Pages

Monday, 19 May 2014

selamat hari ibu


Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.

Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai

dan bukan pula orang-orang yang sesat.



Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.

Assalammualaikum
alhamdulillah kita masih diberi kesihatan yang baik.. walaupun dalam kesibukkan tapi zila masih sempat membuat sebiji kek sponge coklat sempena hari ibu yang lepas..
deco yang seringkas mungkin ..untuk emak selamat hari ibu .moga mak diberi kesihatan yang baik..dapat menjalankan ibadah dengan sempurna..aminn



14 comments:

Ann Ishak said...

selamat hari ibu :)

tun_telani said...

Aminnnn...
Selamat Hari Ibu :)

Kakzakie said...

Amin ya robbal 'alamiin.
Moga kita yg juga ibu boleh jadi ibu yg terbaik..

Kakak nak keknya Zila:)

Tina Othman said...

Aminnn

Selamat hari ibu, kek tu sangat menggoda jiwa tu

Siti Asmah Md Yusof said...

Selamat hari ibu dear :) semoga diberi kesihatan dan diberkati k love ur pic :)

mimie said...

selamat hari ibu buat kak zila... ^_^

jamiah tulisman said...

selamat hari ibu zila..memang betul..jasa dan budi luhur seorang ibu tak kan terbalas..hanya doa yang selalu dipanjatkan moga ibu sentiasa sihat..semoga kita juga menjadi seorang ibu yg terbaik..kdg2 rasa sedih masih banyak lagi yg ingin dibuat untuk mak..

mama sara nur said...

Aamiin....

Bbwana adienia said...

selamat hari ibu

rahel said...

Selamat hari ibu

Rina Audie said...

Aamiin...selamat hari ibu zila...

kakyon said...

selamat hari ibu..amin..amin..ya robbal'alamin

kausar said...

selamat hari ibu...alamak sedapnya kek niiiii.tskk

Ayu said...

Selamat hari ibu to all..cantik kek tu zila... Terpegun dgn deconya tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...