Pages

Tuesday, 17 November 2020

Penyejuk tekak - Resepi Puding Buah Naga

 


Puding Buah Naga..
Masa balik kampung aritu terpandang tiga biji buah naga di pokok rumah emak,rezeki nampaknya jarang dapat makan buah naga nie,sebab tak kena time bila balik kampung selalu buah dah tak ada..pokok buah naga emak ni isi dia merah..dia punya pekat colour tu sampai kat tangan bila potong..buat pewarna pada makanan pun elok kan buah naga nie..

Benih asal pokok naga ni hasil pemberian supplier barang di kedai runcit abang saya ,Tan nama dia..Tan nie baik selalu bagi macam-macam..batang pokok naga tu dia suruh tanam,abang bawak balik dari kedai dan bagi pada emak..emaklah yang tanam..tapi pokok tu sebenarnya kurang zat sebab terhimpit dengan pokok kelapa.
Dulu masa pokok kelapa tu tak ada buah naga nie berbuah lebat,sekarang nak berbuah macam malu-malu kucing pulak..hihii.
Buah naga nie antara buah yang kira mahal jugaklah kalau dipasaraya..sebiji tu mau lima ringgit jugak kalau yang besar sikit.so saya bawak balik tiga biji tu,dua biji buat makan macamtu je..dan sebiji lagi buat puding buah naga..saja nak buat puding sebab agar-agar tali dirumah ni macam tak terusik..takut menghampiri ke tarikh luput baik godeh buat sesuatu kan.

Resepi asal dari Facebook..tengok gambar yang dishare mengiurkan sangat,tu yang cuba buat.korang yang nak cuba buat resepi di bawah,dan boleh tonton video untuk cara membuatnya.

Puding Buah Naga
1 biji buah naga (isi merah) dipotong kecil
1 paket agar-agar bertali (20gm)
750 ml susu cair
750 ml air 
1 cawan gula kastor (Boleh kurang kan)

caranya
1.Potong agar - agar tali supaya cepat hancur.
sediakan bekas dan tuang air ,masukkan agar-agar tali tadi.biar hingga hancur .
2.Masukkan gula pasir,kacau rata.Masuk susu cair dan kacau lagi.kena kerap kacau ye supaya  puding tidak berketul.
(nak masukkan buah naga dulu pun boleh)
kacau rata .tutup api.
3.Sediakan bekas/acuan,basahkan bekas/acuan terlebih dahulu supaya puding kita mudah dikeluarkan.
4.Tuang puding,masukkan buah naga yang telah dipotong kecil.kemudian sejukkan.biar hingga mengeras.
5.Dah keras boleh potong dan hidang

7 comments:

Amie said...

Selamat pagi Zila,
terliur tengok puding buah naga tu. Tapau sikit ye, boleh makan tengahari nanti.

Syaz Rahim said...

warna dia nice sangat ;)

Darling Pya said...

Nampak sedap. Color pun cantik.

zila norazila said...

Amie
slamt pagi kak amie..hihii boleh kak mehh dtg umah

zila norazila said...

syaz rahim
colour ori buah naga mmg cantik kan..nk kata purple tak jugakan.

zila norazila said...

Darling pya
sedap dimakn sejuk..kan

Azhafizah MN said...

Menarik betul warnanya. Alahai, buah naga yang saya beli baru je habis. Kalau singgah sini awal boleh cuba resipi akak. Lama tak makan puding.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang