yang paling diorang suka bila ada inti sardin dalam tu..rasa pulak rangup roti diluar..yang bestnya resepi ni roti tu tak serap minyak..mudah nak digelek padat..hanya kukus je kejap..pastu dah senang sangat nak gelek dan padatkan roti tu..
idea dan resepi asal ni dari blog kak fha selemak santan,banyak kali dah kami ulang buat ..cuma tak berkesempatan nak masukkan pic dalam blog..lama rasanya kak fha tak update blog dan ig..rindu pulak dengan kekawan blogger lama ..
Bahan A
1 tin besar Sardin
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji Cili Padi Merah (sesuaikan kepedasan. Dihiris nipis)
3 biji Limau Kasturi (diambil jus nya)
* Kulit limau Kasturi (dihiris nipis)
1 camca kecil Lada Hitam & Lada Putih Serbuk
Sedikit Garam
1 tin besar Sardin
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji Cili Padi Merah (sesuaikan kepedasan. Dihiris nipis)
3 biji Limau Kasturi (diambil jus nya)
* Kulit limau Kasturi (dihiris nipis)
1 camca kecil Lada Hitam & Lada Putih Serbuk
Sedikit Garam
Caranya
1. Hanya ambil ikan dan 1 camca besar Sos tomato nya sahaja. Kemudian di hancurkan.
2. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk besar dan disebatikan sehingga rata.
3. Ketepikan.
1 bungkus besar roti 'Gardenia'
Cara Menggelek
1. Didihkan air dalam periuk kukus.
2. Kemudian susun 3 keping roti dan kukus selama ~ '30 saat' dengan api yang paling kecil (sekejap sahaja tau... kalau lama nanti roti jadi terlalu lembut dan lembik).
3. Jika roti dikukus secara bertindan, keluarkan sekeping yang paling bawah (sebab itu yang paling lembut antara 3 keping). Kemudian gelek. Ulang sampai habis 3 keping tu.
Jika roti disusun sama rata dipermukaan kukusan, boleh lah dikeluarkan serentak semua..
Memang mudah dan cepat .... berbanding dulu berminit juga nak gelek sekeping.
4. Kemudian masukkan 3 keping roti lagi dalam kukusan dan teruskan proses kukus dan gelek.
Jangan mengukus roti dalam kuantiti yang banyak sekaligus kerana boleh menyebabkan roti terlalu lembut berada lama dlm periuk (buat 3 keping by 3 keping)
1. Satukan bahan C dalam mangkuk kecil dan bancuh sehingga menjadi saperti 'tepung goreng pisang'.
2. Ketepikan
1. Ambil sekeping roti yang siap digelek.
2. Letakkan 2 camca kecil (~25 gram) 'inti Sardin' di penjuru tepi bawah.
3. Kemudian sapu sedikit 'Gum Pelekat' di penjuru tepi atas.
4. Gulung roti saperti foto dibawah.
5. Letakkan sedikit gum di 'hujung kanan' dan di 'hujung kiri'
6. Dengan menggunakan garfu tekan disetiap hujung sehingga ia melekat rapi supaya inti tidak keluar semasa proses menggoreng.
7. Siap untuk digoreng atau dibekukan.
* Untuk mengelakkan roti 'mengelembung' (udara panas didalam) semasa menggoreng, bolehlah dicucuk sedikit (dengan pisau) pada bahagian tengah roti tu sebelum menggoreng.
2 comments:
Sedap ni, nak lagi sedap cicah mayonis, hihi.
hii hii haah laju je kan makan klu ada mayonis
Post a Comment