Pages

Tuesday, 15 April 2014

Terima kasih SAJI - "Bengkel sehari Chef Amer bersama SAJI"



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua sahabat zila ..
Alhamdulillah dapat menulis lagi disini..di blog kesayangan..lama benar rupanya zila tinggalkan blog nie tanpa khabar berita..he hee terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menantikan entry terbaru dari zila ye.




ok cerita seminggu yang lepas.Sabtu 5 April 2014 bertempat di Academy Chef Amer no 26 lorong Raja Nong 1A Off Jalan Raja Nong Klang Selangor.pada awal tahun 2013 majalah SAJI telah mengadakan pertandigan dalam ruangan "Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer"pemenang yang menjawab soalan dengan betul akan memenangi hadiah "Bengkel sehari Chef Amer bersama SAJI" yang bernilai RM600.00 .

pemenang yang datang dari seluruh malaysia ..diorang memang sangat bertuah diantara ribuan yang menjawab kuiz terkumpul selama 12 bulan.zila pun terasa sangat bertuah walaupun tak masuk kuiz tapi SAJI mempelawa beberapa blogger untuk memeriahkan lagi bangkel itu.


Inilah orang yang bertanggungjawab menginvite zila ke bengkel chef amer..wartawan eksekutif dari majalah SAJI adik zana..sangat gembira dapat bertemu beliau..yerlah biasanya berinbox di fb dan wchat jew..kali ini dapat jumpa depan-depan..kecik jew orangnya..chumill..

salah seorang blogger masakan yang tersohor..kak umi.home sweet home..alahaii terasa segan bila jumpa kak ummi..almaklumlah kak ummi diantara blogger yang sangat zila kagumi..
seorang yang peramah.baru jumpa firstime macam dah bertahun mengenali beliau..sayang akak .


seorang lagi blogger terkenal,kak gee dari gee-hut..siapa yang tak kenal..pun zila first time jumpa dia..terima kasih untuk kak gee sebab bagi ole-ole aritu..alahaiii rasa segan betul,sebab tak sempat nak bagi apa-apa untuk akak.sebab presnt tu tersangat la cantik memang sayang betul nak bukak..tqvm kak gee i love ..tq jugak buat suami akak yang sudi jadi photographer.

inilah buah tangan dari kak gee..cantikkan..



Ini dia chef yang tersohor tue.. tak perlu diperkenalkan lagi..kalau rajin beli SAJI mesti kenal chef amer.beliau pun menulis di dalam majalah saji.seorang chef yang suka buat lawak.ada jew idea dia nak buat orang gelak tak berhenti..



Chef Amer memperolehi Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM)pada 1991 sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang coklat & konfeksioneri di ZDS, Solingen, German. Beliau merupakan seorang anak didik kepada World Master Chocolatier – Jean-Pierre Wybauw. Selain itu dia mendalami ilmu & menjalani latihan di Holland, Belgium, Swisszerland & Singapura.


Chef Amer juga sering diminta untuk menyediakan coklat untuk Sultan, Kerabat Diraja, Perdana Menteri, menteri dan orang kenamaan. Chef Amer turut meraih Anugerah Produk Paling Innovatif kerana ciptaan coklat durian pertama Malaysia.


seawal pagi zila dah bangun,alamklumlah nak mencari tempat yang tak pernah kita pergi bukanya mudah.anak dan suami stay dihotel jew..so zila jew memandu mencari academy seperti dialamat yang tertera.


setelah pusing-pusing beberapa kali akhirnya jumpa juga..tak susah mana pun tempatnya..h ehehe hee..kawasan yang sangat mendamaikan..indah masih mengekalkan suasana desa..

Apabila sampai tak lama pogram pun bermula.bermula dengan taklimat dan pengenalan,kemudian kami diajar mengenali coklat dan pastri.mengenai bahan asas dalam pembuatan coklat dan pastri.resepi pertama dari pembuatan coklat " Crunchy Munchy Healty Bar" coklat yang penuh dengan serat bijirin dan coklat tanpa gula..sesuai untuk diabetik..



Di ikuti resepi kedua dari Chef Pembuatan Kek Coklat "Cheezy Pralinosa Cake" amboii tergeliat lidah nak meyebutnya kan..mentang-mentang duduk Jerman nama resepi pun pelik-pelik..he he hee..



Dan saat-saat yang paling dinanti makan time..perut pun dah berbunyi..memang sangat lapar haritu ..saja kosongkan perut sebab nak makan masakan chef yang waalaaa mabless sangat,paling best ikan bakar..sebab zila pengemar tegar ikan bakar..biasanya ikan bakar nie kalau nak tau sedap ke tak kena rasa sambalnya dulu..cheff amer memang serba boleh..dari masakan barat ke masakan melayu..sapu bersih..terror..sup tulang pun sedap..teringat-ingat sampai sekarang.


ok lepas solat dan makan tengahari,kami sambung semula dengan pembuatan kek cawan "Caramello Basque Cup Cake" kek badam berkaremal dengan inti krim kustard berkeju yang yummy.



Dan resepi terakhir pembuatan dessert " Verrine des Tropiques" yang bermaksud dessert ala tropika..he hee he ,dessert dalam small cup gabungan buah oren,nenas,mangga &mousse kelapa..yang ini dessert yang paling zila suka..terbaekk sangat sedap.



sempat jugak chef Amer menghidangkan kepada kami hot choclate..minum panas-panas..tengok..masih berasap lagi tu kan...



kami semua tak pulang dengan tangan kosong.sebab bengkel kali ini mendapat tajaan barangan dari Fonterra Brands (M) Sdn Bhd,coklate Le Bourne ..produk Adabi,minuman Go Fresh Pink Guava,produk pencuci tangan Wonderland Primary Sdn Bhd dan Biskut Julie's.





doorgift dari saji..akhir kata ribuan terima kasih kepada SAJI yang telah memberi peluang zila mengikut serta da lam pogram ini..terasa amat-amat bertuah..terima kasih juga buat chef Amer..chef kesayangan ramai..yang tak lokek ilmu..berkongsi segala ilmu yang dimiliki..alhamdulillah 

bersua lagi di entry akan datang..see you..


Wednesday, 26 March 2014

butter cheesecake


Assalammualaikum
salam sayang buat semua sahabat zila ..alhamdulillah dapat jumpa lagi hari ini..setelah beberapa minggu menyepi..he he heee alahaii macam bz sangatkan tuan umah nie..

kalau dah lama tak menulis sesuatu disini mulalah..terasa kekok..berblog nie kadang-kadang berhantu jugak..bila lama ditinggalkan memang malas gilerr nak memulakan semula..orang gila pun tak semalas nie..



sana sini bercerita mengenai MH370..sampai ada yang berselisih faham gara-gara kapal terbang nie..
penantian seluruh dunia berakhir juga semalam .. MH370 berlabuh dilautan hindi..jika pesawat boeing 777-200ER itu berada dilautan hindi maka untuk menemuai bangkai pesawat itu jika ianya terhempas memanglah amat mencabar sekali.

purata kedalaman lautan Hindi kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian menara berkembar petronas -KLCC kedalamannya merangkumi sepuluh kali menara KLCC.bangunan tertinggi didunia Burj Al Khalifa didubai juga hanya berketinggian 829.8 meter.kedalaman purata kautan hindi juga tidak dapat menyayingi gunung tertinggi di benua Australia iaitu gunung Kosciuszko di taman negara Kosciuszko di New South Wales Australia.
satu persolan sudah terjawab..seribu persoalan pula timbul..kemana sebenarnya haluan MH370 hendak pergi? mengapa ianya tersasar begitu jauh?adakah cockpit terbakar menyebabkan terputusnya alat hubungan?adakah sabotaj?adakah perbuatan anak kapal?benarkah pesawat berpatah balik?

Alfatihah dan takziah untuk semua keluarga mangsa..yang hidup pastinya akan pergi jua.. masa yang menentukan,cuma.. cara, keadaan, dimana dan bila kita tidak ketahui..


ok lah resepi kali ini pulak..butter cheesecake..kek sempoi tapi sedap..bagi penggemar cheese harus cuba juga resepi ini ..rasa lemak dan lembut..terasa dibuai mimpi nak menghabiskan setiap hirisan..sedappp

sebab dah lama tak buat kek untuk family ..so dapat buat kek simple macamne pun dah memadai sangat.sekejapan jer dah habis..sejak usia dah berumur macamnie minat pulak makan kek panas-panas..lepas keluar oven tak sabar nak potong dan nak merasa..
gelojoh la tu kan.

 

resepi asal dari chef Norzailina..zila kidnap dari dapur kak yatie...tq kak yati memanjangakan lagi resepinya.pada sesiapa yang nak cuba zila sertakan resepinya disini..boleh buat sendiri bila rajin..kalau malas memang tak dapat nak tolong..he hhee
ok insyaallah bersua lagi di next entry..bye semua.



Butter Cheesecake

170 gm mentega 
125 gm krim keju 
250 gm gula kastor 
5 biji kuning telur 
210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
2 camca teh vanila 
5 biji putih telur 
1/8 camca teh garam 


Cara  
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.



Wednesday, 5 March 2014

kuih loyang


Kuih loyang atau juga dikenali sebagai kuih ros, kuih bunga durian kuih cap dan kuih goyang merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras yang digoreng dalam minyak masak.

Kuih ini berasal daripada kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala) di mana kuih ini dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achappam', rasanya juga manis.

Di Malaysia, kuih ini dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.
Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna.
Kuih ini biasanya dibuat semasa musim perayaan.


Assalammualikum
salam sayang buat semua sahabat zila..haii bersua lagi..urmmm rindunya nak kesini..sekarang nie nak berblog macam slow sikit..angin malas pun ada jugak..he heee tapi jangan risau zila tetap akan berkongsi resepi disini walaupun kadang-kadang agak lambat..

first nak ucap terima kasih buat sahabat-sahabat zila yang sudi mengoder congo bar dari zila.alhamdulillah oder tak putus-putus sejak diperkenalkn hingga ke hari ini..minta maaf jika ada kekurangan..terlebih dan terkurang minta halal dunia akhirat ye *__*



ok hari ini nak cerita kuih loyang/goyang/rose..
huhhh banyaknya nama kuih ini kan..bahan-bahan yang digunakan memang nampak mudah,tapikan kalau nak buat menjadi cantik sempurna dan tak berkedut memang lah rumit bagi zila,kalau orang lain tak tau lah kan..
respect betul dengan orang dulu-dulu,pandai betul mencetak kuih ini hingga jadi cantik..kalau tak raya jarang orang buat kuih rose nie,teringat zaman kecik-kecik suka betul makan kuih nie,suka makan patah-patahkan pastu makan satu-satu ikut lubang lubang kecik tu..
bila pergi beraya rumah jiran kuih rose wajib ada..tapi zila suka makan kuih yang emak tak pernah buat,senang cerita kuih-kuih moden..h ehe hee..tapi orang dulu-dulu kalau kuih sedap-sedap diorang tak hidangpun,tunggu pergi beraya dengan emak barulah dapat rasa..
adoiii kenangan betul kan..


mesti ada yang tanya kenapa tak raya pun zila tiba-tiba rajin buat kuih rose..h ehheee sebenarnya kan dan berbalang kami beli kuih rose,husband zila minat betul dengan kuih nie..sekejapan jew dia makan..tengok-tengok kat balang dah habis dah..ermmm so zila merajinkan diri buat kuih rose nie..bila buat sendirikan dapat banyak ..tapi part berdiri depan api lama-lama tu yang paling malas sekali..

banyak resepi kuih rose sebenarnya,tapi kali ini zila tertarik nak cuba resepi dari my kitchen snippets..rasa tertarik nak cuba sebab menggunakan telur yang banyak,berbeza dari resepi biasa yang hanya menggunakan sebiji telur..

dan bila dah cuba inilah hasilnya seperti dalam gambar,agak sedikit tebal tapi memang rangup,jatuh cinta pulak dengan resepi nie..rasa lemak dan manisnya pun sedang elok..
so bagi sesiapa nak tau hasilnya kena cuba jugak..zila sharekan resepi disini sebagai rujukan.oklah bersua lagi nanti..salam sayang semua..


Adapted from
My Kitchen Snippets 

250g rice flour
4 tbsps all-purpose flour
3 eggs 
200g granulated sugar 
400ml thick coconut milk
1/4 tsp salt
enough cooking oil for deep frying

  1. Break the eggs into a mixing bowl. Add in sugar followed by the coconut milk and whisk until the sugar gets dissolved.

2. Sift together the rice flour, the all-purpose flour and the salt. Add this flour mixture to the mixing bowl in (1). Whisk until they combine really well.

3. Heat up enough cooking oil in a wok on high heat. Make sure that the oil is well heated before you begin. I have it tested with a wooden chopstick. A stream of tiny bubbles seen as the end of the chopstick is dipped into the oil indicates that the oil is ready. Turn the heat down to medium. Place the brass mould into wok and let sit and preheat for about a minute.

4. Transfer the mould into the batter and dip just deep enough to cover the sides neatly, leaving the top surface batter-free. Keep still for about 5 seconds.

5. Transfer the mould into the hot oil, keeping it immersed for about 15 seconds. Lightly shake to free the cookie and leave the mould in the hot oil.

6. Let the first cookie fry while you bring in the second cookie repeating steps (4) - (5) - 
7. When the first cookie has turned golden brown, remove the cookie and drain on a sieve. 

8. Repeat steps (4) - (7) until all the batter has been used up.

9. Let cool completely and store in air-tight containers.

Sunday, 23 February 2014

cream puffs


Assalammualikum
salam sayang pada semua sahabat zila diluar sana..
semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik..minggu lepas nak menulis blog rasa macam malas sangat..macam tak ada idea dah nak menulis..tu la kan bukannya hari-hari kita ada modal nak berbicara
..kadang-kadang mood kelaut jugak..mood nak duduk diam-diam..tak nak fikir apa-apa..


sana -sini orang sibuk cerita pasal erra fazira bercerai..
macam-macam andaian ada..yang baik dan yang buruk..kita sebagai pendengar boleh dengar jewlah..tak boleh nak cakap siapa yang salah..

ajal maut..jodoh pertemuan ditangan tuhan..siapa yang nak bercerai kan..tanyalah pada semua kat dunia nie..kalau boleh masing-masing nak mempertahankan rumahtangga yang dibina hingga ke akhir hayat..tapi ketentuan itu dari ALLAH ..kalau dah itu suratannya kena terima dengan hati yang rela dan terbuka.


oklah tinggalkan dunia artis..hari ini plan nak beli barang dapur..banyak yang dah habis ..nak memasak pun macam tak ada mood kalau semua barang tak ada..
tunggu petang-petang sikit baru rajin nak keluar..nie pun tengah panas..nak keluar sekarang nie kena prepair kan baby dulu..siap semua barang-barang dia baru kita pulak bersiap..
tu ler kadang-kadang buat malas nak keluar..



pic dah lama kat draf sebenarnya..aritu bila teringin nak makan cream puff godeh-godeh satu adunan..cukuplah untuk kami dua beranak..husband tak suka pulak cream puff..errmm..pelik pulak..zila ok jew..apa-apa ngapp jew..asal halal..he he hee

dan bila husband tak suka memanglah jarang sikit nak buat..resepi tak perlu dikongsi..masing-masing mesti dah tau kan...

oklah sampai disini dulu buat hari ini..bersua lagi nanti..salam sayang semua ..bye..



Tuesday, 11 February 2014

congo bar



Assalammualaikum
selamat pagi..apa khabar sahabat zila...sekejap dah selasa...

dah sarapan belum?..bagi surirumah bolehlah buat sarapan pagi-pagi macamniekan.. tapi mesti pening juga kalau hari-hari memasak..kekadang tak ada idea nak masak apa..

bagi yang bekerja macam biasa memang kena beli jewlah..kuih muih sekarang pun dah naik harga sesetengah tempah dah 5 dua ringgit..alahai kecik jew..makan pun tak kenyang lansung..itulah lah kan kesan dari harga barang yang semuanya melambung naik..


sekarang nie kan kalau nak berbelanja memang kena fikir banyak kali..utamakan mana yang perlu dahulu..berbelanja secara berhemah..manis-manis nak kena kurangkan..dengan usia sekarang nie penyakit mudah sangat datang..

bila tengok ramai dihospital yang terlantar sakit seram pulak tengok..rasa bersyukur sangat kita masih lagi diberi kesihatan yang baik..sebenarnya kesihatan anugerah yang paling berharga dalam hidup kita kan..



congo bar..
resepi yang nak dikongsi hari ini..rasa macam brownese pun ada jugak..lembut macam kek..mewah dengan  rasa coklat dan kekacang.
zila buat masa cuti CNY ..bawa balik kampung sebagai buah tangan dan makan-makan dengan family..

kalau nak guna kacang badam pun boleh..tapi zila tak ada stock badam..balance walnut ada dalam setengah cawan..so potong kecil-kecil..dan lebihkan coklat nips ..memang sedap..sedap ada rasa coklat ..

apabila dah sejuk potong bentuk bar..tapi zila tak sempat tunggu sejuk..sebab dah nak bawa balik kampung..nak snap gambar..dan dah tak sabar nak makan pun ia jugak..he he heeee..
oklah sampai disini dulu ..jumpa lagi next entry..love u all..bye.


Congo Bars
Ingredients
2¾ cups all-purpose flour
2½ teaspoons baking powder
½ teaspoon salt
200 grams butter - softened in room temperature
320 grams light brown sugar
3 eggs
1 teaspoon vanilla essence
325 grams chocolate chips
1 cup chopped pecans/walnuts/almonds

Methods
1.    Sift flour, baking powder and salt in bowl and put aside.
2.    In another bowl, mix brown sugar with butter until dissolve.
3.    Put egg one by one and mix well.  Put vanilla essence.
4.    Pour sifted mixture of flour, baking powder and salt and mix it well.
5.    Put chocolate chips and nuts and mix it well.
6.    Pour the mixture into buttered tray, layered with grease paper.
7.    Bake in pre-heat oven at 180 degree Celsius for 20 – 30 minutes.
8.    Cut it to equal square size bars.












Wednesday, 29 January 2014

karipap pusing / spiral curry puffs



Assalammualikum
haii ..bersua lagi..minggu nie macam rajin sikit update blog..bukannya apa..kalau free memang suka menulis sesuatu disini..cuma kadang-kadang anak meragam..dan badan pulak dah letih ..tu la penyumbang malas nak menaip..pic masakan berderet..cuma nak post jew terhegeh-hegeh ..he hee hee


hari ini nak kongsi menu karipap pusing..dulu-dulu pernah tolong kawan buat karipap pusing nie..time tu tak kawin lagi..emak dia berniaga di pasar malam..karipap dia memang sedap..tapi resepi tu zila dah lupa ..almaklumlah berpuluh tahun..dan kawan tu pulak dah bertahun tak jumpa..emak beliau pun dah meninggal dunia..insyallah nanti kalau terjumpa kawan tu ..zila share resepinya disini ok..


sebenarnya dah banyak resepi karipap pusing zila cuba..banyak perbezaan bila kita menggunakan majerin dan shortening..tapi kali ini zila sharekan resepi dari kak shiela dulu yang menggunakan shortening dan majerin.
lapisannya sangat jelas kelihatan..kulitnya jugak agak rangup..yang menggunakan majerin lapisannya agak kurang..tapi tetap rangup jugak..

zila suka kedua-dua resepi..dah banyak kali buat..tak mengecewakan..ramai yang dah cuba resepi kak shiela kan..buat akak shiela tq very much kak..share resepi disini jugak..buat rujukan diri dan kawan-kawan.


Bahan doh A 
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin

Cara

  1. Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan. 

Bahan doh B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran - boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras

Cara

  1. Untuk doh B panaskan minyak dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung.. buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas.
  2. Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. 
  3. Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi 4 dan dibulatkan


Gelekan satu bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan satu bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh-doh seterusnya.
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis

Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.



Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang-sedang sahaja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang-sedang sahaja. Masukan inti..lipat dan klim.

Untuk menggoreng karipap .. panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak .goreng biar keperangan.. baru lah di angkat dan tos kan...



untuk inti..ikutlah citarasa masing-masing..inti sardin atau keledek pun ok jugak. selamat mencuba.

Monday, 27 January 2014

tart kentang



Assalammualaikum
bersua kembali ..tupp tapp dah nak penghujung january..cepat kan?..kadang-kadang kan macam tak perasan masa berlalu ..bagun tidur pergi kerja..amik anak..balik rumah ..tido..dan esoknya ulang perkara yang sama ..sampailah time cuti hujung minggu..macamtulah rutin hidup..apa-apa pun hidup mesti terus..kena isi dengan perkara-perkara yang indah..



ok lah hari ini nak share satu resepi yang zila telah cuba beberapa hari lalu..simpan resepi nie agak lama jugak..nak buat tak terbuat-buat lagi..dan bila dah ada cheese dirumah terlaksanalah ..

resepi simple dan mengeyangkan..kalau dah jemu makan nasi bolehlah makan tart kentang nie..sedap..makan cicah sos..time panas-panas..alahai..lagi-lagi letak cheese mozarella bayak sikit..ermmm best..
zila letak craps stick tu lebih..bila gigit tu terasa-rasa craps stick tue..

bakar garing-garing sikit..baru best..seperti biasa resepi kidnap dari dapur kesayangan..kak ayu.. zila memang suka ke dapur beliau..semua masakannya sedap-sedap..buat kak ayu cayang..tq yer..halal resepinya zila share disini jugak sebagai rujukan teman-teman alam maya..


Tart Kentang

Bahan-bahannya
5 biji kentang - dikupas, basuh bersih dan diparut halus
1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
1/2 biji bawang besar juga diparut
Sedikit potongan daun bawang
2 batang crab stick dipotong kecil 
1/4 cawan susu segar 
3 biji telur 
1 packet mozzarella cheese
garam dan serbuk ladaputih secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung 

Cara 
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.
5- Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja. 



Tuesday, 21 January 2014

nga ku arrowhead chips black papper & chilli


Assalammualaikum
uittss seminggu dah tak menulis di blog kesayangan..
apa khabar semua..tuan rumah tak berapa sihat semiggu nie..mula-mula baby muhammad demam..selsema ..dan batuk..pakej lengkap..dalam seminggu macamtulah..

first time demam seteruk ini..sejak lahir inilah kali pertama demam teruk..nak beralih bulan kataorang..ataupun nak pandai sesuatu..tapi baby kecik kalau sakit memang tak sampai hati tengok..rasanya biarlah kita yang ambil demam tu ..



dan dalam minggu ini zila pulak demam .. selsema..tapi kalau dah tua-tua camne ..demam pun macam tak demam..h ehee kerja rumah pun harusss dibuat jugak..

demam ngaku sekarang nie..ramai blogger yang dah buat..pergi mana-mana pasaraya mesti nampak buah nie..tentang harga banyak yang berbeza..mungkin dikira dari kualitii buah ..zila pun tak pasti...
sempat jugak zila buat dalam sekilo..pilih buah ngaku yang agak besar sikit..tapi kebanyakan 30 % mesti tak berapa cantik..kena sagat beberapa kali baru dapat kepingan yang comel..



resepi simple .separuh zila tabur dengan black papper dan separuh lagi campur lada kering goreng..memang sedap..rasa pedas-pedas..
kalau anak suka makan kerepek sekilo mesti tak cukup..memang kena buat kebih..tapi yang tak laratnya berdiri mengadap api lama-lama..h ehehe tu yang lemah sikit..tapi kalau ada dapur bawah mmg best..leh duduk jew..




Ngaku - Fried Arrowhead Chip

Ingredients
A few arrowheads
Salt water
Oil for deep-frying

Directions

  • Slice the top and bottom of the arrowhead off and skin it. Soak it in salt water for an hour (longer if you like) before setting it aside to dry.
  • Then slice it thinly and deep fry them. Don't put them in all at once as they will stick together. You have to put them into the oil, slice by slice.
  • Remove the chips when they are lightly golden brown. Drain the chips from excess oil and cool them completely before storing in airtight container. You can sprinkle some salt while draining the chips from oil.


Monday, 6 January 2014

ayam goreng bawang putih


Assalammualaikum..

salam tahun baru..melangkah ke tahun baru ..alhamdulillah masih dipanjangkan umur bertemu lagi di tahun 2014..banyak list yang dah dibuat untuk tahun baru ini..merangkumi juga resepi-resepi baru yang ingin dicuba..dimana tahun lepas sangat sedikit entry saya..


isnin ini hari pertama saya kerja..amboiiii lemak betul kan dah setengah tahun bersamaan enam bulan berehat panjang..dua bulan warded hospital diikuti dua bulan cuti bersalin dan disambung semula dengan unpaid leave..tak malas kew nak naik kerja?..errmmm maunya tak malas..lemak dan jadi tepu..he hee hee

baby muhammad pun dah empat bulan..rasa rindu pulak dengan dia..almaklumlah hari-hari berdua..bila nak ditinggalkan dengan orang rasa tak sampai hati pun ada..sobb sobbb
alhamdulillah dapat kawan yang baik yang boleh jaga muhammad..tak la risau sangat..moga anak ibu tak nakal tau..


resepi pembuka bicara 2014..ayam goreng bawang putih ..hidangan paling famous di batam..kak ayu pernah rasa ayam nie dibatam katanya sedapppp..masih mengekalkan resepi dari kak ayu singapore..bila kak ayu kata sedap..terus saya bookmark resepi ini..kena makan time panas -panas..baru rasa kenikmatan ayam nie..bawang putih tu makan sekali pun sedap..rasa lemak-lemak masin..

pendek kata memang kena cuba buat baru kita dapat tau kesedapannya..betul tak..^__^




kak ayu gandingkan menu ini bersama nasi lemak daun ketapang..tapi zila tak jumpa pulak daun ketapang..so amik jew la daun pisang..itupun dah nak layu..aritu balik kampung amik tiga pelepah masuk ke dalam fridge.. tapi dah berminggu tak guna..lebam dah colour hijau tu..tak chumill dohh..


zila buat setengah ekor ayam..sebab makan berdua jew...bawang putih tu pada sesiapa yang suka bolehlah dilebihkan..agak-agak ikut selera masing-masing.in sha allah satu hari nanti kalau sampai ke batam ayam bawang putih harus saya cuba..tungguuu..


Ayam goreng bawang putih
rujukan: kak ayu spore
resepi asal: just try&taste

This recipe is for 1 chicken
Materials required
1 whole young chicken (weighing about 700 grams) cut into small pieces.
3 garlic chunks, hit-hit with wooden rolling up bruised but not until it is destroyed
Cooking oil as needed (providing that a lot)

Materials in puree
8 cloves of garlic
3 spring onions
2 teaspoons toasted coriander
2 segment turmeric
1 teaspoon grated ginger
Other spices:
1 teaspoon cornstarch
1 tablespoon oyster sauce
1 teaspoon salt
2 teaspoons baking powder

How to Make Chicken Fried Garlic

Prepare the chicken, stir the lime juice from half an orange + 2 teaspoons salt, knead. Let stand for 15 minutes, wash and drain.
Prepare a bowl, then fill in all the spices, cornstarch, salt, baking powder and oyster sauce, stir until blended. Add chicken, and stir until smooth with a spatula. Let stand for 20 minutes until the spices to infuse.
Prepare garlic that has been lapped up most of garlic regardless of his skin and bruising, remember! should not be destroyed. Give 1/2 teaspoon salt, sprinkle until blended.
Prepare the pan, pour a lot of oil. Heat the oil until really hot. Add the garlic, and fry garlic until cooked and crispy, remove and drain. For frying chicken, use waste oil from frying garlic.

Up here, you're ready to fry chicken, fry chicken until all the meat is submerged in the oil, if oil is not much, fried chicken in 2 or 3 stages. If it is cooked, remove chicken and drain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang