Pages

Saturday 7 December 2019

Kong Kong - Pelayaran menyusuri selat Mendana 1/1



Masuk ni dah kali kedua saya kesini,ke Kong Kong Laut.First saya dah cerita pada entry lepas dan kali ini sebenarnya kedatangan saya kemari hanya untuk pergi ke salah satu kedai makan yang tengok macam famous,tapi agak malang kedai makan tut tutuplah pulak.Tak rezeki lah nampaknya nak try makanan dia.
Oleh kerana beberapa hari tu saya tido dirumah adik di area Pasir Gudang maka senang sikitlah kalau nak kesini,tak berapa jauh.Bawak anak sedara dua orang ni pulak,emak dia tengah berpantang time ni.

Saya pun bawak emak sekali,saja bawak dia pusing pusing dah dua minggu dia terperap dekat rumah adik jaga adik ipar bersalin.
Kami pusing area Jetty yang sebelah sini pulak,haritu saya pergi jetty yang ke kanan ..Jetty yang ini betul-betul mengadap deretan kedai makan,suasana petang yang dah nak maghrib pun rasa meriah.

Adik ipar cakap kalau nak pergi tengok sunset pegilah sini,sebab pemandangan dia cantik sangat katanya.dengar dia cakap cantik melonjak hati nak sangat pergi sambil makan-makan.
 Disebabkan kedai makan tu tutup,saya ambil keputusan naik boat  menyusuri sungai,harga tiket dah tertera di signbord tepi jetty.Dewasa Rm12.00 dan kanak-kanak Rm5.00 emak saya tanya warga emas dapat kurang tak?..hihii senyum lebar je budak tu..tak adalah makcik katanya..



Sambil menunggu boat yang membawa penumpang lain smpai saya startlah ambik gambar sana sini,sunset tak berapa nak cantik haritugkin sebab cuaca mendung sedikit pada waktu petang tu yang matahari tak berapa nak ada cahaya.



Rasanya dah habis ambik gambar keliling kiri kanan.tak ada yang tertinggal.rasa tenan bila berdiri di jetty ni sambil tengok gelagat manusia.



Disebelah deretan kedai makan ni ada chalet jugak,tapi di sebelah daratan bukan yang terapung ye.menarik jugak tengok design chalet dia.


Nampak orang naik speed boat.


Dari jauh dah nampak boat putih,penjaga boat tu cakap tu lah boat yang kami akan naiki.lega dah sampai,penat menunggu pun dah hilang,rasa tak sabar nak pusing pusing dan ambik gambar sepuas hati.ok bersambung.

3 comments:

Warisan Petani said...

Sangat indah pemandangannya

zila norazila said...

warisan petani
mmg cantik sgt wak..tenang rasa.

Susan said...

Perfect work you have done, this web site is really cool with good information. Places you need to visit in 2019. ... Upgrade your travel photos with these lightweight cameras that pack a punch ... Enjoy the world's best places to travel with Things to do.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang