Pages

Tuesday, 17 December 2019

Chalet Terapung

Dah beberapa hari blog dibiarkan sepi,almaklumlah cuti sekolah banyak kegiatan yang diluar jagkaan,kesana kemari tak sudah.
Chalet terapung
bagi yang minat nak berehat dan bersantai bersama keluarga dan inginkan sesuatu kelainan iaitu lari dari chalet yang terletak didaratan bolehlah try chalet terapung ni,agak menarik jugak.
Selain dari tempat relax santai bagi yang hobinya suka memancing tempat ni salah satu port yang dikira sesuai jugak untuk dikunjungi,ada lorong khas tempat memancing disediakan,sebab kami sampai pada waktu malam so tempat banyak dah gelap nak ambik gambar macam terbatas pulak.
Pada waktu petang bolehlah sewa kayak dan berkayak dikeliling chalet,nampak seronok family ni berkayak.sebelum boat kami menghampiri pelantar chalet gambar ini dirakamkan.


 Dibahagian tepi chalet terapung.banyak bilik yang disediakan,ada ruang untuk memasak dan boleh order makanan macam-macam..disini pun ada restoran.

 Swimming pool pun ada disediakan,pool untuk budak kecik jew sebab kolam tu tak besar mana pun.

 Antara menu yang ada disini,berjenis burger semuanya menarik.

Dikaunter ni ada juga menjual air dan meggi cup,kot ada sesiapa malam-malam lapar boleh topup makanan disini,ada air mineral yang diberi secara percuma disitu.
 Lengkap dengan ruang makanyang luas,nak masuk kesini semua kena bukak selipar lah ya,dan ramai jugak yang tak melepaskan peluang memancing ditepi tu.yang nak ber BBQ pun boleh,bawak je barang perapan yang nak dibakar tu dari rumah,segala peralatan BBq nanti diorang akan sediakan.

 Surau pun ada,selesa sangat berekon lagi.sempat jugak kami solat maghrib disini,kebetulan kami sampai time maghrib.






 Antara deretan bilik yang ada disini.Bilik standard tu kalau hari biasa  Rm 130 weekend Rm 169,bilik VIP pun ada disini harga harga biasa Rm 180 dan weekend Rm 239 bilik yang dilengkapi dengan tv dan berekon.
Bagi yang nak cari bilik yang agak murah sikit pun ada,dilengkapi tv dan kipas sahaja harga hari biasa Rm 99 dan weekend 130.

Tempat nak berkaroke pun ada.disini kalau nak buat hari keluarga,aktiviti santai dan majlis koperat memang sesuai sangat.



 Dah lepas maghrib,suasana luar dah gelap,lampu yang menghiasi chalet dah dibuka sepenuhnya,nampak cantik dan bercahaya dari jauh.Dah puas kami meronda sekeliling chalet tengok sana sini lebih kurang 1 jam jugaklah kami disini,ok masa nak naik boat semula dah sampai,hanya beberapa meter je dari jeti Kong Kong.

Turun dari boat masing-masing haus,almaklumlah bawak budak kecik-kecik,kami singgah disini duduk kedai ni tengok menu yang menarik dan orderkan diorang ni air.

Tengok menu semua sedap,tapi kali ni kali order  menu ringan jew,masing-masing nak makan dekat tempat lain katanya.



Kami order air dan udang wrap,dan yang tak ada dalam gambar otak-otak.sambil borak-borak seronok makan simple macamni.Dah berakhie cerita kong kong jomlah kita balik anak-anak..lagipun dah malam,next kita datang lagi nak try makan di Roti Rentung  yang katanye pamess tu.

Tuesday, 10 December 2019

Kong Kong - menyusuri selat Mendana part dua - 1/2



Inilah boat yang akan membawa kami menyusuri selat Mendana,baru saya tahu perairan ini nama dia selat Mendana.kami dan beberapa orang lain masuk kedalam perut boat.



Jaket keselamatan juga ada disediakan,kena pakai siap-siap dan ikatlah betul-betul semua itu untuk keselamatan diri sendiri jugak,lagi-lagi kami ada membawa budak-budak memang mata kena sentiasa peka.
Beberapa meter lepas boat bergerak ternampak jugak boat lain menurunkan penumpang di kawasan Jetty tempat kami menunggu tadi.rupanya ada beberapa bentuk boat yang ada disini.

Bermulanya sesi ambil gambar disekitar perairan Mendana,mata kami dihidangkan dengan pemandangan kelong .rumah rakit  yang banyak terdapat disini.
 Ada jugak terdapat kapal besar disini.







Waktu pun dah nak menghampiri waktu maghrib so suasana pun dah agak kelam.ada sesetengah kelong dah bukak lampu spot light.

 Perjalanan boat kami menuju kesini sehinggalah sampai ke bawah jambatan lebuhraya Desaru.lepas tu boat akan berpatah balik




Kemudian menyusuri pemandangan yang ada disebelah kiri pulak sebelum kami sampai ke rumah rakit..bersambung..


Saturday, 7 December 2019

Kong Kong - Pelayaran menyusuri selat Mendana 1/1



Masuk ni dah kali kedua saya kesini,ke Kong Kong Laut.First saya dah cerita pada entry lepas dan kali ini sebenarnya kedatangan saya kemari hanya untuk pergi ke salah satu kedai makan yang tengok macam famous,tapi agak malang kedai makan tut tutuplah pulak.Tak rezeki lah nampaknya nak try makanan dia.
Oleh kerana beberapa hari tu saya tido dirumah adik di area Pasir Gudang maka senang sikitlah kalau nak kesini,tak berapa jauh.Bawak anak sedara dua orang ni pulak,emak dia tengah berpantang time ni.

Saya pun bawak emak sekali,saja bawak dia pusing pusing dah dua minggu dia terperap dekat rumah adik jaga adik ipar bersalin.
Kami pusing area Jetty yang sebelah sini pulak,haritu saya pergi jetty yang ke kanan ..Jetty yang ini betul-betul mengadap deretan kedai makan,suasana petang yang dah nak maghrib pun rasa meriah.

Adik ipar cakap kalau nak pergi tengok sunset pegilah sini,sebab pemandangan dia cantik sangat katanya.dengar dia cakap cantik melonjak hati nak sangat pergi sambil makan-makan.
 Disebabkan kedai makan tu tutup,saya ambil keputusan naik boat  menyusuri sungai,harga tiket dah tertera di signbord tepi jetty.Dewasa Rm12.00 dan kanak-kanak Rm5.00 emak saya tanya warga emas dapat kurang tak?..hihii senyum lebar je budak tu..tak adalah makcik katanya..



Sambil menunggu boat yang membawa penumpang lain smpai saya startlah ambik gambar sana sini,sunset tak berapa nak cantik haritugkin sebab cuaca mendung sedikit pada waktu petang tu yang matahari tak berapa nak ada cahaya.



Rasanya dah habis ambik gambar keliling kiri kanan.tak ada yang tertinggal.rasa tenan bila berdiri di jetty ni sambil tengok gelagat manusia.



Disebelah deretan kedai makan ni ada chalet jugak,tapi di sebelah daratan bukan yang terapung ye.menarik jugak tengok design chalet dia.


Nampak orang naik speed boat.


Dari jauh dah nampak boat putih,penjaga boat tu cakap tu lah boat yang kami akan naiki.lega dah sampai,penat menunggu pun dah hilang,rasa tak sabar nak pusing pusing dan ambik gambar sepuas hati.ok bersambung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang