Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Balik dari 'Pulau Belakang Padang' kami balik semula ke Pulau Batam,memang perancangan awal kami akan makan di kedai yang viral disini 'Pagi Sore' yang sentisa menjadi sebutan tu..tapi disebabkan ramai orang ketika itu maka kami tukar ke tempat lain yang lebih santai.
Akhirnya kami ke Gerai Nelayan 2M Mentarau ...sebuah kedai makan makanan laut (seafood) dan hidangan tempatan yang terletak di kawasan Mentarau, Patam Lestari, dalam mukim Sekupang, Kota Batam.
Suasana Kampung dan berada di tepi laut.
Kedai ini cukup popular dalam kalangan pengunjung tempatan mahupun pelancong dari Malaysia dan Singapura kerana kedudukannya yang menawarkan suasana santai seakan kita berada di perkampungan nelayan. Keadaan persekitarannya yang berangin menjadikan ia tempat yang sangat selesa...kira kalau di JB ala Senibung macamtulah.
Sebagai sebuah "Gerai Nelayan", tarikan utama di sini sudah tentulah hidangan lautnya yang segar. Antara hidangan yang sering menjadi tumpuan termasuklah masakan ketam, udang, sotong goreng tepung, serta pelbagai variasi masakan sayur-sayuran tempatan yang dimasak panas-panas mengikut apa yang kita pesan.
Harga disini lebih berpatutan berbanding dengan restoran seafood besar berskala pelancong di tengah bandar Batam, gerai ini juga terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana menawarkan harga yang lebih mesra poket dengan saiz hidangan yang memuaskan.
Layan gambar hidangan yang kami order disini..cukuplahkan untuk kami berlima..Ahmad tak makan sangat makanan macamnie so tolak sorang ..kira hidangan untuk kami ber empat..
Selain menawarkan suasana kampung nelayan tepi laut yang sangat santai dan hidangan makanan laut (seafood) yang segar, Gerai Nelayan 2M Mentarau mempunyai beberapa lagi keistimewaan yang membuatkannya unik
Sebahagian daripada struktur kedai ini dibina reka bentuk seakan kelong di atas air.. dan lebih best apabila air pasang tiba..
Dari gerai ini kita boleh juga menikmati hidangan sambil melihat pemandangan ikonik Jambatan Barelang dari jauh serta bot-bot nelayan yang lalu-lalang di kawasan persekitaran.
Jika datang pada waktu lewat petang, tempat ini menjadi lokasi yang sangat menarik untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam (sunset) sambil menikmati angin laut.
Jumlah harga yang kami makan haritu,kalau ditukar ke Ringgit Malaysia hanya dalam RM161.80 pada waktu itu.Kalau sekarang duit Indonesia lagi meyusut hanya RM151.00 sahaja.
Maklumat Operasi & Lokasi
Alamat Mentarau RT. 1 / RW. 1, Patam Lestari, Kec. Sekupang, Kota Batam, Kepulauan Riau.
Waktu dibuka: Jam 10:00 Pagi hingga 10:00 Malam setiap hari (Isnin – Ahad).
Nombor Telefon: +62 813-6422-1191
.jpg)











.jpg)


.jpg)

.jpg)
No comments:
Post a Comment