Pages

Thursday, 10 October 2019

Pastry Fruit Cake yang top masatu

Dah beberapa hari makan tak berapa nak berselera..dan nak bercakap  pun agak susah sikit bila mulut terkena ulser..
pedih nak menelan makanan nak mengunyah lagilah ..minggu ini acara memasak dirumah agak terbantut sedikit..banyak makan yang lembut-lembut dan kurang pedas..
terjaga agak awal tadi.pukul dua pagi dah tersedar..terbatuk-batuk..nak baring pun tak selesa rasa..


Pastry fruit cake..
masa tengah top tu korang sempat cuba tak..meletop sana sini orang buat kek ni kan..entah macamana tiba-tiba kek ini jadi viral padahal masa tengah hot berblog dulu pun kek ni dah wujud..dah ramai yang dah buat jugak..

Tapi oklah kan..orang muda yang baru nak belajar baking boleh try buat.. yang dah otai mesti rasa kek ni biasa je..tapi bagi yang baru mesti teruja sangat nak mencuba.

Oleh kerana dah viral kita pun buat lagilah..tak silap tiga atau empat kali jugaklah buat..saya lebih suka makan ketika masih suam-suam..sedap pulak..banyak resepi kalau korang rajin mencari dekat fb..ig dan google  ..merata sana sini resepi..antara rajin dan nak tak nak buat jew.
saya guna resepi yang ini..dan kejadiannya macam dalam gambar nilah..menjadi dengan elok ..versi satu lagi tu saya kurang letak stawberry..lebihkan buah peach..habiskan stock mana yang ada jewlah pakai.
Buat kek sememangnya menyeronokkan ..yang baru nak berjinak dalam dunia baking jangan risau cuba..asal ikut cara yang betul kompom memang menjadi




Pastry Fruit Cake
By:zila norazila

100 gram pure butter
160 gram gula kastor
50 gram plain yogurt
3 biji telor A size
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kulit limau parut
210 gram tepung naik sendiri
mix fruit secukupnya potong dan tabur gula halus

caranya
1.sediakan loyang 8x8 gris loyang bahagian bawah dan alas dengan kertas minyak.lebihkan kertas minyak tu di bahagian tepi biar senang bila kita keluarkan nanti.

2.Pukul butter..gula dan yogurt.pukul sebati tak perlu lama sangat.
kemudian masukkan telor satu persatu kemudian masuk essen vanilla.

3.Masukkan tepung ..kulit limau dan gaul rata dengan spatula.
masukkan dalam loyang dan susun mix fruit.jangan tekan nanti buah mendap.letak jew atas tu.

4.Bakar sehingga masak..api atas bawah.suhu 170c ikut oven masing2 ..lebih kurang 30..hingga 35 minit..cucuk sikit dengan lidi..kalau permukaan lidi tu kering dh masaklah tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang