Pages

Monday, 13 May 2019

Menu Berbuka 5 Ramadhan 2019

Selamat hari ibu..happy mothers day..
walaupun sambutannya semalam tapi tak terlewat rasanya nak ucap hari ini.
sebenarnya saya tak teringat pun semalam hari ibu..bila kawan-kawan hantar whatsapp baru tau hari ibu semalam..

Berbalik kepada cerita menu ramadhan..hari ke lima puasa saya sempat buat udang nestum.ikutkan memang lama tak buat udang nestum sejak ahli keluarga berkurangan..biasanya Iqbal jew yang suka makan macam-macam..kalau dia dekat rumah memang banyak menu yang dia request.

Udang Nestum

Bahan
20 ekor udang yang agak besar
Daun kari-lebihkan jika suka
5 ulas bawang putih - dipecah-pecahkan atau tumbuk kasar/didadu
3 biji cili padi merah dihiris kasar.
3 sudu besar butter
1/2 cawan nestum - lebihkan pun boleh suaikan dengan kuantiti udang

Cara
Udang digaul dengan garam,panaskan minyak dan goreng udang,jangan sanpai garing angkat dan ketepikan.
panaskan butter,masukkan bawang puttih,lada cili dan lada yang telah dihiris.
masak sehingga kekuningan.tambahkan daun kari dan masak sehingga berbau wangi
kemudian masukkan nestum dan sedikit serbuk ayam.apabila nestum nampak sedikit garing masukkan udang.
Gaul rata udang dan tutup api.sedia dihidang.

Air pulak ada oren sunquick selasih..
air senang je nak buat..buat air sunquick macam biasa cuma tambahkan selasih ..sedap minum sejuk..tapi saya lebih suka minum yang suam ..

2 comments:

Nasa Mulia said...

Bulan puasa semua nampak sedap... rasa nak makan banyak2 bila berbuka... nafsu.

zila norazila said...

Ha haa betul2..bulan puasa nampak apa semua macam nakkk je ..time buka jamah sikit dah penuh perut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang