Pages

Thursday, 2 July 2026

Mini Burnt Cheese kek

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sempena hari jadi zila yang jatuh pada 30 June haritu ada Iqbal bagi cheese cake sebiji,katanya Qistina order dari kawan office dia..dia dah pernah order dengan officemate dia tu aritu,lepas dia rasa teringat dia kat zila ..katanya pasti ibu suka nie.. nanti insyaallah next entry zila akan share pic cheesecake tu  di blog nie.

Tapi mini burnt cheese cake nie zila buat sendiri..senang je nak buat cheese cake sebenarnya antara faktor rajin dan malas je menguasai diri,disamping faktor ahli keluarga yang kurang makan kek macamniepun menyumbang kepada kemalasan nak bikin sendiri..

Disebabkan malas nak menunggu lama time membakar,maka buatlah versi mini macamnie,senang nak makan tak payah potong..terasa nak makan ambik je sebiji...belen dia masuk peti ais,makan sejuk pun sedap je kan.
Zila guna resepi dibawah tu,sebenarnya suka tepek resepi sekali disini senang nanti nak rujuk balik bila nak buat..zila tak guna paper cup,guna je kertas minyak yang ada kat rumah nie,tekan dengan gelas..jadilah bentuk gitu..saja malas nak beli paper cup nanti terbiar macamtu je tak guna..


Mini Burnt Cheese kek

Bahan
500 gram cheese
200ml whipping cream
160 gram gula kastor
3 biji telur A
1/2 tbs vanilla
1  tbs tepung gandum
Sedikit garam

Caranya
1.Pukul cheese dan gula hingga putih,guna whisk pun boleh je.
2.Masuk telur satu persatu ye..pukul setiap satu tu hingga tercampur rata.
3.Masuk esen vanila,tepung gandum dan garam.mix rata guna spatula.
4.Kemudian tapiskn..bagi cantik 
5.Sediakan acuan dan baking paper..tuang adunan kedalam acuan..tuang penuh ya.
6.Bakar pada suhu 200c sampai atas dia itam sikit.
7.Keluarkan..tunggu betul² sejuk baru bukak kertas baking tu..kalau tak nanti tak cantik kejadian dia..melekat.


6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Betul³, nanti beli paper cup gunanya 6 lai jer, hihi.

AMIIZAA@Mieja said...

happy belated birthday zila.....sedapnyaaaaaa burnt cheese cake

Cik Nur said...

Happy belatedd besdayyyy
Sama tarihk kakak sulong ciknur ni
Tibaa nmpk posting zila lamaaanya rasa tak nmpk zila

zila norazila said...

ha ah..betul sangat tu

zila norazila said...

tq miza ..dah meningkat usia lagi setahun hihi

zila norazila said...

tq cik nur..laa ada geng jugak ea june 30..ada je ni cik nuur bila rajin dtg ada je nak menulis ..klu x senyappp jew lah ..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang