Pages

Wednesday 3 December 2014

prosperity burger lagi..



Assalammualaikum.
biasanya nak makan prosperity burger kena tunggu nak raya cina baru ada set hidangan ini.bila mula diperkenalkan dimalaysia tak mahal sangat..sejak beberapa tahun kebelakangan ini harga pun dah naik sampai ke belasan ringgit.

menu-menu macam ini akan keluar pada musim cuti sekolah ...bila dah buntu nak memasak apa bolehlah cuba buat burger macamni dirumah.menjimatkan..anak-anak pun suka sebab boleh makan berulang-ulang.boleh seimbangkan rasa kepedasan lada hitam mengikut selera.kalau original prosperity buger memang agak pedas bagi tekak zila..


Untuk roti zila beli roti yang dah siap.boleh cari dikedai runcit atau pasaraya.daging buger pula zila guna jenama ramli.daging oblong.satu pack berharga 14 ringgit lebih..ada beberapa slice jugak..kalau makan berdua memang puas sangat.
resepi sos blackpaper pula zila dah pernah kongsikan diblog ini beberapa tahun lalu..tengok SINI zila sertakan lagi resepinya disini untuk memudahkan anda mencari.bagi sesiapa yang nak bawa anak-anak bercuti ke pantai boleh buat buger nie..lepas mandi-manda memang lapar kan.


Sos lada hitam

Bahan-bahan
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu) - zila tak letak
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato - zila guna sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus) boleh lebihkan amaun ikut selera - zila letak 2 sudu besar dan tumbuk kasar.
sedikit tepung jagung
2 sudu besar sos black paper - zila tambah


Cara-cara
  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan kiub ayam dan kacau. Masukkan air tadi dan kacau.
  4. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak) dan sos black paper..
  5. Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit.
  10. Kacau hingga menggelegak. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.
  11. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  12. Boleh dihidangkan semasa panas.

selit story oder semalam ..Dua biji Kek marble yang dioder oleh sahabat zila fatin.terima kasih banyak dear sudi oder dengan zila..harap halalkan segala kekurangan..dan thanks banyak support zila.

16 comments:

Kakcik Seroja said...

Pagi2 tengok gambar oblong, terus perut menyanyi-nyanyi... :)

Kakzakie Purvit said...

Tak payah tunggu nak ke pantai Zila, makan malam, tengahari pun kenyang ni:)

IeRA said...

SAlam..

Sedapnya.. Lepas ni tak yah gi MD dah kan

umi's cup cake said...

bila cuti sekolah..ibu2 mesti makin rajin dan seronok nak masak...zila, hulur burger tu satu...

Nina Mirza said...

Sedapnya...!! Fat Nina nie.... Dah lama x pekena
Ada extra x zila? Hehee...

Unknown said...

Cantiknya marble cake tu..

Anonymous said...

Fuyooo bestnya, teringat2 jgk tp nak masuk ke kedai fast food tu mcm berat sikit, ni yg semangat nak uli roti ni haha

Anonymous said...

walaaa....sangat sangat bestnya kalau buat sendiri kan....kena tunggun angin kus kus rajin mai baru boleh. Sejak duk KK ni mood masak down sikit.... :) kek tu nak selit order gak lah...pos ke kk boleh...?

mayangbakingmadness said...

salam kenal zila.. terus gambar nengok burger n...

Ayu said...

assalam zila,
dah boleh buat sendiri..tak payah tunggu chinese new year untuk menikmati prosperity burger nikan...
anak2 cuti sekolah memang makanan macam nilah dia orang suka..:)

kakrose said...

sos lada hitam tu boleh mkn dengan kambing bakar tak Zila. selalu Ky beli sos yg dah siap..

Najib Ariyan Ali Basha said...

cantiknya gambar tu... kalau saya makan burger tu saya akan ketepikan bawang tu... tak suka bawang mentah atau saya akan goreng atau bakar bawang tu... biar dia karemelise dulu... and kek bawah tu sangat sedap weihhhh... makan kosong pun sodappp

zila norazila said...

ummiakid@lily..amboi kk jauh tu dear..tggu balik jb nnt ea..miz u:)

zila norazila said...

kakyon
zila rasa ok jew kak..tp akk try buat dulu..dgn yg beli tu akk comparekn..sbb zila x pernh rasa yg beli tu.

ziranomil said...

Cmne nk bg daging 2 lembut

zila norazila said...

ziranomil
daging burger jangan dimasak terlalu lama..nnt jadi keras dah tak sedap..kalu guna daging ramli baca panduan cara memasknya dibelakang pack..insyaallah lembut dan sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang