Wednesday, 19 July 2023
cuci mata di SENTAI ..pemborong barangan dapur
Tuesday, 18 July 2023
Acar Buah Lagend - Mak Saka
acar buah macamni biasanya akan ada di majlis perkahwinan..tapi kira nasib jugak kalau terjumpa.. ritu masa kami menghadiri majlis perkahwinan di Air Baloi Pontian ada diorang hidangkan acar buah..lahaii seronok rasa..lelagi bila dapat acar buah yang seketul..seketul..puasati rasa..
Ritu dapat paid review acar buah ni dari @maksaka_empire..
acar buah dia ni pun boleh tahan jugak rasa dia..sedap..sayang pulak rasa nak habiskan..ada lagi satu bekas dalam peti ais tu..makan sikit-sikit..lawankan dengan nasi berperisa memang sedap..
Monday, 17 July 2023
Kek Pisang Lembap
- Panaskan oven 170c
- Pukul butter hingga kembang
- Masuk kuning telur dan pisang lecek,gaul rata.
- Dalam bekas lain,pukul putih telur dan gula kastor hingga kembang dan pekat.
- Masukkan adunan putih kedalam adunan btter tadi.mix rata.
- Ayak tepung dan baking powder,gaul sebati.tak payah gaul lama ok.
- Sediakan loyang.sapu butter pada loyang dan alas dengan baking paper.
- Bakar hingga kek masak srmpurna.45 minit .
Tuesday, 4 July 2023
Bilis Gred A
Suka kalau dapat ikan bilis bersih..lepastu dah siap kopek pulak..memang senang kerja memasak..tinggal cekut je sikit bila nak buat perencah lauk..atau untuk digoreng macamtu dimakan bersama nasi panas dan nasi lemak..
Ikan bilis gred A ni dari @aquada malaysia..boleh ke facebook atau tiktok dia yer..semua addrs id dia sama ..instagram dia ritu kena hack..mungkin dah create baru sekarang..tapi biasanya dia letih aktif di fb.. kalau berminat nak order boleh cari dia atau agent dia ok....banyak stock bilis yang dia hantar kepada kami haritu untuk di shoot..alhamdulillah bos @aquada malaysia ni nama dia zira..memang tak lokek dan senang nak berkerjasa dengan dia...senang cerita tak cerewet ..
Bukan bilis jew yang dia ada ye..@aquada malaysia ni ada jual bermacam jenis product..tapi yang paling top product dia ni pekasam ..ada berjenis pekasam dia ada..yang hot biasanya pekasam telur sotong..
Mesti dengar je pekasam memasing rasa terliur kan..jadi bertambah nasi kalau ada pekasam depan mata kan..hihhi..ok nak order boleh ke facebook @aquada malaysia ok.
Friday, 16 June 2023
Lasagna Roti sedap
Lasagna Roti
- 1 biji bawang holland didadu
- Daging ayam atau lembu fresh dicincang halus.
- Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa, tumis bawang holland hingga layu dan wangi,masukkan ayam atau daging tadi,biarkan sehingga masak sempurna.
- Kemudian masukkan Prego carbonara mushroom ikutlah banyak mana ye..saya guna dalam 3/4 tin prego carbonara ni dah masin ..kalau boleh jangan tambah garam banyak sangat.
- Masukkan hotdog ..yang ni potong serong ..ikutlah tak letak pun boleh,sebab nak habiskan stock kat rumah so saya letak.
- Ok kemudian kacau rata.biarkan sekejap..dan tutup api.
- Sediakan roti secukupnya.sapu loyang dengan butter atau majerin.
- Pukul sedikit 2 biji telur dan sedikit susu segar,kemudian celupkan roti kedalam adunan telur..susun di loyang atau tray kaca.letak inti cabonara ..sapu inti rata menutupi permukaan roti.susun cheese slice..saya guna brand cheesedale.
- Tabur mozzarela cheese dan mix herbs..ulang sehingga inti habis ..bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga permukaan kekuningan dan garing..sedia dihidang.
Thursday, 15 June 2023
Masak Tauhu telur mix kacang pea dan cendawan
Thursday, 8 June 2023
Cendol durian..buat kat rumah
Minggu lepas galak pergi membeli durian sana sini..almaklumlah dah start banyak orang jual ..yang ni durian kampung yang jenis kuning..rasa lemak dan pahit sikit..memang sedap kena dengan tekak..
kebetulan ada stock cendol dirumah,ritu berangan sangat nak buat talam cendol ..lastnya tak terbuat jugak..hihii bila angin malas datang satu benda tak menjadi..dari cendol tu terbiar macamtu jew buatlah air cendol..ais tu kisar guna blender je ...masak santan dan buat air gula melaka..kacang merah tu beli yang dalam tin yang dah siap rebus..so makanya semuanya mudah jewkan..
Dah siap boleh hidangkan..letak durian atas tu..letaklah berapa ulas yang kita suka..puas ati buat sendiri ..hihii..
Cendol - Ready made
Air gula melaka
Santan - dimasak dengan sedikit garam
Kacang merah - beli dalam tin yang dah siap rebus
Durian
Friday, 2 June 2023
Ikan tongkol gulai "stail kelantan" dan pisang tanduk rebus
Untuk membuat gulai yang sedap kita kenalah rujuk pada orang yang pakar dalam masakkan kelantan ni,saya rujuk cara memasak gulai kelantan ni di blog azie kitchen..ikut cara dia memasak gulai stail diorangni..sebab dah ada timun dan lada maka saya tambahkan timun dalam tu..senang dah tak payah sibuk nak buat sayur bagai..
Dapat lauk macamni lepastu makan dengan nasi panas,memang jadi bertambah nasi di pinggan..
Gulai ikan tongkol ni saya gengkan bersama pisang tanduk rebus..pisang tanduk masak ni pemberian dari adik lelaki saya ..hasil dari kebun dia..bila dah masak dan direbus macamni rasa dia memang sedap..manis jew..
Bahan
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)
Caranya
- Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam. Kesemua bahan di atas di kisar. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu.
- Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.
Thursday, 1 June 2023
Sardine Gulung..tak serap minyak
yang paling diorang suka bila ada inti sardin dalam tu..rasa pulak rangup roti diluar..yang bestnya resepi ni roti tu tak serap minyak..mudah nak digelek padat..hanya kukus je kejap..pastu dah senang sangat nak gelek dan padatkan roti tu..
idea dan resepi asal ni dari blog kak fha selemak santan,banyak kali dah kami ulang buat ..cuma tak berkesempatan nak masukkan pic dalam blog..lama rasanya kak fha tak update blog dan ig..rindu pulak dengan kekawan blogger lama ..
1 tin besar Sardin
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji Cili Padi Merah (sesuaikan kepedasan. Dihiris nipis)
3 biji Limau Kasturi (diambil jus nya)
* Kulit limau Kasturi (dihiris nipis)
1 camca kecil Lada Hitam & Lada Putih Serbuk
Sedikit Garam
Caranya
1. Hanya ambil ikan dan 1 camca besar Sos tomato nya sahaja. Kemudian di hancurkan.
2. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk besar dan disebatikan sehingga rata.
3. Ketepikan.
1 bungkus besar roti 'Gardenia'
Cara Menggelek
1. Didihkan air dalam periuk kukus.
2. Kemudian susun 3 keping roti dan kukus selama ~ '30 saat' dengan api yang paling kecil (sekejap sahaja tau... kalau lama nanti roti jadi terlalu lembut dan lembik).
3. Jika roti dikukus secara bertindan, keluarkan sekeping yang paling bawah (sebab itu yang paling lembut antara 3 keping). Kemudian gelek. Ulang sampai habis 3 keping tu.
Jika roti disusun sama rata dipermukaan kukusan, boleh lah dikeluarkan serentak semua..
Memang mudah dan cepat .... berbanding dulu berminit juga nak gelek sekeping.
4. Kemudian masukkan 3 keping roti lagi dalam kukusan dan teruskan proses kukus dan gelek.
Jangan mengukus roti dalam kuantiti yang banyak sekaligus kerana boleh menyebabkan roti terlalu lembut berada lama dlm periuk (buat 3 keping by 3 keping)
1. Satukan bahan C dalam mangkuk kecil dan bancuh sehingga menjadi saperti 'tepung goreng pisang'.
2. Ketepikan
1. Ambil sekeping roti yang siap digelek.
2. Letakkan 2 camca kecil (~25 gram) 'inti Sardin' di penjuru tepi bawah.
3. Kemudian sapu sedikit 'Gum Pelekat' di penjuru tepi atas.
4. Gulung roti saperti foto dibawah.
5. Letakkan sedikit gum di 'hujung kanan' dan di 'hujung kiri'
6. Dengan menggunakan garfu tekan disetiap hujung sehingga ia melekat rapi supaya inti tidak keluar semasa proses menggoreng.
7. Siap untuk digoreng atau dibekukan.
* Untuk mengelakkan roti 'mengelembung' (udara panas didalam) semasa menggoreng, bolehlah dicucuk sedikit (dengan pisau) pada bahagian tengah roti tu sebelum menggoreng.



































































