Pages

Wednesday, 13 November 2019

Asam pedas D Desa Rahmat Jb

Melangkah kaki masuk ke warung nie mata dihidangkan dengan deretan ketupat..macam suasana raya gamaknya kan..ketupat tu dimakan bersama sate..pagi lagi sate pun dah ada dijual disini.

Dah beberapa kali jugaklah kami try makan disini,pernah bawa en suami kemari tapi dia macam tak berapa minat kesini..rasanya sekali jew dia datang dan rasa asam pedas dan lepas tu terus tak nak pergi lagi..ermm biasalah tekak orang asing manalah sama dengan selera kita orang melayu.



Oleh kerana masih awal pagi kami kesini maka kuih muih dan menu sarapan pagi pun masih ada lagi.cuci mata dengan kuih muih yang sedap mata memandang.bila tengok macam semua nak dirasa.

Bersempena dengan nama kedai nie Asam pedas maka berperiuk-periuk asam pedas ada disini..periuk besar semuanya..berjenis ikan ada pilih jew mana yang kita suka.
Anak yang sulung memang pengemar tegar asam pedas..sebab tu dia suka ajak kesini..





 Selain asam pedas,masakkan lain pun berderet ada,ikan pari masak lemak cili padi,nampak menarik dan sedap.

sayur keladi masak asam rebus..nikmat kan kalau dapat hirup kuah tu.

 Ikan keli lemak pun ada

 Ayam masak kicap

 Siput sedut




 Deretan ulam ulaman ..tinggal pilih mana yang kita suka.



Bila dah ada ulam ulaman mestilah kena ada sambal pencicah kan..baru berselera rasa nak makan.





Pecal and the geng..nie rojak ke pecal ..sambal pecal nie memang sedap..lain kali kalau datang boleh ambik lagi.

Asam pedas ikan sembilang,kami try bahagian isi..asam pedas nie nak kena rasa kuah baru tau sedap ke tak..

 Lagi yang kami ambik..ikan pari masak lemak cili api dan tempe goreng.

 Pecal or Rojak..iqbal yang ambik..meratah kami dua beranak.


Dan yang ini muhammad punya set,dia memang tak berapa nak layan menu nasi ikut betul perangai en suami.so kami orderkan dia roti telur. 

 Pemandangan yang sempat di snap di sebelah luar warung.

 Bila dah kenyang..jomlah kita gerak dulu.

 Parking kerete area sini.

 Gerak balik ..

Keadaan jalanraya lenggang..almaklumlah orang time kerja.

Tuesday, 12 November 2019

Rendang daging sedap.. gengkan bersama Lemang..

Rendang daging
menu senonim dengan hari raya..kenduri dan majlis besar di Malaysia..kini kalau nak jumpa rendang tak payah nak tunggu raya..di restoran..kedai makan..malah gerai-gerai pun ada menyediakan rendang daging hari-hari.

Setiap pagi sabtu saya akan berada dipasar Larkin johor bahru..kadang rajin jugak singgah di kawasan pasar basah..dan kadang hanya pusing area kuih muih dan area orang jual lemang.kiranya agak kerap jugaklah saya beli lemang di pasar larkin nie.sebatang Rm 8.00 tak berapa besar mana..cukuplah untuk kami suami isteri.
Lemang dia nie lembut..memang sedap bagi kami..disitu jugak ada jual rendang daging sekali..tapi saya lebih suka buat rendang daging sendiri.

Kalau cerita bab rendang nie memang banyak versi..yang versi kali ini saya tak letak ketumbar jintan bagai.saya cuba resepi dari perkongsian di FB.dan serai tu ada yang saya ketuk dan ada yang saya kisar bersama.
Dan kalau nak tumis dulu bahan kisar tu pun boleh..saya lebih suka tumis dulu bahan kisar dan baru masukkan daging..tapi kalau nak lebur semua tu dan masak dengan api perlahan pun boleh..ikutlah kita punya citarasa.


Resepi ini telah dikongsikan oleh Norsiah Zakaria dan telah mendapat perkongsian ramai di facebook.

Rendang Daging
Bahan
2 kg daging
6 biji bawang sederhana besar
8 ulas bawang putih
Sebesar 2 jari halia
Sebesar 2 jari kunyit hidup
Sedikit lengkuas
6 batang serai
Cili kering yang telah dikisar lebih kurang 2 senduk
Santan kotak 500ml
Kerisik

Cara memaasak
Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.
Kemudian masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering yang juga telah dikisar terlebih dahulu.
Seterusnya, masukkan daging. Kacau supaya bahan yang telah dikisar telah rata bersama dengan daging.
Masukkan santan dan teruskan untuk kacau. (Nota: Apabila masak rendang, api hendaklah sederhana dan jangan kuat.)
Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan asam keping.
Akhir sekali, jangan lupa masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula mengikut citarasa anda. Kalau guna resepi Opah, Opah gunakan gula melaka dan sedikit gula pasir.
Siap.

Saturday, 9 November 2019

Ke..Masjid China Melaka

Salam Maulidul Rasul ..
Masjid Cina Melaka merupakan sebuah masjid di Krubong, Melaka,dengan gaya seni bina Cina. Masjid ini adalah masjid ketiga berciri seni bina Cina di Malaysia selain di Kelantan dan Perak. Ia telah dibangunkan oleh Persatuan Cina Melaka

Masjid ini direka dengan seni bina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina daripada gabungan reka bentuk seni bina beberapa masjid-masjid di Beijing, Shanghai dan Xi'an di China. Ia mempunyai satu menara masjid dan dua kubah. Masjid ini dilengkapi dengan dewan solat utama, perpustakaan, dewan serbaguna, pejabat-pejabat dan restoran. Dengan kawasan seluas 2.8 hektar, masjid ini boleh menampung sehingga 2,000 jemaah.



Kami sampai disini pada waktu zuhur..dalam pukul dua lebih,so jemaah memang dah habis balik dah..sempat saya ambil gambar mimbar disini..dan sebenarnya tak banyak gambar yang sempat saya snap.cantik design mimbar tu..memang unsur cina terserlah disitu.

Pemandangan dibahagian luar..dan yang ini tabung masjid..unik jugak dan mengekalkan konsep merah jugak.

Pintu masuk dan belakang tu baju yang disediakan untuk pelawat yang tidak memakai pakaian sesuai.

Pintu gerbang dia..bila masuk jew kawasan masjid kita akan jumpa ini dulu..pintu gerbang pun dah cantik.ok kalau ada masa korang bolehlah melawat masjid nie..katanya kutbah pada hari jumaat pun disampaikan dalam bahasa mandarin.

Friday, 8 November 2019

Kuih Cara berlauk ohsemm

Salah satu kuih yang jadi fav saya sejak dulu lagi..
kiranya agak pantang jumpa kuih nie..rasa ralit sangat bila dah nampak tapi tak beli..huhh macamtu kan punyalah suka..kalau jenis orang yang jual letak inti banyak lahaii lagi nikmat kan rasa,
Ada yang orang jual sedap..ada yang biashee biashee jew..ada yang so so..biasalah air tangan lain-lain..

Bila mood rajin saya datang selalunya memang timbullah kuih cara didapur rumah nie..itu pun kalau iqbal ada..kalau tak mood nak try dan buat kuih muih macam kelaut dalam.
Simpan resepi kuih cara disini..nanti senang nak semak semula..sejujurnya gambar dan resepi disini saya buat rujukkan diri sendiri kalau teringin nak buat cari jew balik diblog sendiri.



Kuih Cara Berlauk
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
4 cawan santan
Garam secukupnya
Sedikit pewarna kuning
1 sudu besar minyak masak

Caranya
Masuk kesemua bahan kedalam blander kisar..dan tapis.
Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili,daun sup dan bawang goreng.Tutup loyang dengan penutupnya.
Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.
Angkat dan keluarkan dari acuan.hidangkan.

Bahan inti
300 gram daging atau ayam kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada
kiub ayam

Caranya
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan bancuhan rempah kari dan serbuk lada yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.siap

Thursday, 7 November 2019

Breakfast di Kongkong Laut


Sinambungan dari cerita aritu..Lepas kami ronda kawasan Jety  dan tengok sana sini..mak dan anak saudara semuanya cakap lapar..dan diorang nak try sarapan diarea sini..sebab first time datang so tak tau gerai mana yang sedap dan ramai orang kunjungi..mulanya duduk di gerai lain..dan dapat port baik betul-betul bawah kipas tiba-tiba pelayan tu cakap makanan semua dah habis..yang ada hanya lontong..
yang lain semua ok jew kalau makan lontong tapi yang jadi masalah pada Muhammad ..dia kalau roti canai bolehlah makan..menu lain memang susah sikit nak diterima.

So tukar lah gerai lain ..saya masuk kedalam dan tanya masih ada lagi ke makanan untuk sarapan pagi..owner tu cakap semua ada..ok boleh lah masuk..dalam gerai nie penuh orang ..tempat duduk pun tak ada..kena tunggu sekejap orang dah pergi baru dapat tempat.


Startlah order mana yang masing-masing nak makan..nasi lemak telur mata yang nie anak saudara yang punya..dia kalau pagi memang nak makan nasi jew..senang katanya kenyang terus.

 Air yang diaorang order..

 Bihun soto tu saya punya..dan soto nasi tu emak punya..

 Bihun soto ..yang nie adik ipar punya.

Emak pun lebih suka makan nasi dari bihun..cepat kenyang katanya.



Roti telur..nie untuk muhammad dan sepupu dia yang kembar..budak-budak memang suka roti canai.masing-masing dah lapar ..makan bersungguh semuanya.

Group anak sedara

My adik ipar

Tuesday, 5 November 2019

Kuih lajenn Bahulu Ikan..

Memang dah lama saya teringin nak buat bahulu yang guna acuan ikan macamni..tahun lepas puas mencari dekat bakery dan hardware area kawasan rumah..tapi yang jumpa hanya ikan kecik..senang cerita macam anak ikan jew bentuk dia..beli jugak..dan buat jugaklah guna acuan ikan senonet tue..tapi hasilnya macam tak lawa pulak ikan tu..so semangat nak amik gambar pun hilang..jadi malas..

Dan bila Iqbal dapat tawaran Asasi Sains di Uitm Dengkil kami pun rajinlah ulang alik tengok dia disitu..asasi dia hanya setahun je ketika itu..maka area Dengkil tu kiranya dah dalam kepala..ha haa..alaa lagipun pekan Dengkil tak besar mana ..selok belok area situ senang nak hafal..
so rajinlah ronda pekan Dengkil dan terjumpalah kedai bakery disitu..best jugak ..barang pun agak murah berbanding bakery di jb nie..dan acuan bahulu ikan pun ada dijual disitu..
Tapi acuan bahulu ikan nie saya beli di hardware sg manggis..area nak menuju ke banting..tak jauh sangatlah dari dengkil..pusing-pusing situ jugak..hardware dia besar jugaklah..tapi barang dia memang sangat jauh beza lebih murah dari hardware jb yang biasa saya langgani..kalau kesini memang banyak saya borong..

Maka terhasillah beberapa kali bahulu ikan didapur sendiri..seronok sebenarnya makan bahulu panas-panas..buat kuih bahulu nie sebenarnya tak susah mana pun ..yang menjadikan mood agak malas nak buat bila bahulu tu melekat..ermmm memang mood jadi hilang terus kan..kalau tak nak melekat rendam dulu acuan tu dengan air asam semalaman..tu antara petua yang saya ikut..dan memang tak melekat ..dan ada lagi petua orang dulu nak bagi acuan tu tak melekat.korang ikutlah mana yang sesuai..





Bahulu Ikan
5 biji telur gred A
200 gram gula pasir
150 gram tepung gandum - diayak
sedikit minyak masak - 1 sudu besar

Cara
Pukul telur dan gula hingga kembang ..putih dah ringan.
Tambahkan tepung ..kaup balik..masukkan minyak masak dan kaup balik hingga rata.
panaskan oven 200'c
panaskan acuan kedalam oven..angkat acuan ..sapu butter pada acuan supaya tak melekat..kemudian letakkan adunan penuh ke permukaan.
bakar 10 minit.hingga masak sempurna ..ulang sehingga habis adunan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang