Pages

Monday, 11 May 2020

Memori PKP -Trip USM Penang Ke JB



Nak Simpan cerita disini.
sebab bukan selalu berlaku PKP kan..ok pada 9 mei pukul 6 lebih petang Iqbal dah stanby bersiap nak balik ke Jb.dalam dua bulan lebih jugak dia menjalani PKP di kampus.
Bagi dia lebih selesa tinggal di kampus ..mungkin senang nak study.dan dia pulak jenis tak cerewet sangat.bila pihak gov bagi info student dibenarkan pulang tapi jika rumah family mereka berada di zon hijau sahaja.memandang rumah kami di JB Zon merah harapan nak suruh Iqbal balik kesini macam tipis.tapi dia apply jugak..kot nasib meyebelahi dia ..dan pada 6 mei tu dia bagitau 9 hb mei malam cornfrm dapat balik..legaa..rezeki kami dapat beraya bersama tahun ini.
Paksa anak-anak bergambar depan balai polis.nak buat kenangan.
Bus yang dinaiki dari USM penang.dalam tu hanya memuatkan 14 pelajar sahaja.tahap keselamatan para pelajar memang diutamakan.
Para pelajar dari zon utara ni bergerak serentak.ada jugak bus dari universiti lain.iqbal cakap diorang ni macam convoi bus.seronok katanya dapat merasa pengalaman macamni.
Bila bus dah sampai ke Balai polis skudai masing-masing diarah duduk dibawah khemah.diasingkan mana yang parents ambik dan mana yang pihak balai hantar kerumah masing-masing.
Sebab rumah kami pun dekat je nak ke balai polis ni.saya ambik jewlah senang.Parents kena bagi ic dan contact number.lepas tu dah boleh bawak anak balik.

Ini gambar yang Iqbal sempat rakamkan di kampus sebelum mereka bergerak.
Taklimat diberikan sebelum masing-masing berlepas naik bus.mereka dibekalkan makanan untuk berbuka dan bersahur..Mask dan sanitizer juga dibekalkan.
Alhamdulillah ..semua berjalan lancar dan jutaan terima kasih dari kami buat gov malaysia..pihak USM zon utara yang menjaga anak kami dengan baik sekali.

Wednesday, 6 May 2020

Kuih Lopes



Menu Ramadhan tahun ini tak dapat nak snap sepenuhnya setiap hari.agak sibuk ...dan lagi sibuk bila dah menjelang nak ke petang baru siap memasak.
kadang mana yang menu cepat siap dapatlah snap gambar dulu.
Tapi ini bukan menu time buka puasa.kami buat masa awal PKP aritu.bila stuck dikampung dan isi rumah ramai terasa best pulak mencuba buat kuih old skool.kuih lama ni selalu terhidang masa kami kecik-kecik.memang mak rajin buat.kini mak dah pencen..dah malas katanya nak mengadap dapur.

Walaupun kini ada cara lebih mudah nak buat lopes tapi kami tetap pilih yang versi macamni.balut dengan daun pisang.walaupun agak leceh tapi hasilnya saya rasa agak berbaloi.
Kuih Lopes Johor
1 kilo beras pulut
1 sdt  kapur
(cuci beras pulut dan rendam dengan air kapur selama setengah jam.atau lebih basuh dan toskan)
Lipat daun pisang seperti kelongsong segitiga.masukkan beras pulut dan lipat2 kehujung hingga menjadi segi..dan pinkn dengan lidi ikat dengan tali rafia kuat2..buat hingga beras pulut habis.nak ikat 3 atau 4 ketul sekali dengan tali rafia pun boleh..nak ikat seketul2 pun boleh ikut mana kita suka.
Didihkan air dengan sedikit garam.dah mendidih masukkan lopes.rebus sehingga masak.

Air gula
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya
air
Daun pandan
(Masaukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak hingga gula pekat.angkat dan tapiskan.

Kelapa
Guna kelapa bahagian putih sahaja
kukus sekejap dan campurkan sedikit garam

Thursday, 30 April 2020

Menu 1 Ramadhan 2020

Berkongsi cerita menu 1 ramadhan.
Suasana berpuasa tahun 2020 ni sangatlah berbeza biasanya dapat berpuasa dan berbuka di kampung hanyalah sehari ..tapi tahun ni dapat menyambut bersama mak dan keluarga abang long disini.
Berbalik pada cerita menu 1 ramadhan.sempat kami sediakan nadi serai.teringin diorang nak makan nasi serai.pukul 4 .30 dah startlah kami bersilat di dapur..biasanya sayalah yg menumis dan memasak..anak sedara jadi pembantu tetap..
Suasana PKP dikampung nie biasa jew kami rasakan.nak kata bosan tak jugaklah sebab di rumah mak ni banyak jugak kerja..kami disini ada kedai runcit..so agak bz jugak hari-hari abang  dan akak ipar jaga kedai..

Nasi Serai
By @zila_norazila

Bahan
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu kecil garam
Minyak masak / minyak sapi.

Caranya
1.Panaskan minyak  dalam periuk.Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga dan serai tumis hingga wangi. Kemudian masukkan air,susu cair dan kiub pati ayam serta garam.biarkan air mendidih.
2.Masukkan beras yang telah dibasuh. Masukkan daun pandan yang di simpul. Masak sehingga nasi masak sempurna.kacau nasi menggunakan chopstik

Urusan lauk pauk harian dan barang keperluan tak payahlah kami beratur ke pasaraya nak beli..tinggal pilih jew nak masak apa dan amik di kedai..tapi hari- hari memasak ni pening jugak.kadang buntu nk masak apa.
ok gandingan nasi serai kami buatlah ayam masak merah.resepi shiela rusly..boleh tahan jugaklah sedap.

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Source Shiela Rusly
By @zila_norazila

Bahan
1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 batang serai
(Blend semua bahan bertanda )
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
1 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam
gula melaka
Daun pandan

Caranya
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai..daun pandan..tumis sekejap.
Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
Siap

Menu sampingan lain yang sesuai digandingkan dengan nasi serai ialah Jelatah ..sayur atau salad mudah yan biasa orang kita gandingkan dengan nasi berperisa kan.
Cara buat dia simple..yang ni saya campurkan dengan pati oren sanquick..rasa dia lg sedap.

Kuih muih ada beberapa jenis jugak anak sedara beli ..skarang ni memasing COD je..kalau petang ramailah yang menghantar kuih dan dessert ke rumah.

Dan untuk first ramadhan air soya.dan adalah dua tiga jenis air lain..teh o panas kira air wajip ada ..

Agar agar sirap Ros MCO


Assalammualaikum.
Salam ramadhan ..selamat berpuasa semua..lama tak menjengah blog..kesibukkan kerana MCO ..ha haa ikutkan tak sibuk mana..start cuti sekolah haritu..pada 15 mac kami berdua dengan Muhammad plan balik ke kampung sekejap..sempena cuti sekolah masatu seminggu jew kan.

Dan bila 18 Mac tu kerajaan umumkan PKP fasa 1 bermula kami masih berada di kampung..ingatkan PKP tak dilanjutkan..rupanya sampai ke hari ini masih diteruskan..alahaiii..agak lama nampanya bermastautin disini.
Suami pulak stuck di kuala lumpur.memang tak dapat balik nampak gayanya sampai raya.dan Iqbal pulak masih di kampus pun tak dapat balik jugak sampai ke hari ini.
Muhammad jewlah nampak gayanya menjadi peneman ibu disini.
Biasalah kan time PKP rancak sana sini orang dok try menu baru..dan projct masak masak memang menjadi keutamaan di setiap rumah.
yelah kalau dah kedepan..belakang..pusing dalam rumah apa lagi nak buat.

Dan bila berada di kampung camni mulalah start nak buat projct makanan ..sebab isi rumah ramai..kalau buat apa2 kompom laku .


Agar-agar santan sirap rose
Bahan
15 gram agar-agar tali
1 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan santan
1 biji telur
Perisa sirap rose
Sedikit garam

Caranya
1.Masak agar-agar dengan 3 cawan air,masak hingga agar-agar hancur dan mendidih.
2.Masukkan perisa sirap rose.kacau rata.
3.Campurkan telur dan santan ..kacau rata.kemudian masukkan kedalam agar-agar dan tambahkan sedikit garam untuk bagi rasa lemak2 sedikit.
4.Biarkan mendidih ganas.kemudian matikan api.Basahkan loyang tuang agar-agar kedalam loyang.biarkan sejuk baru boleh dipotong..siap


Saturday, 14 March 2020

Buat Nasi Kerabulah pulak..

Lama rasanya blog dibiarkan tanpa sempat dijenguk..dah start cuti sekolah bermula pada hari jumaat semalam.tapi kami tak kemana pun..risau covid19 yang sekarang nie mencatatkan angka peningkatan kes di malaysia.moga seluruh masyarakat malaysia sentiasa dalam lindugannya.ameen..

Arini nak share gambar nasi kerabu..nasi tu memang pakai bunga telang,saya kurang suka guna pewarna biru ..nampak macam kurang ori kalau guna pewarna kan..
Sebenarnya nak buat nasi kerabu tak susah mana cuma geng nasi kerabu tu yang agak renyah nak disediakan,siap solok lada bagai..memang kalau kurang kerajinan tak akan jadi buat nasi kerabu nie..yang mudah memang pergi ke gerai pantai timur dan beli jew..habis cerita kan..hihii

Ok hidangan yang saya sedikan ni pun agak kurang lengkap ..sebab sambal dia tu saya skip hanya buat sambal lada biasa jew..budu bagai saya tak buat.sebab anak-anak kurang suka dan tak makan ..

Resepi solok lada ada saya pernah share ye..saya memang fav sangat solok lada ..tak payah ada nasi kerabu..nasi putih pun saya gandingkan dengan solok ni.

Bahan Nasi
Beras
Daun pandan
Air
Daun limau purut
Bunga telang
(Masak nasi seperti biasa)

Bahan Air Lada
Cili padi
Garam
Cuka
Sedikit air masak
(Kisar semua bahan sampai halus)

Solok Lada
versi guna ikan rebus

Bahannya
lada solok -hijau muda
kelapa parut
Ikan selayang
Lada hitam
Bawang merah
Garam
Gula
Santan

Caranya
1.Rebus ikan dan ambil isi ikan sahaja
2.Potong tengah lada solok dan buang biji bersihkan.
3.Tumbuk bawang merah,halia dan lada hitam hingga lumat.
4.Kemudian masukkan isi ikan dan kelapa tumbuk lagi hingga semua sebati,perasakan dengan garam dan gula.
5.Sumbatkan kedalam lada hingga penuh.susunkan dalam kuali dan tambahkan santan.bukak apa kecil biarkan hingga masak
6.Sedia dihidang.

Wednesday, 4 March 2020

Makan di Restoran Kuu Van Cha

Cerita jalan jalan cari makan pulak.
kita try ke restoran Kuu Van Cha di taman kota masai.kira lebih kurang 45 minit jugaklah dari rumah kami nak kesini.
Kebetulan memang nak ambik encik suami yang dua minggu ni kena kerja di MMHE Pasir gudang,so kiranya sekali arunglah ronda tempat makan area sini.

Macambiasa jom kita layan gambar restoran ni diselah dalam,melangkah kaki disini memang rasa selesa sangat ruang makan yang besar dan kemas,dekorasi dia pulak ala-ala cina lama rasa menarik,ramai jugak anak muda yang menyambut birthday disini.









Kita semak menu yang dihidangkan disni,ada banyak pilihan dan pelbagai hidangan.Harga pun macam biasa je lah tak mahal mana kiranya berpatutan.







Apa yang kami order disini,saya nak merasa mee hoon goreng dia yang kata diorang sedap..
mee hoon goreng dan ada ayam seketul nampak menyelerakan lelagi makan time perut lapar.


 Nampak rojak dekat menu tadi menyelerakan sangat,so kita try order ..sedap boleh tahun kuah dia.

 En suami order nasi goreng cina.dan ada sedikit keropok disertakan.

 Muhammad pulak balik sekolah dah terlalu lapr tak menyempat nak sampai ke restoran singgah tapau mcd.so dia meratah ayam mcd pedas biasa tu.

 Muhammad nak air ice lemon tea..en suami try cekong sejuk 

 Dan saya try air soya 

Dan last hidangan yang kami order sampai..dumpling chicken..nak habiskan 5 ketul tu bercinta rasanya..sebab perut dah full ha haa tulah tamk sangat nak order macam-macam.
Penutup..suruh en suami ambikkan gambar depan restoran tu camni jadinya..ermm sabar jewlah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang