Pages

Monday, 15 April 2019

Patriata - Pakistan

Patriata pakistan
lari sekejap dari kesibukkan dan kepadatan penduduk di Gujranwala.Jadual hari itu sebenarnya nak cover Islamabad..nak tengok masjid Faizal ..masjid yang terbesar didunia..nak tengok senibinanya yang indah .
Perjalanan kami dari gujranwala menuju ke islamabad mengambil masa lebih kurang 4 jam.seawal 3 pagi kami bertolak dari rumah..sebab kalau boleh memang nak cover banyak tempat hari itu.sepanjang perjalan berkabus dan cuaca pagi yang sejuk sampai ketulang..kenderaan amat sukar hendak dipandu nak menikmati pemandangan kiri kanan jalan pun memang tak nampak..dan sekeping gambar pun tak dapat nak dirakam..jadinya pasrah duduk dalam kereta diam-diam..

Selepas 2 jam lebih perjalanan kami.. jalan raya tiba tiba jem..kiri kanan pun sama..dalam hati tertanya-tanya jugak ada masalah apa pulak kat depan ..kalau kat malaysia mesti ada kemalangan kalau jem teruk macamtu.
Dari info yang driver van kami bagitau ada mogok dan tunjuk perasaan di tengah haighway nak menuju ke islamabad..Adoi kenapalah nak buat tunjuk perasaan hari yang kami nak datang..buatlah hari lain .
Driver van pun meneruskan jugak perjalan ke depan walaupun ada kenderaan dari sebelah kiri dah hon dan bagitau jalan nak ke islamabad ditutup..mungkin dia ada alternative lain nak menuju ke islamabad..biasa driver pelancong memang akan tahu selok belok jalan yang biasa diaorang bawak.
ok van yang dipandu semakin kedepan..ooo memang betul ada tunjuk perasaan didepan ..ada 2 lori besar saiz kontena melintang dan menutup jalan..yang lagi best diaorang siap tido dekat bawah lori dengan selambanya.uitss memang diorang nie berani mati betul..bukan tak ada polis yang datang nak halang tapi polis tu pun takut dengan penunjuk perasaan tu..saat itu kalau saya ambil gambar memang menjadi kenangan yang indah..tapi memikirkan soal keselamatan saya dan ahli dalam van tu so saya kuburkan je niat nak ambil gambar..nanti tak pasal2 kemera kena rampas..padan muka..
Memang betul ramalan saya dekat dalam hati driver tu memang guna jalan lain nak menuju ke islamabad..lalu jalan kampung....nampaklah rumah sebiji ..sebiji ..dan driver meneruskan perjalanan menuju ke bandar islamabad..
Lebih kurang 4 jam perjalanan so nampaklah kami bandar islamabad ..bandar yang sunyi..tak sesibuk lahore..agak terkejut jugak bila tengok ibu negara pakistan yang tenang ..dalam hati memang nak ambil gambar sebanyak mungkin dekat sini..
Bila van yang dipandu semakin menuju ke kawasan bandar tiba-tiba ada sekumpulan polis menahan kami..ingatkan roadblock rupanya dia tak kasi masuk ke kawasan bandar..sebab ada sedikit rusuhan..ishhh..dalam hati bercampur baur perasaan..tengok muka polis tu macam rasa nak tumbuk pun ia jugak..hihii penat duduk dalam van 4 jam lebih naik kematu rasa..
saya pun rasa agak tak puas hati bukak tingkap dan tanya sampai pukul berapa tutup..katanya tak pasti..ermmm..oklah kita pergi tempat lain dulu..tengok apa yang menarik ada lagi dekat sini.


Kami keluar dari bandar islamabad..masing-masing cakap nak ke patriata..
Patriata ni tak berapa jauh dari bandar islamabad..apa yang saya perhatikan jalan nak menuju kesini berpusing-pusing menyusuri kawasan pergunungan..memang indah suasana dikiri kanan jalan ..banyak pokok pine dan pokok maple..cantik warna orange menghiasi kiri kanan jalan nak menuju ke puncak  pekan Patriata.


Inilah pekan Patriata..
Masih awal pagi masu tu..banyak kedai yang belum bukak lagi.
Cari bilik air sekejap..lepas tu baru pergi sarapan..sarapan gaya orang disini capati dan scramble egg ..ada rasa rempah ratuh dalam scramable egg tu....
dah siap sarapan kami start meronda ronda tengok apa yang ada dekat sini..


Deretan kedai cenderahati ..gerai makan pun ada diatas nie.tempat ni merupakan tempat popular orang islamabad bercuti..
yang popular disini ada cable car dan chairlift..mood saya aritu malas pulak nak naik.sekali pandang chairlift ni macam seram pulak duduk sambil kaki terjuntai kebawah..ni kalau pakai selipar memang boleh tercicir ha haa.
oleh sebab tak nak naik cable car atau chairlift tu saya pun pusing-pusing tengok sekeliling sambil ambil gambar sana ..sini..situ..sambil menunggu diaorang habis..



Menurut apa yang orang katakan Patriata ni dinamakan dengan tidak sengaja.sebelum kemerdekaan pakistaan ada orang asing datang melawat kesini sebab tak tau nama tempat ni dia pun bertanya pada seorang wanita tua tempatan disini untuk memberitahu nama tempat ini.
Wanita tua itu membawa tepung didalam periuk dan di junjung diatas kepalanya...dan dia juga tak boleh berbahasa inggeris...jadi sangkaanya orang asing tu mesti menanyakan apa yang dia bawa..dia pun menjawab Puttar atta..owhhh macamtu kisahnya..patutlah ada bunyi tepung atta kat hujungnya.





Bila masing-masing dah siap kami pun begerak kebawah..ke area pekan Patriata ni..kedai pun dah mula beroperasi sepenuhnya..
Suami singgah kekedai pergi cari air mineral..saya sempat jugak meninjau kedai disini..tengok apa yang diorang jual.



Saya masuk dikedai sebelah pulak..cuci mata ..nampak macam ada kelapa kering.kekacang..dan macam macam lagi..tertanya pulak kat hati buat apa pulak diorang makan kelapa kering ..mungkin untuk masakkan barangkali.
Sempat merakamkan gambar pemilik kedai disini..mintak izin dulu sebelum snap gambar..kebanyakkan orang pakistan tak mempublish gambar diaorang sesuka hati..terutama sekali kaum wanita.. so sebolehnya memang saya tak ambil gambar diorang untuk menghormati mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang