Pages

Thursday 30 April 2020

Agar agar sirap Ros MCO


Assalammualaikum.
Salam ramadhan ..selamat berpuasa semua..lama tak menjengah blog..kesibukkan kerana MCO ..ha haa ikutkan tak sibuk mana..start cuti sekolah haritu..pada 15 mac kami berdua dengan Muhammad plan balik ke kampung sekejap..sempena cuti sekolah masatu seminggu jew kan.

Dan bila 18 Mac tu kerajaan umumkan PKP fasa 1 bermula kami masih berada di kampung..ingatkan PKP tak dilanjutkan..rupanya sampai ke hari ini masih diteruskan..alahaiii..agak lama nampanya bermastautin disini.
Suami pulak stuck di kuala lumpur.memang tak dapat balik nampak gayanya sampai raya.dan Iqbal pulak masih di kampus pun tak dapat balik jugak sampai ke hari ini.
Muhammad jewlah nampak gayanya menjadi peneman ibu disini.
Biasalah kan time PKP rancak sana sini orang dok try menu baru..dan projct masak masak memang menjadi keutamaan di setiap rumah.
yelah kalau dah kedepan..belakang..pusing dalam rumah apa lagi nak buat.

Dan bila berada di kampung camni mulalah start nak buat projct makanan ..sebab isi rumah ramai..kalau buat apa2 kompom laku .


Agar-agar santan sirap rose
Bahan
15 gram agar-agar tali
1 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan santan
1 biji telur
Perisa sirap rose
Sedikit garam

Caranya
1.Masak agar-agar dengan 3 cawan air,masak hingga agar-agar hancur dan mendidih.
2.Masukkan perisa sirap rose.kacau rata.
3.Campurkan telur dan santan ..kacau rata.kemudian masukkan kedalam agar-agar dan tambahkan sedikit garam untuk bagi rasa lemak2 sedikit.
4.Biarkan mendidih ganas.kemudian matikan api.Basahkan loyang tuang agar-agar kedalam loyang.biarkan sejuk baru boleh dipotong..siap


6 comments:

Ruzita Idias Ismail said...

Salam. Mengancam menu ni..pink giteww. Tapi pink nampak ceria, dalam hati ada rindu.. yalah lama sangat kat kampungbkan.. mesti rindu nak beraksi kat dapur nun di sana. Semuga segera berlalu wabak ini dan kita meneruskan rutin kita seperti sebelum ni.

Nieda Ramly said...

Agar2 lejen ni.dari usia remaja dah kenal agar2 merah ni.sedap sgt

zila norazila said...

ameen tq k.ita..mmg merindui dapur dirumah tu kak 😄😄😂😂

zila norazila said...

best kan..lengkong bodoh sy panggil tu.😆tp mmg sedap sgt ..dulu2 tulh yg pamess

jasonbob said...

kobe basketball shoes
kd 12
balenciaga sneakers
golden goose outlet
golden goose
supreme clothing
moncler
off white jordan 1
yeezy boost 350 v2
stone island jacket

nasmison said...

Find Out More v0v44q8e71 bags replica gucci best replica bags online 2018 replica bags bangkok my blog h8n72n9b93 replica bags supplier hop over to these guys u5y96o6a81 replica gucci replica bags philippines z1b49v4l75

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang