crunchy Frutty cookies juga sangat sedap..untuk tahun ini zila jual dua jenis biskut dari chef amir ini dulu..empat jenis lagi jual tahun depan pulak..kalau nak jual semua takut tak larat pulak nak buat..
pada sesiapa yang berminat nak oder boleh pm facebook zila,wassup atau wechat di 017-7828172.








6 cookies diatas pula hasil resepi puan zaidah ibrahim..10 resepi telah zila belajar..dan tahun ini nak jual enam dahulu..semua biskut diatas sangat-sangat sedap dan tak mengecewakan..

selain dari senarai biskut diatas..zila juga sedia menerima tempahan swiss roll,kek lapis masam manis,kek buah kukus..
ok sesiapa yang berminat sila infrm zila yer..

Thursday, 12 June 2014

Arjuna beta....


Assalammualaikum
salam sayang semua sahabat zila di luar sana..harap semuanya ok tau..
ermmm nak mula dari mana pun tak taulah..sebab 12/6 aritu dah buat entry ini..tapi malam nie bila nak update blog..tengok entry zila yang last nie hilang...nak cerita balik sama macam yang haritu dah lupa dah..he hee adoiii sapalah yang menggodam blog nie..sampai semuanya hilang..nasib komen-komen semuanya tak hilang..sabar jew lah kan..



tak apalah ..dah berlaku macamnakan..nak salahkan sapa pun tak taulah..
ok lah ..nak share gambar dan cerita baby zila ..muhammad ahmad..
alhamdulillah dah besar dan anak ibu..dah tumbuh gigi 3 batang dibahagian bawah..yang sebelah atas pun dah keluar sikit..tiga batang jugak...



dah berbelas tahun tak ada baby ..mula-mula lepas bersalin rasa kekok..stress pun ada jugak..tapi bila anak dah depan mata pandailah nak jaga..bergilir dengan suami berjaga malam..
lagi dua bulan muhammad dah nak masuk setahun..terasa sekejap masa berlalu..



muhammad nie orangnye mudah tersenyum,pantang disapa tersenyum jew memanjang.bila waktu siang dirumah pengasuh susah sangat nak tidur..dalam sehari adalah tidur dalam satu jam setengah..jika mood baik menjangkau ke dua jam lebih itupun bukan selalu..
bila waktu petang time zila nak amik lepas balik kerja..mulalah dia mengantuk..sampai rumah terus tidur..terjaga hanya untuk menyusu sahaja..kiranya memang dimenufaatkan waktu malam dengan tidur jew lah..


Anak kesayangan baba dia..suami zila nie suka sangat dengan budak..lembut jew orangnya jarang nak marah..kalau dengan muhammad memang didukung jew kemana-mana..zila memang dah tak larat nak dukung..sebab muhammad dah nak 11 kilo..boleh semput ibu..he he hee..



Buat anak kesayangan ibu ..muhammad ahmad moga menjadi anak yang soleh..sentiasa membahagiakn ibubapa..sentiasa diberi kesihatan yang baik..menjadi anak yang cerdik pandai.aminn.

Wednesday, 11 June 2014

oder disepanjang bulan mei




Assalammualaikum
salam syg semua..punyalah payah nak update blog..terhegeh-hegeh rasanya..he heee
bukanya bz sangat,tapi bila dah badan penat mengantuk memanjang..sedar-sedar dah terlelap..


hari ini nak  share serba sedikit oder disepanjang bulan mei ..alhamdulillah rezeki yang Allah beri kepada kami tak pernah putus..
terima kasih buat semua sahabat zila yang sudi mengoder..maafkan segala kekurangan..

beranika swiss roll
Tart nenas gulung dan botok-botok ikan
coklat cupcake..
Tart telur,kek marbe dan tart kelapa
Congo bar yang sentiasa diminati

Sunday, 25 May 2014

dikelas swiss rool- dibuka untuk tempahan


Assalammualaikum
bersua lagi kali ini..alhamdulillah berkesempatan lagi update blog walaupun kadangkala tenggelam timbul..terima kasih follower zila yang tak pernah jemu untuk kesini..sentiasa sudi membaca celoteh zila tanpa jemu..


Berkesempatan lagi zila menghadiri kelas kali ini..tahun ini beberapa kelas masakkan telah zila hadiri..ramai yang tanya best tak?

apa-apa kelas yang kita hadiri semuanya best..yang penting kena minat..bila dah ada dalam kelas zila suka tanya beberapa orang yang turut serta..saja-saja tanya untuk apa mereka attend class masakan..kebanyakkan dari mereka bukanlah focus untuk berniaga..tapi lebih kepada untuk diri sendiri..diorang suka menghidangkan sesuatu masakan yang sempurna untuk family tersayang.


kit kat roll


snickers roll


kinder bueno roll

mars roll

Ok bercerita mengenai kelas..6 jenis resepi swiss roll telah diajar pada hari itu..ditambah lagi dengan 2 resepi percuma.
Ini merupakan kelas kedua zila bersama puan Zaidah Ibrahim.kelas pertama zila belajar buat cookies raya..tak sempat lagi nak buat entry..tunggu beberapa hari lagi nanti zila poskan apa yang zila pelajari dari kelas cookies beliau.


Zip Orange roll

Bounty roll

Berikut antara swiss roll yang tengah meletop sekarang ini .. kit kat roll,snickers roll,mars roll,zip orrange roll,kinder bueno roll dan dua resepi percuma Benji roll dan brownies disamping itu resepi colset butter cream,chochlate ganache dan butter cream juga diberi..


Segala teknik dan rahsia telah puan zaidah kongsikan bersama kami,kalau selama ini banyak yang kami tak tahu sekarang nie bolehlah berjinak-jinak mengambil tempahan.


ramai yang bertanya pada zila sekarang dah start bisness kew?..dah berhenti kerja ea..?he he heee..sebenarnya zila masih lagi berkerja seperti biasa..alhamdulillah buat masa ini masih boleh membahagikan masa diantara bekerja ,mengasuh muhammad  dan mengambil sedikit oder dari kawan-kawan.




Pada sahabat zila diluar sana yang berminat nak oder beranika swiss roll ini dari zila bolehlah wassup/wechat di 017-7828172 penghataran pos juga disediakan. boleh juga pm di facebook zila ..pada sahabat-sahabat zila yang tak pernah jemu mengoder kek,kuih muih dan lain-lain..jutaan terima kasih zila ucapkan..


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi..dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa..dalam kesempitanhidup ada kekuasaan ilmu..
menuntut ilmu itu tiada penghujungnya..


sampai disini dahulu buat kali ini salam sayang semua..:)

Monday, 19 May 2014

selamat hari ibu


Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.

Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai

dan bukan pula orang-orang yang sesat.



Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.

Assalammualaikum
alhamdulillah kita masih diberi kesihatan yang baik.. walaupun dalam kesibukkan tapi zila masih sempat membuat sebiji kek sponge coklat sempena hari ibu yang lepas..
deco yang seringkas mungkin ..untuk emak selamat hari ibu .moga mak diberi kesihatan yang baik..dapat menjalankan ibadah dengan sempurna..aminn



Tuesday, 6 May 2014

tq saji may 2014


Assalammualaikum
salam sejahtera..alhamdulillah jumpa lagi hari ini..semoga semua sahabat zila sihat sejahtera.
hari ini nak berkongsi sedikit kegembiraan bila 10 masakan zila mengisi ruang majalah saji may 2014 yang bertemakan ikan dan sayur.
terima kasih pada ezanawati salim yang sudi mempelawa..lain kali leh jemput akak zila lagi yer..love u so much..

 Tongkol goreng bawang putih
 Tenggiri botok-botok
 Steam lemon bercili
 Ikan bakar portugis berpetai
 Ikan air asam
 Terung Bakar
 Kobis goreng telur masin
 Salad sayur
 Tauge goreng ikan masin

Kailan lada hitam

SAJI merupakan majalah masakan popular yang diterbitkan semenjak 1995.zila merupakan peminat tegar majalah SAJI ketika itu..mesti beli tiap bulan..sebab banyak resepi didalamnya..kini tak sangka dapat menyubangkan masakan sendiri di majalah ini..ameen.

oklah sampai disini dulu untuk kali ini..jumpa lagi nanti...jomm beli SAJI ..memang tak rugi banyak ilmu masakan didalamnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang