Pages

Monday, 14 October 2019

Senibong seafood village


Dengan hujan lebat..kemudian renyai..kami pun kesini..
biasanya kalau teragak nak makan seafood kami ke area tanjung pelepas ..dekat Gelang Patah..dan kadang kesini...
memang dah orang Johor..pusing-pusing area sini..sini jugaklah yang kami pergi..mencari parking dan snaplah mana yang sempat dibahagian luar.



Masuk je deretan restoran kami dihidangkan dengan barisan hasil laut..
sambil jalan pelan-pelan tengok ikan..udang..lobster..dan meriah ambik gambar sana sinun..









Start je masuk ke deretan restoran pekerja restoran akan promote apa yang diorang offer dan masakan yang best dari restoran mereka..sambil jalan tu dengarlah penerangan diaorang..kalau dengar memang semua menarik..
Dan kali ini kami ke gerai no 6..tu sempat saya snap senarai pakage yang ditawarkan..kami datang bertiga je..tak ambillah pakage .

 Jom masuk kedalam ..
layan pemandangan dalam restoran pulak..tak ambil gambar yang mengadap ke singapore..sebab hujan .meja banyak yang basah.



Duduk dekat meja no 33..dessert pun sampailah..yang ni tak payah order diaorang letak jew..kalau kita makan baru diorang kira.

  Jelly Kelapa
 Otak-otak
 Kacang rebus pun ada
 Hirisan tembikai kuning yang ini diorang bagi free je.

 Dah decide nak makan apa..lepastu duduklah borak n en suami ..sekejap je air dah sampai..Air Laici .en suami punya.
 Muhammad nak fresh orange..dan saya biasalah air mineral je..memang kurang minat order air ..lebih suka minum air mineral je.


 Udang goreng butter..minimum order 300 gram.. banyak jugak..tak terhabis kami berdua..kalau makan berempat memang ngam ni.
 Kupang masak sambal..tetiba suami teragak nak makan kupang..retilah pulak dia nak makan.

Kailan ikan masin..macam dah jadi kegemaran en suami .
 Sup cendawan..sup ala orang melayu bukan yang versi thai..rasa rempah sup mix dengan rempah kurma yang agak kuat.
 Telur dadar ..muhammad semua lauk tak suka..telur dadar je yang dia makan..sukahatilah asal makan.
 Nasi goreng kampung
 Nasi putih apa tunggu lagi jom makan ..
Dah siap ..masa nak bayar nampak kelapa hijau..macam dah lama x minum air kelapa.

Pergi menuju ke area parking..dekat perkarangan Masjid.
Perut dah kenyang..teruskan perjalanan ke Bukit Dahlia Pasir Gudang..singgah rumah adik lelaki sekejap..lagipun emak ada disitu..borak..dan borakk..tak sedar dah 12 setengah..balik semula kerumah en suami memandu dengan mata kelat..kelat..sebab mengantuk.

Saturday, 12 October 2019

Popia Coklat Nestum rangup - layan depan tv

Tiba-tiba banyak pulak entry berderet kan..rajin nampaknya mengupdate blog..hihii
eh..sebenarnya ada masa terluang beberapa hari ni..kita ambillah kesempatan tu belek gambar..mana yang sempat postlah kesini..sayang pulak dah bersusah payah tangkap gambar dibiarkan sepi je dalam folder..

Dalam seumur hidup inilah pertama kali buat popia coklat..alaa bukannya susah mana pun kan..main gulung-gulung..lepastu goreng..sira coklat..dan salut nestum dah siap..pejam mata jewlah kan nak buat..'tapi' tulah kalau ada tapi tu yang selalunya tak jadi nak buat..hihii.

Kulit popia saya guna brand Tisha's ..hasil collaboration dengan company Tisha's Food.
Boleh dapatkan barangan @tishasfood di

Aeon,Sogo,Sri Ternak Sri kembangan,
Lulu Hypermarket,Mydin Hypermarket,Giant,Ramly Halal Mart,ST Rosyam,TMC &Agen Home Dealer berdekatan .
.
.
Boleh juga dapatkan barangan tishas secara online di
Lazada
Shopee
Qoo10
11Street
JOCOM
ASTRO GO SHOP
buatan bumiputra. macam-macam product dia dah ada..boleh lah ke FB atau IG Tisha's untuk maklumat lebih lanjut dan senarai prodct.


Popia Coklat
Kulit popia - potong 4 ..kemudian gulung..dan potong kepada dua bahagian.
Coklat masakkan secukupnya.
Nestum perisa ikut suka.
Cara membuatnya boleh semak video dibawah.
Nak lekatkan kulit popia tu saya guna tepung gandum dan dibancuh dengan sedikit air.

Friday, 11 October 2019

Pusing-pusing pekan Air Hitam




Tak silap awal bulan sembilan haritu kami kesini..
tak ada plan langsung pun nak pergi..pukul dua tu melepak tiga beranak dekat Aeon tebrau..tiba-tiba tengah makan cakap dengan Iqbal.. jom pergi Air Hitam..dia cakap..Ibu nie ada-ada jewlah ..kan jauh..lagipun dah nak petang..kita pun cakap..alaa ikut jewlah bukan awak drive pun ..ibu yang drive..duduk jewlah awak berdua diam-diam ..temankan ibu..ermmm dia pun diam jew ..ikut ibulah katanya..tapi jangan balik lambat sangat ..



Sampai dipekan Air Hitam..
Nak jugak kita tengok tempat baru ARENA WARNA ..keadaan sekeliling sunyi je..mana orang pergi ni..mungkin kami pergi hari biasa tak kena pada hari cuti atau hujung minggu maka tak bertembunglah dengan orang ramai.

Yang ternampak bila kami masuk nielah lukisan Mural.dekat dinding nak menuju ke dalam Arena Warna..tak banyak mural pun nampak ada dua jew..nampak memang tak meriahlah kawasan baru ni.
tak macam tempat lama..walaupun deretan kedai yang agak lama tapi ada nilai seni dan nostalgia disitu.
Tanya makcik yang berniaga disini..merungut diaorang cakap tak ada pelanggan ..sedih diorang cakap..


Kebahagian depan ..
masih sama hasil jualan yang ada disini..hasil tempatan kerepek dan buah-buahan..nenas ..cempedak ..keledek ..keladi dan macam-macamlah ada..sebab kami pergi awal bulan september bendera malaysia sempena hari kebangsaan masih belum dibukak lagi..cantik berderet dipasang.

Cempedak durian king ni bau dia jangan cakaplah..wangi betul..kalau dekat pasaraya Aeon pun banyak dijual..dalam dia memang elok ..

Deretan dodol yang masih mengekalkan bungkusan daun pinang..entah berapa sebiji..tak tanya pulak aritu..saya kurang minat sikit makan dodol..tapi dodol sekarang orng buat dah sedap..banyak mix perasa macam-macam ada yang letak durian tu memang sedaplah kan.

Inang-inang..rupanya ada dua jenis inang-inang ni..ada yang guna beras pulut..dan ada yang guna sagu biji..
ini kegemaran emak saya..kalau dia nampak mesti nak beli..dulu saya memang tak minat tapi bila mak goreng aritu dekat rumah sedap pulak rasa.
sempat jugak tanya pada makcik yang jual tu ..mana yang lebih sedap ..katanya yang guna pulut lagi dapat sambutan..so batalkan niat nak beli yang sagu..beli jewlah yang pulut nak bagi pada emak..


Masuk kedai sini pulak ..
banyak hasil kraftangan ..mencari barang yang memang membawa tujuan saya kesini..ermm tapi pusing sana sini tak jumpa pulak..nampaknya kena pusing keluar dari arena warna baru jumpa apa yang dicari.

 
Kegemaran suami.cantik pulak diaorang buat kuih rose ni..bulat jew.



'Dah dah lah ibu..penat dah pusing ..jomlah pergi makan'..nilah kerja budak berdua ni..asik lapar jewlah.carilah tempat makan,,masing-masing nak nasi..


Masukklah kesini..diorang pun macam baru nak start berniaga..iqbal cakap nak makan nasi putih dan lauk simple je..oklah suruh order mana yang diorang nak makan.
 Air laici ais..

Nasi putih..

 Sup Cendawan ala thai..

 Telur Dadar..

 Kailan goreng ikan masin..

 Sotong celup tepung..

Berserta sambal pencicah dia..sos chili thai
Dan orang yang lapar sangat nielah..ha haa..

Thursday, 10 October 2019

Pastry Fruit Cake yang top masatu

Dah beberapa hari makan tak berapa nak berselera..dan nak bercakap  pun agak susah sikit bila mulut terkena ulser..
pedih nak menelan makanan nak mengunyah lagilah ..minggu ini acara memasak dirumah agak terbantut sedikit..banyak makan yang lembut-lembut dan kurang pedas..
terjaga agak awal tadi.pukul dua pagi dah tersedar..terbatuk-batuk..nak baring pun tak selesa rasa..


Pastry fruit cake..
masa tengah top tu korang sempat cuba tak..meletop sana sini orang buat kek ni kan..entah macamana tiba-tiba kek ini jadi viral padahal masa tengah hot berblog dulu pun kek ni dah wujud..dah ramai yang dah buat jugak..

Tapi oklah kan..orang muda yang baru nak belajar baking boleh try buat.. yang dah otai mesti rasa kek ni biasa je..tapi bagi yang baru mesti teruja sangat nak mencuba.

Oleh kerana dah viral kita pun buat lagilah..tak silap tiga atau empat kali jugaklah buat..saya lebih suka makan ketika masih suam-suam..sedap pulak..banyak resepi kalau korang rajin mencari dekat fb..ig dan google  ..merata sana sini resepi..antara rajin dan nak tak nak buat jew.
saya guna resepi yang ini..dan kejadiannya macam dalam gambar nilah..menjadi dengan elok ..versi satu lagi tu saya kurang letak stawberry..lebihkan buah peach..habiskan stock mana yang ada jewlah pakai.
Buat kek sememangnya menyeronokkan ..yang baru nak berjinak dalam dunia baking jangan risau cuba..asal ikut cara yang betul kompom memang menjadi




Pastry Fruit Cake
By:zila norazila

100 gram pure butter
160 gram gula kastor
50 gram plain yogurt
3 biji telor A size
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kulit limau parut
210 gram tepung naik sendiri
mix fruit secukupnya potong dan tabur gula halus

caranya
1.sediakan loyang 8x8 gris loyang bahagian bawah dan alas dengan kertas minyak.lebihkan kertas minyak tu di bahagian tepi biar senang bila kita keluarkan nanti.

2.Pukul butter..gula dan yogurt.pukul sebati tak perlu lama sangat.
kemudian masukkan telor satu persatu kemudian masuk essen vanilla.

3.Masukkan tepung ..kulit limau dan gaul rata dengan spatula.
masukkan dalam loyang dan susun mix fruit.jangan tekan nanti buah mendap.letak jew atas tu.

4.Bakar sehingga masak..api atas bawah.suhu 170c ikut oven masing2 ..lebih kurang 30..hingga 35 minit..cucuk sikit dengan lidi..kalau permukaan lidi tu kering dh masaklah tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang