Pages

Friday, 11 May 2012

choclate cupcakes



Assalammualaikum
dan salam sejahtera buat teman baru dan yang lama.terima kasih atas kunjugan ke blog yang ala-ala nie..tuan rumah pun tak kerap sangat memasak he hee...tapi bila bw masing-masing show off makanan yang sedap-sedap..alahaiiiii tergugatnya imanku ini..



Dah lama rasanya tak buat kek ..semenjak dua menjak nie rasa malas jer..tu yang layan kan kuih-kuih tradisional jer.tapi kuih-kuih melayu kita inilah yang paling sedap kan..lagipun tak habis lagi saya teroka kuih-kuih lama..banyak dah masuk list cuma tunggu masa-masa yang sesuai untuk diterai..



saya masak apa tue...he hee heee yer betul cup cakes...baru nak diet..dah tergoda-goda tengok masing-masing show kek..menguji iman betul ..sebenarnya dah lama tak buat kek coklat..dah terasa-rasa kat tekak nak makan kek coklat..tupp..tuppp kerajinan tu datang ..tu yang bergegas buat..sementara tengah rajin..:)


dan bila kerajinan tu bertambah mula la nak deco-deco kat atas kek tue..resepi kek coklat saya ambil di sini dan resepi inilah yang saya gunakan bila buat kek coklat..rasanya memang kena dengan tekak saya..joomm la kita semak resepi..kot-kot ada orang nak mencuba...


cake choclate
sumber : mesra.net
olahan : zila4ever.blogspot.com

bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate



cara-caranya
  1. campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak kedalam periuk dan masak sebentar diatas api kecil sehingga gula larut.
  2. tepung gandum,soda dan baking powder disatukan dan diayak.
  3. telur dipukul kembang dan masukkan campuran koko tadi
  4. masukkan tepung dan gaul rata.
  5. tuang dalam acuan yang digemari.
  6. bakar sehingga masak.




Tuesday, 8 May 2012

keria keledek ungu



Assalammualaikum dan selamat pagi semua


Tentu ramai yang biasa makan ubi keledek, tak kiralah dibuat kuih mahupun dimakan secara rebus.  Seperti mana yang anda tahu, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza. Ubi keledek sememangnya digunakan meluas dalam industri pembuatan kuih tradisional.
Khasiat ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas tergolong dalam keluarga Convolvulaceae. Ia bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji. Khasiat ubi keledek kini telah diketengahkan secara meluas dalam bidang penyelidikan dan mampu menghasilkan inovasi baru dalam industri makanan serta minuman.
Kajian turut membuktikan kandungan anthocyanin dalam ubi keledek dan roselle mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.



tengok tue betapa banyaknya khasiat yang ada ..itulah serba sedikit info yang sempat saya google di net tadi..sebenarnya kuih nie semalam pagi saya buat..plan semalam nak post..tapi semalam teramatlah bz..sampai tak ada ruang nak mencelah..he hheee sabarr jer la kan..



biasanya kalau buat kuih keria saya memang tak ada sukatan..letak jer tepung lepastu agak-agak tak melekat kat tangan kira ok la tue...kuih keria nie memang tak pernah jemu dimakan..letak sepiring pun sekejap jer boleh habis..

Bahan-bahan 

  • 500 gram keledek ungu
  • 60 gram tepung gandum
  • 30 gram cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk glaze dan sedikit air 
  • sedikit majerin/butter

Cara-cara

  1. kupas keledek dan kukus hingga empuk.
  2. lecek hingga lumat dan masukkan sedikit majerin.
  3. masukkan tepung ubi dan tepung gandum,uli sehingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan dan buatlah seperti gelang atau bentuk yang disukai
  5. goreng hingga masak dan kuning. 
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali.
  7.  kacau hingga likat dan kemudian masukkan kuih kacau rata sehingga gula melekat dikuih.
  8. sedia dihidangkan.


AWARDS
Dan lastly..angkut award dari sha..untuk semua rakan2 blogger..dan kalender dari rahel telah diangkut dan diframekan kat atas tu jgk..terima kasih buat sha dan rahel yer..next time kasi award lg yer ..he hehee..semoga kedua-duanya berjaya didunia dan diakhirat...sayang kamu berdua..ummahhhh..:)







Friday, 4 May 2012

udang black pepper


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
JAKIM declares Golden Churn butter as halal..tadi ada nampak naz post..cik mat pun ada post jugak mengenai butter nie..kalau nak baca secara detail boleh la ke sini..semua penggemar butter golden churn mesti heppi kan..boleh la membuat kek lapis lepas nie.
sekejap jer kan dah hari jumaat..rasanya baru aritu cuti untuk hari pekerja..tupp tapp..tupp tapp..dah jumaat..buat naz yang tanya zila aritu kenapa zila ada kt office traffic..he hee zila bukan kerja kat situ yer naz..sebenarnya masa hari selasa aritu zila terlibat dalam satu kemalangan...tak la teruk mana..cuma mengalami kerosakan di bahagian belakang kereta..bumper kereta tue pun dah rebeh sikit akibat dicium kereta belakang..tapi masih boleh di pandu lagi..semuanya berpunca dari seekor anjing..h ehhe ..


nak jawab soalan si sha masterchef tue..novelis lagi..sekarang dah ada buku masakan sendiri..he hhee tahniah sha..masa dulu zila amik bahagian jahitan..jauh tersimpang dari dunia masakan sha..ha hhaaa..sha dan zila sebenarnya satu sekolah..time tu sha amik bahagian ketering..sebab tue dia terror masak tau..dan zila amik bahagian jahitan..tapi kelas kitaorang dicampurkan.pelajar pun x ramai....tapi dah berbelas tahun tak jumpa..tu yang masing-masing ingatan dah kabur..he heee..zila pun tak sempat lagi nak bukak album lama2..time2 kitaorng duduk asrama..banyak kenangan indah kat asrama tue..gambar pun banyak..sebab kalau ada apa2 keraian kat sek tue mesti pihak sek panggil cameraman datang snap pic kitaorang...so panggil jer la  ..pastu pandai2 la bayar kalau ternampak muka masing2 ada dalam pic tue..he heee..sha..nanti zila cuba cari pic lama2 yer...mungkin time tue kita comot kan..ha hhaaa..


wahhhh harinie bayak cakap pulak kan..he hee ..ok lah berbalik pada masakan hari nie..dah lama x makan udang..semalam pergi kedai tengok udang segar2 baru sampai..haiiii terus jer beli..teringin pulak nak masak black pepper..biasanya kalau masak lauk pauk zila memang x pakai resepi..semuanya ikut sesedap rasa..rasa2 sendiri ..agak2 kena kat tekak kira ok la kan..



udang black pepper

bahan-bahan
200 gram udang segar
daun bawang
lada benggala
2 sudu sos lada hitam
1 sudu serbuk lada hitam
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit halia..
sedikit air perahan limau

cara-caranya
  1. bersihkan udang x payah dibuang kulitnya..
  2. lumur dengan serbuk kunyit dan garam..kemudian golekkan dengan tepung gandum dan goreng..angkat dan ketepikan
  3. bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus..masukkan halia..
  4. tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi..masukan bawang merah yang telah didadu..tumis hingga kuning keemasan.
  5. masukkan lada benggala dan daun bawang
  6. masukkan serbuk lada hitam dan sos lada hitam..masukkan udang dan kacau sebati dan tutup api..perasakan dengan perahan limau..siap







Wednesday, 2 May 2012

puding mangga


Assalammualaikum dan selamat tengahari semua..dah seminggu tak update blog nie..rasa rindu pun ada..terima kasih atas kunjugan rakan-rakan bloger semua..pejam celik pasti saya akan buat kunjugan balas yer..:)..pejam celik..dah masuk bulan may..cepat benar masa berlalu..


Mula-mula plan nak update blog pagi-pagi..tapi pagi tadi ada urusan di balai polis trafik..tu yang update pun tertunda sampai ke petang..haiii apa nak buat sabar jer la kan..:)


kembali kepada cerita masak-masak..saya masak apa tue..?..h ehehee semalam kan offday..tu yang agak rajin buat puding nie..sekarang musim mangga kan..mana2 pergi mesti ada orang jual..tu yang beli agak banyak jugak..fikir2 nak buat apa la mangga nie..dah naik kembung perut nie ..he hheee tu yang round kat blog CMG terjumpa resepi puding mangga ..terima kasih mat atas perkongsian ilmu tanpa sempadan ini..



Bahan-bahanya

5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan


Cara membuatnya
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buah mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga.
  4. saya  campurkan juga buah mangga yang didadu didalam adunan..



Wednesday, 25 April 2012

ikan balado



Assalammualaikum dan selamat tengahari semua..
terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger baru dan yang lama kerana sudi singgah disini..muaaahhhh sayangg anda semua..dan saya pasti akan membuat kunjugan balas yer..antara lambat dan cepat jew..he hehe .

dah makan ke belum?....jommm jemput makan semua..he hehee  tapi dah abis ..saya masak lauk ini dua hari lepas..kiranya lauk wajib ada dirumah nielah..kadang-kadang ikannya jer bertukar..atau tukar kepada daging dan ayam atau kentang...


masakan orang minang..memang sedap ..kena dengan tekak kami..biasanya sambal tue mesti nak letak banyak-banyak..baru puas hati...


warna sambal nie pun bergantung pada lada yang kita guna kan..tak salah saya cili merah nie ada dua jenis..yang biasa dengan yang kilat..entah yang mana lebih pedas pun tak tau la...tapi biasanya saya beli yang biasa..sekarang nie harga cili merah agak mahal sikit..






Resepi ikan balado
1 ekor ikan tongkol/apa-apa ikan pun boleh
garam 
serbuk kunyit

bahan sambal
10 batang cili merah
5  biji cili padi
8 biji bawang merah 
garam secukupnya

cara-caranya
  1. bersihkan ikan.lumur dengan garam dan serbuk kunyit
  2. panaskan minyak dan goreng ikan jangan terlalu garing.
  3. angkat dan toskan
  4. tumbuk kasar bahan sambal..atau blender pun boleh 
  5. panaskan minyak dan tumis sampai garing dan berbau harum .proses nie agak lama sikit..
  6. masukkan ikan dan digaul bersama sambal hingga sebati.sedia dihidang.






Monday, 23 April 2012

kuih ketayap



Assalammualaikum dan selamat pagi semua
alhamdullilah bertemu lagi disini.pagi yang suam-suam kuku..matahari masih malu-malu nak keluar..dah lapan suku tapi masih kelam-kelam...
ini menambahkan lagi kemalasan saya nak ke tempat kerja..hik hikkk..alasan...alasann..tapi itulah hakikatnya kalau hari isnin bermula...alahhhaaaiii bila la nk jumaat..bila la nak cuti...inilah sikap manusia..tak pernah bersyukur kan..dah cuti dua hari pun tak cukup-cukup..masih mengeluh..tapi time amik gaji tak nak pulak mengeluh...h eh heeee... aduhhaaaii kena kt diri sendiri...kesimpulanya..buatlah sesuatu kerja itu dengan ikhlas..


ok la skip part malas-malas pagi ni..apa saya masak tue..he hehhee yeerr betuulll...kuih ketayap..kuih dadar...kuih gulung....apa-apa nama pun boleh...tapi hakikatnya kuih tue sama jerrkk..rasanya pun sama jerkk..buh la colour apa-apa pun..hakikatnya memang satu...

kuih ketayap nie saya buh corak sikit .sebab saya nie peminat tegar coklat...bubuh la coklat sikit-sikit..biar lagi sedap bila dikunyah nanti...jommm la tgok resepi..resepi dari myresepi..sumbangan princessharyati..sangat suci kejadianya..warna hijau..sehingga meronta-ronta  hati saya nak mencuba..dan resepi ini juga telah dicuba oleh ramai blogger-blogger lain..


resepi asal:princessharyati myr
dicuba oleh:zila4ever.blogspot.com
hasilnya:sangat memuaskan.


Bahan-bahan ( 3-5 orang )
  • utk kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan  
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau 
  • utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.









Wednesday, 18 April 2012

talam roti lapis coklat


Assalammualaikum..selamat tengahari ..aaiiisshhh dah pukul  l.25...dah kira waktu petang la nie..wahhhh terasa-rasa rindu dengan rakan-rakan bloger semua-semua..dah nak seminggu saya tak mengupdate blog nie..cuma BW kat dapur geng-geng semua..meronda-ronda dan tinjau-tinjau..kot2 ada resepi yang menggugat hati tapi sememangnya semuanya mengugat..sampai tak tau yang mana satu nak dibuat..he he heee...tapi kadang-kadang ada juga terlepas pandang..x sempat nak tinggal kan komen..minta maaf yer..bukannya sombong tau..klu kita tak ada tu maksudnya bz atau kadang-kadang net nie selow-meloww sangat2..dan pada semua yang sudi berziarah dan meninggalkan komen diblog zila nie..jutaan terima kasih diucapkan..blog yang tak seberapa sangat nie..terasa malu la pulak....:)


nilah hasil ronda-ronda nampak kat blog rohah.dan resepi asal dari dapur kak wan..nampak elok chumiill dan cute miut jew kejadianya..tu yang meronta-ronta hati nak menerai jugak..lagipun bahan-bahan tue semuanya ada kat rumah...tinggal amik dan godeh-godeh jew..pastu kukus..beress..;;)joommm sama-sama tengok resepi..:)



Resepi asal dari.Talam Roti Lapis Coklat (Kak Wan@citarasawan)
olahan: zila4ever.blogspot.com

Talam Roti Lapis Coklat
Bahan-bahan:
4 keping roti sandwich,buang tepi. carik kecil2 dan direndam dengan 100ml air
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml santan 
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung ubi
Pewarna kuning secukupnya
2-3 sudu kecil pes coklat

Cara menyediakan:
1.Masukkan roti yang direndam dalam pengisar.Ketepikan.
2.Satukan air, santan, gula dan garam.Masak hingga gula larut.Biarkan suam.Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3.Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang direndam hingga halus.
4.Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna kuning dan Satu lagi dicampur dengan pes coklat
5.Tuang warna kuning, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu.
6.Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi.Lap dan tutup pengukus, kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak.

ok la..selamat mencuba..bye bye semua..




Thursday, 12 April 2012

kek coklat puding karamel


Assalmmualaikum
selamat tengahri semua..dah makan ke belum..? kalau belum jom jemput makan kek coklat..tapi kena datang rumah la yer..he hehe sebenarnya kek nie buat semalam,sempena pertabalan yang dipertuan agong yang baru semua rakyat malaysia bercuti.so..bolehlah bersuka suki kat rumah sambil mencuba resepi-resepi yang dah lama tersimpan tapi masih tak tercuba..dan saya lah salah sorang darinya..:)

dan semalam juga kita dikejutkan dengan satu gempa bumi kuat berskala 8.7 ritcher berlaku berhampiran tempat yang sama berdekatan dengan bandar Aceh pada pukul 4.38 petang waktu malaysia.dan gegaran kuat juga dirasai di semua semenanjung barat malaysia..tapi semuanya dalam keadaan selamat dan terkawal.




ok la ..berbalik pada resepi nie..rasanya semua pernah mencubanya kot..cuma saya jer yang agak ketinggalan..tu laaa bila BW kt dapur kawan-kawan rasa semuanya nak dicuba..tu yang last-last tak tau yang mana dulu nak dibuat.tapi yang penting kita cuba buat jugak ..walaupun cuma sekali.
kek nie saya bawa ke rumah adik ipar,makan ramai-ramai rasa seronok..sedar-sedar sekejap jew dah habis.resepi nie sepenuhnya dari kak chahaya shiela dan saya share disini juga sebagai rujukan..jom sama-sama tgok resepi..:)


KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber : Chahaya Sheila

(A) Bahan (Gula Karamel) 
  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
Cara-Cara
  1. taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)
(B) Bahan Puding Karamel 
  • 3 biji kuning telor
  • 1 cawan susu cair 
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)
(C) Bahan Kek Coklat
  • 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit)
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 4 biji telor - blend hingga halus
Cara-Cara:-
  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
  5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.


Monday, 9 April 2012

Triffle buah-buahan


Assalammualaikum dan selamat sejahtera
rasanya dah beberapa hari tak mengupdate blog nie,dua tiga hari nie tak berkesempatan nak memasak best-best..sebelum tu saya nak mengucapkan ribuan terima kasih buat teman-teman yang sudi berziarah disini.dan terima kasih atas sokongan rakan semua..i love u all..


hari ini nak share resepi yang simple-simple jew..tak payah nak kena fikir banyak-banyak..tengok tu ..he hhee senang kan?.triffle yang simple..resepi asal menggunakan koktail campuran yg dalam tin tu..tapi saya letak jew buah-buahan yang saya tanam kat belakang rumah..he heee jommm pergi petik..:)

Bahan bahan
1 gulung kek swiss roll/kek span
1 tin buah koktail-buah-buahan segar
1 cawan susu cair
1 sk essen vanilla
3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula pasir-dikurangkan jika tak suka manis
1 kotak serbuk jelly-perisa apa-apa yang anda gemari
2 cawan air

cara-caranya
potong kek kecil2 dan susun dalam bekas yang anda gemari
tapis buah koktail dan tabur atas kek,atau susun buah-buahan segar yg digemari.
untuk kastard-campur tepung kastard,gula,susu dan essen vanilla kacau atas api yang kecil sehingga masak dan berkilat.
curahkan adunan kastard ke atas buah-buahan yg telah disusun biarkan sejuk dan keras sedikit.
untuk jelly -tuang 2 cawan air mendidih ke dalam jelly kacau dan tuang jelly kedalam kastard dan sejukkan


Saturday, 7 April 2012

Bunga dari- nieza - Our Journey Begins ..Helsinki Finland






Tengok tue..bunga2 yang segar dari holland..kita jer yang lambat sikit nak amik bunga fresh nie..malam nie baru berkesempatan pergi petik bunga-bunga yang indah ..dan digantung ke dapur nie sebagai tanda kenang-kenangan...first nak ucap tahniah pada nieza 2nd blog anniversry..semoga jalinan persahabatan ini kekal ,terima kasih diatas kesudian berkongsi ilmu yang tak pernah jemu..semoga blog nieza lebih debooommm dari masa ke semasa..:)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang