Pusing-pusing area Kuala Selangor,bila lalu jambatan menyeberangi sungai ni ternampak bot besar di LKIM ni..dalam hati macamanalah nak kesitu..tujuan nak kesitu saja nak ambik gambar pemandangan dan boat nelayan dengan lebih dekat,pusing punya pusing jumpalah jugak jalan masuk kesini.
Dan terus drive parking terus kedalam,kawasan disini senyap..orang pun tak ada..bila jumpa gurd tu baru tau kawasan ni kawasan larangan memang tak boleh amik gambar..ha haa.
Saya cakap dekat gurd tu kalau nak amik gambar sekejap boleh x..sebab dah kata orang alang-alang masuk jangan balik tangan kosong pulak kan..gurd tu kasi..cakap ambiklah tapi cepat sikitlah takut orang lain nampak nanti kira ta fairlah dia bagi saya masuk..owhh camgitu..so sepantas yang mungkin ambik gambar..yang penting dah dapat ambik gambar puas hati..
View dari seberang sana ..sesiapa yang nak pergi ke Sky Mirror bolehlah kesitu.
Ada papan tanda,memang tempat larangan rupanya.
Bersebelahan dengan bangunan LKIM ada tempat sembahyang cina dan masuk sedikit kedalam tu ada perkampungan nelayan masyarakat cina.
Ok teruskan lagi drive kita nak ke Bukit Malawati pulak,tak pernah naik bukit ni..kalau hiking seronok jugak ,park kereta dekat bawah dan bolehlah berjalan kaki naik keatas.Tapi bawak emak dan anak kecik memang sure diorang tak larat nak berjalan naik keatas.
Hari biasa tiada caj dikenakan,boleh terus drive kereta naik keatas puncak,Tram pun tak ada pada hari biasa,katanya operasi akan dijalankan pada hari sabtu dan Ahad sahaja.
Penyambut tetamu kami kesini ..haaa tentunya monyet yang terlalu banyak,sana sini ada.mulanya rasa macam seram jugak nak turun dari kereta dan ambik gambar,tapi tengok monyet ni macam tak menggangu kami ok jewlah teruskan snap pic lebih kurang sebagai kenangan kami dah sampai kesini.
Kami pergi cuti sekolah dan waktu petang,so agak ramai jugaklah pengunjung yang ada sini.pelancong asing pun ramai jugak rupanya naik kesini.
Sampai di puncak ada rumah api yang menjadi tarikkan utama disini.ramai yang tak melepaskan peluang merakamkan gambar berlatar belakangkan rumah api tu.ada pintu nak masuk ke rumah api tu,tapi tutup mungkin memang tidak dibenarkan masuk kedalam.
Ada muzium jugak disini tapi kami sampai dah lewat petang so tutuplah semua dah.
Ada peniaga yang menjual makanan untuk monyet.
Rumah api ini siap dibina pada 1907 dan lampu dirumah api ni akan dipasang kira-kira pukul 7 petang hingga ke 6 pagi.
Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.
Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.
Peniaga yang menjual makanan untuk monyet yang banyak terdapat disini.
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.
Meneruskan perjalanan menuruni bukit,disini terdapat Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor.
Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)
Terus menuruni bukit malawati,ditepi-tepi dinding dihiasi dengan lukisan mural yang menggambarkan sejarah disini.
Pusing disekitar sini pulak.orang tak berapa ramai mungkin tak kena pada hari cuti hujung minggu kawasan sekitar sunyi je.masuk jugaklah kedalam ni ..tinjau harga kalau nak pergi ke sky mirror tu..mungkin next time kami datang lagi nak jugak merasa ambik gambar macam mirror tu kan.
Dah nak maghrib kita pun balik lah kerumah kakak ipar..adalah dalam 1 jam lebih untuk sampai kerumah ..jalan jem teruk bertabahlah nampaknya.kalau di jb pun dah biasa hadap jem macamni..kiranya macam dah lali hihii..