Pages

Tuesday, 8 May 2012

keria keledek ungu



Assalammualaikum dan selamat pagi semua


Tentu ramai yang biasa makan ubi keledek, tak kiralah dibuat kuih mahupun dimakan secara rebus.  Seperti mana yang anda tahu, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza. Ubi keledek sememangnya digunakan meluas dalam industri pembuatan kuih tradisional.
Khasiat ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas tergolong dalam keluarga Convolvulaceae. Ia bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji. Khasiat ubi keledek kini telah diketengahkan secara meluas dalam bidang penyelidikan dan mampu menghasilkan inovasi baru dalam industri makanan serta minuman.
Kajian turut membuktikan kandungan anthocyanin dalam ubi keledek dan roselle mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.



tengok tue betapa banyaknya khasiat yang ada ..itulah serba sedikit info yang sempat saya google di net tadi..sebenarnya kuih nie semalam pagi saya buat..plan semalam nak post..tapi semalam teramatlah bz..sampai tak ada ruang nak mencelah..he hheee sabarr jer la kan..



biasanya kalau buat kuih keria saya memang tak ada sukatan..letak jer tepung lepastu agak-agak tak melekat kat tangan kira ok la tue...kuih keria nie memang tak pernah jemu dimakan..letak sepiring pun sekejap jer boleh habis..

Bahan-bahan 

  • 500 gram keledek ungu
  • 60 gram tepung gandum
  • 30 gram cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk glaze dan sedikit air 
  • sedikit majerin/butter

Cara-cara

  1. kupas keledek dan kukus hingga empuk.
  2. lecek hingga lumat dan masukkan sedikit majerin.
  3. masukkan tepung ubi dan tepung gandum,uli sehingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan dan buatlah seperti gelang atau bentuk yang disukai
  5. goreng hingga masak dan kuning. 
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali.
  7.  kacau hingga likat dan kemudian masukkan kuih kacau rata sehingga gula melekat dikuih.
  8. sedia dihidangkan.


AWARDS
Dan lastly..angkut award dari sha..untuk semua rakan2 blogger..dan kalender dari rahel telah diangkut dan diframekan kat atas tu jgk..terima kasih buat sha dan rahel yer..next time kasi award lg yer ..he hehee..semoga kedua-duanya berjaya didunia dan diakhirat...sayang kamu berdua..ummahhhh..:)







33 comments:

hazila said...

Salam,

Saya selalu failed bab nak menyira kuih keria.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Zila cayang!!!
kat sini mmg susah betul nk dpt keledek unggu...
cari2 semua nyer yg putih or oren. Lama betul nk buat kuih lapis unggu (keledek unggu) resipi dari KakWan :(

takpe kalau tak de keledek unggu keledek oren pun blh kan3x
cantik ah gmbr2 Zila skrg..cun melecun n nice presentation syabas!!


tak tahu cerita yg Zila n Shariah 1 sekolah dulu..what a small world hehehe

pssstttt: lagu Bruno Mars mendayu2 beb!!!

Qasey Honey said...

asslm Zila cayang yang2...hehe...amboi kemain lg keria tu perposing...nmpk sedap..blum penah cuba lg...sng2 nk cuba jugak...

zila norazila said...

wsalam zila tu la..kita pun x xprt lg nie..x berapa cantik sgt nie..kena cuba byk kali baru ok kot..:)

zila norazila said...

he heee mama bruno mars tgh sedeyy tue..tu ler mmg susah sikit nk cari yg ungu..tp klu mama ada masuk jb..blh pergi kt econsave..sbb aritu zila beli kt situ..klu kledek oren pun ok jgk..:)thnks puji zila he hehe x der duit kecik lolz..ha haha dunia nie kecik jew kan..tub2 kwan st sek lg..:)

zila norazila said...

wsalm QH
he hhee jom tukar dgn mini pizza kamu tue..melampau2 goda tekak kita..:)

Mieza said...

zila..akak tak pernah makan keledek pepel..selalu keledek kuning atau oren je..this is sumthing new..tp keria mmg pilihan hati..sedap!

Chik Mimi said...

sukaaaaa coq keria ,tapi tak pernah buat kaler unggu ,bab sirta tu mmg fail camne tu ek,golek je la dlm gula

Rohah said...

waaa kak, dah lama sangat tak makan keria, keledek ungu dah tentu lg sedap

Watierman said...

Assalam dik Zila...wah Akak ni nama jer dah berUSIA..beli keledek ungu tu tak pernah lagi...manakan nak merasanya...JAKUN betoi lah kan!!Teringin jugak bila tengok adik2 blogger dok tayang resepi bagai...tapi takut juga nanti keluarga tak dapat terima...maklumlah...belanja kena berhemah...tak boleh nak bazir cam gitu jer kan...tengoklah...nanti2 kalau sampai ketika Akak akan cuba juga...belum ada rezeki lagi nak cub sekarang ni...tak jumpa keledek tu pun lagi!

umi's cup cake said...

salam zila,
macam tau2 je kat umah ni ada keledek unggu tapi tak tau nak buat apa..hehe..tq 4 the idea...saya suka!

rahel said...

Sedapnya kuih keria ni..rindu pulak nak mkn kuih keria..tumpang makan kat sini je la..

Gee® said...

Waaa...kuih keria purple laa...k.gee tgk sekrg ni musim purple...ada keledek purple, talam purple, lapis purple, chiffon purple... cantek kan?

Yatie said...

sedapnya tngk kuih keria unggu ni, lama akak tak jumpa/makan keledek unggu..kalau rebus makan gitewww je pun dah sodapppp..kan.

dapurCikWan said...

banyak khasiat rupanya keledek tu ye kak..sedap nampak keria tu. manis2 tu..haih..suke sangat la cikwan.. =)

FnF Simple Life said...

keledek kat nihon sumer kulitnya warna pepel...tapi isi warna kuning... huhuhu...lum pernah makan keledek ungu...rasa dia lagi manis dari yg kuning tu ke zila?

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam ZIla cayanggg now baru ku tahu kome yang mana satu!! muahhhhh sah2 kita dulu memang berkawan rapat lepas tu ko kawan dengan ifa ekk?? siapa ekk yang kawan kat mersing tu hahaa... yaa... tq so much.. dunia ni kecik! akhirnya kita berjumpa di alam maya.... dan nak bagi komen pendek tapi padat ni ekk...

ITU KELEDEK WA MAU SEMUA.. KALAU SIKIT TAK MAU! hehhehe.. cayang Zila muahhh

Unknown said...

wah ada jejak kasih lah pulak ni zila dan sha,tahniah akhirnya jumpa heehe
akak pun nak jugak keria tu dua pun cukup lah tatak mau manyak tatak habit

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun suka keria ni... tp kalau buat suka sira ngan gula nipis2 jer.. kalau yg beli punya ada gula byk sgt terpaksa diketuk2 biar gula tertanggal baru di mkn.. hehe.. dulu biasa akak buat campur gak sket ngan tpg pulut.. baru elok lembut terutama kalau dpt keledek yg jenis lembek tu... bila keledek lembek tpgnya kena lebih baru tak lekat kat tngan.. jd tpog pulut ler penyelamat supaya kuih tak keras.. hihi.. tp sama gak cam ziela.. mmg tak sukat.. main lebur jer..

Melly Octaviana said...

Zila..cantik nya kue keria nya,photonya juga kerenn..pasti dah abis yah..tak jadi minta deh.. hehe

LYAfrina said...

sedapnyer...
pernah mkn..tp x pnh buat..biasa beli je..mmg x reti lgsung nkmbuatnya..

Amie said...

Kiranya bondaku bijak memilih makanan berkhasiat untuk kami sekeluarga... Masa kecik2 dulu kan Zila, memang keledek merupakan salah satu hidangan untuk sarapan keluarga, macam-macam bonda buat termasuk kuih keria..sedap betul kalau dah bersira gula!

Unknown said...

kak zila cyng, sedapnya tgk kuih keria ni..lama tak mkn. tak pernah lagi buat keria dgn ubi keledek ungu ni...menarikla kak.nanti nk kena pi cari ubi keledek ni dulu baru boleh terai...hehe

Jayanthy Kumaran said...

wat a lipsmacking dish...looks delight..!
Tasty Appetite

zila norazila said...

fnf.
rasanya lbh sedap dr keledek biasa..tapi zila suka makan keledek jepun tue..biasa beli kt jusco..kuning dan manis ..:)tp klu keledek jepun tue..zila rebus jew..mkn gitew..lemak2:)

zila norazila said...

cikmi
panaskan gula..pastu masukan air..dh likat masuk kuih..tp zila x suka ltk gula byk..suka yg nipis2 jew.:)

Ros said...

Assalamualaikum,

Kuih kegemaran Kak Ros ni.....eeeemmmmm....sedapnya...makan petang2 macam ni he.he.he..

quinnie said...

sukanya kita dgn keledek ungu..kalau dpt goreng...mak ai sedapnya...:)

ogyep yummy mellow said...

Ari tu dah tersalah amik keledek ungu ni.. frust betul... nak kena cari juga, sana sini blogger asyik buat kaler ungu aje..

mamamsya said...

Salam Zila.sedap kuih keria buat minum ptg.keledek ungu mmg cantik warnanya bila buat kuih tp kat tempat akak tak jumpa...byk yg kuning...

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

So coincidence, you also use purple sweet potato. Great idea to use purple potato, your purple keria look special and nice.

Acik Erna said...

zila..keldek keri ke rebus ke buat pengat ke.memng acik suka..sedp..lembut je an..

Nur haura afeeya said...

Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................

▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

.................................................................

▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

..................................................................

▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

...............................................................

Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉

Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang