Pages

Sunday, 25 July 2021

Rindu nak makan kat luar ....Amysha village restoran

Entah bila la kan  nak merasa  makan di restoran macam biasa.hari ini dah 17 ribu  kes covid..semakin menjadi jadi nampaknya.

Restoran amysha village ni terletak di bandar kota tinggi.Bila balik ke kampung mesti singgah kesini..anak-anak suka makan chicken chop dan makanan panas .

tempat dia ni kira selesalah ..lengkap banyak stall makanan..ada jugak terselit menjual mainan dekat restoran ni..gembiralah budak budak bila tengok mainan  tu..Sebelum makan ada dihantar hidangan buah potong..yang ni bukan free berbayar ya..macam otak-otak jugak cara dia..kalau kita makan baru dia kira..


Chicken chop ni kegemaran Muhammad,tak de menu lain kalau dia kesini..ulang-ulang asik order ni jewlah..bagi saya masakkan disini sedap..harga pun biasa jew tak mahal mana ..macam kedai lain jugaklah.

Kami suka order teh ais..tapi ais dengan air teh tu asing..sebab kadang ais dah terlalu banyak time nak  minum dah x sedap rasa tawar..bila order asing ni senang ..nak minum baru tuang ais.

Otak-otak pun sentiasa ada ..lahai tetiber rindu pulak nak makan otak-otak ..hihii






Menu biasa yang kami order,ada puyuh goreng untuk iqbal..kailan ikan masin,nasi putih dan tomyum campur..entah bila agaknya dapat kesinii lagi ..harap bolehlah nanti merentas daerah..

6 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

rinduuuu kan
nak mkn2 di luar

zila norazila said...

Nampak gayanya lagi lama lah nak merasa makan kat luar kan nuri.

NabilaHasyim SKMAGIC said...

Nak jalan2 mandi sungai..
Anak² mati kutu perap dlm rumah. kalau keluar kedai pun, duduk dalam Keta je boleh 😂

zila norazila said...

Tulah..sy klu gi kedai ank² duk dlm kete jew ..kesian kn

Azhafizah MN said...

Memang rindu nak bebas. InshaAllah tak lama..sedap sedap menu kt restoran.

zila norazila said...

Kan fiza insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang