Assalammualaikum
Bersua kembali hari ini..semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik olehnya.
semenjak dah ada baby kecik nie terasa masa yang berlalu terlalu pantas ..sedar-sedar sekejap jew dah hujung minggu..errmmm
beberapa hari yang lepas sempat saya pergi ke pasar ..rasanya dah berbulan tak menjeguk pasar..hanya ke kedai runcit yang berhampiran untuk mencari lauk..kebanyakan barangan yang hendak dicari kadang-kadang tak ada..frust jugak...itupun pergi dengan keadaan nak cepat balik..sebab risaukan baby tinggal dirumah bersama abangnya..
disebabkan dah lama tak ke pasar jadinya banyak jugak barang yang di luar senarai saya
beli,ermmm..bila terpandang pelam muda teringin pulak nak buat kerabu mangga..sedap pulak rasanya kan..capai pelam 3 biji dan beli jugak barang-barang untuk buat kerabu mangga..beli jugak beberapa ekor ikan siakap untuk merialisasikan apa yang dihajati ..
tapi lauk kering macamne susah nak dibuat lauk..biasanya makan macamtu je dah sedap..saya buat juga sayur sawi tumis air kerana ikan nie kering jew tak ada kuah..anak bujang kalau makan tak ada kuah memang dia lemah sikit.
banyak versi siakap kerabu mangga nie ..ada yang menghiris ikan nie kecil-kecil dan digoreng dan ada juga yang buang tulang belakang dan kemudian baru dicampur dengan bahan kerabu..buat lah mengikut kesesuaian anda..mana-mana pun boleh asal sedap dinikmati..
IKAN SIAKAP KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
1 sudu besar kacang goreng
1 biji mangga muda
1 biji tomato didadu
ikan bilis goreng di tumbuk sedikit hancur
Bawang besar hiris nipis
Cili padi potong nipis
Sos ikan
Jus limau nipis
serai hiris nipis
bunga kantan hiris nipis
Garam dan gula
sedikit daun ketumbar hiris halus
CARA-CARA
1. Ikan dibersihkan,lumur dengan lada sulah,serbuk kunyit,garam dan tabur dengan sedikit tepung gandum kemudian digoreng garing.
2. Sementara itu, parut pauh muda, ketepikan.
3. Bawang besar dihiris nipis,dadu tomato dan juga cili padi.
4. Campurkan parutan pelam dan bahan-bahan hiris, sos ikan, jus limau nipis, ikan bilis goreng, kacang goreng, bawang besar dan juga cili padi.
5. Gaul mesra dan letak garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkan .
20 comments:
delicious i love kerabu.
alahai kak...kecur liur dibuatnya...:)
perghh... tengok ikan terbongkang tu terus terliur... sedapnya kerabu mangga..
salam kak.. harap sihat aih dah lama dah tak makan ikan siakap kerabu macam ni .... mcm nak buat jer
Terliur tengok ikan tu..boleh gak cuba resepi ni nanti..selalu kalau ikan ni kak ina masak sweet & sour gitu aje :)
malam2 bute ni...terliur plak kak zilaa
salam zila..
berselera tgk ikan kerabu mangga ni...mmmmm mmg npk sedap...
Adui sedapnyaaa kecur liur
As salam Zila.....
sedapnya....lama tak makan kerabu nie....telioq pulak....
Heee.... kakak nak buatlah Zila. Semua tu rumah kakak ada bahanya. Pelam baru dapat dari kampung sedap ni kalau dapat ikut resepi Zila:)
Salam kak zila.. menitik air liur atas keyboard ni haaaa.... adoiii. mana nk cari pelam nih..
salam
Lawatan di senja nan merah
as salam kak...dah lama menanti...akk dah muncul pun..
bawah tu..baby dah kian membesar..geram tgk baby..
mENU pembuka ikan siakap kerabu mangga nih ye....cepat2 dia isytihar bukan menu org ngidam erk..hi2...
sedap tu, ratah2..
Salam zila..kecur tgk kerabu mangga tu :)
Sedapnya. telan air liur tengok ikan sikap masak kerabu ni.
mmg meletops la dear :)
kecur air liur....mcm sontam pun ada...dpt plak mkn dgn ikan grg...fuhh :)
salam kak zila bestnya dah kembali bersiaran hi2...sedapnya ikan siakap kerabu manga ni...
sepoloh kali telan air liur tengok kerabu mangga menyelimut ikan siakap tu, hihi
sedapnya kak....
biasa emak mimie masak siakap ni berteman acar kuning ...^_^
Tengok mangga pun dah terlior. Sini mangga mahal la Zila.
Post a Comment