Pages

Thursday, 18 April 2019

Pakistan - Murree Mall Road



Selepas ke Patriata van yang kami naiki bawa kami  kesini.
Murree jarak antara Patriata dan Murree lebih kurang 15 minit .Murree kalau penduduk tempatan akan menyebut 'Mari" 
Pada musim salji kehadiran pelancong lebih ramai ke sini.penduduk tempatan khususnya tak nak melepaskan peluang bermain salji.masa saya datang ni salji belum keluar lagi..kiranya macam tercepat pulak sampai sini,,kalau datang pada bulan januari memang ngam..boleh merasa main salji jugak.





Jarak Murree ke Azad kashmir hanya 2 jam sahaja ..manakala kalau nak ke Jammu Srinagar kashmir yang sebelah india tu hanya 133 km dari Murree.,,sebab itulah barangan disini banyak terarah kepada barangan buatan rakyat Kashmir..banyak pashmina yang dijahit tangan ..sempat juga beli 2 helai sebab sulam dia memang jahitan tangan..
Baju yang putih sebelah merah tu kain dia macam kain guni..mula-mula tak nak beli sebab dah tau memang crnfirm tak akan pakai punya..tapi bila en suami beria ia suruh beli..ermm amik jugaklah colour hijau..simpan buat kenangan.
Hampir keseluruhan barangan yang dijual disini murah..jaket kulit dari sialkot tu pun murah..adik ipar sempat beli jaket tu..kasut di Muree nie tak sama macam di lahore dan gujranwala..kebanyakkan barangan yang dijual disini menggunakan material guni..mungkin kehadiran musim sejuk nanti ianya amat sesuai dipakai.


Banyak beggers dan  hotel agents di kawasan ini..rasa kurang selesa pulak nak berjalan bila asik didatangi hotel agents..
Layan gambar kiri kanan jalan yang sempat say rakam di mall rood murree.






Kedai Pashmina.
Pilih je nak murah ke mahal semua ada..



Ni dah kenapa en suami termenung jauh hihii





Masih dalam pembinaan masa ni..mungkin sekarang dah lebih cantik pekan ni.

Monday, 15 April 2019

Patriata - Pakistan

Patriata pakistan
lari sekejap dari kesibukkan dan kepadatan penduduk di Gujranwala.Jadual hari itu sebenarnya nak cover Islamabad..nak tengok masjid Faizal ..masjid yang terbesar didunia..nak tengok senibinanya yang indah .
Perjalanan kami dari gujranwala menuju ke islamabad mengambil masa lebih kurang 4 jam.seawal 3 pagi kami bertolak dari rumah..sebab kalau boleh memang nak cover banyak tempat hari itu.sepanjang perjalan berkabus dan cuaca pagi yang sejuk sampai ketulang..kenderaan amat sukar hendak dipandu nak menikmati pemandangan kiri kanan jalan pun memang tak nampak..dan sekeping gambar pun tak dapat nak dirakam..jadinya pasrah duduk dalam kereta diam-diam..

Selepas 2 jam lebih perjalanan kami.. jalan raya tiba tiba jem..kiri kanan pun sama..dalam hati tertanya-tanya jugak ada masalah apa pulak kat depan ..kalau kat malaysia mesti ada kemalangan kalau jem teruk macamtu.
Dari info yang driver van kami bagitau ada mogok dan tunjuk perasaan di tengah haighway nak menuju ke islamabad..Adoi kenapalah nak buat tunjuk perasaan hari yang kami nak datang..buatlah hari lain .
Driver van pun meneruskan jugak perjalan ke depan walaupun ada kenderaan dari sebelah kiri dah hon dan bagitau jalan nak ke islamabad ditutup..mungkin dia ada alternative lain nak menuju ke islamabad..biasa driver pelancong memang akan tahu selok belok jalan yang biasa diaorang bawak.
ok van yang dipandu semakin kedepan..ooo memang betul ada tunjuk perasaan didepan ..ada 2 lori besar saiz kontena melintang dan menutup jalan..yang lagi best diaorang siap tido dekat bawah lori dengan selambanya.uitss memang diorang nie berani mati betul..bukan tak ada polis yang datang nak halang tapi polis tu pun takut dengan penunjuk perasaan tu..saat itu kalau saya ambil gambar memang menjadi kenangan yang indah..tapi memikirkan soal keselamatan saya dan ahli dalam van tu so saya kuburkan je niat nak ambil gambar..nanti tak pasal2 kemera kena rampas..padan muka..
Memang betul ramalan saya dekat dalam hati driver tu memang guna jalan lain nak menuju ke islamabad..lalu jalan kampung....nampaklah rumah sebiji ..sebiji ..dan driver meneruskan perjalanan menuju ke bandar islamabad..
Lebih kurang 4 jam perjalanan so nampaklah kami bandar islamabad ..bandar yang sunyi..tak sesibuk lahore..agak terkejut jugak bila tengok ibu negara pakistan yang tenang ..dalam hati memang nak ambil gambar sebanyak mungkin dekat sini..
Bila van yang dipandu semakin menuju ke kawasan bandar tiba-tiba ada sekumpulan polis menahan kami..ingatkan roadblock rupanya dia tak kasi masuk ke kawasan bandar..sebab ada sedikit rusuhan..ishhh..dalam hati bercampur baur perasaan..tengok muka polis tu macam rasa nak tumbuk pun ia jugak..hihii penat duduk dalam van 4 jam lebih naik kematu rasa..
saya pun rasa agak tak puas hati bukak tingkap dan tanya sampai pukul berapa tutup..katanya tak pasti..ermmm..oklah kita pergi tempat lain dulu..tengok apa yang menarik ada lagi dekat sini.


Kami keluar dari bandar islamabad..masing-masing cakap nak ke patriata..
Patriata ni tak berapa jauh dari bandar islamabad..apa yang saya perhatikan jalan nak menuju kesini berpusing-pusing menyusuri kawasan pergunungan..memang indah suasana dikiri kanan jalan ..banyak pokok pine dan pokok maple..cantik warna orange menghiasi kiri kanan jalan nak menuju ke puncak  pekan Patriata.


Inilah pekan Patriata..
Masih awal pagi masu tu..banyak kedai yang belum bukak lagi.
Cari bilik air sekejap..lepas tu baru pergi sarapan..sarapan gaya orang disini capati dan scramble egg ..ada rasa rempah ratuh dalam scramable egg tu....
dah siap sarapan kami start meronda ronda tengok apa yang ada dekat sini..


Deretan kedai cenderahati ..gerai makan pun ada diatas nie.tempat ni merupakan tempat popular orang islamabad bercuti..
yang popular disini ada cable car dan chairlift..mood saya aritu malas pulak nak naik.sekali pandang chairlift ni macam seram pulak duduk sambil kaki terjuntai kebawah..ni kalau pakai selipar memang boleh tercicir ha haa.
oleh sebab tak nak naik cable car atau chairlift tu saya pun pusing-pusing tengok sekeliling sambil ambil gambar sana ..sini..situ..sambil menunggu diaorang habis..



Menurut apa yang orang katakan Patriata ni dinamakan dengan tidak sengaja.sebelum kemerdekaan pakistaan ada orang asing datang melawat kesini sebab tak tau nama tempat ni dia pun bertanya pada seorang wanita tua tempatan disini untuk memberitahu nama tempat ini.
Wanita tua itu membawa tepung didalam periuk dan di junjung diatas kepalanya...dan dia juga tak boleh berbahasa inggeris...jadi sangkaanya orang asing tu mesti menanyakan apa yang dia bawa..dia pun menjawab Puttar atta..owhhh macamtu kisahnya..patutlah ada bunyi tepung atta kat hujungnya.





Bila masing-masing dah siap kami pun begerak kebawah..ke area pekan Patriata ni..kedai pun dah mula beroperasi sepenuhnya..
Suami singgah kekedai pergi cari air mineral..saya sempat jugak meninjau kedai disini..tengok apa yang diorang jual.



Saya masuk dikedai sebelah pulak..cuci mata ..nampak macam ada kelapa kering.kekacang..dan macam macam lagi..tertanya pulak kat hati buat apa pulak diorang makan kelapa kering ..mungkin untuk masakkan barangkali.
Sempat merakamkan gambar pemilik kedai disini..mintak izin dulu sebelum snap gambar..kebanyakkan orang pakistan tak mempublish gambar diaorang sesuka hati..terutama sekali kaum wanita.. so sebolehnya memang saya tak ambil gambar diorang untuk menghormati mereka.

Friday, 12 April 2019

Pakistan - makanan orang disini



Makanan orang disini..
Sepanjang setengah bulan saya disana banyaklah undangan makan malam yang saya hadiri..oleh kerana saudara mara sebelah suami memang ramai jadi setiap malam kami makan free je.alhamdulillah rezeki jangan ditolak kan.lagipun yang penting bagi saya dapat menikmati  hidangan orignal orang punjabi dan original dari dapur mereka.

Memang sangat terharu sebenarnya ada sesetengah family yang dari awal pagi bagun menyiapkan hidangan untuk kami ..




Chicken tikka.
Yang tengah buat chicken tikka tu saya panggil bhai yunos.dia dulu memang penjual tikka chicken. Memang dah bertahun tahun menjual tikka dan menurutnya tikka dia yang paling sedap dikawasan ni..owhh macamtu..sebab teruja yang dia kata paling sedap saya pun minta dia menyediakan tikka chicken untuk saya ..dia cakap kalau saya tak suruh buat pun memang dia akan buat untuk meraikan kehadiran saya kerumahnya..memang baik bhai yunos nie.. orangnya alim.. menjaga adap dan pandagan mata..dia nie sepupu en suami..
Memang betul apa yang dikata..tikka chicken beliau memang sedap sangat..pertama kali saya cuba dan sampai sekarang saya amat merindui tikka beliau.memang cukup rempah ratus dan bahan perapannya..sampai ketulang terasa rempah ratusnya.memang hebat.

Dia suruh komen macamana rasanya..bila saya cakap tersangatlah sedap senyum lebar dia..gembira betul dia bila saya memuji muji tikka chicken beliau..terus dia cakap nak bagi resepi tradisi keluarga nie pada saya..

Baryani pakistan.
pun sedap ..bertambah saya makan sebab memang kena dengan tekak..cukup rasa..hidangan nie makcik firdaous yang masak..menggunakan beras basmathi tak silap saya..disini beras yang diorang guna semua berkualiti ..almaklumlah pakistan pun pengesport beras yang bermutu didunia..
style baryani pakistan disini mesti nasi dan ayam tu di masak bersama..kira macam style timbus macamtulah.


Ok yang ini pulak ikan goreng biasa ..lumur kunyit dan garam..walaupun hanya digoreng dobo dobo je tapi memang sedap..ikan yang digunakan saya tak pasti namanya.ikutkan ikan di sana memang mahal sangat..nak jumpa ikan memang susah..lagi2 ikan spesis kecik macam selar..kembung memanglah tak ada.Sepanjang saya disana hanya jumpa sejenis ikan je yang dijual di pasar ..ikannya besar macam tak pernah nampak pulak kat malaysia jenis ikan tu.
harga ikan lebih mahal dari daging dan ayam disana.


Kofta atau bebola daging.
yang ini memang saya rindui sehingga sekarang..bebola daging memang sedap sangat sangat..saya pernah cuba buat sendiri dirumah tapi rasanya tak sesedap yang diaorang hidangkan pada saya tempohari.
Biasanya disini kofta ini dihidangkan bersama roti capati atau naan..banyak variasi kofta disini..ada yang mencampurkan kacang dhal didalam kuah tu ..ada yang buat kuah tu cair sikit..ada yang pekat ..tapi bagi tekak saya memang sedap yang pekat sikit.


Yang ini saya panggil nasi manis..sebab memang manis sangat nasi nie pada tekak saya ..sampai susah sebenarnya saya nak telan..tapi nasi manis nie memang popular ..bila ada keraian ..atau majlis besar nasi manis sering menjadi hidangan popular.kiranya macam pencuci mulut pun ia jugak..dalam nasi manis tu ada campuran buah badam dan gajus..memang bagus ada campuran kekacang tapi yang manis sangat tu terus menghilangkan sedikit selera nak makan.

Raita
Raita..biasa dimakan bersama nasi baryani..banyak jenis raita nie ..ada raita garlic..ada raita timun ..dan macam - macam lagi..kalau yang biasa en suami buat dirumah yogurt dicampur dengan daun pudina ..daun ketumbar..tambahkan cumin powder ..garam masala sikit  lepastu kisar sampai halus...perasakan dengan sedikit garam..dah siap boleh hidang dengan nasi baryani pakistan.

Karahi chicken.
Ayam ni pedas sikit..tapi ayam nie pun sedap..
Dalam pemerhatian saya dalam masakkan pakistan diaorang nie lebih menggunakan bawang besar ..tomato ..bwang putih.disamping rempah  garam masala ..jintan manis..jintan kasar..cumin seed atau kalau orang malaysia panggil jemuju..bahan perencah tu semua biasanya tidak ditumbuk atau dikisar..cuma dihiris kasar ..lepastu direbus dalam pressor cooker ..bila daging atau ayam dah lembut dan agak kering baru masukkan minyak atau butter dan rempah ratus..berserta tomato dan daun ketumbar.
semua hidangan pakistan sedap-sedap ..penggunaan santan memang tak ada ye..diaorang memang guna yogurt untuk gantikan santan..dan tak ada istilah tambahkan bahan perasa baru sedap.semua bahan yang digunakan orignal..biasa kita guna asam jawa..tapi diaorang gantikan dengan perahan limau dan fresh tomato.
sebenarnya banyak lagi hidangan pakistan yang telah saya cuba rasa disana.tapi ada banyak gambar yang  tak sempat ambil.jadi yang sempat  diambil gambar nie jewlah yang saya share ye..

Dan ada ulam timun lobak putih  sebagai pengganti sayur.
kalau lobak putih makan macamtu je memang saya tak reti..


Lagi contoh baryani ayam jiran sebelah rumah mak mertua bagi..colour dia macam kekuningan sikit.
Disana diaorang makan nasi hanya seminggu sekali..kalau nak jumpa nasi putih memang takadalah..yang ada memang nasi baryani macamni.
dan makanan harian diorang roti ..atau capati yang dimakan bersama sayuran..kalau nak masak daging atau ayam memang seminggu adalah sekali ..oo lain betulkan dengan gaya kita orang malaysia..hari hari lauk sedap ..kalau makan sayur dengan capati je mau kurus melidi ha haaa.


Chai
mana mana masuk rumah orang pakistan sebagai penutup mesti dihidangkan chai atau teh tarik pakistan.
beza ke teh tarik diorang dengan kita disini? ye memang beza..teh tarik diaorang guna susu segar..ada rasa tambahan jintan didalam tehtarik tu.cara buat pun beza ..
Didihkan air dulu dalam pot..dah mendidih ganas baru masukkan serbuk teh..lepastu masak serbuk teh tu agak lama jugak..masauk jintan biarkan lagi sampai mendidih kuat..last masuk susu segar..dan reneh lagi sampai colour teh dia jadi cantik pekat ..masuk garam sikit dan gula..saya tak sempat nak ambil gambar cara diorang buat masa itu.

Wednesday, 10 April 2019

Menyusuri bazzar Gujranwala Pakistan



Menyusuri bazzar di Gujranwala.
Gujranwala merupakan daerah ke 5 yang terbesar dipakistan..amat sibuk dan merupakan daerah perindustrian.mejoriti penduduknya berbangsa punjab.punjabi merupakan bahasa yang digunakan seharian..urdu merupakan bahasa kebangsaan yang biasa digunakan disekolah.
orang punjub ni kalau nak kenal kulit diorang lebih cerah sedikit.kebanyakkan diorang nie tinggi lampai.
Bukan mudah nak menyusuri bazzar disini..dengan jalan yang sesak..bunyi hon kereta  dan motor yang tak putus meyebabkan agak kurang selesa untuk amik gambar..memang sukar sebenarnya saya nak amik gambar di sini.suami pun dah beri amaran supaya menjaga camera dan mobile sebab dikawasan nie terlalu sesak..mungkin bila2 masa je kejadian kecurian akan berlaku.



90 peratus baazar ini dikuasai oleh kaum lelaki..amat sukar sebenaarnya nak jumpa peniaga wanita..kalau ada pun cuma pengusaha saloon kecantikan itupun tak banyak.dari menjual pakaian ..kelengkapan rumah..baju salwar khamez dan banyak lagilah semua ada disini..bazzar nie merupakan nadi bagi diorang.
Perjalanan daari rumah suami ke bazzar ini hanya mengambil masa dalam 10 minit..memang dekat sangat..



Rempah ratus pakistan..badam ..gajus semua nampak elok dan fresh..harga badam dan gajus lebih kurang je dengan malaysia cuma badam dan gajus disini lebih besar sikit dari yang biasa ada di bakery malaysia.Biasanya saya hanya beli sedikit rempah ..badam dan gajus..lagipun di area rumah disini banyak kedai arab..dan barangan rempah pakistan juga memang mudah didapati di kuala lumpur dekat area office en suami..jadi kalau di teringin nak masak makanan pakistan memang dia akan beli disitu.

Setiap kedai yang ada disini semuanya ada tempat duduk..ruang memilih..salwaar khamez pashmina memang yang paling utama disini.
Banyak sangat pilihan..yang dah siap tinggal pakai je pun ada.kalau yang nak beli belum siap pun ada jahit sendiri dirumah.tapi yang dah siap biasanya bahagian lengan dia tak cantumkan sekali.sebab lengan kita biasanya tak sama besar..kena cantum sendiri dirumah ikut besar mana lengan kita..bagus jugakkan..kalau yang gemuk macam saya ni memang kompom selalu sendat dibahagian lengan.



Pengangkutan utama disini tuk tuk..mejoriti orang disini menggunakan pengangkutan awam ni..saya pun dah merasa naik..first time naik memang seram sikitlah sebab tak ada pintu kiri kanan kalau ada pun macam tak selamat rasa..mungkin perasaan  sendiri..kalau orang disini naik ramai-ramai lagi sampai penuh muatan selamba je.

Yang tambah mengerikan pemandu tuk tuk nie memang hati kering..memandu ikut suka hati ..kalau orang sakit jantung tak payahlah naik..memang terkejut ..cara pemanduan orang di sini memang tak ikut peraturan..bunyi hon nonstop..memandu menentang arus tu macam perkara biasa..pemandu motosikal pulak naik melebihi 2 orang ..kalu 3 orang tu memang biasa sangat ..

So sesiapa yang nak travel ke lahore gujranwala ..nak sewa kereta sendiri dan memandu sendiri memang baik lupakanlah hajat tu..tapi kalau nak memadu di islamabad dan sedikit ke utara memang boleh..islamabad bandar dia lebih senyap tak sesebuk lahore dan gujranwala..



Kasut di pakistan kebanyakkannya bermanik..berwarna warni..dihiasi labuci penuh..memang kalau kita penggemar manik dan suka yang kilat-kilat macamni memang sesuai sangatlah..selipar sarung biasa pun ada manik-manik dan labuci jugak..harganya memang tak berapa mahal  jugaklah..
Tapi material yang digunakan memang agak keras sedikit..
beg untuk pergi dinner ni pun cantik..memang puas cuci mata di bazzar nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang