Cuaca elok jew beberapa har ni,tak hujan..biasa kalau waktu petang jew dah mendung..dan lepastu menyusul hujan sekejap.
Dari pagi tadi rasanya kerja rumah menyusul tanpa henti,hari ni pulak dikira hari persekolahan..jadinya kerja sekolah Muhammad pun turut banyak.
Ritu sempat jugak buat kuih cara berlauk,teringin nak makan..baru terlaksana .anak anak suka kuih ni sebab ada inti daging dalamtu.ulang makan sampai ke malam..
Elok tengah bakar kuih ni guruh berdentum..disambung dengan hujan..memang eloklah time hujan buat makanan ..laju makan dengan Iqbal anak yg sulung sambil borak.
Borak isu semasa,pasal covid yang nmpaknya semakin meningkat.risau pun ia jugak..pikur banyak kali jugak bila nk keluar rumah.ermm
Entah sampai bila ending nya kan..Doa dan jaga diri moga kita semua dielakkn dari wabak ni.ameen..
Ok nanti jumpa lagi..
Bahasa Malaysia
Kuih Cara Berlauk
By @zila norazila
Bahan Inti
Daging kisar/cincang halus
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari ikan/ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
Garam secukupnya
Caranya
1.Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2.Masuk daging dan rempah kari,kacau rata.masukkan serbuk lada hitam dan garam.
3.Bila daging dah masak angkat dan sejukkan.
Bahan lain
4 biji telur
155 gram tepung gandum
200 ml santan /susu
200 ml air
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak masak
sedikit garam
Caranya
Kisar semua bahan dengan blander,kemudian tapis.
1.sediakan acuan bahulu,panaskan acuan,sapu minyak pada acuan,saya guna daun pandan.
2.Tuang adunan butter,kemudian letak inti daging dan tabur dengan bahan hiasan.
3. Tutup permukaan dengan tudung periuk,bakar hingga masak.dah kekuningan keluarkan dari acuan.
4.Sedia dihidang.
Bahan hiasan
lada merah - hiris
Daun sup -hiris
Daun bawang -hiris
Bawang goreng
English version
Kuih Cara Berlauk
By @zila norazila
Ingredients
Finely chopped meat
1 large onion
2 cloves garlic
2 tablespoons fish / chicken curry spice
1 teaspoon coarse black pepper powder
Salt to taste
Instruction
▪︎Saute onion and garlic with a little oil until fragrant.
▪︎Add the meat and curry spices, stir well. Add the black pepper powder and salt.
▪︎When the meat is cooked, lift and cool.
Other ingredients
4 eggs
155 grams of wheat flour
200 ml coconut milk / milk
200 ml of water
A little turmeric powder
A little cooking oil
a little bit of salt
Instruction
▪︎Blend all ingredients, then strain.
▪︎Prepare bahulu mold, heat the mold, rub oil on the mold, I use pandan leaves.
▪︎Pour the butter mixture, then place the meat core and sprinkle with garnish.
▪︎Cover the surface with a lid, bake until cooked. Remove the yellows from the mold.
▪︎Ready to serve.
Decorative materials
red pepper - sliced
Soup leaves - sliced
Sliced onion leaves
fried onions
8 comments:
Nampak sedap kejadiannya
Wah.. Boleh try ni. Tak pernah buat. Selalu buat kuih cara biasa tu je..
www.naniey.com
Yummy, 5 biji tak cukup ini.
nampak sedap sangat :)
sedap selalu kite beli je bila teringin time bulan puasa hehe
WARIAN PETANI
TQ wak..
naniey
boleh cuba yew .
Adoi.. ini memang kegemaran saya. Dekat kawasan berhampiran saya ada satu stall baru buka jual kuih cara berlauk dan kuih bakar, buat cara tradisional. Laris. Tak dapat merasa lagi. Pernah pergi masa balik kerja tapi dah habis. Nanti² nak datang beli lagi, harap² dapat merasa.
Post a Comment