Pages

Friday, 22 March 2013

markisa snow cheese cake


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..
jumaat yang indah..hari ini cuaca ok tak berapa panas..kalau nak mengemas bunga diluar rumah memang sesuai sangat..h ehhee ..tapi bunga yang ada dirumah nie hanya dua pasu jew..tak perlu la sangat nak dikemaskan..


hari ini hari terakhir sekolah..esok masing-masing dah mula bercuti..bukan anak-anak jew yang seronak tapi ibu-ibu pun seronak...dapat la berehat seminggu dari tugas-tugas mengambil dan menghantar anak..memang pengorbanan seorang ibu susah nak dibalas kan..sanggup susah payah demi anak..harap anak-anak sentiasa menghargainya kan..


bercerita mengenai kek nie pulak..kek nie zila dah sharekan di majalah MIDI sebenarnya memang dah lama simpan niat nak buat..dan bila puan mariam mintak 3 jenis kek..so zila rasa nak cuba buat kek nie..alhamdulillah menjadi dan seriously memang sedap sangat..

sesiapa yang tak pernah buat memang harus kena cuba..anak dan hubby zila sangat suka..rasanya sepotong jew zila dapat rasa..selebihnya habis diorang kerjakan..he hhee..tunggu raya baru boleh buat lagi..dengan keadaan sekarang nie memang tersangatlah malas..

buat pemilik resepi asal Sherry mz@MyR terima kasih banyak-banyak zila ucapkan ..juga buat hasue zila buat topping krim tue ikut hasue..guna whip cream rasanya memang tak muak..memang sedap..
ok lah zila panjangkan lagi resepi disini..zila ubah mengikut citarasa zila dengan menambah buah markisa disetiap lapisan..rasanya ada sedikit masam-masam manis..kena dengan tekak kami sekeluarga..
smoga perkongsian ini mendapat menufaat untuk semua..sampai disini dulu untuk semua..berjumpa lagi nanti bye..^___^


Markisa snow cheese cake

6 biji telur ayam - buang 2 putihnya
100 gram gula halus
100 gram naik sendiri
60 gram tepung jagung 
50 gram air sejuk dari peti ais
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega - dicairkan
sedikit essen vanilla
beberapa biji buah markisa

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
   Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah 
disapu sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45  minit ke 1 jam dengan kepanasan 150C.


5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim  di atas separuh kek tadi,letakkan buah markisa segar secukupnya,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim  sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheedar cheese  yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.

9. Masukkan didalam peti ais selama 1-2 jam,keluarkan kek dan potong.
   letakkan markisa segar dipermukaan kek.

untuk krim
1 kotak cream cheese 
250ml whipping cream-pukul hingga agak kental
3 sudu susu pekat manis

caranya
pukul cream cheese dan susu pekat seketika,dalam bekas lain putar whipping cream sehingga kental.
campurkan kedua-dua adunan gaul rata.sapukan pada luar dan lapisan kek.

Topping
1/2 kotak cheddar cheese - parutkan

tips berguna 
Pastikan diparut halus cheedar cheese supaya  tidak terasa muak bila dimakan.







Wednesday, 20 March 2013

sarawak - kami datang part - 1


"Sayang serawak sungainya sempit
Berbuahnya nenas lamun-lamunan
Hendaknya kubawa perahu ku sempit
Tinggal lah emas, tinggal lah kenangan"

"Biduk ku kayuh ke tengah lautan
Hendak menuju dalamnya kuala
Sungguh hatiku sudah lama terpaut
Mengapa tuan tiada berita"

wahhh awal-awal kalimah dah nyanyi-nyanyi kan..he hehe ee..senang betul hati..pic diatas tue adalah sungai sarawak..dari pemerhatian saya  sungai sarawak agak luas..tak la terlalu sempit..rupanya sekadar lagu jew..hakikatnya..bila kita meyusuri disepanjang sungai ini.ianya amat mendamaikan....




Assalammualaikum 
salam sejahtera dan salam sayang untuk semua..bertemu kembali hari ini..sihat tak semua??..zila sebenarnya seminggu tak sihat..sakit tekak demam,selsema dan batuk..pakej lengkap bila balik dari berjalan..hari nie tinggal suara jew masih serak-serak..he hhee nak jawab telefon pun malu..
percutian yang telah kami rancang dari tahun lepas lagi..tupp-tuppp saya berbadan dua..kalau ikutkan hati memang malassss sangat nak pergi..tapi segala-galanya dah dibooking dari tahun lepas lagi...so memang kena pergi jugak la kan...

percutian kami sekeluarga selama 5 hari 5 malam..satu masa yang lama jugak kan..rata jugak area kuching dan kawasan yang sewaktu denganya saya jejaki..kesimpulannya..memang puas hati..

group kami seramai 10  orang..semuanya bukan orang lain pun.. saya satu family,emak dan family mertua adik lelaki saya....so kali ini kami memilih untuk tinggal di homestay jew..rasanya lebih meriah..dan terasa macam rumah sendiri jew..segala kelengkapan telah disediakan.semua bilik berhawa dingin dan amat selesa..transport dan driver yang berpengalaman juga disediakan selama 5 hari 5 malam.so di sini kami tak perlu drive dan sewa van sendiri..dan x payah pening-pening nak cari jalan kan..



flight kami yang sepatutnya berlepas pada 9.25 tiba-tiba didelaykan hingga ke   10.10 malam..biasalah Air Asia ..errmmm tak boleh buat apakan..nak amik pic malam-malam memang saya tak suka..tunggu jew la jawabnya..
sampai di airport kucing dalam pukul 11 lebih..sampai jew disitu saya pun call abang driver..sbb segala transport dan penginapan dibawah urusan saya..so kena buat kerja sampai habis la kan..he hhee .jarak homestay dari airport cuma 15 minit jew..dekat jew kan..sampai rumah penginapan terus chek semua-semua..kot-kot ada yang tak sama seperti yang dijanjikan..alhamdulillah..semuanya seperti yang telah diemailkan kepada saya..puas hati..


ok perjalanan kami di hari pertama..
driver membawa kami ke muzium yang ada disekitar kucing..apa yang menarik disini?..sebenarnya banyak ilmu yang ada..bagi penggemar sejarah harus kesini..boleh membaca satu persatu sejarah-sejarah lama..
tapi sayang muzium seni kami tak dapat masuk..sebab time tue diorang lunch..so tutup sekejap..tak dapat tengok ada apa kat dalamnya..


Diantara barangan yang dijual di pintu masuk muzium  etnologi sarawak..suka tengok bag anyaman tikar tue..cantikk..




Barangan tembaga..kalau dapat bawak balik..wahhh memang best..h ehhee





buku tunai yang digunakan zaman pemerintahan brooke 1871..tulisan tangan yang cantik ..


wajah raja putih brooke..

Ok setelah puas menjelajah muzium ..kami di bawa pula ke Sen-Piao (Barangan Lada Hitam) ..disini saya tak sempat nak snap gambar..macam malas la pulak..sebab kedai nie tak berapa besar..kedai 2 tingkat..selain barangan lada hitam ada jugak bird nest dan barangan lain..makanan dan hasil kraf..abang driver tue pesan kepada kami jangan beli barangan kraf sebab harganya mahal..so saya beli lada hitam  RM20.00..rasanya boleh buat stock sampai setahun.. dan saya beli jugak mee kolok kering..


kemudian perjalanan kami disambung kesini pula..kedai menjual barangan kristal..tapi kedai nie kecik jew..kalau tgok dari luar macam tak ada org jual kristal pun..tapi bila dah masuk dalam..ada berbagai pilihan yang ada..dari brooch,gelang tangan..rantai...dan ass lain..disini saya hanya beli gelang tangan dan brooch jew..semuanya cantik-cantik..tapi saya nie memang agak erewet kalau bab-bab memilih..tu yang susah..h ehhee..harga rasanya agak mahal sikit..lebih murah jika kita membeli di sabah..



inilah dia buah keranji..tapi buah keranji nie tak ada dalam perahu..he hee..kami jumpa buah nie di pasar sekitar pasar malam satok ..lepas makan dan solat kami round sekitar pasar sayuran dan ikan disini..


seumur hidup tak pernah jumpa lagi cili nie..nampak cantik-cantik betul..tapi saya tak beli..kebanyakan disini barangan dijual mengikut piring..sepiring tue RM2 ..


yang diatas nie buah pinang..sebelah dia pulak saya tak pasti..tak pernah nampak sebelum nie..sapa yang tau bagtau zila tau..nama buah nie..


dah penat round-round area pasar..kami pun terus kesini..kedai kek lapis dayang salhah..mula-mula saya nak ke kedai kek lapis mira..tapi abang driver nie kata dayang salhah punya product lagi bagus..errmmm..saya follow jew la..




memang rambang mata bila kesini..suami dan anak saya tak berhenti mencuba..semua dia test..dan semuanya diorang kata sedappp...h ehhehe so saya tempah beranika rasa  5 jenis kek..
time nak balik nanti baru kami baru ambik..diorang siap wrapping sekali..kiranya kek kami masih fresh lagi..


dah siap buat tempahan kami berangkat balik ke rumah penginapan..rasa letih  kaki nie sebab banyak sangat berjalan..sampai rumah dalam 9 lebih malam...

sempat kami bergambar dengan kucing nie..tapi sebenarnya saya minat kucing yang lagi satu..yang ada 3 ekor tue..tapi abang  driver nie kata kucing nie lagi famess..waalllaaa..keciwaa betul..pic pun suram jew..sebab time nie dah nak maghrib..muka memasing pun dah comot-comot..h ehhee 

oklah sampai disini dulu buat kali ini..nanti zila sambung lagi part ke 2 ok..bye semua..^___^


Thursday, 7 March 2013

terima kasih MIDI 1mac 2013


Assalammualaikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua..
diharap semuanya sihat tau..sebenarnya nak buat entry nie dari semalam lagi..tapi masa amat membatasi tu yang terdelay sampai ke hari ini..he hhee

Jutaan terima kasih buat Mariam Elias dan majalah MIDI edisi 1 mac 2013..sudi memberi ruang dan peluang blog zila4ever mengisi ruangan resepi blogger dikeluaran bulan ini..i love u..



3 resepi yang zila kongsikan dimajalah ini..2 resepi yang telah sedia ada diblog..dan satu resepi baru yang belum zila kongsikan diblog zila ini..

insyaallah nanti zila akan sharekan tau..
minta maaf buat semua pengunjung setia blog zila sebab kebelakangan ini agak lambat sikit nak update..kerana tuntutan masa yang sangat pack untuk minggu ini..dan hari ini zila dah bercuti..malam ini kami sekeluarga akan mula bercuti ke sarawak..semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang..

terima kasih juga untuk komen-komen yang indah dari semua..insyaallah zila akan membuat kunjungan balas..antara lambat dan cepat jew tau..


buat pengetahun semua majalah MIDI nie dikeluarkan dua kali sebulan..jom dapatkan majalah ini dipasaran..

oklah sampai disini dahulu buat kali ini..sampai bertemu lagi nanti..bye semua..  ^______^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang