Pages

Thursday, 22 January 2015

coklate moist cake


Assalammualaikum
hai..jumpa lagi hari ini..moga semua sahabat zila sihat sentiasa..lamanya tak menjengah blog ni..dah 22 january rupanya..errmmm cepatnya..rasa macam baru jew satu january..

mood malas nak menaip di blog..biasalah orang ada anak kecik memang macamni..utamakan yang penting dahulu..kena pandai-pandai bahagikan masa..kalau tak memang semuanya tak sempat ...

coklate moist kek ni dah lama zila buat sebenarkan..bulan dec tahun lepas..bila cuti sekolah anak-anak kan dirumah..buatlah makanan untuk minum petang diorang..ada lebihan badam cincang zila tabur jew atas tue..

sebenarnya banyak resepi kek coklat dalam simpanan zila..suka mencuba resepi-resepi kek coklat ..nak tengok perbezaan setiap resepi..ada yang lembab sangat..ada yang sedikit mengering..dan ada yang terasa banyak sangat coklatnya..kalau nak tahu memang kena mencuba setiap resepi yang kawan-kawan kita kongsikan.

untuk kalai ini zila mencuba resepi along roz yang dikongsikan di my.resepi asal dari chef zubaidah.alhamdulillah sedap.menepati citarasa kami sekeluarga.semenjak dah berusia ni minat betul makan kek panas-panas..rasa macam sedap jew..he he heee

kek coklat zila ni nampak sedikit hitam ..sebab zila guna campuran coklat hitam dan coklat biasa..jadi sesiapa yang suka colour macam hitam-hitam gitew boleh campur ye..zila guna serbuk coklat biasa 70gram dan 30 gram serbuk coklat hitam.ok selamat mencuba..insyaallah jumpa lagi next entry..


Bahan
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 sudu teh Bicabonat Soda
1 sudu teh Baking Powder

cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin.tak payah sampai menggelegak.
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. gaulkan bahan kering dan campurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik dan disapu minyak. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

Ganache coklat
500 gram coklat masakan
50 gram mentega
125 ml susu cair

caranya
panaskan mentega dan susu cair sehingga cair -double boiler
kemudian masukkan coklat masakan yang telah di racik.
kacau sehingga semuanya sebati.
tunggu sejuk sedikit dan tuang keatas kek.

15 comments:

Yana Shaiful said...

huhuu..kek coklat sntiasa di hati.. tak pernah puas mkn ^_^

umi's cup cake said...

MasyaAllah zila nampak sedap sangat kek coklat tu..umi dah lama tak buat...tgh tggu ada permintaan

Bbwana adienia said...

kek coklat sentiasa di hati..x jemu makan..

Fadzillah said...

Salam Zila.... nampak sedap sangat kek coklat tu. Memang feberat anak-anak saya. Lepas ni bolehlah dicuba resepinya.

Kakzakie said...

Alaaa.... Zila ni buat kek apa pun sedap. Kakak cuma tengok texture kek itu pun dah terliur dibuatnya:)

Nina Mirza said...

Choc moist cake tak pernah telan dek zaman. Sentiasa di hati

tun_telani said...

Salam kak zila.. mmg nmpk moist betul kek cekelat nih..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedapnya. Boleh nak cuba juga ni ikut resepi ni. Terima kasih akak.

Umie Jazz said...

Assalamualakum zila cyg..tetiba zila pos kek coklat moist .mmg menggugat keimanan btul kek coklat zila ni...

Najib Ariyan said...

alaaaa nampak sedap sangat kek coklat tu tapi sayangnya saya tak pandai nak buat kek... kek apa pun...

anajingga said...

wow sangat menyedapkan pandangan, pasti rasanya pun enak di makan begitu saja, tq share resepi boleh try versi zila pula nanti, was here :)

Rosdi Eunos said...

tenguk tekstur kek tu, mcm dah rasa kat tekak. Saya setuju dengan zila.. kek coklat ni makan panas lagi sedap.. even ganache dia, bila masih panas dan cair, drizzlekan atas coklat tu ... lagi terangkat

tiga lalat said...

Salam .hee sedap. Gambar pun cantik.

Jari Manis said...

kukus ye..JM ingat perlu ada oven atau ketuhar sbb kat umah x de....boleh try nih

abuya said...

tengok pun dah meleleh.... phewwww

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...