Terliur?
pernah pergi ke kampung pasir putih pasir gudang johor?.
Ikutkan saya pun tak tahu tempat ni..almaklumlah ni bukan area rumah kami..kena drive 40 minit baru sampai kesini..Awal 2018 first time en suami cerita pada saya ..officemate dia bawak pergi makan lunch area pasir putih..dia cakap ikan bakar tu sambal dia sedap..so dia pun ajak kami cuba..tu yang kami tahu.
Minggu lepas kami kesini lagi..lagi bermaksud dah banyak kali kami pergi ke sini..selepas kejadian pencemaran di Pasir Gudang saya stop sekejap dari makan disini..bila keadaan dah reda kami kembali lagi.
Yang dirindui pastinya sambal ikan bakar tu..kekuatan ikan bakar sebenarnya terletak pada sambalnya..berjaya membuat sambal yang sedap bermakna sedaplah ikan bakar tu.
Sambal ikan bakar disini saya katagorikan sedap..cuma agak berminyak sikit..biasalah nak masak sambal hingga garing dan cantik memang kena letak minyak lebih sikit...baru molek kejadiaan sambal tu nanti tak lah rasa mentah.
Antara menu yang kami order disini
Ada kupang masak sambal..yang ni sedap ..sambal kena dengan tekak..kadang-kadang ada orang buat sambal tu manis sikit..tapi yang ini memang ngam..tak pedas sangat ..dan tak manis..jenis masak lauk yang sambal-sambal macamni kalau manis memang mematikan selera.
Saya punya ni ..lemak pucuk manis dengan labu..lauk lajen..teringat zaman kecik-kecik..lauk nie memang selalu emak buat..kalau en suami memang tak sentuhlah lauk macamni..sebab tu saya jarang nak masak lauk macamni kat rumah..memang makan seorang jewlah nanti endingnya.
Saya ambik set ulam..ada kobis mentah..ulam raja..tomato ceri..sesuailah digengkan dengan ikan bakar..
Yang ni en suami yang punya..dia kalau datang mesti ambik ayam..ikan dia kurang suka ..sambal mesti dia tambah lagi dalam piring kecik..penggemar sambal as ikan bakar yang tegar dia ni,
Sup kosong nie diaorang bagi free je..sebagai pelengkap hidangan..kadang-kadang ada orang tak reti makan kering-kering tanpa kuah kan..
Sambal kicap..ada hirisan dadu bawang dan cili ..ditambah lagi dengan sambal ikan bakar ..gaul baru cicah..nikmat..
Asal gambar nasi ni blur..hihii
nasi putih 1 mangkuk kecil..kalau yang diet cukup lah tu..tapi ikutkan tak cukup kalau nak balancekan dengan ikan bakar tu..kompom tambah nasi..
Lagi lauk lain yang ada disini..
Asam pedas ikan pari..orang johor kalau tak ada asam pedas dalam seminggu macam rasa tak lengkap hidup..
asam pedas ni saya tak pernah cuba lagi..nampak elok pekat je kan.
Siput sedut masak lemak pun ada..
Lemak udang dengan nenas..ikutkan hati nak rasa semua lauk ..tapi tulah..perut ni bukan boleh makan banyak-banyak..
Jantung pisang celur cicah dengan sambal belacan pun ada..
Kacang dengan ikan bilis nampak macam menu baru..sebelum nie macam tak ada..next time nak amik ni sikit.
Berderet lauk lauk yang dah siap ..kalau nak datang pukul 11 dah ada semua ni..memang sedang elok lah kalau orang tak sarapan terus terjah sini..merangkap sarapan dan makan tengahari sekali.
Ahli biasa yang sentiasa ada..kurang lengkap iqbal dah balik Universiti..kalau tak lagi penuh lauk atas meja kami aritu..
Trademark kedai ni set pinggan magkuk..alas meja ..semua berwarna merah..
Kalau yang nak pergi
Waze - Masjid Jalil Hassan
Waktu operasi - 11 pagi hingga 11 malam
4 comments:
Tergoda dengan siput sedut, lama dah tak nyerot, nyot...
Sedapnya ikan bakar tu
Nasa Mulia
saya kalau teringin nak makan memang beli dah siap masak..malas nak mengerjakan siput tu..hihii
Mayangbakingmadness
Betul memang sedap..sambal dia yang jadikan sedap..ikan tu hanya dilumur garam dan serbuk kunyit je.
boleh cuba ni, thanks kak share tempat makan menarik ni. teringin nak makan asam pedas tu, nampak enak :D
Post a Comment