Pages

Saturday 6 March 2021

Egg Waffle

Dah boleh merentas daerah..bolehlah plan balik kampung sekejap...tapi SOP kena jaga ya semua.ikut saranan kerajaan..
dah berbulan kami  tak jumpa emak.kalau sempat harini plan nak balik..memandangkan esok suami dah kena balik Kl so arini kira nak uruskan apa yang patut..semalam WFH dia dah berakhir..isnin masuk office katanya.
Nak ke balai polis jugak nanti ..masih kena surat jugak untuk merentas negeri.

Bila ada masa terluang nie updatelah blog..takut nanti bila dah malas berhari-hari terbiar blog ni.
Aritu suruh Iqbal cari acuan waffle dan acuan kuih akok di shoppie..suruh tengok mana yg ok..dan bila barang sampai kedua- duanya acuan waffle yang dibelinya..dia cakap yang bulat keciknilah acuan akok..ha haa terbaik anak ibu ..ermmm jadinya acuan waffle ni bulat macam telur.rasa kecewa jugaklah bila apa yg kita nak tu tak menepati..sebab dah beli guna jewlah..bila dah buat waffle yg guna acuan bulat ni rasa cantik pulak..bulat-bulat.tapi Muhammad cakap kenapa tak sama macam waffle kedai bentuk dia..hihii 
Maka kelurkan lagi satu mould maker yg bentuk macam kat kedai tu..baru Muhammad puas hati..
Saya guna zero sugar syrup dari @sweetlab official .Boleh ke instagram atau facebook untuk maklumat lanjut.
Yang bagusnya gula syurp ni sesuai untuk ibu mengandung GDM .pesakit kencing manis dan sesuai jugak untuk kanak-kanak.
Letak sikit jew zero sugar syurp ni dah rasa manis..kiranya kalau yang tengah berdiet memang sesuai guna product dari @sweetlab official ni.nanti saya sharekan lagi product lain dari @sweetlab ya.

Egg waffle 
By @zila_norazila 

4 biji telur
140 gram gula
150 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
10 gram baking powder
30 gram minyak 
150 gram susu segar

Caranya
Whisk telur dengan gula hingga gula larut.
Masukkan kesemua bahan mix rata,rehatkan adunan dalam setengah atau satu jam.
Sudukan dalam mould waffle bakar hingga masak kekuningan

2 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

salam zila
comel2 waffle tu
sedappp ni

zila norazila said...

Trima kasih nuriz..ank² berebut makan ha haa..mak jarang buat waffle.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang