Pages

Friday 29 November 2013

22.11.. carrot cake/nasi tomato/ayam masak merah


Robbi hab lii mil-ladunka dzurriyyatan thoyyibah, in-naka samii'ud du'aa'
Artinya : " Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa. 
Ya Allah Ya Karim...
Kurniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh  anak-anak yang berbakti pada orang tuanya dan taat kepada-Mu..ameennn

Assalammualaikum
salam jumaat yang indah..


22.11 tarikh kelahiran anak sulung zila Iqbal Aiman..kebetulan sama dengan keputeraan sultan johor dengan ini setiap tahun tarikh ini semua warga johor dapat cuti..

disebabkan hari itu hari cuti zila sempat juga memasak sesuatu yang sedikit istimewa untuknya.nasi tomato,ayam masak merah,rojak darat dan keesokkanya baru sempat buat kek carrot..agak kelang kabut jugak la sebab baby kecik suka tidur sekejap-sekejap..time memasak pun berhenti banyak kali..bila menangis kuat betul suaranya..tembus dinding he hee hee..



hari itu pulak husband zila kena pergi ke office jugak attand meeting dengan bos kl..adoii ingatkan dia cuti ..tapi nasib baik setengah hari jew..
ok dipendekkan cerita mengenai nasi tomato nie..zila sebenarnya tak suka makan nasi tomato..kalau nak buat pun memang fikir banyak kali...almaklumlah orang kalau tak suka makan kalau nak memasak pun macam tak berapa  nak semangat  jew..


 
tapi bila baca resepi dari chef  hanieliza terus jew berminat nak buat..sebabnya tak letak  pun tomato puri cuma ditambah tomato segar dan sos tomato..uittss best memang suka resepi nie lain kali nak buat lagi ..anak dan husband pun cakap nasi nie sedap..keep resepi nie disini sebagai rujukan nanti..

nasi zila gandingkan bersama ayam masak merah..dan rojak darat..resepi ayam masak merak zila sertakan juga disini..mana-mana resepi ayam masak merah lebih kurang jew kan..cuma kadang-kadang ada yang suka buh gula lebih..tu yang agak sedikit manis..


 

keesokkan harinya baru sempat buat kek carrot nie..birthday kalau tak ada kek macam tak lengkap jew kan.. kali ini buat kek sempoi havenly carrot cake ..kidnap resepi dari che mat..memang betul haven..bahan didalamnya memang lengkap ada kelapa kering,nenas dan kacang walnut..memang tak boleh berhenti bila dah mula makan..

kek lembab nie fav suami zila..anak tak berapa minat la pulak..tapi zila suka ..makan berpotong-potong..ermmm really  heaven.zila tak letak serbuk kayu manis..sebab kurang suka dengan baunya..
dihias bersama krim cheese kemudian ditaburi badam panggang..waallaaa the best cake carrot zila rasa..tak rugi mencuba..

 
 
HAVENLY CARROT CAKE

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder* - zila guna tepung naik sendiri
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) - zila tak letak
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang - soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING 
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA 

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan.


CREAM CHEESE 

  • Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka




AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahan
1 ekor ayam dipotong kecil - bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar 
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar - potong gelang
minyak masak
Garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat



Nasi Tomato
Bahan-Bahan
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.




16 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka kek carrot Zila. Tak payah hias bagai pun kakak boleh makan sebaik keluar oven.

Lain kali kalau kakak nak buat kakak rujuk sini.

Izwa Kamaruddin said...

Allah..menarik nyer carrot kek akak tu.....terliur la pulak!

cheq da said...

Happy birthday utk anak kak zila..sedap 2 kek carrot

umi's cup cake said...

Happy birthday untuk anak zila..rajin zila ni...tapi nak tergelak bila baca bab tembus dinding tu..hihi

Rina Audie said...

kek carrotnya menggugah selera. badam yang di atas permukaan kue pasti bikin hmmmm....

mimie said...

happy milad buat anak kak zila...
semoga jd anak yg sholeh..amin
mimie penasaran dr dulu resepi CMG tu kak..
lepas ni nak try lah pulak..
nampak moist sangat kek tu,.,, :)

Ita Rossi said...

badam slice tu meriahnya!...

yan's cottage said...

sedapnya.....lama tak makan kek lobak merah tu....

Anonymous said...

Assalamualaikum...hepy bfdy utk si anak...semoga mnjadi anak yg cemerlang...aduh sdapnta nmpk kek karet zila tu...

Amie said...

Wah! Special hidangan untuk birthday Iqbal ye... happy belated birthday Iqbal, moga besar nanti jadi anak yang soleh.

mala said...

cantik carrot cake tu. resepi tu dah pernah cuba. mmg sedap.

CQUEK said...

oh yes i love to have 2 slices please.

asyifamustaffa said...

Sy da smpn resepi kek tu kak...mau try...:-)

ady said...

salam
sedap npk cake carrot tu zila...

Anonymous said...

Haha kita sama, tina pun tak brp gemar nasi tomato

Kek carrot tu sedap gila, mmg sentiasa guna resepi yg ni klu buat sebab paling sedap penah try dlm byk2 kek carrot

Wani Sukarno said...

sedapnya nampak kak...carot kek lagik tambah dgn nasi tomato lagii.. tak pernah nak buat carot kek ni apo la... hiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang